Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, July 31, 2006

Majlis Tahlil Vs Debat Perfileman.

Tentu ramai pengunjung yang tertanya-tanya apakah kaitan tajuk blog saya hari ini, semalam pejalanan saya dari Kelana Jaya ke Hulu Kelang diiringi hujan gerimis yang tidak putus-putus seolah-olah meratapi permergian Allahyarham Hani Mohsin,saya sedar keadaan tersebut kerana memang cuaca di sekitar lembah kelang minggu ini sentiasa mendung, walau pun cuaca di Amerika Syarikat dikatakan mencecah 40 darjah celcius (Kerana merestui pembunuhan di Lubenan agaknya), Saya teringat ketika kecil-kecil dahulu ibu saya mengatakan kalau kalau cuaca begitu menandakan ada orang besar(orang kenamaanan penting) hendak meninggal,tidak pastilah sejauh mana kebenarannya. tidak tahulah jika Allahyarham Hani Mohsin ini boleh kita dikategorikan termasuk sebagai 'orang besar' tersebut.

ketika saya sampai di Kompleks Finas yang terletak bersebelahan dengan Zoo Negara itu,Saya merasa sangat-sangat terkejut kerana dimaklumkan oleh pengawal yang bertugas tersebut bahawa TIDAK ADA sebarang majlis tahlil yang dikatakan dianjurkan Persatuan Seniman di situ, yang ada hanyalah majlis Debat Perfileman yang di hadiri oleh pengarah filem seperti Yasmin Ahmad, Mahadi J Murat, majlis debat tersebut di rasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. kepada pengunjung blog ini yang menantikan berita majlis tahlil tersebut di sini saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan tersebut. Apa yang berlaku tanpa saya duga sama sekali. Saya juga telah menghantar e-mel untuk meminta penjelasan dari pengarang terbabit.(diakhir sekali saya letakkan kandungan e-mel tersebut)

Sepanjang perjalanan balik itu fikiran saya berkecamuk,sedih,hampa,keciwa,terkilan dan marah bercampur-baur bergaul dalam satu masa, berkecamuk fikiran saya dibuatnya. Perasaan marah juga meluap-luap kerana rasa tertipu yang amat sangat, namun saya teringat satu artikel mengenai Allayarham Hani Mohsin baru-baru ini "ketika marah pun dia senyum". Perasaan marah saya beransur reda,saya pasrah, mungkin ini dugaan Allah kepada saya. Saya kagum dengan Allahyarham dan saya juga ingin menjadi lelaki budiman sepertinya, terima kasih Allahyarham Hani Mohsin!, kerana anda menjadi inspirasi kepada saya dan menjadi contoh tauladan yang baik,sepanjang perjalanan pulang itu saya sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham semoga 'usaha' yang sekecil itu akan mendamaikan rohnya disana,

Saya sedar dalam beberapa hari ini telah banyak airmata yang 'tumpah' kerana seorang insan bernama Hani Mohsin,saya berharap agar janganlah kita bersedih lagi selepas ini kerana jika kita terlalu meratapi pemergian Allahyaham seoalah-olah kita tidak redha dengan ketentuan ilahi,sebenarnya sikap kita ini akan lebih menyeksakan roh Allyarham disana. Ssaya berharap kita biarkan dia pergi dan menempuh perjalanan di "sana" dengan tenang. kita yang hidup ni kena teruskan perjalanan hidup kita. Semua ini takdir yang dah tertulis. sebagai saudara seagama, sedekahkan la Al-Fatihah dan surah Yaasin untuk Allahyarham. Terima kasih juga kepada 'Adik' Serina Rezuan kerana pernah memberi secebis sinar kebahagiaan kepada Allyaham Hani Mohsin sepanjang perkenalan mereka.


e(-mel kepada pengarang berita harian)

Dimana kredibiliti Berita Harian ?
(buat saudara Zainuri Misfar)


Assalamulaikum w.b.t.

Berpandukan rencana yang ditulis oleh saudara Zainuri Misfar, maka saya dengan penuh semangat yang berkobar-kobar dan rasa tanggungjawab sebagai peminat Allahyarham Hani Mohsin telah pun memandu sejauh 80 km untuk menghadiri majlis tahlil tersebut, Namun merasa sangat keciwa kerana dimaklumkan oleh pengawal di kompleks Finas bahawa tiada majlis tahlil anjuran Persatuan Seniman seperti yang telah dikeluarkan dalam berita oleh pihak akhbar saudara, Cuma tedapat majlis debat perfileman yang diadakan di kompleks itu pada tarikh tersebut. Saya merasa sangat marah dan geram kerana penyaluran maklumat yang tidak tepat ini telah menyusahkan bukan sahaja diri saya tetapi pengunjung-pengunjung blog saya kerana saya telah mengwar-warkan berita tersebut.

Untuk makluman saudara pengujung blog saya mencecah sehingga lebih 20 000 (dalam tempoh 5 hari) sejak berita kematian Hani Mohsin tersebar,Saya merasa sangat terkilan dan keciwa kerana terpaksa menghampakan harapan pengunjung blog saya dan dalam masa yang sama membuang masa saya. Disini saya mengharapkan penjelasan dan pertanggungjawapan penuh saudara menjelaskan kekeliruan ini.saya berharap saudara dapat memuaskan hati saya dengan alasan yang rasional dan lebih bertanggungjawab terhadap berita yang saudara keluarkan di masa hadapan.

sekian Terima Kasih.


alamat blog saya


http://teratakburukzam.blogspot.com

Sunday, July 30, 2006

Harijadi yang Terakhir 18 Jun 2006


Gambar ehsan forum cari.com.my

sayunya hati lihat gambar ini,nampak harmoni sungguh,walaupun Allahyarham Hani Mohsin telah bercerai dengan Datin Seri Tiara,namun mereka tetap berkawan seperti satu keluarga,Semuanya saya pasti kerana Hani Karmila.Berapa banyak keluarga di Malaysia yang mampu melakukan seperti ini,Yang baik jadikan teladan......

Saturday, July 29, 2006

Majlis tahlil Allahyarham Hani Mohsin 30 Julai 2006

[Ehsan Berita harian]
Program Mohsin dibeku sementara
Oleh Zainuri Misfar


SEMUA stesen televisyen dirayu tidak menyiarkan sebarang rancangan atau drama yang membabitkan pelakon dan pengacara program TV, Allahyarham Hani Mohsin untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu.

Rayuan itu dibuat oleh pengarah drama yang mempunyai hubungan akrab dengan Allahyarham, Ahmad Ibrahim atau dikenali sebagai Mat London.

Rayuan ini juga diminta oleh anggota keluarga Allahyarham Hani Mohsin. Ini untuk menghormati pemergian Allahyarham.

Saya difahamkan Astro menyambut rayuan ini apabila tidak menyiarkan program Roda Impian untuk sementara waktu.

Kita berharap, stesen TV lain juga dapat melakukan tindakan yang sama. Kalau kebetulan dalam masa seminggu ini ada program atau drama lakonan Hani Mohsin, saya harap siarannya dapat ditangguhkan,¡± katanya.

Dia berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis tahlil di kediaman Allahyarham Hani Mohsin di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.

Menurut Ahmad lagi, Hani Mohsin dianggap sebagai adik kerana mengenalinya sejak Allahyarham mula menceburi bidang lakonan lagi.

Memang saya ada hubungan peribadi yang sangat rapat dengan beliau. Saya kenal Hani sejak dia sebelum kahwin lagi. Malah saya turut sama-sama membantu menguruskan perkahwinannya dengan Tiara Jacquelina.

Walaupun agak lama tidak terbabit dalam penerbitan drama, kami saling berhubung. Malahan, dua hari sebelum meninggal dunia, arwah ada menghubungi saya mengatakan ada projek besar.

Bersungguh-sungguh arwah bercakap pasal projek besar itu. Tapi dia mahu bercuti terlebih dulu sebelum berbincang lebih lanjut mengenai projek itu, jelasnya lagi.

Malahan, sebagai tanda keikhlasannya, Ahmad Ibrahim juga turut mengadakan majlis yang berasingan iaitu di Masjid Taman Melawati, Hulu Klang. Satu lagi majlis tahlil akan diadakan oleh Persatuan Seniman di Kompleks Finas pada 30 Julai ini. Tapi majlis tahlil di sini (di Bukit Antarabangsa) adalah inisiatif daripada kawan-kawan arwah semasa di MCKK, jelasnya.

Hani Mohsin, 41 meninggal dunia pada pagi Selasa lalu kerana serangan sakit jantung, semasa beliau bersama anaknya, Hani Karmila dalam perjalanan untuk bercuti di Langkawi.

Sementara itu, Azmi Massod yang mewakili bekas rakan Allahyarham Hani Mohsin berkata, majlis tahlil selama tiga hari ini dianjurkan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1978 hingga 1982.

Sehubungan itu, beliau meminta rakan yang seangkatan dengan Allahyarham Hani Mohsin dan bekas pelajar MCKK dapat datang bersama-sama menjayakan majlis tahlil ini yang diadakan selama tiga hari dari Rabu hingga hari ini (Jumaat).

Sebagai kawan rapat, kami tahu Hani anak tunggal, yatim piatu. Saudara maranya pula jauh kerana kebanyakannya di Perlis. Sebab itulah, kami berpakat mengadakan majlis tahlil ini untuk arwah. Pada mulanya tahlil ini hendak diadakan di surau berhampiran, tetapi selepas mendapat keizinan ibu saudara arwah, ia diadakan di rumah ini, katanya.

Majlis tahlil yang diadakan selepas solat Isyak ini turut dihadiri kakitangan syarikat penerbitan Hani Mohsin, Imagine Pictures Sdn Bhd dan beberapa orang anak yatim dari Rumah Bakti, Hulu Klang. Turut kelihatan ialah Datin Seri Tiara bersama suaminya, Datuk Seri Effendi Norwawi.

Menurut Azmi, rakan seperjuangan Hani dalam dunia seni tidak hadir kerana mungkin tidak tahu majlis tahlil itu diadakan.

p/s. Teman ketawa senang dicari tetapi teman manangis sukar ditemui.marilah kita buktikan bahawa kita ini teman menangis Allahyarham Hani Mohsin walaupun Allahyarham tidak pernah mengenali kita.

Alamat Finas
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka
Jalan Hulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor
No. Tel: 603-41085722
No. Fax: 603-41075216



Ulasan Niezam_Phg.

Di sini saya ingin menyeru kepada peminat-peminat Allahyarham Hani Mohsin yang tinggal disekitar lembah kelang agar bersama-sama kita dapat menghadirkan diri di majlis tahlil yang dianjurkan Persatuan Seniman di kompleks Finas pada 30 Julai 2006 ini
,( saya sangat terkilan kerana terlepas dengan majlis tahlil yang dilakukan di rumahnya yang di anjurkan oleh rakan-rakan Allahyarham, alumni MCCK itu ),insyallah jika diizinkan, saya juga akan turut ke sana,(menyertai majlis dan membuat sedikit liputan bergambar untuk blog ini). Jangan pula Anda mencari siapakah Niezam Phg kerana saya seorang yang pemalu!.

Oleh kerana ianya dilakukan di tempat umum, maka marilah kita menjemput diri sendiri,tak perlulah jemputan secara rasmi [ini bukan kenduri kahwin! ], jika kita biasa menghadiri majlis seperti ini, Insyallah ketika 'masa' kita nanti Allah juga gerakkan hati orang lain untuk ke majlis tahlil kita pula kerana setiap yang hidup pasti akan pergi kan!. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allahyarham tenang dan damai di sana.

Sebenarnya ramai di antara kita yang meminati Allahyaham dalam tidak kita sedari, namun apabila Allahyarham telah tiada barulah kita merasai kehilangannya, merindui gelak tawa dan jenakanya,merindui senyuman manisnya,merasa simpati dengan pejalanan hidupnya, merasa kasihan dengan kesepian yang ditanggung oleh Allayarham selama ini................

Saya perhatikan pengunjung blog ini agak ramai juga, tetapi tidak ramai yang ingin meninggalkan komen(kira macam buku pelawat) diblog ini, sebenarnya saya rasa seperti berseorangan di blog ini,kerana komunikasi satu hala, saya sebenarnya sangat ternanti-nantikan komen dan respon dari pengunjung blog ini, Apabila anda meninggalkan komen sebenarnya anda juga menunjukan dimana rumah(blog) anda,Jika berkesempatan saya juga ingin membuat kunjungan balas ke rumah(blog) anda.

Jika anda tiada blog account cukuplah sekadar meninggalkan komen di ruang Chat Room sebelah kanan page.Apabila anda mengharapkan sesuatu(berita dan gambar) di blog ini saya jugak menantikan sesuatu(respon) sebagai dorongan kepada diri sendiri Kerana saya tidak dibayar untuk melakukan semua ini, cukuplah sekadar komen 'Terima Kasih' yang sebenarnya sangat-sangat bererti kepada saya.Terima Kasih kepada yang telah sudi meninggalkan komen sebelum ini.


Nantikan update laporan bergambar Majlis Tahlil di Kompleks Finas nanti!!!!!!!!

Saya merasakan Allaharham Hani Mohsin Banyak mempunyai persamaan dengan Allahyarham Sudirman.

1.kedua-duanya terpelajar(Hani dari MCKK dan UITM,Sudirman dari UM)
2.Meninggal semasa Duda.(cinta tidak kesampaian)
3.Perginya mengejutkan seluruh negara.
4.Tidak mempunyai gossip liar sepanjang kareer
5.Suka tersenyum dan peramah.

( Anda boleh tambah ini di ruangan comment)

Friday, July 28, 2006

Teks bacaan talkin Imam Masjid Kg Pasir.

(kepada yang gagal mendownload audio)


[Sempadan dunia dan akhirat] Sudahkah anda bersedia untuk di 'periksa' oleh 2 malaikat nanti?



Assalamualaikum.


Bissmillahhirahmanirahim.


Maha suci Allah yang maha kuasa lagi kekal tanpa kesudahannya,maha suci Allah yang telah menentukan manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian, supaya dapat dicuba dan diuji siapakah diantara manusia yang telah mengerjakan amal soleh dan membuat kebaikan, maka segala amal bakti dan hasil daripada perkerjaan mereka itu semuanya akan dapat dilihat satu persatu,pada hari yang ditetpkan oleh Allah S.W.T. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, segala sesuatu yang lain daripada Allah S.W.T tetap akan rosak dan binasa kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allahlah kita semua akan dikembalikan, maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat
dan juga terlepas dari azab api neraka dan seterusnya mendapat balasan nikmat yang berkekalan dalam syurga.adapun nikmat dan keseronokan di dunia semuanya hanyalah untuk sementara waktu sahaja,

Allah S.W.T menjadikan kita semua daripada tanah,maka ke dalam tanah kita akan dimasukkan,dan daripada tanah juga kita akan dikeluarkan semula, Allah S.W.T menghidupkan kita semula kembali supaya menanggung amanah-amanah dan menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah,selama mana kita hidup didunia ini,kemudian kita dimatikan oleh Allah dan dimasukan kita kedalam tanah untuk menjadi mangsa dan ulat,makanan-makanan ulat serta cacing-cacing yang tidak mengenal siapa kita,
yang tidak teragak-agak untuk membaham dan memamah jasad kita sehingga berkecai dan hancur segala urat dan daging kita tanpa meninggal sebarang sisa,hinggalah Allah S.W.T perintahkan malaikat israfil meniup sangkakala maka dihidupkan kita semula dengan serentak untuk dibawa kita ke hadapan mahkamah kadirabuljalil.

Disanalah.....disanalah segala amalan pekerjaan kita semasa kita hidup...semasa kita hidup di atas dunia ini akan dihisab samada baik atau pun buruk,semuanya akan dibicarakan untuk dihukum dengan pembalasan yang setimpal atau di beri ganjaran dengan adil dan juga saksama,demi sesungguhnya dengan nama Allah yang maha agung, dan ZAT yang tidak ada bandingan dengan nama rasulnya yang mulia dan atas agama islam yang maha suci, apa yang akan disebutkan disini adalah pekara-pekara yang benar belaka, yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada kita dan amatlah benar segala rasul-rasulnya yang telah menyampaikan janji-janjinya.

Wahai saudaraku Hani Mohsin bin Hasni
Semoga Allah kurniakan kesihan belas ke atas saudara.ketahuilah bahawa segala nikmat dan keseronokan dunia telah hilang daripada saudara sekarang ini.saudara telah masuk kesempadan akhirat dan tinggal disini sehingga hari kiamat.Wahai saudaraku janganlah sesekali saudara lupakan pengakuan dan perjanjian kita semasa hidup didunia iaitu kalimah Asshaduallailah haillahwaasyhhaduanamuhamadurasullah..Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan untuk memeriksa saudara dengan perintah Allah. maka janganlah saudara gentar dan takut.kerana mereka juga makhluk Allah sama seperti saudara. Mereka Akan bertanya siapakah tuhan yang saudara sembah? Siapakah nabi saudara? Apakah iktikad dan kepercayaan saudara?dan atas agama apakah saudara hidup dan mati?katakanlah kepada mereka Allah tuhanku yang sebenar-benarnya, bila ditanya lagi maka jawablah AllaH tuhanku yang sebenar-benarnya. bila di tanya bagi kali yang ketiga iaitu kali yang terakhir maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa rasa takut dan gentar Allah tuhan ku, Muhamad rasulullah nabi ku ,islam adalah agamaku, Al-Quran sebagai pedoman dan ikutanku, Baitullah adalah kiblatku,Sembahyang adalah kewajipanku,sekalian orang islam adalah saudara-saudaraku,Ibrahim Al-Khalil adalah bapa bagi agamaku,hidup dan matiku adalah atas kalimah laillahaillahmuhamadurrasulullah.

Ingatlah dan peganglah bersungguh-sungguh kenyataan pesanan ini,ketahuilah bahawa saudara akan berada di alam barzah ini sehingga hari kiamat,tiada siapa yang dapat menolong dan membantu saudara,sekiranya ditanya saudara mengenai Muhamad maka katakanlah bahawa muhamad itu adalah pesuruh dan utusan Allah yang telah menyampaikan kepada kami segala keterangan dan bukti-bukti tentang kewujudan dan kekuasaan Allah, maka kami telah beriman dan menurut ajarannya, jika sekiranya setelah selesai semua soalan yang diajukan,berserahlah diri saudara kepada Allah yang maha ESA yang memiliki arash yang maha besar,

Ketahuilah wahai saudaraku,bahawa sesungguhnya mati itu adalah benar,memasuki liang kubur juga benar,soalan mungkar dan nakir dalam kubur adalah benar,dibangkitkan semula semua manusia untuk diperiksa segala amalannya juga adalah benar,melalui titian sirat,balasan nikmat syurga dan siksa api neraka semuana adalah benar belaka, dan tetap akan berlaku dan bahawasanya hari kiamat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi,maka Allah akan menghidupkan kita semula sekalian manusia,

Wahai saudara,

Selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkanlah saudara kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,semoga dicucuri rahmat dan keampunanNYA ke atas saudara,ya Allah yang maha berkuasa,ya Allah yang maha berkuasa, ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,kurnikanlah limpah rahmatMU kepada saudara hambamu ini,ampunkanlah dosa-dosanya dan ampunkanlah dosa-dosa kami.yarrabalalamin.

Wahai saudara,

Ingatlah pesanan yang terakhir,bahawasanya Allah Adalah tuhan kita, islam satu-satunya agama kita dan Muhamad S.A.W. adalah nabi kita.kepada Allah kami berharap supaya memberi perlindungan kepada saudara, mengampuni dosa-dosa dan kesalahan saudara serta memberi ganjaran diatas segala amalan dan kebaikan yang telah saudara lakukan.amin yarabalalamin.AL-FATIHAH.

[Tukar huruf yang digelapkan dan gantikan dengan nama sendiri dan binkan dengan nama ibu kita dan hayati sahajalah jika masa 'kita' pula yang tibaaaaaaaaa....]

Mimpi sedih Hani Karmila

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin



AWAL pagi kelmarin, dua beranak itu begitu riang dalam perjalanan ke lapangan terbang apatah lagi hampir dua tahun mereka tidak bercuti bersama. Malam sebelumnya, mereka rancak bercerita, berkongsi keseronokan antara bapa dan anak.

Barangkali, apa yang bermain di fikiran Hani Karmila adalah keriangan untuk menghabiskan cuti selama seminggu bersama bapa kesayangannya, aktor Hani Mohsin selepas hampir dua minggu tidak bertemu disebabkan kesibukan lelaki itu.

Namun, keriangan yang diharapkan Karmila bertukar menjadi mimpi sedih apabila bapanya tiba-tiba rebah ketika mendaftar masuk di kaunter pelepasan sebelum berangkat ke Alor Star, Kedah untuk bercuti di Pulau Langkawi.

Saat mencemaskan itu masih bermain di fikiran anak kecil yang sedang belajar memahami erti sebuah kehidupan. Sangka Mila, bapanya cuma pengsan disebabkan penat bekerja memandangkan Mohsin begitu sibuk dihambat tugasan harian.

Apa saja yang termampu dilakukan kanak-kanak berusia 10 tahun itu? Dalam situasi mencemaskan itu, Mila cuba menggerakkan tubuh bapanya dengan mulut tidak berhenti berdoa agar Mohsin segera membuka mata.

Melihat bapanya yang kaku tanpa sebarang reaksi, mendorong Mila untuk menghubungi ibunya, aktres dan produser, Datin Seri Tiara Jacquelina bagi memaklumkan keadaan bapanya. Tangisan mula menemani anak kecil itu, mujur orang ramai yang berada di situ ringan menghulurkan bantuan.

“Kami tiba di lapangan terbang agak lewat kerana terlambat bangun tidur. Malam sebelum itu, kami berbual panjang dan ayah hanya sempat tidur dua jam kerana sibuk mengemas untuk ke Langkawi. Itulah ayah yang sentiasa menggembirakan hati saya setiap kali kami bersama.

“Di lapangan terbang, ayah meminta supaya saya cepat dan itulah perkataan terakhir daripadanya. Tiada pesanan akhir lain daripada ayah,� kata Karmila sebak, sambil ditenangkan ibunya ketika ditemui wartawan yang memberikan penghormatan terakhir di kediaman Mohsin di Hulu Klang.

Sikap arwah bapanya yang penyayang dan gemar berlawak kini hanya tinggal kenangan buat si kecil ini. Malah sehingga kini sikap bapanya yang rajin dan cerdik itu memang amat dikagumi.

“Ayah seorang lelaki dan bapa yang baik. Dia suka bagi saya hadiah dan buat kejutan setiap kali saya pulang ke rumahnya. Ayah suka berlawak untuk menggembirakan hati saya,� katanya.

Bekas isteri Allahyarham, Tiara Jacquelina ketika ditemui berkata, arwah sibuk sejak kebelakangan ini hingga jarang meluangkan masa bersama anak mereka. Oleh sebab itu, dia mencadangkan kepada arwah supaya membawa anak mereka bercuti.

“Sehari sebelum Mohsin meninggal, dia ada menghubungi saya malah suaranya kedengaran cukup gembira. Arwah kata dia sudah menempah tiket kapal terbang dan chalet untuk bawa Mila bercuti kerana mereka sudah lama tidak bercuti bersama.

“Saya sangat terkejut menerima berita dari Mila yang mengatakan bapanya pengsan. Saya tidak fikir sesuatu yang buruk tapi tidak sangka rupanya Mohsin sudah meninggal dunia.

“Bagi saya dia seorang lelaki yang baik dan sangat penyayang terutama terhadap anaknya. Kehilangan Mohsin adalah satu kehilangan yang cukup besar bukan saja kepada saya tetapi dunia hiburan kita,� katanya.

Arwah yang meninggal dunia disebabkan serangan jantung tidak pernah memberitahu Tiara mengenai sejarah penyakit jantung keluarganya. Dia hanya mengetahui mengenai penyakit itu melalui setiausaha Mohsin setelah aktor itu meninggal dunia.

Sepi seorang lelaki

SEHINGGA saat akhir pemergiannya, Mohsin sendirian. Sejak lapan tahun lalu, hidupnya kosong tanpa kehadiran seorang wanita bergelar isteri.

Di tambah pula sejak pemergian ibunya dua tahun lalu, hidupnya menjadi bertambah sunyi. Apatah lagi dia adalah anak tunggal. Setiap kali pulang ke rumah, dia merasakan hidupnya terlalu cukup kosong dan kerap kali dia menyatakan perasaan itu kepada teman rapatnya.

Namun, mereka tidak menyangka kata-kata itu membawa petanda bahawa dirinya tidak akan lama di dunia ini. Mohsin juga pernah berkata kepada beberapa temannya, tiada siapa mahukan dirinya memandangkan dia seorang duda dan hingga ke akhir hayatnya memang Mohsin bersendirian.

Teman-teman menyifatkan Mohsin sebagai seorang yang baik hati, tidak hairan di hari kematiannya teman-teman bertali arus menantikan ketibaan jenazah untuk memberikan penghormatan terakhir kepadanya. Keadaan di perkarangan rumahnya cukup sesak hingga tetamu yang datang menziarah terpaksa beratur untuk melihat Mohsin yang terbujur kaku di tengah ruang tamu.

Bagaimanapun, dia beruntung meskipun tiada saudara mara bekas isterinya serta suami sudi menguruskan jenazahnya hingga ke saat akhir.
[Ehsan Berita harian]


p/s...sedihnya...dengan kesunyian dia.semoga Allah mengurniakan bidadari untuknya di syurga.AMIN

Thursday, July 27, 2006

Terkini. gambar dari CCTV Terminal Sepang.(bagi yang belum lihat)


Hani Mohsin rebah selepas sahaja selesai Check in bersama anaknya.


Bantuan CPR sedang diberikan! dikatakan terpaksa menunggu terlalu lama sebelum di bawa ker klinik berdekatan,tak tau kenapa?


Close up Hani Mohsin.


Mungkinkah ketika ini Allayarham sudah tidak bernafas?


Sesungguhnya gambar gambar ini banyak menginsafkan saya, menyedarkan saya bahawa maut datang tidak terlewat walau sesaat pun. cuma saya terfikir sekiranya kita berada disebelah Allahyarham ketika itu,aper yang harus dilakukan dan aper yang harus tidak dilakukan.saya adalah orang biasa yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai Perubatan atau pun CPR,di sini saya ingin bertanya kepada anda yag tahu,sekiranya seseorang itu di serang stroke..secara mengejut/mendadak dan jatuh betul betul di hadpan kita,apa yang harus dilakukan?

1.Berapa lamakah seseorang itu bernafas selepas dia jatuh?
2.Apa kah tindakan pantas yang perlu dilakukan/sementara menantikan bantuan profesional (doktor@ambulan)?

Lagi satu banyak diantara kita yang memangil orang yang telah mati sebagai aruah, saya pernah mendengar ceramah dari Dato Ismail Khamus,beliau berkata panggilan itu tidak sesuai kerana perkataan aruah itu bermaksud untuk bilangan yang ramai@ banyak aruah. panggilan yang sesuai adalah allahyarham yang bermaksud semoga allah akan merahmati roh si mati.(perbetulkan saya jika saya tersilap.semoga sama sama kita mendapat ilmu dan pengetahuan.sekian

untuk melihat gambar di atas dengan size yang lebih besar sila ker fotopages saya.

klik sini

Download Bacaan talkin pada majlis pengkebumian allahyarham Hani Mohsin

kepada sesiapa yang ingin mendengar bacaan talkin oleh Imam Masjid Kg Pasir, Hulu Kelang, Selangor ketika menyempurnakan majlis pengkebumian Allayaraham Hani Mohsin semalam(25/7/2006).tujuan saya meletakkannya adalah supaya saudara-saudara semua mendapat manfaat dan pengajaraan dari bacaan talkin tersebut,yang mana ianya mengingatkan manusia bahawa hidup ini hanyalah sementara.Satu hari nanti janji Allah akan memanggil kita cuma masa dan tempatnya sahaja yang tidak kita ketahui.sesunggunya janji Allah adalah benar dan mati itu adalah benar.marilah kita menginsafinya dan bertaubat sebelum terlambat.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Hani Mohsin dan menempatkannya bersama kalangan orang-orang yang beriman dan mukmin.AMIN

bacaan talkin.zip Link ehsan megashare

bacaan talkin.zip Link ehsan Rapidshare

untuk download file dari megashare.klik pada link.tunggu lebih kurang 70 saat (perhatikan pada countdown berwarna MERAH.kemudian klik download file.apa bila keluar box untuk save file.klik save ...untuk rapidshare klik free(satu lagi dia tulis premium(berbayar).kemudian masukan tiket number dan tunggu beberaa saat dan boleh download.kemudian winzipkan file dan buka pakai window media player keraan file in berformat wav.

Sebuah gambar yang sungguh menyayat hati


(gambar ehsan Berita harian)

Datin Seri Tiara sedang memujuk anaknya, Hani Karmila.


Jika anda ingin melihat gambar-gambar majlis pengkebumian yang saya letakkan di post-post terdahulu pada format(size) yang lebih besar.sila ke fotopages saya di sini.

http://niezamphg.fotopages.com

Wednesday, July 26, 2006

Berita bergambar sekitar majlis pengkebumian Allahyarham Hani Mohsin

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Dunia hiburan tempatan hari ini gempar dengan berita pemergian pelakon, penerbit dan hos program TV, Hani Mohsin yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang di sini.

Kematian Hani, 41, mengejutkan ramai pihak.

Berita kematiannya tersebar dengan cepat ekoran kemajuan teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga ke benua Eropah, malah, Bernama menerima SMS dari seorang kenalan di United Kingdom yang ingin tahu akan kesahihan berita itu.

Bagi Presiden FDAM, Dr Mahadi J. Murat pemergian Hani Mohsin itu menjawab kelakuan aneh personaliti TV itu Isnin yang secara spontan memohon berbanyak maaf kepada beliau kerana tidak dapat menjadi pengacara bagi program anjuran persatuan itu akhir bulan ini.

Dilahirkan di Kangar, Perlis, pada 18 Jun 1965, Hani Mohsin, atau nama sebenarnya Hani Mohsin Mohd Hanafi merupakan seorang yang sentiasa komited kepada karier dan aktiviti yang disertai.

"Allahyarham memang seorang yang komited kepada persatuan. Beliau akan menelefon saya sekiranya beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan FDAM," kata Dr Mahadi kepada Bernama di sini.

"Cuma cara dia memohon maaf kerana tidak dapat jadi pengacara program dialog budaya anjuran FDAM Ahad ini agak pelik sikit. Saya tak sangka itu maafnya yang terakhir," katanya lagi. Hani adalah Exco Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) sejak Julai 2005.

Anak tunggal kepada pasangan Mohd Hanafi Mohd Yunus dan Hasni Bakar (kedua- dua ibu bapanya telah meninggal) itu cukup dikenali sebagai hos program TV, Roda Impian, yang segak dan cukup diminati ramai.

Bagi kebanyakan orang Allahyarham dilihat sebagai seorang pelakon yang bermula dari bawah dan akhirnya menjadi seorang penerbit melalui penubuhan syarikat penerbitan, Imagines Pictures Sdn Bhd pada 2002.

Bekas isteri Allahyarham yang juga penerbit dan pelakon terkenal, Datin Seri Tiara Jacquelina berkata beliau amat terkilan dengan pemergian Hani Mohsin yang disifatkannya terlalu cepat kerana usianya masih muda.

Ketika melawat jenazah Hani di bilik mayat Hospital Serdang, Tiara ditemani suami yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi.

Hani dan Tiara telah bercerai pada 1998 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan, Hani Karmila, 10, yang memaklumkan mengenai kematian ayahnya kepada ibunya hari Selasa.

Hani disahkan meninggal dunia pada pukul 10 pagi akibat diserang sakit jantung oleh Hospital Serdang selepas beliau dibawa dari Klinik Pusrawi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCC) di KLIA.

Allaryarham dikatakan rebah di LCC itu ketika sedang menunggu untuk menaiki pesawat ke Alor Setar sebelum ke Langkawi. Beliau difahamkam merancang untuk membawa Karmila bercuti bersama keluarga di Taman Sena Indah di Perlis.

Antara filem lakonan Allahyarham ialah Embun (2002), Spinning gasing (2000), Merah (1997), Scoop (1996), Ringgit Kasorrga (1995), Jimi Asmara (1995) dan filem terbitan Hollywood, Beyond Rangoon (bersama-sama Tiara) pada 1995.

Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke rumahnya di No 9, Jalan Kelab Ukay, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa sebelum disembahyangkan di Masjid Mukim Hulu Kelang.

Jenazah dijangka akan dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah ibunya, Hasni Bakar, di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang, selepas subuh Rabu.

Kehilangan Allahyarham akan tetap diingati masyarakat negara ini bukan sahaja sebagai seorang pelakon, penerbit dan pengacara juga sebagai seorang insan yang baik hati. Ini diakui sepupunya, Azriyati Mazlan, 28.

"Beliau sendiri pernah datang ke majlis konvokesyen saya. Hanya dia seorang sahaja yang sanggup datang manakala ibu bapa saya ketika itu sibuk tidak dapat hadir," kata pensyarah kolej swasta itu yang turut terkejut dengan pemergian Allahyarham setelah dihubungi saudara maranya pada pukul 10.45 pagi.

[Ehsan -BERNAMA.COM.MY]


Ini berita edisi Niezam Phg pula.



KG PASIR,HULU KELANG. MALAYSIA - 25 Julai 2006. Majlis pengkebumian pelakon drama terkenal, Hani Mohsin telah selamat dilakukan ditanah perkuburan berhampiran masjid Kampung Pasir, Hulu Kelang kira-kira pukul 9.00 malam tadi, Jenazah dibawa dari Hospital Serdang selepas bedah siasat dan tiba di rumah allahyarham di Taman Kelab Ukay,hulu kelang kira-kira pukul 5.00 petang.

Diantara rakan artis yang hadir ketika jenazah berada di rumah beliau terdiri dari kalangan pelakon filem/drama,pengacara TV,kakitangan ASTRO dan rakan-rakan pemberita dari unit hiburan majalah dan akhbar harian.

Jenazah telah dibawa ke masjid Kg Pasir pada kira-kira pukul 6.30 petang dan telah disembahyangkan sekali lagi di masjid kampung pasir. Majlis pengkebumian allahyarham tertangguh sedikit kerana menunggu sanak saudara terdekat dari Perlis yang masih di dalam perjalanan.

Antara orang kenamaan yang kelihatan berada di masjid ketika solat jenazah ialah Dato seri Effendi Norwawi iaitu suami kepada Datin Seri Tiara Jacquelina.Turut hadir ialah seorang tokoh dari parti politik PAS iaitu Dr hatta Ramli.Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan oleh kira kira lebih 400 orang jemaah.(termasuk penulis)

Acara bacaan talkin telah dilakukan oleh imam Masjid Kampung Pasir selepas jemaah masjid selesai mengerjakan solat isyak.Diantara rakan artis yang setia berada di perkarangan tanah perkuburan hingga majlis pengkebumian selesai ialah Datin
Seri Tiara Jacquelina, Dato' Jins Shamsuddin,Rosyam Noor,Md Noor kadir,Ahmad Tamimi Saregar,M.Rajoli,Ijam Medicine,Serina Redzuan,Kuna,Harun Salim Bachik,Arash Mohamad,Azizul Khamis,Lidyawati,Den wahab dan Ebby yus.

Dibawah disertakan gambar-gambar sekitar majlis pengkebumian (untuk peminat-peminat Hani Mohsin yang tidak berkesempatan melakukan kunjungan hormat kepada jenazah beliau dan juga kepada peminat-peminatnya yang jauh dari kawasan kuala lumpur).

GAMBAR-GAMBAR mengikut kronologi.(tolong abaikan TARIKH pada gembar sebab saya tersalah setting pada kamera.)


suasana di perkarangan rumah sebelum ketibaan jenazah



diantara rakan artis yang hadir



kereta jenazah tiba di hadapan rumah allayaraham




jenazah sedang dikeluarkan.




jenazah dibawa masuk kedalam rumah.



kalangan peminat dan rakan artis yang hadir



Cantik Plat ketreta ini.waja hitam,antara yang terawal di lokasi.



Datin seri Tira yang menguruskan urusan pengkebumian


Sharifah Haslinda(Lynn)



Pelakon Komedi,Imuda


Maria Farida(berbaju biru)



Rosyam Noor dan Azhar sulaiman



Rosyam Noor



kalangan rakan dari unit hiburan majalah dan suratkhabar.



Eja, rakan yang pernah digandingkan dalam roda impian,Rancangan Astro



Unit berita TV3 yang membuat liputan lengkap



kelihatan liang lahad baru sahaja di gali.



Tanah perkuburan kg pasir,Hulu Kelang



Sanak saudara yang baru tiba dari Perlis,di perkarangan masjid Kg Pasir



Tidak dapat menahan kesedihan



Kesedihan yang tak terucap dengan kata-kata



Menatap allayaraham buat kali yang terakhir



Hani karmila ditenangkan oleh saudara terdekat sambil diperhatikan datin seri tiara.



Jenazah sedang diusung keluar dari Masjid Kg Pasir.



Jenazah diletakkan bersebelahan liang lahad



penyanyi Ijam Medicine diantara yang bertungkus lumus di liang lahad



Datin Seri Tiara, Hani Karmila dan saudara terdekat



Datin Seri Tiara dan Hani karmila menjirus air mawar di pusara.



Sherina redzuan kelihtan sugul disisi pusara Allayaraham.Tentu banyak kenangan manis bersama.sayangnya mereka tiada jodoh.


Saya juga mempunyi rakaman audio bacaan talkin.Adakah anda rasa saya patut meng upload kan audio tersebut disini?.Adakah anda berminat untuk mendengarnya.Saya akan melihatkan respon pengunjung dahulu.jika ramai yang ingin mendengarkannya saya akan berbuat demikian.tujuan bacaan talkin adalah untuk menginsafkan yang masih hidup bahawa kehidupan kita hanyalah sementara dan usia kita ini hanya pinjaman.file tersebut dalam bentuk wav. dan boleh dibuka menggunakan window media player.saiz file sekitar 4566kb(5mb).file yg asal terlalu panjang,menyebabkan saya terpaksa memotongnya untuk memudahkan proses upload ke server.



Anda dibenarkan mengambil gambar dari blog in ,cuma letakkan link blog ini sebagai sumber.terima kasih

Friday, July 21, 2006

CUTE...ko dah tau ker penyanyi IRIS ko tu di katakan berkahwin lagi...cian arni

Ni aku 'baik punya cilok' dari satu blog..tak tahu lah betul ker tak?ko pegi jer lah kat link di bawah tu...



http://mybikerz.com/


Ini aku ade terima email dari kawan aku, sampaikan berita terbaru pasal Awie, Betul ker Awie Kawin lagi di Narathiwat ?


Cuba korang tengok gambar dibawah ini, adakah benar ataupun tidak, jika ia apakah yang akan terjadi kepada Arnie, Sanggup kah Arie bermadu????


awie awieawie awie


awie awieawie awie


awie awie

Macam-macam ler dunia artis sekarang nie!


PERSOALANNYA DISINI ADAKAH BENAR ATAU SEKADAR BERLAKON? MISTERIIIIII!!!!

Segmen TERJAH bakal anak anak City Nurhalijah

Aku tak der nak komen bebanyak...nie aku jumpa dari satu blog yang selalu bikin HOT...baca jer nak nak lagi lanjut bley pegi kat link di bawah tu..



Selamat Pengantin Baru....

Album baru ct & datuk k:

Side A

1)Biarlah Berusia

2)Cintaku memang diatas kertas (RM)

3)Siti situ Datuk K sini

4)Siti tak kesah

5)Ku milikmu Datuk K

6)Kuda tua ku lari gagah berani

7)Misaimu milikku

8)Kau misaiku


Side B

9)Biar Pecah Rahsia

10)Wajah KeKhalid

11)Hati Khalid

12)Bukan cinta Fazley

13)Bisikan abg asmara (Lagu ini kena reject)

14)Satu cinta dua usia

15)Demi Kasih sayang (kat anak² mu)


Manakala Lagu yang dijangka akan hits adalah..



Ayahku Kawin lagi Dari : Anak anak K



It Seems Too OLD for Datuk K To Drive Brand new CITY.

He Should Follow, A Humble Man Datuk Effendi

Who Drives 2nd Hand TIARA.........



gambar anak anak yang bakal memanggil ibu kepada siti...











kredit to:
http://sabul.blogspot.com/

cuma nak tergelak jer dengan tajuk lagu-lagu yang diberikan nafas baru dari lagu asal city tu.

Thursday, July 20, 2006

Panggilan Pulau.......langkawi. Ogos.2006














Ogos ini jika tidak ada aral melintang....hamba yang hina dina ini akan menjejakkan kaki ker pulau bertuah langkawi untuk kali yang kedua pada tahun ini.itu lah kalau dah rezeki..sebenarnya aku baru mendapat panggilan dari kawan lama.beliau membuat rombongan orang tempatnya sebanyak dua bas dan memerlukan seorang sebagai koordinator untuk sebuah bas lagi,tak perlu bayar aper aper cuma bawak badan n sedikit duit makan,perjalanan dan penginapan telah dtanggung!....ia ditanggung percuma...nanti keseluruhan perjalanan akan aku update di blog ini...

kalau diikutkan aku tak la berapa excited sangat nak ke pulau kelahiran mahsuri tu..sebab baru sahaja april yang lalu aku kesana..tu dengan susah payah sendiri,,,kumpul duit sebab tak pernah menjejakkan kaki kesana...tapi mungkin sebab satu peristiwa di pantai chenang dulu membuatkan aku pergi lagi...korang nak tahu peristiwa aper?,masa aku menginap di chalet di pulau langkawi dulu,semasa aku dan kawan aku bejalan jalan ambil angin di tepi pantai tu,kami terjumpa dengan dua ekor ikan duyung moden sedang mandi matahari, aper lagi mau terbeliak biji mater kami berdua melihatkan wayang free oleh ikan duyung yang topless tittew.......sampai mimpi mimpi kawan aku mlm tu.hahahahah..dahsyat betul penangan langkawi...

dan kalau ader rezeki pada minggu terakhir musim cuti sekolah itu jugak aku akan sekali lagi..ke langkawi..kali ni akan menemankan budak budak UIA gombak membuat lawatan kesana.itu puna atas ehsan kawan baik aku...kekadang kekadang aku terpikir apsal diaorang ni tak buat pegi pulau kapas ker pulau tioman ker..iyer lah tempat yang aku belum penah pergi..baru lah excited skit..syok nak pergi,ni asyik asyik langkawi jek..naik muak pulak nak isap curut murah nanti...iyalah kat sana fresh oren lagi murah dari beer?,,,erk..tapi aku bukannya jenis kaki minum...saja ushar harga jerk....ahaks..

Tuesday, July 18, 2006

Biarlah Siti Nurhaliza Dengan 'Rahsia'nya itteww


“Berapa jauh rumah puteri,
berteman dan berkereta,
berapa susah melepaskan Siti,
macam-macam tohmahan dan sengketa.�

Dengan pantun 4 rangkap dari bapa siti iaitu mohd tarudin maka terlerailah sudah secara rasmi nya rahsia siti selama ini..aper lagi yang boleh di katakan,terkilan memang terkilan.tapi nak buat maca mamner itu kan pilihan siti cuma dier yang tahu aper yang ader dalam pikiran nya memilih orang yang sekali ganda umurnya itu...hai tak dapat aku nan bayangkan bahawa ct akan lemas jugak akhirnya dalam rangkulan datuk K ittew..oppsss dah mcm citer blue plak???sapo nak jawab

Dan siapalah kita yang cuma menjadi peminatnya..kiter tiada kuasa seperti Maestro yng boleh menentukan dengan siapa artisnya nak berkawan dengan siapa artis nya nak bertunang atau dengan siapa artisnya nak kawin...atau pun di mana artisnya pergi memancing.....opsss aku citer pasal saper nie..pasal ct ker pasal mawi...hehehehe

Aper aper pon, aku doakan ct bahagia macam juga aku mendoakan mawi akan bahagia dengan sesiapa sahaja yang dia pilih...itu kan hak dier..kiter ni sebagai peminat kenalah lah sokong..lagi pun budak botak ittew dah cakap bukan dier yang cari peminat..peminat sendiri yang datang kepada dier,...so tak paham paham lagi ker ...

ok lah aku dah tak nak merpu lagi....biar lah aku per gi membawa diri...

kenapa siti?..kenapa?mengapa datuk K..mengapa tak Z?..mengapa tak A?..mengapa tak M?..kenapa tidak aku (wah perasannyer aku)..lantak lah ni aku punya blog.,.suker ati aku leh nak perasan ker nak perah santan ker...boleh?

Sunday, July 16, 2006

Tiada lagi karaoke tasik Shah Alam.

Malam sabtu baru nie.disebabkan boring yang teramat n tak tau nak buat aper so aku pun saja lah ronda-ronda kat shah alam.masa tu dah pukul 11 malam dah..lepas makan..aku pun bergeraklah ke bandaraya shah alam tu ..dengan niat nak menghilangkan boring nie..tapi sesampai sahaja aku kat tepi tasik te aku tengok lengang je.n aku rasa tempat makan tu pun dah tutup.ader masalah dengan MBSA kot!..kalau dulu maser zaman kegemilangan AF3 dan zaman aku bergiat aktif dalam mawifc,aku selalu pegi tempat nie dengan manis dan cute..selalunya lepas konsert Af lah,sebab konsert tu buat kat stadium Malawati,sebab kat sini ader karaoke terbuka dan aku pun ader lah jugak men'sumbangkan' lagu kat sini,heheheh.. selalu tu biasanya aku nyanyi lagu jamal.ibnor riza atau pun spring..sebab lagu lagu penyanyi tu je yang sesuai dgn suara aku agaknya.lagi pun suara aku bukannya sedap sangat nyanyi bebanyak..just nak release tension jerk..
memandangkan tempat ni tutup.terus aku teringat satu tempat baru yang kawan aku cakap,iaitu uptown.tapi korang jangan silap nie bukan uptown kat daman sara tu.ni uptown baru kat shah alam.tempatnya terletak di bangunan serbaguna komplek muhibbah area syeksen 19 kalau tak silap,cara nak pegi senang jer.kalau dari bandar shah alam tu terus amik jalan menghala syeksen 15. n jalan jer terus ,anda akan jumpa 2 roundabout,tak payah belok mana mana jalan terus sampai kat bulatan perak kayangan tu n ambil pukul 12..maknanyer terus jerlah.sebab komplek ni kire terletak dipenghujung jalan tu.
macam tempat lain jugak,kat sini ader jual t shirt,barang perhiasan,minyak wangi,dan download ringtone, mp3 n bermacam macam lah.kedai makan pun ader jugak.konsepnya macam pasar malam cuma kat sini buka sampai pukul 3 pagi.dan yang best sekali macam biasa lah ader karaoke! ingatkan nak jugak mensumbangkan lagu.tapi malam tu ader pertandingan karaoke uptown shah alam.saringan peringkat pertama,ader selama 3 minggu.dibuat setiap malam sabtu.so aper lagi melekat lah aku kat situ.sampai pukul2 pagi..lepas tu tah tahan dah mater pun berpinar menahan mengantuk..aku pun balik umah...nak tdoooooo..oh yer maser malam tu jugak ader BOB AF2 buat lawatan muhibbah kat situ ngan kengkawan dier.tapi aku tak snap gambar lah sebab aku tak bawak kamera dan handphone aku pun tak der kamera.lagi pun aku tak minat dier...cian bob!....

Wednesday, July 05, 2006

Sape ka sini nak laptop free??

free laptop/notebook??

Ada marketing agency dari Kanada yg nak bagi laptop
free. Tak
pasti benda ni betul ke tidak tapi tak rugi pun kalo
kita try mana tau
dapat betul-betul. So kalau nak try, boleh guna link
ini.
Caranya:

1. Daftarkan Diri anda dengan mengunjungi :

http://notebook.GustoNetwork.com/index.php?mid=719754


Lalu klik ? register now....?
Sila isi maklumat yang dikehendaki, setelah selesai
klik ? Join
Now! ?
Setelah register anda dikehendaki untuk login sila
masukkan username
dan
password anda kemudian klik ? Login ?.
Registration Complete. Please Sign in.
Username:
Password:
Forgot your password?

Home

Seterusnya anda akan melihat referrals, sila abaikan
dan anda terus
klik
" No Thanks. Just continue to
notebook.GustoNetwork.com "

2. Selanjutnya klik menu 'Referrals' (dibagian
atas web yang sudah anda register),

3. Anda akan menerima nombor referals anda sendiri

4. Informasikan kepada teman-teman anda
mengenai produk notebook Acer ini dengan menggunakan
referal numbers yang diberi

Langsung
dikirim ke alamat rumah
anda.

Selamat mencuba
Siti
100% yang mencuba telah BERJAYA ..!!

-PENGALAMAN MENCUIT HATI-

"Terima kasih bro al_azri. Saya baru dpt notebook
smlm. TQ veryý
much..!!"

- Ramli JB -

"Tak penah la temimpi nak dapat notebook nih!! FREE
plak tu! Mekacih
bebanyak ye Encik Azri..!!"

- Sharif UIA,Gombak -

"Ingat lawak yg membuang masa je memulanyer. Tapi bila
notebook
sampai pagi
tadi.. terkejut BERUK den!! Beruk pun tak terkejut cam
saya..
Thanks.!!"

- Ila,Sentul -

"Pukul 11.00pagi kwn kata ada orang dtg ofis cari
saya. Pakai Baju
UPS.
Pastu minta sign. Ingatkan hape. Tapi bila dapat
notebook tu..
Ketawa tak
berhentiý!! Kepada saudara yg bernama Al_Azri, terima
kasih!!"

- Siti Rahmah, Kuantan -

TUNGGU APA LAGI..!!

klik jer kat link dibawah tu

http://notebook.GustoNetwork.com/index.php?mid=719754


p/s- tak der salahnya mencuba..

Tuesday, July 04, 2006

ADA APER DENGAN CHENTA???

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita
akan
berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita
akan
gembira...

Di depan orang yang kita cinta, musim
sentiasa
berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka, musim itu
cuma
berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita
cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata
orang
yang kita suka, kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu
untuk
berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas
berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu...
Di depan orang yang kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang
kita
cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang
kita
suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita
akan
turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis, kita
akan
turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai
seseorang
yang kita suka... umpama kita membuang
telinga
kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini
dalam
hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang
anda
cinta.

Sunday, July 02, 2006

Takziah untuk MAWI

akhir nya selepas menjalani beberapa pembedahan pintasan jantung di IJN,pak atan iaitu bapa mawi telah kembali ke rahmatullah.berta ini telah disampai kan oleh aznil ketika konsert akademi fantasia yang ke 5 dimana telah menyaksikan penyingkirian seorang pelajart dari perak iaitu Salima.

oleh itu marilah kita bersama sama menghadiah kan al fatihah kepada pak atan semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.AMIN.
 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...