Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, August 30, 2006

Ustaz Hj Akil - Sebuah pesanan yang menarik



Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihatbangunan
naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadijahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerlaminyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gayajadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
M aka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di m erata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manfaat...?

Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segerameninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah


Niezam_phg say...

Terima kasih kepada sahabat yang mengemel kepada saya pesanan yang menarik ini.harap dapat pengajaran bersama...insyallah..

Ceramah Tuan Haji Zukifli Nordin.

[ Peguam Pembela-pembela islam mengenai murtad di Cheras dulu ]

kita telah mengadakan perjumpaan NGO-NGO islam di bawah nama NGO2 pembela islam (NPI).usaha untuk menangani masalah yang berlaku hasil dari perbicaraan Azlina Jenali,kenapa kita buat itu semua?

Alhamdulillah baru-baru ini ke bawah duli Sultan Selangor telah melahirkan rasa terkilan aper yang berlaku mengenai murtad. kerana kita telah tidak boleh mengharapkan UMNO. Nazri Aziz,Zaid Ibrahim termasuk pengaruh Nori Abdullah,kerana nori adalah angota sister in islam. sebab itu peguam melayu islam bangkit memplopori perjuangan ini.

Apabila mufti perak, bukan sahaja Dato Mufti,Dato Harussani Zakaria tidak diberi sokongan malah dia dicerca oleh jabatan agama islam dan menteri diJabatan Perdana Menteri dan kami tiada pilihan dan terpaksa membawa pekara ini kebawah duli tuanku.kami tidak mahu terlambat seperti dalam kes serban

apa pentingnya kes azlina jelani?

Kesilapan utama kerana kita menyebut nama azlina sebagai azlina joy.jadi orang melayu tidak kisah,masih tidur.kes ini sudah sampai ke peringkat tertinggi.kes azlina ini akan mengikat kita.alam perundangan islam berdasarkan hakim berdasarkan tempat itu,tiada diikat keputusan hakim mahkamah terdahulu.sebab itu hakim dalam islam kena bertanggungjawab,sebab itu Rasullah telah menyatakan dalam 3 hakim,2 tentu masuk neraka,1 lagi kakinya di dalam neraka.

Antara kesnya.pada 1950 mahkamah tinggi sivil di Singapura membuat keputusan berkaitan seorang budak bernama Natrah dan berkawin dengan cikgu Mansoor Adbai,pada ketika itu mahkamah dibawah orinan kanak-kanak mengistiharkan Natrah tidak islam kerana ketika itu belum cukup umur 18 tahun. pada 1991..berlaku kes yang sama.Suzi Teoh,anak cina kelantan memeluk islam pada umur 16 tahun, walau pun mufti kerajaan kelantan telah mengistiharkan suzi seorang islam,kerana kes Natrah menyatakan kanak2 bawah 18 tidak boleh menukar agama dan mahkamah perintahkan suzi tidak islam dan kena memeluk agama asal(budha).

Contoh lain 1986, mahkamah persekutuan menyatakan akta sekuriti tidak boleh digunakan terhadap orang melayu menjadi paderi.seorang melayu bernama Jamaludian Othman, menjadi paderi,mahkamah persekutuan menyatakan polis tidak boleh menghalang menahan mana-mana orang melayu yang telah kristian dan cuba mengkristiankan orang melayu lain,walaupun telah 20 tahun polis masih terikat dengan akta itu.walau pun kesannya memurtadkan orang melayu.keputusan mahkamah persekutuan akan mengikat dalam mana mana kes selepasnya.

Kes ini bukan kes tukar kad pengenalan,kita terkilan dengan akhbar utusan dan berita harian yang tidak memberi penjelasan sebenar kepada orang melayu.,.berbeza dgn akhbar lain,The Star, akhbar tamil,akhbar cina.bila kes dibicarakan ,kita boleh tengok kehadiran mereka,NGO temasuk kedutaan asing,Perancin,Amerika,Belanda,Mereka mewujud website untuk memberi tekanan kepada mahkamah supaya menyebelahi mereka. masalah besar kita ialah orang melayu tidak datang.orang melayu tidur lena dirumah tengok bola.

Kes azlina Jelani melibatkan seorang budak melayu .dibesarkan oleh keluarga melayu Jelani Sharif dan maknya Kalsom Omar. kemudian azlina ,telah murtad dan menukar agama kristian dan menukar nama ke Lina Joy dan bercadang nak kawin dengan seorang kristian,Azlina memohon ke pejabat pendaftaan negara.3 pekara di minta,.

1.Tukar nama.Azlina Jelani ke Lina Joy
2.Perkataan islam dlm my kad dibuang dan diganti dengan kristian,
3.Dibenarkan berkawin cara kristian dan didaftarkan

JPN telah menolak,dan Azlina dihasut oleh NGO bukan islam .mencabar keputusan JPN di mahkamah.di mahkamat tinggi menyatakan walaupun tukar nama bidang kuasa JPN tetapi kes perlu di rujuk ke mahkamah syariah.Azlina tak puas hari, dengan bantuan NGO bukan islam telah daftar di mahkamah persekutuan dan makamah persekutuan bersetuju dengan mahkamah tinggi.mereka buat rayuan ker mahkamah rayuan berbicara 4 hari berturut .diketuai hakim Tun Mohd Fairuz.

Apa mereka minta?

Peringkat awal peguam membangkitkan soal menukar hak menukar nama dalam kad pengenalan..
kesilapan berlaku apabila ketua hakim negara membenarkan NGO bukan islam berhujah,menukar isu kepada soal samaada boleh menukar agama,samaada dia boleh berkahwin dan meletak agama kristian dalam kad pengenalannya.hak itu bergantung kepada artikel 11 perlembagaan persekutuan.dalam artikel 11,'every person have the right to pratice it religion, mana-mana orang berhak mengamalkan agamanya,. sama ada seorang itu bebas beragama itu bergantung pada agama itu sendiri,dalam agama lain bebas dan tiada peruntukan,tetapi dalam islam ada peruntukan dan tertakluk kepada undang-undang murtad.pihak bukan islam yang mewakili azlina ada 13 peguam.persoalan yang besar sama ada artikel 11 merujuk pada individu atau agama?.memandangkan orang yang menentukan mengikut tasfsiran undang,individu berhak mengamal dan menganut agama mengikut pilihan sendiri.

kalau tafsiran itu diterima dan nampak diterima.kesan kepada orang melayu sangat-sangat serius. Pertama, apa bila membenarkan orang melayu murtad,orang boleh keluar agama ikut suka.menyebabkan artikel 160 menyatakan bahawa melayu mesti beragama islam. maka artikel 160 tidak lagi releven.

kedua.boleh menentukan bila nak masuk atau keluar islam.kesannya seseorang boleh mengekak dari undang syarak.contohnya kalau kita jumpa seseorang itu minum arak dan nak tangkap.bila kita nak tangkap.kalau dia kata dia bukan islam,automatik dia mesti dilepaskan.sama macam Kamariah Ali iaitu pengikut ayah Pin.dia seorang ustazah lulusan al-azhar.suaminya ustaz lulusan Al-Azhar. dalam kes dia, dia cba mengelakkan dibicara atas kesalahan murtad di mahkamah syariah.kalau dalam kes Azlina Jelani menang.secara automatik kamariah ali akan dibebaskan secara langsung.

ketiga.boleh mengelakkan tanggungjawab sebagai orang islam.contohnya dari muharam sampai syaaban.dia boleh umum islam bila ramadan dia umum bukan islam ,boleh tidak puasa,tidak bayar zakat.bila nampak anak bulan dia masuk islam balik.dan sebagainya,islam akan jadi islam rojak.inilah masalah agama lain.pengikut boleh tukar agama suka masa.sekejap hindu sekejap kristian tidak ada masalah.inilah kesan tafsiran tersebut.islam sama taraf dengan agama lain.

keempat,badan agama islam majlis fatwa,tiada kerja dan peranan,selain dari tengok anak bulan,dan tangkap penceramah tanpa tauliah.kesannya,raja pun tak der rakyat.sebab raja adalah raja melayu.raja menjadi raja sebab melayu.apa melayu keluar agama.tak jadi rakyatlah.raja nak perintah siapa?

tapi kesan yang lebih bahaya.kesannya peguam kafir sedang mentafsir agama islam ,orang kafir pertikai hukum hakam islam.kita dah nampak depan mata sekarang,apabila seorang hakim kristian mengatakan pakai seban haram,tak betul dan dipersetujui 2 ekor hakim melayu.dalam kes serban.....kerana mereka mengatakan tidak semua yang nabi buat boleh diikut sekarang.mereka mengharamkan pemakaian serban haram kerana tidak semua yang nabi muhamad lakukan dahulu dilakukan sekarang.mereka menghina nabi dengan mengatakan mulia sangatkan mereka yang mereka mencontohi nabi?.

Semalam saya cermah di Ukay Height,sebelum saya ceramah Dato Dr Mashita Ibrahim,ahli Parlimen Baling.berceramah.dan beliau mengatakan keputusan mahkamah mengharamkan serban adalah betul.saya kata kalau jenis ini pemimpin umno.macam mana otak orang umno lain,yang wahyu mereka dari tv3.bagaimana dengan mereka?mereka disesatkan. UMNO dah menyesatkan orang sehingga orang melayu jadi lemah,orang perkotak katik agama kita,orang melayu boleh tidur dirumah.mana orang yang bawa isu cuba selamatkan akidah.dihina,dicerca,...Abdullah Zain...cabar lagi mufti..ini masalah kita dengan pemimpin kita....umno dah terlampau menyesatkan orang sebab dia jaga tembolok dia.kalau kes Azlina Jelani dibenarkan (menang).orang kafir boleh tafsir hukum hakam kita..ini bahaya tuan-tuan...bila orang kafir boleh menafsir agama kita..ini terbukti dalam kes serban....

masalahnya kumpulan artikel 11 ini disertai pula oleh sister in islam...anak PM pun ada dalam itu..kesan langsung apa bila artikel 11 mentafsir individu boleh menentukan agama apa nak dianuti.maka golongan seperti kasim ahmad.saya islam tapi tak percaya hadis..itu fahaman sesat Kasim Ahmad(kumpulan anti hadis)..kita orang melayu tidak boleh halang Kassim Ahmad berkata begitu.orang macam ayah pin.saya islam tetapi percaya ke hindu..

masalah paling besar kita tak boleh kontrol anak-anak kita.sebab islam ditafsir ikut individu..kita pun kata kat anak kita.."yop jom sembahyang".dia boleh jawab "mak,sembahyang ni akta mana"?...apa-apa undang tiada dalam perlembagaan,tidak boleh mengikat orang...susahlah sebab kita tiada akta sembahyang,akta puasa,akta zakat..kalau tiada akta tak boleh pakai lah....kesannya bukan sahaja menghapuskan melayu dan agama kita...ia menyamakan islam seperti agama lain...jadi macam kristian banyak pecahan ader katholik,ada protesten ada kristian ortodoks.. ada percaya bible ader yang tak percaya bible,sebab agama ditafsri ikut suka individu.....bukan sahaja agama pupus...bangsa kita turut pupus..dlm website mereka..ini adalah peluang terbesar kita untuk serang akidah mana-anak melayu....kalau nak hasut kristian atau keluar islam tuan-tuan tak boleh buat apa-apa.

orang kristian makin naik kepala.kita meminta orang melayu bangkit protes berhimpun di hotel selesa Johor Baharu.bila kita buat kempen,jabatan agama islam kata kami tiada aduan, malahan kabinet jaga puak kafir ,kalau ader orang melayu tangkap terus masuk lokap,kita menghalang agama kita,menghalang.sudah tiba masa raja-raja bangkit,kita nak pesan,Tuanku angkat sumpah pertahan islam,sekarang ni islam tengah diserang.jangan samapai satu hari Tuanku tiada kena mengena dengan bangsa melayu...Alahamdullillah tuanku Sultan Selangor dah ambil inisiatif menyuarakan kekeciwaan hatinya pada tilawah kebangsaan baru-baru ini.kita bersama tuanku dalam memperjuangkan pekara ini.

kita minta parlimen dikuasai orang melayu segera meminda pelembangaan segera mendaulatkan agama islam.beberapa artikel ,kami peguam melayu sedang medraf perlembagaan untuk meletakkan islam di tempat sepatutnya.minta semua mufti bersama dalam hal ini. kalau kamu tak berani tapi janganlah hentam.kalau kamu tak mahu perjuangkan islam tolong duduk diam-diam.kita juga terkilan dengan akhbar harian.beza dengan kes natrah dahulu,yang mainkan peranan naikan semangat melayu.malah akhbar harian menyokong pula mereka.supaya sedarkan mereka,

kita minta sahabat polis dan angkatan tentera. jangan permainkan agama kamu,.kamu memikul tanggungjawab besar,haiatas kepala kamu kamu junjung nam allah dan muhamad pada lencana kamu.hari ini puak kafir di atas kelekaan umno.jangan benarkan pekara ini berlaku.kita tak boleh harapkan umno tak boleh harapkan pimpinan.kita kena sedarkan agama kita sedang diserang.kalau 1969.bangsa kita melayu yang diserang tetapi sekarang ini agama kita yang diserang.lebih besar prjuangan agama dari pertahankan bangsa.

kami menubuhkan NGO pembela islam.membuat satu kempen tanda tangan sejuta ummah.sebelum ini kumpulan kafir ini telah mengumpulkan 50 ribu tandatangan supaya melayu dibolehkan murtad.maka kita tandatangan kempen sejuta umah.jadilah umat bangsa melayu yang boleh dibanggkan rasullah,biarlah nama kita dikira Allah,sebagai nama yang memperjuangkan agama islam.

Ingin mendengar rakaman audio keseluruhan ceramah Zukifli Nordin mengenai Murtad Klik di sini

Zukifli Nordin
[ link ihsan rapidshare.belajar cara nak download...melalui Rapidshare ]

klik di sini



Niezam_Phg say....

Alhamdulillah semalam dalam keadaan cuaca hujan lebat pun Allah tabahkan hati saya dan berjaya juga menghadirikan diri ke majlis penerangan mengenai murtad di Madrasah Al-Huda Syeksen 10 Wangsamaju. Kehadiran adalah amat-amat mengeciwakan. Kalau jemaah seramai itu datang untuk mengerjakan sembahyang jumaat,nescaya mereka terpaksa bersembahyang Zohor!!!...sangat menyedihkan [ tak sampai pun 40 orang ]....rasa nak menangis dalam hati saya, melihatkan situasi yang sedemikian. Nampak sangat orang islam tak prihatin, tak ambil kisah..sedang agama mereka dihina dan diancam mereka masih lagi boleh berlegar legar di pasaraya..menonton bola..menonton rancangan perkahwinan artis popular.saya tidak mengatakan yang saya lebih baik dari itu. Cuma ada juga masanya kita harus memikirkan apa akan jadi dengan bangsa kita, dengan agama kita,dengan masa depan anak cucu kita...entahlah...kita dah terlalu jauh di sesatkan oleh persekitaran......teringat sepotong ayat al-quran.."Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian...... " kebenaran di akhir zaman ini umpama semut hitam yang duduk atas batu hitam diwaktu malam....Dapatkah kita menemuinya???

Luahkan idea dan pendapat anda DISINI...


Niezam_Phg Say...

Assalamualaikum kepada Semua pembaca blog ini. Di sini saya ingin mengundang anda yang mempunyai idea dan ingin dikongsi bersama janganlah segan segan untuk menaip artikel mengenai apa sahaja yang anda fikirkan sesuai untuk tatapan pengunjung yang lain dan meletakkan di blog saya. Saya akan membuat sedikit komen kepada artikel tersebut tetapi akan meletakan nama anda atau e-mel anda kepada artikel tersebut.konsepnya sama seperti 'surat pembaca' diakhbar-akhbar harian.

Saya sebenarnya sedar ramai diantara pengunjung yang mempunyai idea tetapi tiada tempat dan blog sendiri untuk menzahirkan idea anda. Jangan segan segan untuk mengirimkan e-mel artikel anda kepada saya dan dapat dikongsi oleh pengunjung yang lain.Banyak juga yang mengirimkan emel dan memberikan idea dan pekara pekara yang patut saya ulas dan letakkan di blog tetapi kekangan masa dan kerja sebenarnya membataskan hasrat tersebut.jika anda mempunyai masa yang terluang dan sudi menaipnya, amatlah saya hargai....semoga cetusan idea yang baik itu dapat dimanfaatkan oleh pengunjung yang lain.

Monday, August 28, 2006

Aktiviti penerangan gejala murtad sekitar Kuala Lumpur

Program 1

Tempat: Madrasah Darul Huda Seksyen 10 Wangsa Maju, KL.
Penyampai: Prof Dr Abd Aziz Bari, Professor Undang-undang Universiti Islam
Antarabangsa
Tarikh: 29hb Ogos 2006
Masa: Lepas Solat Maghrib
Tempat: Madrasah Darul Huda Seksyen 10 Wangsa Maju, KL.


Program 2


Tempat : Madrasah Taman Cheras Perdana
Tarikh : 30 Ogos 2006 ( Rabu)
Tempat : Madrasah Taman Cheras Perdana
Masa : 9.00 malam
Anjuran : Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana
Penceramah : Wakil PEMBELA




Niezam Phg say..........

Jika anda mempunyai masa dan kelapangan, silalah menghadiri kedua-dua majlis tersebut,mungkin mendapat ilmu yang bermanfaat.sekurang kurangnya kita menunjukan sokongan kepada gerakan islam. Kita di Malaysia hanya baru diuji pada peringkat sokongan sahaja, belum lagi seperti saudara seagama kita di Bosnia,Lubnan,Palestin dan sebagainya, mereka Allah uji keimanan dengan nyawa mereka, jika kita berada ditempat mereka sanggupkah kita pertaruhkan nyawa kita untuk agama ? tepuk dada tanyalah iman saudara masing masing?........

Peperangan yang sia-sia..kegilaan media masakini

Saya tidak merujuk tajuk posting kali in kepada perang Israel dan lubnan di timur tengah sana. tetapi merujuk kepada tarikh penting pada pukul 8 30 mlm 28 Ogos ini.Semasa TV3 sedang membuat lintas langsung dari KLCC nanti, diwaktu yang sama. ASTRO dan RTM bergabung tenaga untuk 'mencaras' rating penonton TV3 pada waktu perdana tersebut.



ASTRO akan bersiaran dengan meletakkan ikon kegilaan ramai dalam segmen yang di panggil bersama Mawi. mana kala Di RTM pula akan berlangsung Temuduga.....eh bukan temuramah bersama Ina bekas tunang Mawi.


Telah diwar warkan bahawa rating siaran langsung Siaran TV3 dijangka mencecah 5 juta orang tapi itu sebelum RTM dan ASTRO mengeluarkan apakah peluru terakhir mereka! dengan persaingan yang semakin sengit itu ASTRO meletakkan lombong emas maestro sebagai tarikan supaya aura yang ada pada Mawi di harap dapat menarik penonton menonton siaran langsung ASTRO yang akan di hoskan oleh Aznil Haji Nawawi.


Manakala RTM pula akan membuka rahsia Ina dengan temubual eksklusif mengenai pelancaran novel mengenai kisah hidup beliau,walau pun Ina bukanlah seorang artis! namun kini telah ada ura-ura pihak tertentu yang mahu menjadikan ina sebagai penyanyi.kita tunggu sajalah hasilnya....

Pada saya semua ini kegilaan media yang mengarut sahaja.nampak sangat media cuba mengalih perhatian penonton dan masyaratat dari isu yang,lebih besar, isu murtad, isu ekonomi, setahu saya terdapat lagi tempat yang mengalami masalah kekurangan gula yang kritikal kerana belian panik sempena hari raya nanti,ramai yang bimbang kekurangan gula melarat hingga bulan puasa dan hari raya nanti jadi ramai yang menyimpan stok lebih awal..hmm..jangan anak bulan tak kelihatan dah la....saya bependapat kegairahan media in sebenarnya bertujuan mengalih tumpuan masyarakat pada krisis Politik Pak Lah dan Tun Dr Mahathir...kalau tidak macam mana RTM pun boleh terlibat sama..muskil nie..ini semua cara nak suruh kita lupa bahawa masih wujud krisis kepimpinan ketika ini....


Niezam PHg say..

Jangan pelik jika semasa siaran ketiga-tiga rangkaian akan membuat comersil break pada waktu yang sama dan serentak. Ini untuk mengelakkan penonton menggunakan remote control menukar siaran semasa iklan, jadi buatlah undian sekarang sebelum anda bermasam muka dengan teman dan orang serumah untuk memilih rancangan mana yang ingin di tonton. Saya berkemungkinan berada di studio ASTRO mengikuti temubual Eksklusif bersama Mawi.tengah tunggu green light dari 'kabel' di ASTRO...

kenapa agaknya Niezam Phg begitu Emosional?

Sebenarnya saya tidak suka membuka luka lama ini tetapi keadaan telah memaksa.kepada pengunjung blog yang menghantar e-mel memujuk saya seperti zubaiah,wie wie,maya mat,noraini MAWI,rozana Mat Sohor,pn ida rosli, kasmah ibrahim,ku zie,dan lain lain, saya ucapkan bebanyak terima kasih diatas keprihatinan anda semua. Andalah yang memberi kekuatan kepada saya untuk mengupdate sebenarnya. Saya sedar semua artikel dalam posting blog ini mengenai Datin S dan Soulmatenya agak berbaur negatif. Saya akan ceritakan di sini kenapa?

Saya sebenarnya salah seorang peminat Datin S sejak awal kemunculannya, sebagai orang pahang, beliau merupakan warga pahang yang boleh dibanggakan selepas Allahyarham Sudirman,saya merupakan diantara insan yang membesar bersama lagu-lagu cinta beliau. Namun segala-galanya itu berubah selepas sidang media perkahwinannya dengan Datuk K. pekara sebegini membuka luka lama yang telah menjadi parut dalam sejarah hidup saya......saya tidak dapat mencari rasionalnya pilihan Datin S itu.... kenapa kita mesti membina kebahagiaan di atas juraian air mata insan lain?...memanglah jodoh itu ketentuan Allah....tapi tidak adakah sekelumit rasa bersalah dihatinya?.... entahlah..

Begini kisahnya, Ketika saya berusia 19 tahun dan sedang dalam persediaan berhadapan dengan peperiksaan STPM, berlaku satu peristiwa yang sangat-sangat mengejutkan dalam sejarah keluarga saya, bapa saya telah melafazkan perkataan CERAI kepada ibu saya selepas mereka mengharungi hidup bersama lebih dari 30 tahun ,malah mereka telah pun mempunyai cucu ketika itu!. bayangkanlah saya ketika itu yang duduk di asrama mendapat perkhabaran itu segera balik ke kg dan mendapati adik beradik kami seramai 7 orang telah berkumpul di rumah,.,.kami terkedu, pergaduhan yang bermula kecil kecilan itu tidak disangka merebak hingga membawa kepada penceraian.....

Saya melihat kakak dan ibu saya telah merah-merah mata kerana menangis terlalu banyak..ibu pula merajuk sehingga tidak mahu makan,.,..puas kami memujuknya...manakala ayah pula telah keluar meninggalkan rumah selepas melafazkan perkataan yang saya paling benci itu....tetapi akhirnya mujurlah Allah masih memberi sinar kebahagiaan kepada keluarga kami...ayah dan ibu dapat rujuk semula selepas melalui beberapa perbincangan dan nasihat saudara mara dan rakan-rakan serta jiran tetangga...ketika itu saya sangat kasihankan ibu saya...... kami risaukan kesihatannya jika dia meneruskan mogok laparnya.... Sejak itulah saya telah bernekad tidak mahu melukakan walau pun sedikit hati ibu saya...

Ketika menuntut di universiti saya sempat menjalin perkenalan dengan seorang gadis dari pantai timur.. baik orangnya.. bersopan santun... memang sesuai sangatlah nak buat calon orang rumah... tapi tidak tahu dimana silapnya... pilihan saya itu tidak dipersetujui ibu saya ketika saya pernah memberi 'klu' kepadanya..saya pasrah..walau pun saya terpaksa melukakan hati pasangan saya dan meremukkan hati saya sendiri,,tapi saya telah berazam untuk tidak membuat hati ibu saya terluka lagi..saya ikuti sahaja kehendaknya dan perhubungan saya dan teman itu berakhir dalam keadaan kami sama-sama saling-sayang menyayangi [ sebab itulah saya sangat-sangat sedih dengan kisah percintaan Allahyarham Hani Mohsin dan Serena ].

sehingga kini saya masih menyimpan gambarnya dan mengingati kenangan manis kami bersama kerana dia terlalu istimewa buat saya. Perkhabaran terakhir yang saya terima dia telah mendirikan rumah tangga dan menjadi pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi di Terengganu..saya doakan semoga dia berbahagia....terima kasih kerana pernah mengisi ruang hati ini dengan kasih sayangmu..walau pun kita tak mungkin bersamaaaaa...[ teringat lagu sheila on 7..."aku berhenti berharap..dan menunggu datang gelap...sampai nanti suatu saat..tak ada cintaku dapat..mengapa ada derita..bila bahagia tercipta....kenapa ada sang hitam...bila putih menyenangkan"........]

Sebab itulah apabila berlaku 'tragedi' sebegini menimpa Tengku Zawiyah, saya lebih bersimpati kepada beliau dan anak -anaknya kerana saya juga pernah melalui apa yang anak-anak Tengku Zawiyah rasai kini, Cuma ketika itu saya tidaklah mampu untuk bercuti ke Australia kerana kami bukannya keluarga kaya. Ada juga orang yang mengatakan...alah Tengku Zawiyah bercerai pun dapat juga RM 9 juta.....saya tidak berapa bersetuju dengan fikiran sebegini... kalau bukan sebab wang 9 juta itu pun memang keluarga Tengku Zawiyah dari kalangan orang berada...saya rasa kadang-kala wang bukanlah segala galanya..walau pun segala-galanya dalam hidup ini memerlukan wang..wang tidak dapat membeli kebahagian kita..wang tidak dapat membeli kasih sayang...

kepada saudari Rina ,mungkin selama ini kehidupan saudari dikurniakan Allah dengan perjalanan yang baik-baik dan tidak di uji seperti saya dan anak-anak Tengku Zawiyah.sebab itulah saudari boleh sahaja memberi komen sedemikian rupa...saya cuma meletakkan diri saya seperti di tempat anak-anak Tengku Zawiyah...itu sahaja...Jika anda sedang meletakkan diri anda di tempat CT itu hak anda,sebab mugkin ramai lagi gadis gadis di luar sana yang mempunyai impian yang sedemikian...MAAF kerana beremosi dalam posting-posting yang terdahulu.....

Saya merasakan media cetak dan media elektronik telah keterlaluan dalam mensensasikan majlis perkahwinan Datin S dan Datuk k ini, Saya tahu mereka melakukannya untuk menaikkan rating penonton dan jualan Akhbar.tetapi telah sampai ke tahap 'over killing'. sampai orang naik meluat dan menyampah pula...


Niezam Phg say.....
Buat saudari Rina, saya tidak marahkan anda atau berdendam dengan anda, malah saya amat mengalu-alukan kehadiran anda ke teratak saya.cuma kadang kala kita perlu juga cuba meletakkan diri kita di tempat insan lain untuk menjadikan diri kita lebih matang. Saya juga merasa ada sempadan garis pemisah yang jelas diantara kata- kata nasihat dan kata-kata kritikan kesat.Oh ya .. Saya meletakkan education background diblog ini bukan untuk membanggakan diri. Tetapi sekadar berharap dapat mencari teman-teman lama yang terputus hubungan selepas tamat pengajian dahulu,Yang paling mengembirakan, saya berjaya menjejak kasih kenalan yang hilang selama 6 tahun dulu,dia kini berada di Jepun meneruskan pengajian pada peringkat Master. Semoga pulang dengan kejayaan.sebab itulah saya meletakkan tahun pengajian sekali.harap maklum.

Thursday, August 24, 2006

Hati saya tergurisssss......


Niezam Phg say....

[ meminjam ayat blogger idol: "mak sentapppppppppppp.....uols.."]

Saya secara rasionalnya merupakan seorang individu yang boleh menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berlapang dada..... tetapi TIDAK SEKALI-KALI dengan kritikan yang menggunakan bahasa yang kesat sebegini....... nickname:komentar; "your blog sucks. display cam taik. get a life bitch". apa lagi yang boleh saya kata.Semoga Allah akan memaafkan dia dan memberi hidayah kepadanya serta menempatkannya dikalangan orang- orangyang beriman,Amin. Namun begitu untuk menenangkan diri dan merungkaikan keserabutan fikiran, saya akan bercuti [ bukan pergi ke Australia.....] tapi bercuti dari mengupdate blog ini selama 3 hari mulai 25/8 hingga 28/8.segala kesulitan amatlah dikesali...


Kepada saudari Rina dan noraen67 walaupun saya pernah menuntut di universiti,itu tidak bermakna saya seorang yang sempurna,saya masih lagi manusia biasa yang mempunyai perasaan marah, geram, sedih, bengang, terluka, menyampah dan beremosi macam orang lain juga.Jika anda mengandaikan semua orang yang belajar di universiti itu sempurna,tak adalah orang keluar Universiti dan kawin akhirnya bercerai-berai ,tidak ada lah orang keluar Universiti kena tangkap masuk penjara sebab melakukan jenayah dan tidak ada lah orang keluar dari universiti yang menghisap dadah.... tapi realitinya semua itu berlaku di depan mata kita, sebab apa?...sebab mereka juga seperti manusia biasa yang lain.


Contoh seorang insan wanita yang sempurna dari segala-gala segi

Sekarang saya sedar, bukannya mudah untuk saya memberi komen terhadap manusia sesempurna Siti Nurhaliza.Akhirnya ia memakan diri saya.saya akui seandainya selama ini saya tersilap tegurlah saya dengan bahasa yang paling sesuai, rasanya teguran itu akan diambil kira dan tidak menyakitkan hati sesiapa, seperti kata Mawi diawal kemunculannya dahulu." kalau saya tertidur.tolonglah kejutkan sebagai seorang sahabat".Seandainya ada diantara pengunjung-pengunjung setia blog ini merasakan cara penulisan saya tersasar dan tergelincir dari landasan sepatutnya. Tegurlah...Saya bersedia menerima segala teguran itu dengan penuh keikhlasan,kerana saya hanya manusia biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan... walaupun Aiman mungkin tak kisah.. tapi Niezam Phg ambil kisah......

Kenapa Indonesia sering dilanda Tsunami dan Gempa Bumi

BANTUL (Yogyakarta), 4 Jun (Bernama) -- Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) yang ke sini dalam misi membantu mangsa gempa bumi terkejut bila melihat kewujudan salib dan patung Hindu dalam sebuah masjid ketika hendak menunai solat zohor di sebuah perkampungan dekat sini hari ini.

Seorang anggota pasukan PBSM, Jeffrey Hassan berkata setelah pasukannya memberi bantuan rawatan kepada mangsa-mangsa di perkampungan Gepoko, mereka bersiap-siap untuk melakukan solat zohor.

"Saya bertanyakan orang kampung di mana letaknya masjid dan mereka menunjukkan arahnya.

"Tapi, alangkah terkejutnya kami, sebaik masuk ke masjid kami lihat sebuah salib, lambang penganut Kristian, dan patung Hindu di dalamnya," kata Jeffrey.

"Kami tak jadi solat, lalu bertanyakan orang kampung bagaimana perkara sedemikian boleh terjadi," katanya.

"Itu biasa saja. Sememangnya telah lama kami lakukan begitu. Kami di sini berkongsi melakukan ibadat dalam satu masjid," kata seorang penduduk.

"Pada hari Jumaat masjid itu digunakan oleh orang Islam, Ahad oleh orang Kristian dan Selasa untuk orang Hindu," katanya.

Sumber @BERNAMA.Daripada Mohd Razman Abdullah



Niezam Phg say....

Apabila kesucian agama islam itu dipermainkan dan tidak dipertahankan oleh umat islam maka tunggulah sahaja 'peringatan' dari Allah...Adakah kita di Malaysia juga menunggu peringatan seperti itu untuk disedarkan?tepuk dada tanyalah hati

Tuesday, August 22, 2006

Pekara-pekara pelik sepanjang majlis akad nikah CT dan Datuk K


Takut tengok inai kat tangan tu.kaler hitam,patutnya merahkan? Ramai yang kata Datin CT nampak tak berapa berseri masa majlis Akad nikah tu.Mungkin sebab selalu di make-upkan, kejelitaan CT dan jadi biasa biasa sahaja.

[ dari salinan e-mel yang saya terima.]

Diantara kejadian misteri kat mesjid -:
1) dulang hantaran terjatuh tapi alasan diorang kononnya terlalu berat .. tapi kalau org dulu-dulu kata ada musibah akan berlaku .. wait n see ..

2) kamera seorang press jatuh terhempas dan rosak memory card and all the picture ..musibah gak tu ..

3) kasut Datuk K hilang but then diganti secara senyap tanpa ada org perasan .. see what they will get ..



Niezam Phg say.....

Saya terpaksa mengedit semua komen saya kerana telah terdapat msg yang menggunakan bahasa yang kasar ditujukan kepada saya. Saya tau saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak dan saya juga mengakui agak sedikit emosidalam meluahkan pandangan terhadap perkahwinan CT dan Datuk K. Terima kasih kepada yang sudi menegur.Sebagai orang sekampung dengan beliau saya tidaklah sampai mengharapkan perkahwinan beliau berakhir dengan perceraian.Saya cuma bersimpati yang teramat sangat kepada Tengku Zawiyah.Hukum karma menyatakan perbuatan baik akan dibalas baik.Semoga Tengku Zawiyah tabah menjalani fasa kehidupan baru sebagai seorang Ibu Tunggal yang kaya raya.Anda bertuah kerana mempunyai anak-anak yang sentiasa 'menyokong' anda dikala gembira dan duka.

Monday, August 21, 2006

Laporan Akhbar majlis perkahwinan CT dan Datuk K


Bestnya jadi pengantin.agak-agak malam pertama nanti best tak?
(Foto The Star oleh Azhar Mahfof)

KUALA LUMPUR: Hanya dengan satu lafaz, Siti Nuhaliza Tarudin sah menjadi isteri Datuk Khalid Muhammad Jiwa.

Majlis pernikahan yang menyusul majlis pertunangan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, menempa sejarah apabila majlis itu pertama dipancarkan secara langsung ke seluruh negara.

Dari saat Siti melangkah tertib memasuki dewan Muslimat utuk majlis pertunangan dengan bertudung litup dan memakai baju kurung moden lace putih bertatahkan taburan batu biru dengan diiringi empat penyanyi latarnya, sehingga majlis selesai, segala-galanya disaksikan secara langsung oleh jutaan penonton TV3 yang diberikan hak penyiaran eksklusif majlis itu.

Dalam hampir seluruhan majlis Siti kelihatan tenang, melainkan ketika dia memeluk ibu bapanya selepas disahkan sebagai isteri.

Pasangan selebriti itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Nasroddin Mat Daud dengan mas kahwin RM22,222 tunai, mengambil sempena tempoh 22 tahun, dua bulan, dan dua hari Al-Quran diturunkan.

Tarikh pernikahan pasangan itu hari ini juga jatuh pada hari Israk dan Mikraj iaitu 27 Rejab 1427.

Di majlis pertunangannya, Siti duduk bagaikan puteri di pelamin “mahligai permata� sebelum majlis diteruskan dengan penuh adat istiadat Melayu.

Majlis dimulakan dengan wakil dari kedua-dua pihak berbalas pantun dalam menyatakan hasrat meminang dan pinangan diterima. Ia diakhiri dengan ibu Khalid, Siti Zainab Hanafi menyarungkan cincin emas putih bertatahkan berlian ke jari manis Siti.

Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu menerima tujuh dulang hantaran daripada Khalid yang dinamakan sempena nama lagu popular Siti Nurhaliza "Cindai", mengandungi wang hantaran RM30,000, halwa, kitab al-Quran dan bunga rampai, set permata, kain lace, beg tangan dan seutas jam tangan.

Siti Nurhaliza pula membalas hantaran Khalid dengan sembilan dulang bertemakan lagunya "Sebenar Cinta", terdiri daripada bunga rampai, kain sampin songket, butang baju Melayu, jam tangan, cincin, kek, tali pinggang beserta dompet, cufflink dan sut tuksedo.


(Foto The Star oleh Azhar Mahfof)
kau orang nak kata apa pun yang penting sekarang aku dah jadi 'Datin'.jangan jelous

Selepas akad selesai, Khalid menyarungkan cincin berlian bermata satu ke jari manis Siti sebagai simbol membatalkan air sembahyang.

Siti kemudian dua kali memeluk erat bapanya Tarudin Ismail sebelum bersalaman dengan ahli keluarga yang lain diikuti kemudiannya oleh suaminya.

Tetamu kehormat termasuklah Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan isteri Che Julita Aishah, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim serta isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosman Mansor kemudian dijamukan dengan makan tengah hari di masjid berkenaan.

Majlis persandingan pasangan itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Isnin depan.

Bercakap dengan lebih 100 wartawan tempatan dan Indonesia di dewan Muslimat masjid itu selepas jamuan tengahari Siti berkata beliau melangkah masuk ke fasa baru dalam kehidupannya sebagai isteri dengan penuh tekad akan meneruskan kerjaya seninya.

"Siti akan cuba jadi isteri yang baik dan pada masa yang sama menjadi wanita yang berkerjaya. Siti tahu, banyak yang perlu Siti pelajari kini.

"Tapi Siti percaya, dengan bimbingan daripada suami, Insyallah, Siti mampu melakukannya," katanya kepada lebih 100 wartawan tempatan dan Indonesia selepas majlis pernikahannya pagi tadi.

Khalid pula berjanji beliau tidak akan menghalang Siti daripada terus bergiat di bidang seni.

"Saya tidak akan menghalang kerjaya Siti sebagai seorang penyanyi," tegasnya sambil berkali-kali memanjatkan kesyukuran kerana majlis perniakahannya selesai dalam keadaan sempurna.

Menyerlahkan senyuman puas kerana segalanya berjalan lancar, Siti tanpa segan mengakui bagaimana beliau dihantui perasaan bimbang dan berdebar-debar sebaik tiba di masjid untuk diijabkabulkan dengan pilihan hatinya itu.

"Siti hanya mampu berselawat dan Alhamdulillah, dengan sekali lafaz oleh Datuk Khalid, Siti kini sudah sah menjadi isteri kepadanya," tambahnya.

Pasangan itu yang agak keberatan memberikan sebarang butiran mengenai destinasi bulan madu mereka serta perancangan hidup mereka sebagai suami isteri meninggalkan Masjid Wilayah Persekutuan menaiki kenderaan berbeza.


Semoga wedding of the year ini tidak menengelamkan dan menyebabkan kita semua lupa dengan isu -isu yang lebih penting seperti masalah murtad dan nasib masa depan anak-anak melayu dan negara kita.

Kontrolversi Perkahwinan CT dan Datuk K


Pengantin baru membatalkan air sembahyang.Lepas ini air apa pula?

Wartawan dan Jurukamera RTM dihalang buat liputan.

Jalan Duta.Kuala Lumpur- 21 ogos 2006. Baru beberapa jam bakal bergelar datin, perkahwinan Siti Nurhaliza dengan Datuk Muhamad Khalid Jiwa telah mencetuskan kontroversi. Wartawan dan jurukamera dari Radio Television Malaysia(RTM) telah dihalang dari memasuki Masjid Wilayah untuk membuat liputan berita majlis perkahwinan tersebut,dikhabarkan juga terdapat beberapa media dari luar negara seperti indonesia turut mengalami nasib yang sama. Mereka dihalang kerana dikatakan tidak mempunyai kad jemputan ke majlis tersebut.

Saya merasa kesal kerana Datin Siti Nurhaliza begitu cepat menjadi 'melayu mudah lupa' atau dalam peribahasa melayu dulu kala seperti kacang lupakan kulit.kalau anda masih ingat bakat Siti Nurhaliza di cungkil melalui pertandingan bintang RTM di mana dia telah menjadi juara pada tahun 1996 melalui lagu jerat percintaan yang ditulis oleh Adnan Abu Hassan. Selepas itu kareer Siti Nurhaliza berkembang sehinga mampu mengindol banyak anugerah dalam setiap pertandingan yang disertainya, namun RTM merupakan platform pertama yang membuka jalan kepada bakat Siti Nurhaliza. Oleh itu tidak sewajarnya dalam majlis yang penting sebegitu Siti Nurhaliza memingirkan RTM.


Kacang lupakan kulit?atau sudah dapat gading Datuk tanduk RTM tidak berguna lagi..

Dalam temubual oleh pihak TV3,Siti Nurhaliza menyatakan bahawa hak penyiaran telah diberikan kepada stesen TV3 sahaja.pekara ini dapat difahami oleh sesiapa sahaja, tetapi yang menjadi persoalan ialah kehadiran krew RTM itu bukannya membuat Lintas langsung.Mereka cuma ingin merakam sedikit untuk bahan berita RTM.tetapi petugas RTM telah dihalang, malah mereka telah diugut sekiranya mengambil juga gambar dimajlis itu,bahan rakaman mereka boleh dirampas.

Saya merasa sangat terkejut dan terkilan dengan pekara sebegini.Sebagai seorang yang pernah bertugas di jabatan kerajaan. Saya mengetahui bahawa terdapat satu peruntukan akta yang menyatakan bahawa mana-mana individu atau pihak yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi setelah mereka memperkenalkan diri dan tujuan tugas serta menunjukan kad kuasa mereka maka seseorang itu boleh di hukum penjara tidak melebihi 2 tahun.

Saya percayas petugas dan jurukamera RTM tersebut mempunyai Pas Media dan kad Kerja mereka kerana mereka adalah kakitangan dari sebuah kementerian iaitu Kementerian Penerangan Malaysia.Dalam kejadian ini ternyata hak mereka untuk menjalankan tugas sebagai penjawat awam telah dihalang dan wartawan berkenaan patut membuat laporan polis. Kalau lisdawati yang merasa teraniya boleh membuat laporan polis hanya kerana dipukul oleh Rita Rudani dalam satu babak pergaduhan sebuah drama arahan Rasdid Sibir disebuah hotel di pulau Pinang baru-baru ini.

Saya tidak dapat melihat mengapa laporan polis tidak dapat di buat berkaitan kejadian memalukan ini. Hal ini kerana kad kuasa penjawat awam tersebut lebih besar dari kad undangan ke majlis tersebut. Ini kerana majlis tersebut diadakan ditempat awam,iaitu Masjid wilayah Jalan Duta. Harapan saya agar pekara yang sama tidak berulang pada majlis persandingan pada 28 ogos di KLCC nanti.Semoga petugas yang menjaga majlis tersebut lebih profesional dan mengetahui hak-hak wartawan yang bertugas.

STRATEGI KRISTIAN MENJERAT ANAK GADIS KITA

[salinan dari e-mel yang saya terima]

Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan
mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM,UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam.

Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang
disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat
diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

PERANCANGAN

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang
lain,pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian
telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja
Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya,kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan "Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi,apa yang membimbangkan kami semua dalah,sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja.

Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja,hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga.Kemudian,mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan,cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini.Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?",

"Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak",
"Saya tertarik dengan tingkah laku awak".
"Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"
Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan
terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP

Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka,mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur,ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka,cubaan "ringan-ringan"pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta,sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama.Apabila sigadis didapatinya mula terleka,mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA.Ketika inilah,perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya.Sebab bagi sijejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggungjawab diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya,maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa.Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama.Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama.Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"Kata sijejaka lagi
"Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa.Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa.
Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa)yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita"

Untuk makluman semua,mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka,
adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima.........hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata.Maka,marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala
ini tidak terus melanda agama dan negara.

DOA

"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadimangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.
Amin......Ya Rabbil A'lamin.

Sunday, August 20, 2006

KISAH BENAR SEORANG BEKAS PADERI

Saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.Saya dilahirkan di Kedah pada5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru Untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia.

Saya pulang ke Malaysia,kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia erana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara DiRaja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh,dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam,berbaju putih, bertali leher hitam,bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi,Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu.Air itu khusus untuk orang Islam
sahaja.

Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak ,Filipina dan Singapura.Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang,Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah
Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk- datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya,katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh Seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.


Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama.

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan dalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu.Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid.Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah.Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan). Beliau beri penerangan kepada:

1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Brutoyang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu,mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD
ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki
bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk suami,isteri,anak-anak,kaum
keluarga,saudara-mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allahhu akbar'....maha suci Allah.

Janganlah hina pendakwah islam (tabligh islam),malah kita perlu ikut serta usaha dan mendoakan semua orang islam yang baligh, lelaki dan perempuan dapat amal agama dengan sempurna, semua orang lelaki islam dapat sembahyang fardu berjemah di masjid, dan semua perempuan islam dapat tutup aurat dengan sempurna.

MARI KITA DOAKAN SELURUH DUNIA MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH

MERDEKA KAH KITA?......

Sekadar renungan.

Beberapa hari lagi negara kita malaysia akan menyambut hari kemerdekaannya yang ke 49 tahun,kerajaan melalui RTM dan Tv3 bersungguh-sungguh bekempen supaya seluruh peringkat warga negara mengibarkan bendera sebagai simbol menyambut hari kemerdekaan kita itu.Menteri Penerangan dikatakan agak keciwa kerana masyarakat masih hambar dan tidak begitu galak memberikan sambutan terhadap kempen kibar bendera ini temasuklah saya. bagaimana pula dengan Anda?...hmmm...saya agak tawar hati untuk mengibarkan jalur gemilang tahun ini...Bukan kerana saya tidak patriotik!

Entahlah..saya masih memikirkan pengisian kemerdekaan itu..iya. selama 49 tahun kita bebas dari penjajah bangsa asing dan komunis, tapi merdeka kah kita dalam erti kata sebenarnya?bebaskah kita?saya tidak langsung merasakan begitu...kerana dimana mana pun kita pergi. perasaan TIDAK SELAMAT sentiasa menghantui kita.bila-bila masa sahaja kita boleh di ragut oleh peragut..bila-bila masa sahaja adik kita keluarga atau saudara mara kita boleh menjadi mangsa rogol dimana-mana sahaja tanpa mengira masa...bila-bila masa sahaja nyawa kita boleh melayang diambil oleh seorang penagih dadah yang ingin merompak duit kita yang mungkin didalam dompet tak sampai pun beberapa puluh ringgit (itu kah nilai nyawa kita?)..jadi kalau kita bergerak
ke sana-sini dengan perasaan tidak bebas,sentiasa rasa takut dengan persekitaran yang tidak menentu,,,,aperlah erti kemerdekaan ini.....

Selama ini pun saya rasa kita telah tersasar menyambut hari kemerdekaan ini,31 ogos disambut dengan percikan dan dentuman bunga api,konsert artis popular tanah air(kalau tak buat ini orang tak datang pula).jadi dimana jati diri dan keikhlasan kita dalam meraikan kemerdekaan ini.kalau pun ada.rasanya lebih wajar kalau hari kemerdekaan ini disambut dengan majlis memperingati tokoh tokoh pejuang negara yang menyumbangkan jasa dan nyawa mereka dalam mempertahankankan negara.Tapi apa yang mereka perolehi?

Hanyalah nama yang dikenang setahun sekali dan 2 tiang nesan sebagai tanda kewujudan mereka.lebih afdal rasanya jika dihari ulangtahun kemerdekaan ini kita sedekahkan AL-FATIHAH dan bacaan SURAH YASIN supaya dapat juga membantu 'perjalanan' pejuang-pejuang kemerdekaan itu bersemadi disana...disamping mendoakan semoga Malaysia yang tercinta ini betul-betul merdeka dari Penagih Dadah,Jenayah Ragut,Rogol Dan Pembunuhan yang berleluasa di sana sini dan semoga masalah murtad yang telah sampai ke tahap darurah ini mendapat jalan penyelesaian keluar yang terbaik.Kita tidak perlu menunggu bala Tsunami melanda Malaysia baru kita hendak menginsafi segala kesalahan kita kepada agama islam yang suci ini.....

Merdekakah kita kalau agama suci kita di hina oleh puak puak lain dan meletakkan agama islam sama seperti agama-agama lain dan mereka boleh pula mentafsir agama suci kita berdasarkan pandangan mereka pula.nauzubillah!

Saturday, August 19, 2006

Berita dari UPM.Masyallah[salinan e-mel]

Sahabat-sahabat sekalian! Berikut adalah berita terkini tentang suatu
isu tergempar yang dapat kami ceritakan secara ringkas.

Isu tergempar ini adalah berkenaan apa yang sedang berlaku di UPM
tentang gerakan Missionaries (Kristianisasi) yang begitu giat bergerak.
Kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke UPM, pastinya anda akan sedar
bahawa di pintu masuk UPM tersergamnya sebuah gereja! Inilah
satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia yang
mempunyai gereja. Apa yang lebih menyakitkan hati, lagi membimbangkan,
gereja tersebut bakal diperbesarkan.

Pada mulanya, gereja itu menerima peruntukan bernilaiRM 1 juta, namun
mengikut perkembangan terbaru, peruntukan tersebut telah dinaikkan
kepada RM3 juta! Inilah isu yang sedang kami tentang habis-habisan!

Namun, sebaliknya pihak gereja sedang mengumpulkan tandatangan sebagai
justifikasi terhadap gerakan yang kononnya dilakukan atas dasar ingin
membantu golongan miskin, mangsa rogol, anak yatim dan sebagainya.
Inilah salah satu perkara yang amat kami gusarkan..Kami sedang
memikirkan penyelesaian yang terbaik buat waktu yang terdekat ini.

Setakat ini, sudah terdapat lima kes pelajar Matrikulasi UPM menukar
agama kepada Kristian! Dan apa yang malang , ke semuanya adalah pelajar
Siswi. Apa yang lebih menyakitkan hati, para Missionariesyang
menyebarkan dakyah Kristian ini menggunakan taktik kotor.

Mereka menyelinap masuk ke dalam bilik asrama dan mencampurkan "holy
water" ke dalam sebarang bekas air pelajar seperti jag air, flask, dan
seumpamanya. Perkara di atas begitu serius, dan dilaporkan terdapat satu
kes di mana sehingga ke semua anggota sebuah dorm tidak dapat mengucap
dua kalimah syahadah akibat terminum air yang di jerang di lobi (yang
telah dicampurkan "holy water" oleh Missionaries laknatullah ini).

Lantaran itu, para pelajar Islam di UPM ini sentiasa perlu berwaspada
serta berasa amat cemas dan tidak selamat berdasarkan perkembangan
terbaru ini. Kami, sesetengah pelajar UPM, terpaksa membuat rondaan
malam, bagi mengesan dan menjejaki kegiatan Missionariesini dan
seterusnya mengambil tindakan sendiri sekiranya pihak UPM tidak berbuat
apa-apa bagi menangani hal ini. Berdasarkan pemantauan kami, terdapat
satu kejadian di mana terdapat sebuah kereta Kancil berwarna merah,
meronda kawasan Kolej beberapa kali sekitar tengah malam. Kereta
tersebut dipandu lelaki tua berbangsa Tionghua berkepala botak, manakala
di sebelahnya pula duduk seorang perempuan tidak bertudung kepala. Jika
tidak memikirkan akan berlakunya huru-hara, mahu sahaja kami bakar
gereja tersebut (jika diturutkan hati kami yang marah ini).

Kepada para pembaca, tolonglah doakan sekali akan keselamatan kami dan
para pelajar Islam UPM yang lain. Dan doakanlah pelajar-pelajar yang
telah memeluk agama Kristian itu kembali ke pangkal jalan.Baru semalam
kami mengadakan program solat hajat secara beramai-ramai di Kolej. Namun
begitu, apa yang lebih menyedihkan, kami tidak mampu berbuat apa-apa
bersifat "offensive" terhadap perkara ini. Kesemua pelajar yang telah
menukar agama itu sudah pasti telah melebihi had umur 18 tahun.

Jadi, mengikut undang-undang negara kita, mereka bebas memilih agama
masing-masing dan sebaliknya orang yang memaksa mereka kembali kepada
agama Islam boleh didakwa! Ikhtiar kami yang terakhir ialah dengan
berbanyak-banyak berdoa kepada Allah SWT agar Allah menyelamatkan kami
daripada fitnah besar ini. Kami tidak sanggup melihat pada sesi
pengajian akan datang, para pelajar junior kami terdiri daripada Melayu
Kristian!

Doa kalian juga amat-amat kami harapkan. Sedih benar rasanya apabila
mengenangkan ini.

Semoga berjumpa lagi.


P/S: Tolonglah "forward" kan e-mail ini kepada sahabat-sahabat kita.

Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada termakan racun
dakyah Kritianisasi ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita
sendiri.

INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati!

Interview di Red Carpet 28 ogos nanti

Ni antara artist yang dijangka akan di interview kat red carpet nanti.


Ziana Zain - "Akak menangis kegembiaraan bila tengok TV semasa Siti
Nurhaliza buat press conference yang dia akan berkahwin. Akak begitu
gembira sebab bapak akak polis sama dengan bapak Siti Nurhaliza. Kami
sama sama anak polis. Sebab itu lah akak menangis. Hanya anak polis
saja yang faham apa perasaan di sanubari ini".


Datin Tiara Jacquelina - "Saya doakan Siti Nurhaliza berbahagia
dengan soulmatenya. Sebagai perampas suami orang, saya juga faham apa yang sedang dirasai oleh Siti Nurhaliza. Harap Siti Nurhaliza banyak lah
bersabar. Biar lah orang ingin mengata apa saja, yang penting kita dah
jadi Datin".


Datin Norish Karman - "Tahniah Siti Nurhaliza. Kalau album baru saya tak laku nanti boleh lah kita sama sama buat business yang handle workshop
"cara-cara merampas Datuk dari mak mak Datin".


Sharifah Amani - "I sound stupid when I speak in Malay, so I will
make my speech in English. Congratulations Kak Siti Nurhaliza and Datuk K".


Awie - "Selamat pengantin baru pada Siti Nurhaliza dan Datuk K. Tak
nak ucap pengantin baru kat saya juga ke?"


Erra Fazira - "Erra harap perkahwinan Siti Nurhaliza ni panjang lah
hendaknya. Jangan jadi macam Erra... buat majlis bukan main gah lagi...
tapi Yusry yang main tak segagah mana dan akhirnya kami berpisah".


Zubir - "Ini lah wedding of the decade! Bukan setakat wedding of the
year tau!"


Kris Dayanti - "Perkahwinan ini menunjukkan pada semua di Malaysia
mahu pun di Indonesia bahawa bomoh yang saya kenalkan kepada Siti Nurhaliza memang bagus bangat. Kepada siapa yang ingin berjumpa bomoh Indonesia itu, saya bisa bawa jumpa dengannya".


Datuk Sharifah Aini - "I don't care! Tapi I datang jugak sebab kita
orang Islam bila dapat jemputan kena lah juga pegi. Tapi I tell you...
I¡¯m just not interested. I don¡¯t care!"


Datuk Farid Ridzuan, TV3 - "Syukur setakat ni semua berjalan dengan
lancar. Pihak TV3 begitu berbesar hati kerana dapat membuat siaran
secara langsung upacara perkahwinan gilang gemilang ini. Bukan itu
saja,pihak TV3 juga dapat hak menyiarkan rancangan ekslusif Tiada Rahsia
selama beberapa minggu. Begitu juga penampilan istimewa pasangan
mempelai di dalam beberapa slot program TV3 seperti Nona, MHI dan
sebagainya. Insyallah, TV3 juga akan terus membuat liputan mengenai
pasangan bahagia ini termasuklah berbulan madu dan kami juga akan cuba
mendapatkan hak ekslusif penyiaran secara langsung dari wad bersalin
semasa Siti Nurhaliza bersalin kelak. Tapi itu bergantung kepada rezeki
mereka lah. Menurut pakar, pasangan ini subur dan mampu mendapat cahaya mata. Saya begitu girang sekali TV3 diberi kepercayaan penuh oleh Datuk
K dan isterinya Datin Siti Nurhaliza. Ini lah berita yang dinanti
nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia juga seluruh rantau Asia
Tenggara.Peristiwa ini juga adalah lebih penting dari perang di Lebanon, kerana itu lah pihak TV3 berbesar hati untuk membuat liputan secara
besar-besaran. Terima kasih".


Niezam phg say...
Dialog diatas adalah rekaan semata-mata.Diharapkan anda tidak terpengaruh dengan aksi-aksi yang dipaparkan.kanak-kanak di bawah umur diminta mendapat tunjuk ajar ibu bapa terlebih dahulu kerana komen seperti diatas hanya boleh dibuat oleh mereka yang profesional.

Thursday, August 17, 2006

Alhamdulillah...Akhirnya yang Hak mengatasi yang Batil

Danish Editor burnt alive'

The editor of the Danish newspaper ˜Jyllands Postenâ was burnt to
death when a fire mysteriously broke out in his bedroom, a Saudi newspaper claims.
According to the newspaper, the editor was sleeping in his bedroom when
the fire ravaged his bedroom. He and his newspaper became controversial
when it had published blasphemous caricatures of Prophet Muhammad (PBUH).
The paper claims that the Danish govt is trying to cover up the news of
the death. He was hit by divine retribution, the paper added. Muslims, all
over the world, strongly denounced this blasphemous act and massive protests
were held in all Muslim countries including Pakistan.

Text messages and emails that claim that the editor or the cartoonist has been burnt alive have also been circulating since Tuesday, lending support to this report. The
paper named the editor as Elliot Back. However, Back is merely a senior in
Computer Science at Cornell University, who had published the caricatures on his website. Name of the culture editor of Jyllands Posten, who commissioned the caricatures, is Flemming Rose. Jens Julius is the name of one of the cartoonists that drew the images. There were 12 cartoonists in all, who according to the BBC have gone into hiding.

The artist who drew the pictures of the Prophet Muhammed (P.B.U.H) has
died in a fire. He was burned alive. Denmark government is hiding the news
from the public and everyone has got to know. Plz spread this.... (Its the
price one must pay 4 the insult of 's Prophet) plz copy and paste this as
many ppl... Thank you for your cooperation.

Niezam Phg say...

Akhirnya ternyata senjata orang mukmin iaitu 'Doa' masih terbukti berkesan,oleh itu jangan lupa untuk mendoakan kejahteraan saudara mara seagama kita di selatan lubnan sana.

Wednesday, August 16, 2006

Kontrol versi Sharifah Amani Husin



Semunya gara-gara terlepas cakap pada majlis anugerah perfleman kali ke 19 baru-baru ini...ayatnya "I sound stupid if I speak Malay......" boleh ditafsirkan oleh rakyat malaysia berbangsa melayu sebagai....saya kedengaran bodoh kalau cakap melayu atau pun orang yang berbahasa melayu ni nampak bodoh.hmmmmm ..apa kata anda?

Saya pun pelik juga.kalau tak boleh berbahasa melayu dengan baik,tulis jer la apa nak dicakapkan atau pun ambil jer trofi dan cakap sekian terima kasih.....tak der saper pun nak marah bagi ucapan pendek cam tu.tapi still nak tunjukan dia ni bagus sangat n boleh speaking berabuk macam hani karmila.....akhirnya dia membodohkan diri nya sendiri memalukan ibubapanya yang terkenal dengan slogan 'budaya berkasih sayang' dan seterusnya menghiris hati(ingatkan ct nurhaliza je yang pandai menghiris hati Tengku Zawiyah, bekas bini datuk k)....jutaan rakyat Malaysia berbangsa melayu yang berbahasa melayu di luar sana....inilah dikatakan Malaysia boleh!...

Tuesday, August 15, 2006

Intipati ucapan Mufti Perak di Universiti Teknologi Petronas mengenai MURTAD



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian, menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian.

Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah.

Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.

ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.

iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan.

Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Kanada, Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur.

Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang.

Ini mengikut jangkaan Persatuan India Muslim. Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai “Ayah Pin itu Tuhan� adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid?

2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid?

3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang?

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja.

Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbakistan dan China, walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid.

Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.

Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian.

Ini yang menjadikan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD.

Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah.

Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris.

Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban

Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar.

Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani.

Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja.

Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa Jakim, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim.

Allah S.W.T berfirman:

“Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan).�

Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T.

Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh?

Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a’lam.

1.Untuk mendengar ucapan penuh klik link di bawah

Ucapan YBhg Dato' Seri Haji Harussani Link ehsan rapidshare.
[file lebih kurang 20mb dalam bentuk mp3.mungkin mengambil sedikit masa untuk mendownload].tak tahu cara mendownload? klik sini.

2.Untuk mendownload fakta kes mengenai Azlina Jelani yang telah murtad

Azlina Jelani doc Link ehsan Rapidshare juga.

3.Untuk mendownload kisah sedih Hartina Kamarudin

Kisah murtad hartina kamaruddin Link ehsan rapidshare juga.jika ada masalah sila e-mel saya.

PLEASE READ AND REMEMBER THE TAXI NUMBER

(somebody just send this to me)

To All my female friends, Be careful of this cab: HWC 244
To all the KL and PJ drivers out there:......
Please be warned that there is an orange Proton cab with the number
plate HWC 244 (name of cab company - Innovasi Timur Sdn Bhd )who is
out to get single women drivers, for unknown reasons but we believe
potentially to rape and kill. The cab is driven by a fat and bald Malay man
(occasionally with two other men in the car who look like
Indonesians) who have been going around doing the following (possibly amongst others) to get women to come out of their cars by attempting to create an accident:
1. Cutting into your lane quickly so that you have to swerve to
avoid an accident.
2. Braking suddenly on a road where there is just you and
them.
3. Driving extremely slowly in front of you and then when you
overtake, he will try to knock into you by swerving into your lane.
It is very likely that more than one woman have experienced
the attempts of the driver of this cab but it is unknown if he has
been successful in raping/murdering any woman yet. Please don't let it happen to
you!
Please be very observant and careful to look out for this
cab,especially when you are travelling on a quiet road by yourself.
There have been so many rape cases lately ( e.g. the one in Centrepoint) so
please warn your loved ones - wives, daughters, mothers, sisters, etc to be
extra extra careful and to watch out for cabs and cars like HWC 244
and other similar perpetrators.


hmmm..nampaknya kita nie sentiasa tak selamat walau dimana sahaja berada.ramai sangat orang yang suka mengambil kesempatan dan membuat cara mudah untuk mendapat kan wang......orang sekarang dah tak takut undang undang nampaknya? undang -undang kita tak cukup bagus ke?

Monday, August 14, 2006

Siapakah itu Rebecca?

Oleh Zubir Mohd Yunus (ehsan berita harian)


Rebecca.sekali pandang macam elly suriati.ala yang berlakon cerita orang gaji nama Poh Bedoh tu...ingat tak?

GARA-GARA tersiarnya gosip dalam Bintang Popular minggu lalu, ramai tertanya-tanya siapakah artis baru yang dikatakan menjadi kekasih terakhir Allahyarham Hani Mohsin

BUKAN mudah memujuk Rabecca Nur membuka mulutnya bercerita mengenai pengalaman serta saat manisnya bersama Allahyarham Hani Mohsin, dua minggu sebelum beliau meninggal dunia. Rabecca seorang gadis yang kuat menyimpan rahsia terutama kisah yang membabitkan hal peribadinya.

Penulis sendiri tidak tahu selama ini Rabecca rupanya menjalin perhubungan akrab dengan Mohsin sehinggalah mendapat panggilan daripadanya pada hari Allahyarham meninggal dunia. Rabecca membuat pengakuan hasratnya menyemai benih cinta bersama Mohsin akhirnya tidak kesampaian.

Rabecca memberitahu, dia mengenali Mohsin beberapa bulan lalu, namun hubungan mereka semakin serius sejak dua bulan kebelakangan. Pada awal perkenalan mereka, Rabecca dan Mohsin sering terserempak di sekitar Ampang Point, Kuala Lumpur, namun ketika itu Mohsin hanya memerhatikan Rabeca dari jauh saja.

Sehinggalah suatu hari ketika Rabecca bersama keluarganya yang baru selesai menonton wayang di KLCC, mereka terserempak pula dengan Mohsin bersama puteri kesayangannya, Hani Karmila, 9.

“Karmila menghampiri saya dan memberitahu, papanya (Mohsin) hendak berjumpa dengan saya. Akhirnya, Abang Mohsin secara gentleman datang menemui saya walaupun ketika itu saya bersama keluarga. Kami bertukar-tukar nombor telefon dan mulai saat itu kami berkawan baik.

“Dari kawan biasa, hubungan kami akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta.

Tapi, Abang Mohsin pernah menyuarakan hasratnya kepada saya, jika inginkan hubungan kami berterusan, dia tidak suka saya bergiat aktif dalam bidang seni dan lebih senang jika saya meneruskan perniagaan keluarga iaitu insurans.

“Justeru, saya berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan hubungan kami atau memilih bidang seni. Sebab itu, saya merahsiakan perhubungan kami termasuklah kepada teman rapat, yang tahu saya berkawan dengan Abang Mohsin hanyalah mama saya.

“Tapi, belum sempat saya memberikan jawapan kapada Abang Mohsin, dia sudah pergi selama-lamanya,� kata Rabecca yang ketika menerima berita sedih itu dia berada di Johor Bahru atas urusan keluarga.

Sebaik menerima berita kematian Mohsin, Rabecca pengsan kira-kira 20 minit dan apabila tersedar, dia mengambil pesawat kembali ke Kuala Lumpur.

Menceritakan perubahan yang berlaku pada diri arwah dua minggu sebelum kematiannya, Rabecca memberitahu, sejak kebelakangan mereka bertemu, arwah pasti menghadiahkannya bunga atau cokelat.

“Arwah berhasrat menghadiahkan saya dua helai kain batik yang dibelinya dari Terengganu. Tapi, saya terlupa membawa balik kain itu kerana tertinggal di dalam kereta arwah. Namun, atas pertolongan bekas isteri arwah, Datin Seri Tiara, kain berkenaan sudah saya perolehi.

“Dalam satu insiden lain, arwah pernah menekan brek kereta secara mengejut kerana hampir terlanggar lori di depan kami. Dengan spontan Abang Mohsin kata, `Ya Allah, nasib baik kita tak pergi sama-sama!' Saya terkejut kenapa arwah cakap begitu.

“Apabila sampai di rumah, lazimnya arwah akan menghantar saya di depan pintu, tapi hari itu dia mengadu dia penat dan minta saya naik ke rumah sendiri. Tapi, akhirnya arwah naik juga ke rumah saya. Selepas bersalaman dengannya, tiba-tiba arwah memanggil saya untuk bersalam lagi, katanya salam terakhir.

“Rupa-rupanya itulah salam terakhir saya bersama arwah. Malah Abang Mohsin pernah memberitahu saya, kalau dia mati, biarlah di sisi Karmila...� katanya yang mengakui Tiara mengetahui hubungannya dengan Mohsin apabila Karmila sering menceritakan perihal dirinya kepada Tiara.

Rabecca juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tiara kerana di atas pertolongannya, dia sempat menatap wajah Mohsin sebelum dikebumikan. Salah satu SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) Tiara kepada Rabecca: “Thank you for making him (Mohsin) happy. Rabecca, at least he had some happy moment.�

INFO RABECCA

1 - Nama penuhnya ialah Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 21, dilahirkan pada 30 April 1986 dan berasal dari Majidee, Johor Bahru.

2 - Gadis berbintang Tauras yang juga anak ketujuh dari lapan beradik ini berdarah campuran Arab dan Cina di sebelah ayahnya manakala Johor dan Indonesia di sebelah ibunya.

3 - Mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Majidee Baru, Johor Bahru.

4 - Memulakan langkah dalam bidang seni di pentas teater. Antara teater yang pernah dijayakannya di peringkat sekolah ialah Anum dan Di Mana Bumi Dipijak. Pernah memasuki kelas teater di bawah naungan Warisan Johor.

5 - Ketika menjadi penyeri muka depan majalah Remaja terbitan Jun 2005, Rabecca dilamar Skop Productions untuk membintangi drama bersiri kepolisan, Gerak Khas dan memegang watak sebagai Detektif Salina menggantikan tempat Elly Mazlein. Dia bersama Gerak Khas kira-kira lima bulan sebelum mengundurkan diri kerana masalah tonsil.

6 - Menyertai Dewi Remaja 2006, sekali gus dinobatkan sebagai Miss Favourite, Miss Rafflesia Paling Glamour, Miss Catwalk, Miss Aura Seri Songket dan Miss Top 5 De' Wajah.

7 - Selepas memenangi gelaran berkenaan, Rabecca mendapat tawaran sebagai pengacara TV rancangan rancangan Sihat Jelita sebanyak 13 episod menerusi RTM2.

8 - Masih menjalani penggambaran drama bersiri slot Lestary TV3, Dua Hati yang kini sudah pun disiarkan setiap Selasa jam 9 hingga 10 malam. Pelakon lain ialah Linda Rafar, Zuliana Ab Aziz, Iqram Dinzly, Fizz Fairuz dan Linda Hashim.


Ulasan Niezam Phg

Saya sebenarnya tidak berminat sangat hendak mengulas akan kaitan wanita ini dengan Allahyarham Hani Mohsin, tetapi saya banyak mendapat pertanyaaan dari rakan-rakan seinternet mengenai pekara tersebut. rasanya kalau ader pun perhubungan dia antara dua insan ini,.ianya masih diperingkat permulaan pada 'ketika itu',jadi tak ade aper yang mahu digossipkan,lagi pula Allahyarham telah tiada untuk menjawab segala persoalan kita. kita lupakan sahaja pekara ini dan doakan semoga roh Allahyarham tenang dan damai di'sana', rasanya itu lagi membantu daripada kita bising-bising tanpa hala tujuan,tak pasal pasal je dapat 'dosa kering' nanti.Apa kata anda?

Friday, August 11, 2006

Remp-It.Bakal merempit di pawagam berdekatan 10 Ogos 2006



Saya sebenarnya 'teruja' sangat untuk menonton filem ini.kisah mengenai perlumbaan motor haram anak -anak muda,bukannya ape cuma hendak mengembalikan nostalgia ketika zaman remaja saya dahulu.saya juga pernah melalui rasa jiwa muda remaja yang penuh dengan darah membara yang sentiasa suka motosikal,kelajuan, cabaran dan segala-galanya yang berkaitan dengan trend remaja.

Cerita remp-it ini mengisahkan Madi (farid kamil) bekerja sebagai budak pejabat tetapi suka merempit ketika malam hari. Madi mempunyai teman wanita yang dilakonkan Julia Hana(leka) pada satu perlumbaan Madi dicabar Spark (Zul Huzaimi) dan sesiapa yang kalah motosikal akan dibakar, Madi akhirnya tewas dan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap konco konco spark dan motosikalnya dibakar dan dia dibelasah hingga cedera parah. sejak itu leka beralih arah ke Rizzo(Aqasha).selepas sembuh Madi berazam menebus kembali maruahnya dan teman wanita yang telah mengikut mat motor yang lain.....untuk kesudahan seterusnya saksikan di pawagam berdekatan...


Julia Hana yang 'melakonkan' watak gadis bohsia dengan berkesan.Pandai betul dia 'menjiwai' watak itu.

Filem sebegini mengingatkan zaman remaja saya,saya juga penah mempunyai motosikal ketika menuntut di universiti dulu. cuma setakat RXZ sahaja,tapi itu pun kira dah cukup besar, seronok sangat,kalau nak mengorat awek pun rasanya tak susah sangat nak dapat sebab ramai jugak orang pelajar perempuan suka naik motor walau pun lebih ramai yang suka dapat boyfriend ada kereta!. semasa itu saya tidaklah merempit kesana sini tak tentu hala,kalau hujung minggu biasanya berpakat dengan budak-budak serumah pegi piknik..biasanya kami akan berkonvoi ke Port Dickson, Air Terjun Gabai atau pun air sungai congkak.....

Rasanya paling laju pun saya bawak motor RXZ saya tu dalam 140km/jam je...tak berani nak pulas lebih laju lagi,,sebab sayang jugak kat nyawa yang satu ni...saya pernah eksiden 2 kali..yang sekali tu jatuh sendiri sebab tayar hadapan pancit..merasa juga terlantar atas katil 2 minggu,kerana beralih tulang punggung..seksanya masa tu.,.,nak ke bilik air pun berpapah..merasa jadi OKU sekejap(sebut pasal nie sedih betul membaca perjalaann hidup Abg Kassim)..tapi bila dah sembuh...lupa kesakitan lama..bila di atas motor tu rasa satu kenikmatan kalau dapat bawah motor laju-laju....rasa berangin tu yang buatkan seronok.yang tak seronok bila hari hujan dan terpaksa berhimpit dengan kenderaan yang lebih besar...tempias angin dari kenderaan besar kadang kala bloleh menyebabkan penunggang motosikal kehilangan kawalan.mujurlah saya tidak pernah mengalami kecederaan kekal akibat kemalangan selama bersama RXZ itu.

Akhirnya jodoh saya dengan RXZ itu tidak panjang kerana motosikal saya telah di curi pada satu malam.sehingga kini saya tak tahu ape yang jadi dengan motosikal tersebut,masa tu rasa sedih sangat, maklumlah motor tu dah kira macam bini yang kita sangat sayangi, tiba-tiba dalam sekelip mata boleh hilang...tapi bila difikirkan lama-lama mungkin ada rahmat...saya redha jer lah.....walau pun rasa sedih sangat..

Saya cuma tidak faham dengan dasar kerajaan mengenai lumba motor haram,kita mempunyai litar lumba bertaraf dunia tetapi tidak mempunyai fasiliti untuk melatih anak anak muda untuk berlumba secara profesional.jadi bagai mana kita mahu melahirkan pelumba bertaraf dunia?. Dahulu kita mempunyai litar lumba batu tiga shah alam, setiap malam minggu disitu anak-anak muda remaja melepas gian untuk berlumba dan mengasah bakat,ianya Sangat Bagus kerana setidak tidaknya mereka tidak menggunakan jalan raya biasa yang akan membahayakan pengguna yang lain.

Tetapi kini kemudahan sedemikian tiada lagi, jadi alternatif yang ada ialah 'litar lumba jalan parlimen'! kepada pihak kerajaan renungkanlah keinginan golongan muda ini,

Wednesday, August 09, 2006

Link kedua untuk download Rakaman Video Melodi tv3

Saya sebenarnya bersimpati dengan nasib beberapa pengungjung yang masih gagal mendownload rakanman video melodi itu.jika anda menggunakan komputer dari pejabat berkemungkinan kegagalan anda mendownload kerana firewall yang diletakkan oleh server admin di pejabat anda menghalang akses kepada file tersebut, biasanya tiada masalah untuk pengungjung yang menggunakan komputer di cyber cafe atau di rumah.

Oleh itu saya telah meletakkan video tersebut di satu server yang berlainan.Diharapkan anda akan berjaya mendownload selepas ini. klik sahaja link di bawah dan ikut arahan yang telah saya buat itu, selamat mendownload dan selamat berjaya.Maaf di atas sebarang kesulitan sebelum ini.

Rakaman Melodi Tv3

perhatikan tulisan Download the original dibawah klip video yang tertera......letakkan cursor atas tajuk file dan klik kanan mouse..pilih 'save target as''......dan terus simpan dalam folder komputer anda...biasanya my document lah...

Gambar perkahwinan Allahyarham Hani Mohsin


Saat saat bahagia Allahyarham Hani Mohsin Dengan Tiara ketika bergelar 'Raja Sehari'.

Allahyarham Hani Mohsin mendirikan rumah tangga dengan aktres dan produser, Tiara Jacquelina pada 11 September 1993 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hani Karmila. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila Mohsin dan Tiara berpisah pada 16 Februari 1998. Perceraian mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada tahun yang sama.

Tiara Jacquelina kini merupakan isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi.Selepas penceraian Hani Karmila, duduk dengan dua-dua sekali... Sabtu sampai Selasa dia dengan Hani, petang selasa sampai pagi Sabtu dengan Tiara........Kini semuanya tinggal kenangan.....

Allahyarham Hani Mohsin menjadi Anak tunggal yatim piatu selepas pemergian ibunda (berasal dari Perak) tercinta pada mei 2004. manakala bapanya (berasal dari Perlis) telah mendahului ke rahmatullah pada tahun 1994. Sebab itulah hidup Allahyarham Hani menjadi sepi selepas penceraian,cuma kehadiran Hani Karmila menjadi pengubat kesepiannya, Allahyarham pernah berkata(selepas kematian ibunya) bahawa kehidupannya kini hanyalah semata-mata untuk anak tercinta,Hani karmila.

Sepanjang hayatnya Allahyarham berjaya memberi sinar islam kepada dua orang insan iaitu bekas isterinya Datin Seri Tiara Jacquelina (nama asalnya Jacquelina Eu Gaik Sim) dan juga Nur Aliah Lee yang merupakan isteri kepada pengarah Aziz M.Osman.Besar sungguh jasa Allahyarham Hani.Semoga ALLAH mengurniakan balasan yang setimpal dan meletakkankan darjatnya dikalangan orang -orang yang terpuji di atas segala sumbangannya dan jasa kepada agama islam yang maha suci ini.Subhanallah.

Satu Pertemuan.....dan.....Akademi Fantasia 5 pula?

Baru-baru ini selepas menonton Konsert Fantasia Mawi,di Bukit Jalil pada 6 Ogos .saya berpeluang bertemu dengan teman lama yang saya kenali ketika sama-sama aktif dalam MAWIFC satu ketika dahulu,beliau ialah Jase Mario. kami bersembang di Gossip Koner,yang terletak bersebelahan stesen LRT Bandar Tasik Selatan. sini merupakan tempat makan yang menyediakan karaoke secara terbuka,jika anda tidak segan dan rasa mempunyai bakat bolehlah menghiburkan pengunjung disana dengan bayaran RM2 untuk satu lagu, dulu-dulu saya kerap juga menyumbangkan suara di sana!. lagu 'makanan' saya ialah kekasih awal dan akhir.....hehe...

Pertemuan dengan Jase sebenarnya menarik kerana perbualan diantara kami banyak menjurus kepada blog,(beliau jugak seorang penulis blog yang aktif!). artis, Konsert AF,mengenai mawi, mawi fc, perkahwinan Siti dan Datuk K dan akhir sekali mengenai allahyarham Hani Mohsin, sehinggalah mata mula mengantuk dan kami bergerak pulang setelah jam menunjukan jam pukul 12 30 pagi.

Sebelum terlupa ketika membelek-belek majalah keluaran HAI yang terbaru ketika mencari berita Hani Mohsin saya tertarik dengan satu arikel yang memuatkan temubual wartawan mengenai konsert final AF dan salah seorang yang enter frame itu ialah Jase Mario,(makin glamourlah kawan saya seorang ini,dapat masuk majalah pulak.! saya masih ingat tahun lepas ketika kehangatan gelombang tsumawi,beliau juga ada terselit dalam akhbar Harian Metro bercerita mengenai jari nya yang hampir patah kerana meng afundi mawi!!!hahahah) disini saya taipkan semula apa pendapat beliau dalam majalah tersebut,jika anda mahu boleh juga ke alamat blog beliau seperti dibawah ini.




Jase Mario



JASE MARIO

"Tahun ini tidak ada pelajar yang saya sokong secara konsisten kerana lebih selesa memilih mereka yang memberikan persembahan tebaik setiap minggu".

"Tapi,sampai tahap ini saya melihat Faizal dan Velvet paling konsisten dalam memberikan persembahan tebaik.saya ramalkan Faizal jadi juara berdasarkan kemajuan dirinya dan undian yang memihak kepadanya".

"Farhan bukanlah saingan Faizal kerana bagi saya apabila lotter masuk,dia akan jadi saingan kuat Faizal,saya akan undi siapa yang beri persembahan terbaik dan mengharapkan satu persembahan yang bertaraf profesional di pentas akhir nanti.kalau boleh biarlah lagu yang diberi sesuai dengan vokal dan minat mereka.saya tak nak lihak jadian lupa lirik atau melodi..sebab benda begini akan menjejaskan reputasi mereka.di peringkat akhir orang bukan hanya nak mengundi,tetapi nak tengok show yang bagus". kata Jase Mario lagi.

"Akademi fantasia tidak perlu diteruskan lagi tahun depan,perlu direhatkan seketika sebelum kembalikan AF5".
(petikan dari majalah HAI ogos 2006)


ulasan Niezam Phg.

Selagi ASTRO meletakan keuntungan sebagai satu dorongan untuk mereka meneruskan program ini, susah untuk menjangkakan TIDAK ADA lagi akademi fantasia di musim hadapan,kerana jika mereka berbuat demikian, share market dalam program realiti berbentuk hiburan ini akan di bolot pula oleh stesen -stesen tv yang lain, saya tidak rasa dengan merehatkan akademi fantasia semusim akan menyebabkan penonton teruja untuk menonton semula selepas ianya hilang setahun,yang pasti penonton akan beralih kepada program realiti yang lain pula, jadi sanggupkah ASTRO kerugian sumber sms berjuta-juta selama 2 bulan itu dan berhadapan kemungkinan penghijrahan penonton ke stesen lain. selama ini pun kesuraman akademi fantasia selain faktor piala dunia ialah kerana saingan program yang hampir serupa dari stesen tv yang lain seperti MENTOR dan One In A Million.

selain itu ASTRO dilihat kejam jika merehatkan program ini kerana pertambahan pelanggan baru ASTRO melayu ada kaitan juga dengan wujudnya program realiti akademi fantasia, selain itu ASTRO telah membayar hak cipta dari penebit asal program ini,jadi rugilah mereka jika membayar tetapi tidak mengunakan hak cipta tersebut. Jika ASTRO berhajat mengembalikan kegemilangan program akademi fantasia sebelum ini, satu post mortem yang menyeluruh perlu dilakukan kerana dilihat terlalu banyak kelemahan pada edisi akademi fantasia ke 4 ini contohnya, pilihan tenaga pengajar,pilihan lagu untuk pelajar (ada yang tidak pernah didengar dan tidak biasa dengan telinga penonton,ada lagu yang diberikan juga tidak sesuai langsung dengan tone suara pelajar!),pilihan pakaian (yang ini sedia maklum,tak larat nak ulas dah! ) dan kejutan -kejutan yang sebenarnya telah tidak begitu terasa kejutannya.

Jika elemen-elemen ini berjaya diperbaiki,tidak mustahil kehangatan dalam AF 5 nanti akan lebih terasa dan akhir sekali jika ASTRO benar-benar inginkan juara dari kalangan pelajar WANITA,untuk musim hadapan tampilkan sahaja kesemua pelajar dari kalangan wanita, kerana kita telah sedia maklum dengan demografi pola pengundian di akademi fantasia sebelum ini. dan untuk musim seterusnya bolehlah diletakkan semula gabungan pelajar lelaki dan wanita semula.....
 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...