Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, February 28, 2007

19 KEISTIMEWAAN WANITA MENGIKUT HADIS...

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang
takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) , maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a."Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuaberistighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


Niezam Phg says....

tetapi zaman sekarang ramai pula wanita yang tak berbangga menjadi seorang wanita....tak sayangkan diri dan keluarga mereka..entahlah...kita dah terlalu jauh dengan agama sekarang nie...

kredit to nastee76@yahoo.com

Labels:

korban untuk mengelakkan korban di indonesia






Niezam Phg says....

Indonesia ni merupakan sebuah negara yang pelik sikit...adakah pekara khurafat seperti 'ini' yang menyebabkan banyaknya ujian Allah untuk mereka..?saya di fahamkan oleh ustaz kalau seseorang itu kuat beribadat dan beriman kepada allah tetapi di berikan dugaan sekadar untuk menguji dan menguatkan keimanannya tetapi jika seorang itu sering melakukan dosa dan mungkar...itu merupakan pembalasan dan laknat kerana mengingkari perintah Allah..anda berada di pihak yang mana? adakah menerima setiap takdir yang tidak baik ke atas diri anda sebagai 'ujian ' allah untuk menguji keimanan ataupun sebagai pembalasan atas dosa dosa yang lalu......renungkan!

Labels:

Monday, February 26, 2007

Jadikan RENUNGAN YANG TERINDAH.......

SEKADAR RENUNGAN UNTUK SEMUA

31) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok .

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

10) sekolah rendah----sekolah menengah-----universiti----kerja
sementara----kerja tetap----jawatan besar

TETAPI...

KITA JUGA LUPA...
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH
PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00 /

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) kurang pulang ke kampung jenguk ibu bapa ---- selalulah jenguk mereka
selagi mereka ada

9) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan....

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan...

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah."

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

p/s: Kalau rajin...hmmm..kalu rajin la..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati


Niezam Phg says...

Satu renungan yang kekadang kita terlupa, kita malas nak fikir atau kita tidak tersedar dalam mengejar sesuatu yang lebih abadi......aku cari bukan harta bertimbun..aku cari al-ghazali......tetapi aku terjumpa bot mewah di turki dan jet mewah peribadi..... semoga kita tidak terlewat untuk insaffff......

kredit to yantoi333@yahoo.com.my

Labels:

Sunday, February 25, 2007

Mentega Peter Pan ditarik balik akibat dicemari kuman

KUALA LUMPUR: Nasmark Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengedarkan mentega kacang Peter Pan yang dikeluarkan oleh syarikat AS ConAgra Foods Inc, telah menarik balik produk itu di Malaysia berikutan amaran Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) yang produk itu dicemari oleh kuman Salmonella.

Pegawai operasi Nasmark, Kong Lai Han, berkata penarikan balik itu dibuat dengan serta-merta selepas ia menerima arahan daripada pejabat ConAgra di Singapura Jumaat lepas.

FDA telan memberi amaran kepada pengguna-pengguna AS bahawa mentega kacang Peter Pan atau mentega kacang Great Value yang dibeli sejak Mei tahun lalu mungkin dicemari Salmonella tennessee, sejenis bakteria yang menyebabkan penyakit bawaan makanan.

"Kami juga telah memberitahu saluran-saluran utama kami seperti Giant Supermarket, Jusco dan Cold Storage dan kami kini sedang dalam proses mengutip kesemua produk itu daripada saluran-saluran itu," Kong berkata apabila dihubungi oleh Bernama hari ini.

Bagaimanapun, katanya kebimbangan utama syarikat itu pada ketika ini ialah bahawa gedung-gedung bebas dan orang ramai mungkin tidak tahu mengenai penarikan balik produk itu.

"Sesetengah daripada pemilik gedung bebas mungkin masih merayakan Tahun Baru Cina mereka dan belum membuka semula perniagaan mereka.

"Saya harap dengan berita ini, mereka akan menyedari tentang langkah ini dan dengan serta-merta melupuskan produk mereka," katanya.

Dalam satu kenyataan terdahulu Nasmark menggesa para pengguna melupuskan produk itu sehingga pemberitahuan lanjut tetapi menyimpan tudungnya untuk mendapatkan bayaran balik daripada syarikat itu.

Tudung itu boleh dihantar ke pejabat Nasmark di Menara Pejabat Pudu Plaza di Jalan Landak off Jalan Pudu di sini, katanya.

ConAgra akan memberhentikan pengeluaran sehingga punca pencemaran itu dikenal pasti dan dihapuskan.

Labels:

The Biggest Idiot in The World



NEW YORK - Idaho resident Kathy Evans brought humiliation to her friends and family Tuesday when she set a new standard for stupidity with her appearance on the popular TV show, "Who Wants To Be A Millionaire. "

It seems that Evans, a 32-year-old wife and mother of two, got stuck on the first question, and proceeded to make what fans of the show are dubbing "the absolute worst use of lifelines ever."
After being introduced to the show's host Meredith Vieira, Evans assured her that she was ready to play, whereupon she was posed with an extremely easy $100 question. The question was:

"Which of the following is the largest?"
A) A Peanut
B) An Elephant
C) The Moon
D) Hey, who you calling large?

Immediately Mrs. Evans was struck with an all consuming panic as she realized that this was a question to which she did not readily know the answer.

"Hmm, oh boy, that's a toughie," said Evans, as Vieira did her level best to hide her disbelief and disgust. "I mean, I'm sure I've heard of some of these things before, but I have no idea how large they would be."

Evans made the decision to use the first of her three lifelines, the 50/50. Answers A and D were removed, leaving her to decide which was bigger, an elephant or the moon. However, faced with an incredibly easy question, Evans still remained unsure.

"Oh! It removed the two I was leaning towards!" exclaimed Evans. "Darn. I think I better phone a friend."

Using the second of her two lifelines on the first question, Mrs. Evans asked to be connected with her friend Betsy, who is an office assistant.

"Hi Betsy! How are you? This is Kathy! I'm on TV!" said Evans, wasting the first seven seconds of her call. "Ok, I got an important question. Which of the following is the largest? B, an elephant, or C, the moon. 15 seconds hun."

Betsy quickly replied that the answer was C, the moon. Evans proceeded to argue with her friend for the remaining ten seconds.

"Come on Betsy, are you sure?" said Evans. "How sure are you? Puh, that can't be it."

To everyone's astonishment, the moronic Evans declined to take her friend's advice and pick 'The Moon.'

"I just don't know if I can trust Betsy. She's not all that bright. So I think I'd like to ask the audience," said Evans.

Ask ed to vote on the correct answer, the audience returned 98% in favor of answer C, 'The Moon.' Having used up all her lifelines, Evans then made the dumbest choice of her life.

"Wow, seems like everybody is against what I'm thinking," said the too-stupid-to- live Evans. "But you know, sometimes you just got to go with your gut. So, let's see. For which is larger, an elephant or the moon, I'm going to have to go with B, an elephant. Final answer." Evans sat before the dumbfounded audience, the only one waiting with bated breath, and was told that she was wrong, and that the answer was in fact, C, 'The Moon.'


Niezam Phg says...

Hahahaha


kredit to nastee76@yahoo.com

Labels:

Golongan Lelaki yg Akan Ditarik masuk Ke dalam Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


Gambar hiasan: Anak seorang penceramah motivasi terkenal...

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)


sekadar hiasan: semoga Dayah Betul betul diberikan HIDAYAH dari Allah..insyallah..


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)



4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
................................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


Gambar hiasan: Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
................................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."



Niezam Phg says...

Teringat lagu raihan '..iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertakwa...ia tak dapat di jual beli..ia tiada di tepian pantai...."

sebab itu ada ayat Al Quran yang berbunyi "janganlah campakkan diri kamu dalam kebinasaan"...dan juga " peliharahalah dirimu dan ahli keluarga mu dari siksaan api neraka. jika kita sayangkan keluarga kita. jagalah tingkahlaku kita semoga kita semua di tempatkan di kalangan orang orang beriman dan bertakwa..insyallah

kredit to ku_zie2k@yahoo.com

Labels: ,

Terjemahan Bacaan Talkin

[ Kepada yang tak pernah dan jarang ke tanah perkuburan...]

Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji
siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar
pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan
sebesar-besar
amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah
Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA
Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu
ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu
Pesuruh
Allah.Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2
orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan
risau
serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan
Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal
kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah
bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan
ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara
aku,bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha
illallah Muhammaddur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu
dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal
didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan
dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini
adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah
benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah
benar,berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira
segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada
syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan
yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam
kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal
kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua
yang menetapkan
hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala
menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan
memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal
kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya
tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu
alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za
iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada
di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang
ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para
makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di
kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan
TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat
mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH
mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin
sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud.
Bekas SUJUD> tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu
KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui
titian"
Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku
dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh
orang
yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh
asal
diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika
mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra
sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di
dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan:
" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan
letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang
digoreng
dan buah buahan syurga.
"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan
dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan
membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama
dulang
yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan
sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi
makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt
di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah
kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah
sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama .
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"



Niezam Phg says....

Dulu dulu saya pernah meletakkannya.tetapi atas niat menghargai rakan yang mengirimkannya kepada saya saya paparkan sekali lagi semoga memberi keinsafan kepoada kita satu hari nanti akan ada orang tolong membacakan untuk kita bila tiba masnya.........


kredit to tanjung_mie@yahoo.com

Labels:

Periksa tadika anak anak anda..

Subject:

Saudara/saudari sekelian.

Diharap dapat mengesan jika anak-anak saudari belajar di Tadika Smartkids sekarang ini di tukar nama kepada JC Kindergarten (JC maksudnya Jesus) ini diakui sendiri oleh pemilik ini. Juga pemilik k/gerten ini beritahu bahawa ia (tadika) ini milik syarikat Singapura yang mengembangkan modulnya di Malaysia.

Tujuan saya mengutarakan isu ini berbangkit daripada seorang guru melayu Islam di k/garten ini yang memberitahu bahawa beliau dibayar gaji sebanyak RM900 sebulan. Tetapi, di tempat beliau mengajar, beliau ditekan dan dipaksa menganut agama kristian. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sebelum berhenti kerja, beliau diugut dengan kata "nak ambil nyawa seorang bukan susah sangat". Perkara ini telah dilaporkan ke Jabatan Agama Islam untuk tindakan selanjutnya.

Oleh itu, saudari sedarlah jika guru itu seorang dewasa dipaksa berbuat demikian, bagaimana pula anak-anak kita yang masih kecil yang menelan semua pesanan, ajaran ajakan guru di situ dan bagaimana pula dengan! guru yang lemah imannya kerana gajinya boleh tahan dgn kerja sebagai guru tadika.Zaman sekarang mcm2 cara digunakan utk menyesatkan kite org islam. Maka kita kena extra precaution. Takut lah! gerakan2 diorang ni dapat sponsor yg besar dari badan2 tertentu

kredit to nastee76@yahoo.com

Labels:

RENUNGAN KISAH 4 ORG ISTERI

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.
Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang
banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua
isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik
untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan
isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya
ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau
isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia
adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun
apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan
isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan
mendapingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat
setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang
merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si
pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu
sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa
untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan
indahnya, dan berkata dalam hati, Saat ini, aku punya empat orang isteri.
Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku
harus hidup sendiri.

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada
isteri
keempatnya, Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan
yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingiku dan
menemaniku? Isteri keempatnya terdiam. Tentu saja tidak! jawab isterinya
yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu
sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan
menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, Aku pun
mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau
ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?. Isteri ketiganya menjawab,
Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati. Pedagang
begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, Aku selalu berpaling padamu
setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku
perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan
mendampingiku? Si isteri kedua menjawab perlahan, Maafkan akuaku tak mampu
menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu keliang kubur saj. Nanti,
akan kubuatkan makam yang indah buatmu.

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus
asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, Aku akan tinggal denganmu. Aku akan
ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia
bersamamu. Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri
pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.
Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu
berguman, Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu,
tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang
kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya
akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan
dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal,
semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan
kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman- teman. Seberapa pun dekat
hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.
Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita
sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.
Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus
setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu
menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan
sampai kita menyesal kemudian hari!



kredit to tanjung_mie@yahoo.com

Labels:

Thursday, February 22, 2007

kalau kerajaan kita kaya...

Ada yang e-mel kepada saya.menarik gak utk di baca....

kalau kerajaan kita kaya...
awat dok minta derma rata-rata...
ketika banjir johor dilanda...
keluarkanlah belanja berjuta-juta...

kalau kerajaan kita kaya...
awat dok pinjam dari amerika...
pinjam pulak ribu-ribu juta...
nak habis bayaq entahkan bila...

kalau kerajaan kita kaya...
awat dok penaik tol gila-gila...
awat dok ikut menteri india...
bagilah rakyat naik lebuhraya percuma...

kalau kerajaan kita kaya...
awat minyak naik serta merta...
awat tak bagi subsidi kesemua...
biaq rakyat semua suka...

kalau kerajaan kita kaya...
awat tak sediakan biasiswa...
pasai apa dok bagi pinjaman aje...
dah tu kena riba pula...

kalau kerajaan kita kaya...
bagilah menteri gaji berjuta-juta...
tak payah dok makan rasuah sini sana...
masing-masing dah kaya melana...

kalau kerajaan kita kaya...
awat paklah minta derma...
minta bot dari saudagar india...
untuk belayar bersuka-suka...

kalau kerajaan kita kaya...
awat masih ramai setinggan sini sana...
peminta sedekah merata-rata...
sampai kita naik sakit mata...

kalau kerajaan kita kaya...
awat tak bagi gaji secukupnya...
sampai doktor lari ke swasta...
di hospital kerajaan semua doktor muda-muda...

kalau kerajaan kita kaya...
pasai apa lepasan universiti dok merana...
akibat tak dapat cari kerja...
bagilah mereka belanja percuma...

kesimpulannya kerajaan kita papa kedana...
sebab rasuah menteri-menterinya...
masing-masing tak tidoq lena...
nak cari harta dan nak cari betina.....



Niezam Phg says.....

Yang kaya yang kita undi tu lah[pemimpin]..tetapi yang mengundi ni[ rakyat] tetap tak kaya kaya gak....baru jadi wakil rakyat sepenggal dua ..bercerai boleh bayar juta juta.....besar betul gaji dia orang yer....komesin dari duit tol tarif elektrik,dan kenaikan minyak petrol agaknya.....entahlah.....

ISTIDRAJ -kenapa org mungkar tetap dpt nikmat Allah????

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat
seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat,
murah rezeki dll Sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".


So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.

Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi


Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya.
Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian
itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w.
bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat
kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang
itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani,Ahmad
dan Al-Baihaqi ) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat
yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang
kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan
maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat
kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah
saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari
semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa
sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang
seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,
kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita
tanya,apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau
masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya
mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong,
Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka
bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof
dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.
Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka
memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal
pun tak mampu beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak
payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit
ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang
Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah
terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul ?bad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu
atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah
berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu.
Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga
manusia,bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum
mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan
seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini
sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor
unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat
terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi
kaya,akhirnya binasa juga.Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka
terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang
kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat,istidraj.Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak
mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.Bukan kaya
yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita
adalah mencari keredaan Allah.Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang
diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang
nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan
mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas
mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian
yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."


Niezam Phg says....

Manusia hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah lah yang sempurna.........
sentiasa bersyukur dengan nikmat ynag ada...

kredit to tanjung_mie@yahoo.com

Maddness in the name of cultural tradition
























Niezam Phg says.....
Kenapa agaknya dalam agama agama lain penyiksaan di anggap sebagai satu bentuk penghapusan dosa..dalam agama kristian setiap anak yang lahir itu di anggap berdosa dan menaggung dosa orang gorang terdahulu yang telah menyebabkan kononnya nabi ISA di salib. manakala dalam agama hindu ketika perayaan thaipussam, mereka menyeksa diri untuk mempersembahkan penghapusan dosa mereka kepada dewa mereka.

Dalam Islam kita di minta bertaubat dan menyesali kesilapan/dosa-dosa yang telah kita lakukan dan kita tidak menganggung dosa dosa orang/kaum yang terdahu. setiap orang akan dipersoalkan dengan apa yang dilakukannya sahaja di muka bumi ini. Di situlah letak nya 'kecantikan' agama islam itu

kredit to lamenina_doce@yahoo.co.uk

Saturday, February 17, 2007

Dare to Drink???? frog juice


promo.....


memilih yang terbaik


proses menghancurkan daging dan tulang katak





perisa tambahan.mungkin sedikit gula dan ais...


ahhhh sedapnya..macam jus tembikai jer..


Niezam Phg says....
Lepas ni akan ada jus cicak.jus lipas, jus biawak..........etc...
macam mana lah rasanya agaknya....

kredit to adilla79a@yahoo.com

Labels:

Berhati hati ketika meletakkan kenderaan ...


kereta yang di letakkan dengan baik sekali...


Penumpang yang tidak dikenali


baik punya landing......tengah kenyang kot..


ular di keluarkan dengan barhati hati..


Pihak bomba dan penyelamat. penyelamat manusia ker penyelamat ular tu???..tah la..


Niezam Phg says....

Mungkin ular tu kesejukan dan ingin mengambil angin panas dari ejin kereta itu...nasib baik pemandunya perasaan kehadiran penumpang luar biasa itu,jika tidak mau ular tu jadi berger terkena kipas dalam enjin itu.tak pun kereta tu terus tak boleh start...

Labels:

Thursday, February 15, 2007

KL Taxi - Please Read (especially for gals' aware)

MUST READ!!!!

Please take a few minutes to read this and please pass it on to every female you know and care about.

On Saturday, 16th, at 6:45pm my sister (original email writer) boarded a taxi at the Wangsa Maju LRT to return home. At the end of the road, the taxi driver stopped to pick up another passanger (male) who seemed to be going off the same direction. Well, my sister didn't suspect anything funny as they looked genuine, and he was going her direction and she was in a hurry.

Little did she suspect that she was in for a huge trauma! But when she asked the taxi driver to turn into the junction where she lives, the driver pretended to miss it and the male passenger said that since they were already nearer to his place, why not send him off first and the driver politely asked my sister if that's ok... and she thought she was doing a good deed!

As soon as they got to the end of the housing area next to the big
walls of the Academi TV3, the male passenger, locked all the doors and leapt to
the back and held a knife at her throat and forced her to bend her head down -
she had to give up her jewelry, and the $200 cash she had. Not satisfied
with only that much, they threatened for more so they drove off to Maybank
Jln Setapak and took out everything she had that was around 7:30pm.The driver returned the card after clearing the account!

Then they drove off to the back area of Tasik Titiwangsa and dropped her off there.
Left her with only $10 and ask her to take another taxi home! My sister had
to walk a long way back to the main road to get help and she is really traumatised by all these. Later at the police station we found out that she was 3 victim that same day!

Let's remind everyone we know, as it could easily happen to us too or
to anyone we care about. The lesson to be learnt here:

1. always check the plate # BEFORE you board a taxi.
2. always check the other things that a taxi should have - the driver's ID, the inside number etc etc.
3. NEVER allow the driver to pick up another passenger - No matter
what! If they do, get off and just pay the man.
4. avoid taking the taxi alone, if you can.
5. be extra careful if it is after office hours.

>*for Guys, Pls 4wd this mail to gals u know...*


Niezam Phg says....

Manusia sekarang nie dah tak percayakan tuhan ker?.dah tak der ker iman dalam diri???..dah tak takut ker melakukan dosa???.....adakah satu hari nanti agama hanya akan jadi satu status dalam kad pengenalan sahaja???????.....entahlah


kredit to lamenina_doce@yahoo.co.uk

Labels:

TALI GANTUNG PENJARA.....SATU RENUNGAN

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

"Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

"Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir."

Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung "poie dengan rela" setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.

"Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

"Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu," katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

"Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

"Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan
jenaka," cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

"Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

"Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- bos saya dulu," kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

"Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.



Niezam Phg says...

BACALAH DAN ....INSAF....


kredit to iza@my.hanjin.com

Labels:

HUJAN

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)


Niezam Phg says.....
Sebuah renungan yang sangat menyentuh diri saya. kadang kadang dalam kita ,mengomel sendirian di kala hujan turun kita tercabul mulut... dan terlupa akan nikmat dan hikmah di sebalik hujan itu..


kredit to lamenina_doce@yahoo.co.uk

Labels:

Rompakan berdarah kedai emas Subang Parade

[ dari lenssa seorang amatur di tempat kejadian ]











Nieam Phg says...

Kerana wang manusia sanggu melakukan apa sahaja.inilah jadinya jika manusia bertuhan kan nafsu.ramai yang akan turut teraniya. kasihan kepada keluarga pengawal keselamatan tersebut yang kehilangan ketua keluarga yang bertanggung jawab mencari rezeki.manakala seorang lagi pengawal tersebut masih bujang. sekelip mata ibu bapa mereka kehilangan anak tercinta...

Sila mesej saya jika anda rasa posting ini tidak bersesuaian dan agak nmengerikan. tetapi tetap ada pengajaran yang boleh kita perolehi.hidup hanyalah sementara. jadikan matlamat di akhirat yang kekal abadi...semoga kita sentiasa mengingati yang satu hari nanti kita akan pergi jua cuma caranya sahaja yang mungkin berbeza......


kredit to iza@my.hanjin.com

Labels:

Tuesday, February 13, 2007

Sebuah Renungan yang sangat bagus untuk sekadar Renungan....

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada ynang tidak re la mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .

kalau forward akan membawa apa2 perubahan ke?

kredit to lamenina_doce@yahoo.co.uk

Labels:

Monday, February 12, 2007

Kenapa khinzir tak boleh dimakan (English dan diterjemahkan)

You want to know?? Good scientific explanation( Adakah anda ingin tahu. Satu penjelasan saintifik yang bagus)

Bob: Tell me why is it that a Muslim is very particular about the words
Halaal and Haraam; what do they mean?

(terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal
dan juga Haram'; apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut)

Yunus: That which is permissible is termed Halaal and that which is
not permissible is termed Haraam and it is the Quran which draws the
distinction between the two.
(Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram
pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah
yang telah menggariskan perbezaan diantara keduanya.)

Bob: Can you give me an example? (Boleh awak beri saya contoh?)

Yunus: Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree that
a chemical analysis of blood shows that it contains an abundance of uric
acid, a chemical substance which can be injurious to human health.
(Ya. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah
ikan dan belalang kalau tak silap saya). Kamu tentu akan setuju bahawa satu
analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid
urik,iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.)

Bob: You're right about the toxic nature of uric acid, in the human
being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98% of
the body's uric acid is extracted from the blood by the kidneys and removed
through urination.
(Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung dalam
asid urik ini.Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan
kumuh/buangan , malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini
diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan)

Yunus: Now I think that you'll appreciate the special prescribed method
of animal slaughter in Islam.
(Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu
cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.)

Bob: What do you mean? (Apa maksud kamu)

Yunus: You see, the wielder of the knife, whilst taking the name of the
'Almighty', makes an incision through the jugular veins, leaving all
other veins and organs intact.

(maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini
semua akan menyebabkan organ-organ penting lain pada haiwan tidak rosak)

Bob: I see, this causes the death of the animal by total loss of blood from the body, rather than an injury to any vital organ.
(jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya dengan
mencederakan pada organ-organ penting yang lain)

Yunus: Yes, were the organs, example the heart, the liver, or the brain crippled or damaged, the animal could die immediately and its blood would
congeal in ! its veins and would eventually permeate the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated and contaminated with uric
acid and therefore very poisonous; only today did our dieticians realize such a thing.
(ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi
kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang
pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.)

Bob: Again, while on the topic of food; Why do Muslims condemn the eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine.
(Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya)

Yunus: Actually, apart from the Quran prohibiting the consumption of pork,bacon (pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter
11,verse 8, regarding swine it says, "of their flesh (of the swine, another name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not touch;they are
unclean to you. Further, did you know that a pig cannot be slaughtered at the neck for it does not have a neck; that is according to its natural
anatomy.A Muslim reasons that if the pig was to be slaughtered and fit for human consumption the Creator would have provided it with a neck.
Nonetheless, all that aside, I am sure you are well informed about the harmful effects of the consumption of pork, in any form, be it pork chops,ham, bacon.
(sebenarnya , ada bahagian daripada Al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter
11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible "Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya jangan lah kamui sentuh , ia
adalah tidak bersih untuk kamu. Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak
mempunyai leher jika kita nak tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan
manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.)

Bob: The medical science finds that there is a risk for various diseases the pig is found to be a host for many parasites and potential
diseases.

(Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini mrerupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis
penyakit)


Yunus: Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content in the blood, it is important to note that the pig's biochemistry excretes
only 2% of its total uric acid content, the remaining 98% remains as an integral part of the body.
(Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang
2% daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98% lagi akan kekal sebagai sebahagian
dari tubuhnya.)

Please forward to others............it may answer some of their
questions especially when the non! -Muslim ask. To waken interest and kindle
enthusiasm is the sure way to teach easily and successfully.

"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan
bermacam-macam,
supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.
Barangsiapa
mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat
balasan)nya pula. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat
zarah
pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula." (al Zalzalah:6-8)



Niezam Phg says....

Semoga sama sama menambahkan ilmu....insyallah

Labels: ,

Warkah buat seorang BOS.....

Dear Bo$$
In thi$ life, we all need $ome thing mo$ t de$perately. I think you $hould be under $tanding of the need$ of u$ worker$ who have given $o much $upport including $weat and $ervice to your company.
I am$ ure you will gue$$ what I mean and re$pond $oon.
Your$$ incerely,
Marian $hih


BOSS' reply

DearMarian
I kNO w you have been working very hard.NOwadays,NOthing much has changed. You must have NOticed that our company is NOt doing NOticeably well as yet.
NOw the newspaper are saying the world`s leading ecoNOmists are NOt sure if the United States may go into aNOther recession. After the NOvember presidential elections things may turn bad .
I have NOthing more to add NOw. You kNOw what I mean .

Yours truly,
Manager



Niezam Phg says...

hehehe sah sah tak naik gaji penulis surat tu....banyak benor NO nyer....

Labels:

Suami atau pak we anda mcm nie ker tak????

Bahagie nye dapat suami macam die...

Saya suka tengok jari isteri saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut isteri saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body isteri saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok isteri saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok isteri saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


P/S - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...
Semoga saya pun ambik iktibar gak...
Wassalam



kredit to iza@my.hanjin.com

Labels:

Model baru iklan sunsilk...






Niezam Phg says......

tatau nak komen aper.....tapi kesian kat mangsa mangsa banjir tu.....

Labels:

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...