ISTIDRAJ -kenapa org mungkar tetap dpt nikmat Allah????
seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat,
murah rezeki dll Sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".
So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.
Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi
Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya.
Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.
Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian
itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w.
bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat
kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang
itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani,Ahmad
dan Al-Baihaqi ) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat
yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang
kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan
maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat
kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah
saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari
semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa
sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang
seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,
kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita
tanya,apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau
masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya
mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong,
Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka
bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof
dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.
Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka
memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal
pun tak mampu beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak
payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit
ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang
Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah
terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul ?bad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu
atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah
berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu.
Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga
manusia,bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum
mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan
seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini
sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor
unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat
terlalu takbur.
Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi
kaya,akhirnya binasa juga.Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka
terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang
kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat,istidraj.Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak
mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.Bukan kaya
yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita
adalah mencari keredaan Allah.Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang
diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang
nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan
mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas
mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian
yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
Niezam Phg says....
Manusia hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah lah yang sempurna.........
sentiasa bersyukur dengan nikmat ynag ada...
kredit to tanjung_mie@yahoo.com
2 Comments:
At February 22, 2007, Ge-Nyek said…
Salam Nizam. I liked this entry very very much. Membukakan minda, dan melenyapkan keraguan.....alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi mengongsi ilmu biarpun sedikit.
By the way, feel free to visit my blog yang serba sederhana... g25sg.blogspot.com
At February 23, 2007, Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Post a Comment
<< Home