Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Saturday, July 29, 2006

Majlis tahlil Allahyarham Hani Mohsin 30 Julai 2006

[Ehsan Berita harian]
Program Mohsin dibeku sementara
Oleh Zainuri Misfar


SEMUA stesen televisyen dirayu tidak menyiarkan sebarang rancangan atau drama yang membabitkan pelakon dan pengacara program TV, Allahyarham Hani Mohsin untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu.

Rayuan itu dibuat oleh pengarah drama yang mempunyai hubungan akrab dengan Allahyarham, Ahmad Ibrahim atau dikenali sebagai Mat London.

Rayuan ini juga diminta oleh anggota keluarga Allahyarham Hani Mohsin. Ini untuk menghormati pemergian Allahyarham.

Saya difahamkan Astro menyambut rayuan ini apabila tidak menyiarkan program Roda Impian untuk sementara waktu.

Kita berharap, stesen TV lain juga dapat melakukan tindakan yang sama. Kalau kebetulan dalam masa seminggu ini ada program atau drama lakonan Hani Mohsin, saya harap siarannya dapat ditangguhkan,¡± katanya.

Dia berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis tahlil di kediaman Allahyarham Hani Mohsin di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.

Menurut Ahmad lagi, Hani Mohsin dianggap sebagai adik kerana mengenalinya sejak Allahyarham mula menceburi bidang lakonan lagi.

Memang saya ada hubungan peribadi yang sangat rapat dengan beliau. Saya kenal Hani sejak dia sebelum kahwin lagi. Malah saya turut sama-sama membantu menguruskan perkahwinannya dengan Tiara Jacquelina.

Walaupun agak lama tidak terbabit dalam penerbitan drama, kami saling berhubung. Malahan, dua hari sebelum meninggal dunia, arwah ada menghubungi saya mengatakan ada projek besar.

Bersungguh-sungguh arwah bercakap pasal projek besar itu. Tapi dia mahu bercuti terlebih dulu sebelum berbincang lebih lanjut mengenai projek itu, jelasnya lagi.

Malahan, sebagai tanda keikhlasannya, Ahmad Ibrahim juga turut mengadakan majlis yang berasingan iaitu di Masjid Taman Melawati, Hulu Klang. Satu lagi majlis tahlil akan diadakan oleh Persatuan Seniman di Kompleks Finas pada 30 Julai ini. Tapi majlis tahlil di sini (di Bukit Antarabangsa) adalah inisiatif daripada kawan-kawan arwah semasa di MCKK, jelasnya.

Hani Mohsin, 41 meninggal dunia pada pagi Selasa lalu kerana serangan sakit jantung, semasa beliau bersama anaknya, Hani Karmila dalam perjalanan untuk bercuti di Langkawi.

Sementara itu, Azmi Massod yang mewakili bekas rakan Allahyarham Hani Mohsin berkata, majlis tahlil selama tiga hari ini dianjurkan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1978 hingga 1982.

Sehubungan itu, beliau meminta rakan yang seangkatan dengan Allahyarham Hani Mohsin dan bekas pelajar MCKK dapat datang bersama-sama menjayakan majlis tahlil ini yang diadakan selama tiga hari dari Rabu hingga hari ini (Jumaat).

Sebagai kawan rapat, kami tahu Hani anak tunggal, yatim piatu. Saudara maranya pula jauh kerana kebanyakannya di Perlis. Sebab itulah, kami berpakat mengadakan majlis tahlil ini untuk arwah. Pada mulanya tahlil ini hendak diadakan di surau berhampiran, tetapi selepas mendapat keizinan ibu saudara arwah, ia diadakan di rumah ini, katanya.

Majlis tahlil yang diadakan selepas solat Isyak ini turut dihadiri kakitangan syarikat penerbitan Hani Mohsin, Imagine Pictures Sdn Bhd dan beberapa orang anak yatim dari Rumah Bakti, Hulu Klang. Turut kelihatan ialah Datin Seri Tiara bersama suaminya, Datuk Seri Effendi Norwawi.

Menurut Azmi, rakan seperjuangan Hani dalam dunia seni tidak hadir kerana mungkin tidak tahu majlis tahlil itu diadakan.

p/s. Teman ketawa senang dicari tetapi teman manangis sukar ditemui.marilah kita buktikan bahawa kita ini teman menangis Allahyarham Hani Mohsin walaupun Allahyarham tidak pernah mengenali kita.

Alamat Finas
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka
Jalan Hulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor
No. Tel: 603-41085722
No. Fax: 603-41075216



Ulasan Niezam_Phg.

Di sini saya ingin menyeru kepada peminat-peminat Allahyarham Hani Mohsin yang tinggal disekitar lembah kelang agar bersama-sama kita dapat menghadirkan diri di majlis tahlil yang dianjurkan Persatuan Seniman di kompleks Finas pada 30 Julai 2006 ini
,( saya sangat terkilan kerana terlepas dengan majlis tahlil yang dilakukan di rumahnya yang di anjurkan oleh rakan-rakan Allahyarham, alumni MCCK itu ),insyallah jika diizinkan, saya juga akan turut ke sana,(menyertai majlis dan membuat sedikit liputan bergambar untuk blog ini). Jangan pula Anda mencari siapakah Niezam Phg kerana saya seorang yang pemalu!.

Oleh kerana ianya dilakukan di tempat umum, maka marilah kita menjemput diri sendiri,tak perlulah jemputan secara rasmi [ini bukan kenduri kahwin! ], jika kita biasa menghadiri majlis seperti ini, Insyallah ketika 'masa' kita nanti Allah juga gerakkan hati orang lain untuk ke majlis tahlil kita pula kerana setiap yang hidup pasti akan pergi kan!. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allahyarham tenang dan damai di sana.

Sebenarnya ramai di antara kita yang meminati Allahyaham dalam tidak kita sedari, namun apabila Allahyarham telah tiada barulah kita merasai kehilangannya, merindui gelak tawa dan jenakanya,merindui senyuman manisnya,merasa simpati dengan pejalanan hidupnya, merasa kasihan dengan kesepian yang ditanggung oleh Allayarham selama ini................

Saya perhatikan pengunjung blog ini agak ramai juga, tetapi tidak ramai yang ingin meninggalkan komen(kira macam buku pelawat) diblog ini, sebenarnya saya rasa seperti berseorangan di blog ini,kerana komunikasi satu hala, saya sebenarnya sangat ternanti-nantikan komen dan respon dari pengunjung blog ini, Apabila anda meninggalkan komen sebenarnya anda juga menunjukan dimana rumah(blog) anda,Jika berkesempatan saya juga ingin membuat kunjungan balas ke rumah(blog) anda.

Jika anda tiada blog account cukuplah sekadar meninggalkan komen di ruang Chat Room sebelah kanan page.Apabila anda mengharapkan sesuatu(berita dan gambar) di blog ini saya jugak menantikan sesuatu(respon) sebagai dorongan kepada diri sendiri Kerana saya tidak dibayar untuk melakukan semua ini, cukuplah sekadar komen 'Terima Kasih' yang sebenarnya sangat-sangat bererti kepada saya.Terima Kasih kepada yang telah sudi meninggalkan komen sebelum ini.


Nantikan update laporan bergambar Majlis Tahlil di Kompleks Finas nanti!!!!!!!!

Saya merasakan Allaharham Hani Mohsin Banyak mempunyai persamaan dengan Allahyarham Sudirman.

1.kedua-duanya terpelajar(Hani dari MCKK dan UITM,Sudirman dari UM)
2.Meninggal semasa Duda.(cinta tidak kesampaian)
3.Perginya mengejutkan seluruh negara.
4.Tidak mempunyai gossip liar sepanjang kareer
5.Suka tersenyum dan peramah.

( Anda boleh tambah ini di ruangan comment)

3 Comments:

  • At July 31, 2006, Blogger Jun Ahmad said…

    aslkm Nizam ,

    jun tak pernah mengenali Arwah secara peribadi , hanya sekadar apa yang terlihat di media massa , namun sebagai saudara seagama , doa dan al-fatiha tetap dihulurkan .

    semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik kepada teman-teman arwah yang tulus dan ikhlas mengadakan majlis tahlil ini semua ..

    p/s : jun terpandang blog nizam ni (secara kebetulan )dari blog SM ...(juga secara kebetulan jua ternampak blog SM )

     
  • At July 31, 2006, Blogger Am just a gal said…

    Good job - nice entry, semoga Arwah aman...

     
  • At July 31, 2006, Blogger Unknown said…

    sudirman idola saya, tp saya tk ada masalah dgn hani.

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...