Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Tuesday, May 29, 2007

Babi paling BESAR di dunia..agaknyalah...




In this photo released by Melynne Stone, Jamison Stone, 11, poses with a wild pig he killed near Delta, Ala., May 3, 2007. Stone's father says the hog weighed a staggering 1,051 pounds and measured 9-feet-4 from the tip of its snout to the base of its tail. If claims of the animal's size are true, it would be larger than ``Hogzilla,'' the huge hog killed in Georgia in 2004. (AP Photo/Melynne Stone)




Niezam Phg says.......

Besar betul makhluk tu..lebih besar dari kerbau dan lembu agaknya.kalau dah berat hampir lebih setengah tan tu bayangkan sajalah.dan bayangkan juga berapa banyak kasut dapat di buat dari kulit sebanyak itu dan berapa ramai pula dari kita yang terbeli kasut buatan kulit makhluk itu yang terjual luas di gedung-gedung terkemuka di negara kita seperti yang di jual di SOGO bari baru ini......fikir fikirkan..kerana berfikir itu pekara paling mudah dan percuma. cuma tak selalu sangat kita 'menggunakannya' akhir akhir ini.....

p/s : terima kasih atas pembetulan dari pengunjung.anda memang prihatin.saya suka..


credit to lamenina_doce@yahoo.co.uk

Labels: ,

Kisah Suami Isteri

Suami - bila marah, naik kaki, tangan tapi bila nak benda tu, lupa isteri tengah pendam perasaan
Ister - bila marah, suka cakap " menyampah betullah..." tapi, orang yang dia menyampah tu la yang tidur di sebelahnya saban malam.

Suami - kalau terima sms atau call dari perempuan, suara jadi perlahan dan manja tapi masa cakap dengan isteri, macam ada speaker je kat anak tekak dia.
Isteri - kalau nampak orang perempuan sms suami....kata suami main kayu tiga....cemburu melulu. padahal sms dari rakan sekerja

Suami - marah dan masam muka kalau rumah semak dan berselerak...padahal dialah ketua penyemak letak kain sarung bulat-bulat macam ular sawa kenyang.
Isteri - asyik pakai baju kelawar je kat rumah, rambut tak sikat rapi tapi bila suami pandang perempuan lain, marah...padahal dia sendiri tak kemas diri.

Suami - kalau isteri berleter...boring, marah terus angkat kaki....tapi kalau bos berleter sanggup dengar berjam-jam walau sambil berdiri.
Isteri - kalau suami balik lambat.....ingat cari perempuan lain.....padahal suami buat kerja lebih masa nak tambah rezeki.

Suami - tak pernah nak tolong isteri buat kerja rumah...padahal isteri pun kerja juga sama macam suami
Isteri - kena kemas rumah, layan kerenah anak selepas balik kerja....suami pula tonton tv atau baca surat khabar....minta isteri bancuhkan kopi pulak tu.....walhal kat pejabat boleh je bancuh sendiri.

Suami - tak pernah puji masakan isteri.....padahal hari-hari makan masakan isteri sampai habis 3 pinggan nasi.
Isteri - emmm.....sabor je la yek......





Niezam Phg says......

Sangat menarik untuk di baca dan direnungi.......mesti ada yang terkena kat batang hidung sendiri..hehehe.


credit to lamenina_doce@yahoo.co.uk

Labels: ,

Sunday, May 27, 2007

kisah penyambut pangilan LHDN

A taxpayer called up the LHDN (Inland Revenue Board) in Terengganu, and asked for Form B. The LHDN clerk who answered the call asked for the address to send the form to. The conversation goes:

LHDN CLERK: "Boleh bagi alamat encik?" (Can you give me your address?)

TAXPAYER: "Hantar ke Ranhill Worley." (Send to Ranhill Worley) LHDN

CLERKI: "Ranhill... eja macam mana?" (err... How to spell Ranhill?)

TAXPAYER: "R.. for Rumah... A for Ayam.. N for Nangka... H for
Holland .. I for itik... L for lain-lain...." (spelling) LHDN CLERK: "Ok.. nanti kami hantar ke alamat tu" (OK, we will send to
that address...)

After waiting for a week, the form arrived - have a look at the add ress on the envelope!!!


True story...


Niezam Phg says....

hehehehe...sakit perut nak gelak...


credit to lamenina_doce@yahoo.co.uk

Labels:

Kemalangan ngeri..12 mati..16 masih hilang..










Niezam Phg says...

Huh!...ngerinya...


credit to iza@my.hanjin.com

Saturday, May 26, 2007

Terkini dari Catriona Bahrin Ross


Buka Hati, Buka Minda AKHIRNYA,

AN EXCLUSIVE STORY dari CATRIONA ROSS setelah melalui satu pengalaman yang amat mengerikan. Ikutilah kisahnya?Ikutilah kisahnya?

14 April 2007 telah mencatat sejarah penting dalam hidup saya? Setelah berkemas dan berpuas hati dengan susunan perabot serta bersih setiap penjuru di rumah, saya telah menerima pelawaan seorang rakan untuk menemaninya pulang ke Johor Baharu. Pada pagi itu jugalah buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya telah tersadai di atas jalanraya setelah tercampak keluar dari kereta.

Lama juga saya merenung kedua-dua kaki saya yang telah patah. Fikir saya, entah bilalah pula tulang-tulang kaki saya ini remuk?? Mungkin sewaktu di dalam kereta atau mungkin juga setelah terpelanting keluar. Yang nyata, seluruh tubuh saya kebas pagi itu. Saya meraung-raung di jalanan, di subuh hari meminta tolong namun tiada siapa yang datang.

Jalan itu terlalu sunyi mungkin kerana masih pagi. Saya terdiam kemudiannya tetapi tidak lama. Saya mula mengucapkan kalimah ALLAH seterusnya membaca segala ayat-ayat suci Al-quran di dalam saat yang begitu getir itu. Saya berdoa agar seluruh anggota tubuh badan saya selamat lebih-lebih lagi kaki saya itu. Pagi itu, saya rasakan waktu yang paling lama saya merenung seluruh anggota badan saya.

Bukanlah mendamaikan merenung kaki yang patah TETAPI saya seperti telah redha dengan khudrat dari Tuhan, redha dengan apa yang telah berlaku. Ada sedikit ketenangan di hati kecil saya di kala itu?Tiba-tiba, bila wajah ibu hadir di fikiran saya, hancur luluh dan remuk hati ini?Sekali lagi saya meraung-raung di jalanan, kali ini memanggil?"Ibu!Ibu!" Saya mulai memikirkan bagaimana cara untuk memberitahu berita perit pada ibu tersayang. Air mata saya berlinangan jatuh meluncur laju pagi itu sehingga saya pengsan akibat terlalu banyak darah yang keluar dari segenap penjuru.

Apabila saya membuka mata saya kembali, saya sudah berada di hospital. Bersyukur saya pada Ilahi?"ALHAMDULILLAH!" umur saya masih panjang. Sempatlah lagi saya melihat wajah ibu dan ayah. Di ketika itu juga, saya dapat melihat kedua-dua adik saya, semua bapa saudara, mak saudara dan sepupu-sepupu saya ada bersama. Syukur?Pada hari-hari berikutnya, saya telah dikunjungi oleh teman-teman sekolah, rakan-rakan dari kolej dan teman-teman artis yang cukup akrab. Rita Rudani tidak lupa untuk melawat saya. Nasha Aziz turut datang memberi semangat. Sharifah Shahira dan suaminya Ijoy, Esma Daniel, Vanida Imran dan Rashidi Ishak serta Pekin dan beberapa kawan producer. Misha Omar turut hadir bersama ibunya yang rapat dengan keluarga kami. Terimakasih semua!

Namun, saat paling bahagia buat saya ialah sewaktu saya sedar dari bilik ICU dan saya terpandang wajah ibu saya yang cukup tenang tapi tak keruan?Betul kata orang, kasih ibu membawa ke syurga. Siang malam ibu dan adik-adik menemani saya, dan sepanjang masa itulah juga sentuhan ibu menjadi penggerak semangat saya untuk kembali pulih! Semangat dan harapan saya juga datang dari doa-doa kalian yang tidak putus-putus mengingati saya. Segala keikhlasan kamu semua, hanya Tuhan sajalah yang dapat membalasnya. Jutaan terimaksih saya ucapkan khas untuk semua?

By Cat, terus dari katil hospital



Niezam Phg says.....
Semoga cat segera sembuh.......dan juga...bilakah kali terakhir anda menatap wajah ibu anda kerana itu mungkin kali terakhir anda sempat melakukannya.....


credit to adira09@yahoo.com

Beer untuk pasaran negara islam???



Carlberg keluarkan beer tanpa alcohol untuk pasaran Negara islam.

Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol.

Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini.

Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana .

Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.

Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini.

Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia.

Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan.

Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip Islam Hadhari.


"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya ."


Niezam Phg says...

Tak dpt bayangkan apa pula peringatan yang akan allah datangkan atas kesombongn kita mengingkari perintahnnya. dulu dah kena gegar dengan tsunami sikit.tapi adakah kita masih menginggatinya ataupun kita telah lupa..sebab kita mudah lupa kan?...entahlah tak paham dengan orang-orang di 'atas' yang mempunyi kuasa tetapi tidak melakukan apa apa...

Labels:

Sunday, May 20, 2007

ANDA PENGGEMAR KANGKUNG ? Baik baca

So, sapa yang nak makan yong au fu tuh baik2 laa....

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira ca kangkung, petis
kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin
cerita
ini dapat menjadi pertimbangan bagi Anda when you want to eat kangkung

Saya mendapat cerita ini dari seorang teman, tapi saya lupa
di negara mana, yang jelas antara Singapura / Malaysia.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan
kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut.
Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari
menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada
anak
itu, namun diarheanya tidak sembuh.
Di klinik orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor,
makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.
Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarhea anak
tersebut tidak mau makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah
semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malamnya anak
tersebut
baru saja diajak makan kangkung cos di
restoran oleh orang tuanya.
Dokter segera melakukan xray, ternyata di usus anak tersebut telah
berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender
dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia.
setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di
dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos
yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada
di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama
manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama
untuk menghasilkan rasa kangkung yang enak. lintah hanya akan mati jika
dibakar. Di dalam usus anak tadi, lintah yang tadinya hanya 1 dalam 2
hari
berkembang biak dengan cepatnya karena terus menerus menghisap
darah yang ada, doktor juga kebingungan, bagaimana mematikan/membersih
kan
lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malangitu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung
menjadi
berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali
tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi
paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan
yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan
meminimumkan
segala
kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat
menjadi pertimbangan untuk kita semua
sebelum masak/makan kangkung.

Best Regards,
Dr. Norni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel : +60333756279
Fax : +60333729089




Niezam phg says....


Isk..biar betul...muskilnya.takkan masak pun tak mati bende tu....

credit to AhmadFauziAbd.Pirus@sabah.gov.my

Labels:

Apabila ulama DiCabar

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan keTuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang
benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.

"Subhanallah. ... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya
dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis iru.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.

Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu
Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya.Tiba- tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."

Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting.

Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:

" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh- lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya! " Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

" Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku... Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...! " Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

" Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud: " Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 )
.
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.

"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..? ?" Suara Dahri semakin meninggi.

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini
ada terkandung lemak...?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah.. .?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh
dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha ! Agung...!" Suasana menjadi agak bingar.

Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.
"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.

"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu
sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada
lagikah jari yang selepasnya.. ." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya. "

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.




Niezam Phg says....

Satu kisah yang sangat menarik dan memberikan pengajaran.....

Labels:

Kucing Bonsai

Utk pengetahuan insan2 yg mempunyai hati dan perasaan...

Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.

Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.

Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pe mberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.

Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?

Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York , Indonesiadan New Zealand .

Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut berhubung perkara ini, layarilah:

http://www.bonsaiki tten.com/

Lihat sahaja gambar-gambar ini... Amat zalim dan menyakitkan!









Orang Jepun ini ingat dia mempunyai daya kreativiti yang tinggi utk membuat duit, padahal perangainya itu tak ubah seperti orang gila lagi zalim.

Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan. Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!



Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.

Jika anda masih mempunyai naluri kemanusiaan, sila sebarkan berita ini kepada seramai mungkin kenalan2 anda.


Kami mengharapkan kerjasama penuh daripada anda semua. Kita mesti berjuang untuk membebaskan anak-anak kucing itu daripada belenggu kezaliman. Bayangkan anda menjadi seperti mereka, apa perasaan anda? Tolong sebar-sebarkan (forward) maklumat ini ke seluruh dunia. Tolonglah selamatkan kucing-kucing ini dan kemungkinan haiwan-haiwan yang lain daripada terus dianiayai!!!






(If possible, please translate this message to your home language and let as many people to know about this cruelty which is happening around you.)

Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan anda membaca dan memanjangkan maklumat ini.

- Pencinta Haiwan -


Niezam_Phg says.....

kesiannyer kat kucing tu..kat akhirat nanti dapat pembalasan yang sama semula kepada yang menyeksanya...

credit to haine@mampu.gov.my

Labels:

Thursday, May 17, 2007

Professor's definition of a 'KISS'

Professors of different subjects define the same word in different ways:

Prof. of Computer Science:
A kiss is a few bits of love compiled into a byte.

Prof. of Algebra:
A kiss is two divided by nothing.

Prof. of Geometry:
A kiss is the shortest distance between two straight lines.

Prof. of Physics:
A kiss is the contraction of mouth due to the expansion of the heart.

Prof. of Chemistry:
A kiss is the reaction of the interaction between two hearts.

Prof. of Zoology:
A kiss is the interchange of unisexual salivary bacteria.

Prof. of Physiology:
A kiss is the juxtaposition of two orbicular ors muscles in the state of contraction.

Prof. of Dentistry:
A kiss is infectious and antiseptic.

Prof. of Accountancy:
A kiss is a credit because it is profitable when returned.

Prof. of Economics:
A kiss is that thing for which the demand is higher than the supply.

Prof. of Statistics:
A kiss is an event whose probability depends on the vital statistics of 36-24-36.

Prof. of Philosophy:
A kiss is the persecution for the child, ecstasy for the youth and homage for the old.

Prof. of English:
A kiss is a noun that is used as a conjunction; it is more common than proper; it is spoken in the plural and it is applicable to all.

Prof. of Engineering:
Uh, What? I'm not familiar with that term.





Niezam Phg says....

hahahah....

Labels:

Just READ n Becareful....

Incident One :

A little boy died because surgeons found ants in his brain! Apparently this
boy fell asleep with some sweets in his mouth or with some sweet stuff
beside him. Ants soon got to him and some ants in fact crawled into his ear
which somehow managed to go to his brain. When he woke up,he did not
realize that ants had gone to his head. After that, he constantly
complained about itchiness around his face. His mother brought him to a
doctor, but the doctor could not figure out what was wrong with him. He
took an X-ray of the boy and to his horror, he found a group of live ants
in his skull. Since the ants were still alive, the doctor could not operate
on him because the ants were constantly moving around. The boy finally
died. So please be careful when leaving food stuff near your bed or when
eating in bed. This might attract ants. Most importantly, NEVER you or your
child eat sweets before going to bed. You or your child might attract ants
while you are asleep.



Incident Two :

Another similar incident happened in a hospital in Taiwan. This man was
warded in the hospital and was constantly warned by the nurses not to leave
food stuff by his bedside because there were ants about. He did not listen
to their advice. Ants finally got to him. His family members said that the
man constantly complained about headaches. He died and a post mortem or
autopsy was done on him. Doctors found a group of live ants in his head.
Apparently, the ants had been eating bits of his brain. So friends, better
be safe than sorry. Never leave food stuff beside your bed you when you go
to sleep. Please forward this to your friends and relatives.





Niezam Phg says.....

Oh My God.is it real?????...

Labels:

bahaya minum ais dan mandi malam...!!!!!!!!

Biarpun Artikel nie panjang tapi amat berguna untuk Kesihatan Kita semua.

Setelah saya menulis tentang tapak tangan yang lembap dan basah, ada yang minta penjelasan lanjut secara lebih ilmiah atau secara saintifik mengapakah mandi malam dan minum air batu merosakkan paru-paru.

Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri. Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi. Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah ini ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.

Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.

Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuaca agak panas bagi saya.

Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, si isteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom kalah sejuk iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.

Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam.

Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton.

Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.

Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair.

Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan Sipolan, engkau selalu mandi malam ke?

Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya. Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata badan dah panas, nak buat apa! Begitulah kata-kata orang yang degil.

Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:

MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.
Sekian Wassalam Wallahualam.





Niezam Phg says....

Sangat bagus untuk di kongsi dengan pengunjung setia teratak ini...semoga bermanfaat kepada diri anda dan keluarga handai semua......


Sumber http://camarsepi1.blogdrive.com/

Labels:

Monday, May 14, 2007

kalau dah penat.inilah jadinya.....


syoknyer dier tido...


tengah makan pun boleh terlelap...adeiii


kalau dah ngantuk tu tak kira tempat....


Laaa tengah melepas pun boleh tetido.....


Cute nyer baby girl nie..


Alahai adik nie..belajar ruku' ker?


Wangi sangat bau kasut ayah dia tu agaknya...



Niezam Phg says.....

Tak reti nak komen apa.tapi gambar tu semua mempunyai nilai 'ke cute tan' yang tinggi.......just enjoy ur self...

Labels:

Sunday, May 13, 2007

Lagi kasut kulit babi..berhati hati

kasut ini di jual di SOGO..


perhatikan tanda 3 titik lubang itu.itulah kasut dari kulit khinzir



kat resit boleh nampak harga...cuma RM 39.90 jer....


nampak cute jer kan....tapi AWASSSSSS!!!


Niezam Phg says....

Biasanya di pasaraya atau gedung gedung besar akan dipaparkan 'Non Halal' label untuk kasut yang di perbuat dari kulit babi. Cuma sebagai makluman dan peringatan sesama kita ada juga kedai kedai kecil yang menjual dan tidak memaparkan label tersebut. bukan apa, cuma takut terbeli jer.so berhati-hati jer la...dan bila dah tahu nie jangan lupa kongsi dengan kawan kawan yang lain..sharing is caring kan....


credit to MAIZAITULL AKMAR SABAN 'pristana5213@yahoo.com'

Labels:

Ikhtibar -wasiat untuk isteri tersayang

Rakan-rakan Ku, Janganlah kita jadi seperti di bawah. Ambil lah Iktibar!

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran.InsyaAllah. Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin atau pun akan kawin nanti, kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah, kakak balunya pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama
rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak,dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.

Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

" Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga. "

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).

Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.

Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.


P/s- She should be thankful..... she got the forgiveness from her husband.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!



Niezam Phg Says....

Semoga kita semua INSAFFFFFF.....rasanya si isteri itu telah mendapat hadiah yang paling berharga buat dirinya.....jika tidak apakah nasibnya di alam seterusnya pula...itu pun jika dia menginsafinya.....

credit to my adik angkat...nurazi_tihani@yahoo.com

Labels:

Pelan pendidikan nasional anak anak melayu...HUH!






Niezam Phg says....

Hmmm..satu bentuk grafik yang teramat sinis menyindir kaum melayu yang dikala ini terlalu dilekakan dengan hiburan...berhiburan tu perlu tapi berpada padalah..jangan gadaikan maruah dan masa depan bangsa kita untuk sesuatu yang sia sia..berpenat lelah nenek moyang kita menghalau penjajah satu ketika dulu. jika mereka tau ini hasilnya yang di tinggalkan oleh cucu cicit mereka..alangkah sedihnya mereka......renung-renungkan......

Labels:

Bapak segala ikan keli.......









Niezam Phg says.....

Rasanya bukan selalu kita dapat melihat ikan seperti ini.besar betul...tapi jika di buat gulai pun saya rasa tidak sesedap mana sebab ikan tu macam dah expired.agak agaknya berapalah usia ikan tu yer....

cresits to kuyahrock@yahoo.co.uk

Labels:

Sunday, May 06, 2007

Keajaipan kelapan terdapat di negara kita.kenapa? tak percaya yer?













Niezam Phg says....

Tak sangka betul dalam keadaan yang tak semenggah begitu pun masih mampu mengiring arus jalanraya.jika pencipta kereta jepun itu datang ke malaysia.mau pengsan dia memikirkan daya tahan kereta buatannya. apa pun Malaysia truly Asia....." jika kau fikirkan kau boleh...kau hampir boleh melakukan".......inilah dia semangat malaysia bolehhhhh.....

Labels: ,

CHANGI coastal road accident on Monday morning














Niezam _phg says....

BERHATI HATI DI JALAN RAYA. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG....Pesanan khidmat masyarakat ini di bawakan secara ikhlas dari teratakburukzam...blogspot....Jangan sangka kemalangan tidak bleh berlaku kepada diri anda..berhati hatilah...





credit to mansorsmn@yahoo.com

Labels: ,

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...