Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Tuesday, October 31, 2006

Abg nk beli kuih??? Interesting story...

Hari-hari itu-selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki -berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya.Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,"kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima.Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang
masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.
Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya.Saya lihat umurnya lebih kurang
12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja.Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang,sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak
berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam
plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya
beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak- kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!! ! ---

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN


Niezam_Phg says...

Terima Kasih kepada arename143@yahoo.com kerana sudi berkongsi kissah ini dengan saya.[ kisah ini akan di komersilkan untuk iklan raya Petronas tahun depan pulak...acah jer..just kidding...]

SEJADAH YANG MENCURIGAKAN



Di sini saya ingin mengutarakan satu masalah yang mana seperti perkara diatas. Hal ini terjadi di surau di kediaman saya tinggal iaitu SURAU ADDINIAH, Flat Setapak Jaya 1A, 53300 Kuala Lumpur . Setelah diteliti secara mendalam tentang kolaj – kolaj dan corak yang tertera di sejadah yang baru dibeli dengan derma orang ramai ini, kami kariah surau ingin menyuarakan kepada pihak tuan supaya meneliti dan mengkaji agar dapat memberikan rumusan yang terbaik bagi menyelesai masalah ini.

Menurut pengerusi surau, sejadah – sejadah ini dibeli di sebuah kedai di sekitar Masjis India , Kuala Lumpur . Sejadah yang berjenama “GOLDEN ROOSTER” ini berukuran lebih kurang 12 - 15 kaki lebar, dimana surau kami telah membelinya dalam 2 warna, biru dan hijau. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang sejadah – sejadah ini, pihak tuan bolehlah terus menghubungi pengurusi surau iaitu En. Ismail bin Silah yang tinggal di 07 – 01 – 02, Flat Setapak Jaya 1A, 53300 Kuala Lumpur .


Setelah di amati tentang corak/kolaj yang tertera, saya mendapati terdapat corak – corak yang menunjukkan gambar LEMBU/KAMBING GURUN secara nyata dan terdapat satu bentuk yang menyerupai burung yang sedang menjunjung antara satu sama lain sehinggalah naik ke kepada lembu/kambing gurun seperti diatas. Di mana saya menguatiri sekiranya corak yang tertera kepala kambing gurun dan burung adalah memberi maksud kepada “Tuhan Kekuasaan/God of Power”(kepala kambing gurun) dan “Tuhan Kata – Kata Hikmat/ God of Wishdom”(burung phoenix).

Di mana ianya digunakan pada zaman Ramses/mesir purba dan logo/corak – corak ini juga ada digunakan dalam filem atau game – game seperti Doom, Evil Dead dimana logo tersebut melambangkan “syaitan” dimana didalam permainan video atau wayang yang heronya akan menentang kejahatan yang diketuai oleh “syaitan”.



Di sini saya akan menunjukkan apa yang telah diilhamkan kepada saya dan jawapan yang sama setelah bertanyakan kepada beberapa rakan dan penduduk – penduduk disini. Oleh itu, kami berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan atau apa sahaja langkah – langkah yang sewajarnya sekiranya pihak tuan merasakan apa yang diusul adalah benar dan sahih. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan terlebih dahulu dan memohon maaf sekiranya ada tersilap dan salah kata. Di sini saya kepilkan ‘Contact Number” saya yang melaporkan tentang hal diatas sebagai rujukan pihak tuan dan saya sedia memberikan kerjasama sekiranya diperlukan.



Niezam Phg says...

Berhati hati selalu....terima kasih kepada arename143@yahoo.com atas hebahan ini.

Doa kalau jodoh anda lambat...baca jgn tak baca....

hayatilahhhh.......


"Ya Allah, kalau dia memang jodohku, jodohkanlah......

Tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah jugak.....

Jika dia tidak berjodoh dgnku, maka jadikanlah kami jodoh....

Kalau dia bukan jodohku,jangan sampai dia dapat jodoh yg lain, selain ku.....

Kalau dia tidak bisa di jodohkan dgn ku, jangan sampai dia dpt jodoh yg lain, biarkan dia tidak berjodoh sama spt diriku.....

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali.....

Kalau dia berjodoh dgn org lain, putuskanlah! Jodohkanlah dgn ku.....


Jika dia tetap menjadi jodoh org lain, biar org itu ketemu jodoh dgn yg lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia dgn ku.....(nak nak sangat ni..!!!.)


AMIN........
[ amalkan selepas setiap kali sembahyang.........pesan rakan saya..]


Niezam Phg says...
Doa yang menarik ini di kirim oleh seorang rakan saya.sangat menarik.tapi tak pastilah kita dibolehkan berdoa macam nie.nak kena tanya ustaz muda..hehehe harap ustaz boleh bagi penerangan doa mcm nie boleh ke tak...kepada anda yang masih mencari adam dan hawa di luar sana. boleh cuba doa nia agaknya.kalau tak berjaya jugak...hmmm tak tau lah nak cakap..

cuma jangan berputus asa dengan rahmat Allah..mungkin percubaan anda hanya kali ker 999 sahaja dan Allah akan mengmakbulkan permintaan pada kali yang ker 1000. thomas edision membuat 1000 percubaan utnuk menghidupkan mentol.ketika di tanya apakah perasaannya setelah gagal sebanyak 999 kali. beliau menyatakan saya tidak gagal .saya berjaya mencuba 999 cara untuk menghidupkan mentol,cuma hanya satu cara sahaja yang berhasil di gunakan....jika beliau berputus asa pada cubaan kali ker 998 tentu sahaja masyarakat sekarang masih menggunakan lilin......

Friday, October 20, 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



MAAF ZAHIR DAN BATIN



Niezam Phg says...

Iklan di atas ada persamaan yang ketara denagn posting say berkaitan cerita pinggan untuk ayah. apa pun terima kasih kepada PETRONAS kerana menterjemahkan karya penulisan dalam bentuk audio visual yang tentunya lebih menarik dan menyentuh hati penonton. Namun begitu iklan petronas yang paling saya suka ialah mengenai janda yang mempunyai ramai anak dan menyuruh anaknya membeli daging ke pasar tetapi anak yang kehampaan kerana kehabisan daging sanggup membawa lembu menaiki rakit untuk hidangan hari raya semata mata untuk mengembirakan ibunya.

Iklan itu betul-betul menusuk kalbu kerana sarat dengan pengajaran agar kita menghargai ibu semasa mereka masih bersama kita. TERLALU BESAR NIKMATNYA Mempunyai SEORANG INSAN BERGELAR IBU. anda akan mengakui kata kata saya bila anda merasai kehilangan ibu satu ketika nanti..........uhuksss.

Thursday, October 19, 2006

Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran..

[ nie bukan 'tindih' yang selalu malam jumaat tu...ekekek.. nie betul betul kejadian..bukan cobaaan ]

Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......betul ker kena tindih disebabkan gangguan
makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu,Makhluk hitam dan sebagainyer) .....

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderlah dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh
bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram,sbb takleh gerak. pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer...


Tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia.....barula aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). ....

Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni,
bijik mata kiter gerak2) stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kiter kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system AS...... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate...

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....mmg
menakutkan tapi benar....tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan
lain lumpuh etc....

Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan,terasa mender sentuh/hempap dll..)

sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)

4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga,kewangan bla2

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer,tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu. Korang lagi hantu sebenornye....



Niezam Phg Says...

Terima kasih kepada pengirim e-mel alompakagogo@yahoo.com aka red mummy aka Blogger Idol 2006 yang sudi berkongsi pekara ini. Sejauhmana kebenarannya kita kenalah buat eksperimen dulu. Dulu dulu saya pernah juga mengalami pekara kena tindih nie. kalau mengikut ceramah Ustaz Ismail kamus pekara ini berlaku sebab kita tidak membaca ayat kursi sebelum tidur. Jadi kita telah tidur di atas/menganggu jin yang singgah di dalam rumah kita. sebab itu kita di ganggu.

Jadi terserahlah kepada pengunjung semua yang mana anda rasakan berkaitan. Apa pun jangan lupa membaca ayat kursi kerana ada juga kebenarannya kita tidak di ganggu oleh makhluk halus ketika tidur.......

Wednesday, October 18, 2006

GADIS AYU TEMPAH BILIK DI NERAKA

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi
di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat
menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala
yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan
lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang
tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang
sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih
baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu
dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai
orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah
kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di
syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang
tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu,
si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua
tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik di neraka jahannam untukku, " katanya lagi lantas
ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis
manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang
buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum-
hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia
akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut
celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu
bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis
tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa
nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis
itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak
disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang
menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke
pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan
jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang
aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya
menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba
mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka
terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si
mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha
Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar
dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan
sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah
RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi
kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan
menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh
melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita.
Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke
alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila
anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan
arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang
sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di
lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah
undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-
undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-
undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-
undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap
Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. Taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-
hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk
di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita
sentiasa dapat menjaga lidah kita.



Niezam Phg says...

Terima kasih kepada haslindal@klcc.com.my yang mengirimkan kepada saya kisah yang menarik dan menginsafkan ini. Semoga kita beriman dan semakin bertaqwa. Sesungguhnya masuknya sesorang hamba ke dalam syurga Allah bukanlah semata- mata kerana amal ibadat kita kerana jika di kira nikmat yang kita perolehi di dunia ini dengan amalan kita tentulah tidak boleh dibandingkan. bercakap soal takbur ini saya teringat kisah dari seorang kawan kepada kawan saya. Apa bila di tegur tidak beruasa dan tidak bersembahyang bukannya di ucapkan terima kasih tetapi dibalas dengan perkataan yang amat sombng dan bongkak seperti berikut. "Biarlah aku jadi anak melayu PERTAMA masuk neraka"....

Nauzubillah, ada juga manusia yang tidak menyedari akan hakikat kejadian dan kedudukan serang manusia. Darjat Allah tidak akan kurang sedikit pun kalau kita tidak menyembah atau bertakwa kepadnya tetapi kitalah yang paling rugi kerana menjauhkan diri dari maha pencipta. kepada hamba Allah yang sanggup mengeluarkan perkataan seperti di ata itu semoga tidak terlewat untuknya bertaubat. atau dia telah juga menempah satu bilik untuknya di akhirat nanti.Wallahuallam.

BERHATI-HATI.INGATLAH ORANG TERSAYANG

Gambar gambar kemalangan yang berlaku di kajang selangor.[ dari e-mel yang saya terima ]

Akum,

Semasa on the way nak ke KL berdekatan dengan exit Kajang, sebuah kereta Wira yang dipandu dlm keadaan laju terbabas dan melanggar penghadang jalan lalu terbakar. Dalamnya ada 5 orang remaja Cina, 4 daripandaya sempat selamatkan tetapi seorang
lagi tersepit .. maka ajalnya pun tibalah....






































Moral of the stories.. jangan bawak kereta nasional terlebih laju... kalau dah kerajaan totapkan 110km/h maka ikutlah.. kalau tak inilah akibatnya.. berhati hati dijalan raya pada musim perayaan ini... Selamat Hari Raya dan Depaavali






Niezam Phg Says...

Sejak akhir akhir nie banyak betul kejadian membabitkan kebakaran pada kenderaan sama ada berlaku akibat eksiden [ bertembung] atau pun berlaku kebakaran secara tiba tiba [ akibat masalah teknikal kenderan terbabit].saya tidak begitu arif mengenai teknikal atau pun mekanikal sesebuah kenderaan. tetapi rasanya memang tangki petrol kereta terletak jauh dari sistem pembakaran sesbuah kenderaan [ untuk mengelakkan meletup jika berlaku pertembungan 2 buah kenderaan] tetapi kejadian sebegini seperti dalam gambar ini amatlah mengelirukan kita sebagai pengguna kenderaan dan pengguna jalan raya

Rasanya kejadian kereta meletup selalu terjadi diddalam filem sahaja tetapi kini tiada yang mustahil dan memang biasanya didalam kenderaan kita tidak mempunya alat pemadam api. Rasanya selepas ini baik kita membeli satu dan menjadikan kebiasaan mempunyai alat tersebut didalam kereta kita. Memang ajal maut di tangan tuhan tetapi sikap berhati hati dan bersedia mungkin dapat MENYELAMATKAN NYAWA SESEORANG. semoga anda selalu berhati hati..

RIBENA mengandungi ARAK???????

Ribena ada arak - important for muslim!!

LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam
undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas Pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.

Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu,Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana Kandungan arak itu pada kadar yang rendah.Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit.

Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan,menukar Label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.

"Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool,Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua
komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan.

"Sesetengah bahan perasa Mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan
keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena. - Agensi


Niezam Phg says...

saya tidak meminum rebina.jadi tak tak tahu nak komen macam mana tapi kalau berita di atas tu betul elok lah kita sama sama berhenti meminumnya. Orang islam memang di haramkan meminum arak...di dunia..kalau nak minum jugak buat amal bebanyak nanti di syurga minumlah puas puas kerana arak itu minuman ahli syurga.

Cuma setahu saya arak dan rebina di buat dari bahan yang sama iaitu anggur, jadi mungkin ada persamaaan sedikit cuma cara proses membuatnya yang berbeza kerana untuk arak, anggur itu di peram dulu hingga masam. untuk rebina mungkin proses untuk, mendapatkan perisa sahaja.jadi kalau rebina tu dah expired [ terlalu lama disimpan.- mungkin statusnya jadi masam dan bertukar menjadi arak.] agaknyalah. mungkin pengunjung yang lain memounyai panadangan yan bernas...pendapat anda amat dialu alukan.

Kurma tertulis nama Allah.



Pagi tadi saya sampai di PJ M around 7.40pm .Sampai-sampai jer Fuaddin call my H/P, dia suruh saya segera ke Video AIP.Tiba jer kat sana saudara Fuaddin terus bawa saya jumpa seorang operator ( Indonesia ).Alangkah terkejutnya M asya-Allah.... kalau ikutkan hati memang nak sujud tapi dikelilingi pulak ramai operator kat situ.... "SUBHANALLAH" MAHA suci ALLAH....

saya dapati sebiji kurma tu ada tertulis kalimah LAILAHAILLALLAH...Memang jelas.Operator tu cakap tiap-tiap hari memang diorang dah istiqamah berbuka dgn kurma yg Surau Committee edarkan setiap hari. Kurma ini juga adalah hasil derma ikhlas semua warga PAVCJ M dalam bersedeqah dibulan Ramadhan ini.Beliau betul-betul tak sangka boleh terjumpa sebiji tertulis kalimah ini. Katanya dia akan simpan buat kenangan sampai bila-bila.Saya sempat ambik gambar kurma tersebut, so sesiapa yg nak tengok,

Insya-Allah kalau nak t eng ok secara live kena jumpa Fuaddin buat appoinment dgn operator tersebut.Jazakallah kepada semua Dermawan & Sukarelawan yang membungkus kurma. Hanya Allah yg mampu membalasnya.



Niezam Phg says...

Maha suci Allah.....

Tuesday, October 17, 2006

Bini baru awie.selepas menceraikan Arni!!!!





Niezam phg says...

Inilah wajah 'orang rumah' awie yang dikatakan heboh berkahwin di selatan siam satu ketika dahulu.Wanita ini dikatakan adik kepada haliza misbun.dan haliza misbun merupakan seoran pelakon berasal dari pahang yang tidak ada kena mengena dengan misbun haji sidek yang berasal dari kg kancong darat.selangor.sekian dimaklumkan.....

PEMBETULAN : KEDAI HJ ISMAIL, LANGKAWI

Assalamualaikum,

Niezam saya terbaca pasal Kedai Hj. Ismail, Langkawi di blog niezam. saya nak berikan reply email ni yg saya dapat dari husband kawan saya (dia bekerja degan Tabung Haji) dia dah check dgn Tabung Haji Langkawi.

Kesian pada Arwah Hj. Ismail kalau cerita ini tak benar.

Betul ke pasal abg baru siasat Allahyarham ni banyak membantu persatuan Islam dan dia kawan baik pada Ust Ismail Kamus dan pemimpin Pas dia juga banyak menaja org pergi haji. Utk makluman dia baru shj meninggal dalam minggu ni. Berdosa bagi org yg menyebarkan berita yg belum ada kesahihannya.

Abg dpt drp TH Langkawi.Sekian

[ dari emel yang saya terima ]

Alhamdulillah, akhirnya ada juga pengunjung yang sudi memperbetulkan fakta. Oleh itu saya telah mendelete posting sebelum ini bekaitan kedai haji ismail. saya memang harapkan ada check n balance dari pengunjung semua dan respon segera itu amatlah saya hargai.

Sebab di dunia internet ini ada pelbagai berita dan tujuan saya meletakkan di blog pun untuk berkongsi dengan pengunjung semua. samalah dalam kes sardin itu.selepas saya mendapat mekluman positif dari pengunjung saya turut meletakakn berita penafian itu disini untuk sama-sama kita renungi dan fikirkan.terima kasih kepada haslindal@klcc.com.my yang memberikan respon pantas kepada saya.budi baik anda amat saay hargai.buat allahyarham haji ismail semoga roh anda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. mungkin haji ismail ini banyak mempunyai musuh perniagaan sepanjang hayatnya.wallahhualam...

Monday, October 16, 2006

Bahaya..jauhi kawasan Petaling Street

[ sebarkan..biar org ramai tahu ]


Untuk makluman dan berhati-hati. k.

Elakkan ke Petaling Street. Kejadian ni berlaku tengah hari semalam, my husband ada terima call dari member untuk pinjam duit sebayak rm300 dengan nada suara ketakutan. Tapi atas sebab2 tertentu my husband tidak dapat pinjamkan duit tersebut. Pada malam smlm my husband call semula member(A) tanyakan kenapa nada suara lain. Rupa-rupanya masa tu dia sedang dikerumuni geng2 India & Cina di petaling Street (kena pow).

Asalnya Ar ni pergi ke Petaling Street utk beli barang tetapi lepas keluar dari kedai,tokey kedai tadi (India) tarik A ke dalam kedai dan kata ada hutang rm200. Kemudian datang geng India makin lama makin ramai + dengan geng cina dan bawa member masuk bilik ... Member ni menafikan... hutang tersebut...Geng2 ni ugut dan minta call sesiapa utk dptkan duit but gertak jgn bagitau di mana dia berada ...taknak bagi polis tau..

Kira member ni bernasib baik kerana dapat jugak pinjam duit tetapi geng2 ni minta tambah rm100 lagi...jadi total rm300 kerana lambat 1 jam utk bayar duit seperti yg die org minta...jahat betul la....

Mereka kat Petaling Street ni dah makin ganas....Dulu kat petaling street ni paksa org beli barang .....Hope perkara mcm ni tak jadi pada kita ...




Niezam Phg says...

Kawasan petaling street ni memang kawasan kongsi gelap.yang pelik tu vcd lucah di jual dengan berleluasa.kalau masa zaman mahadir dulu ada juga nampak ketegasannya membenteras gejala nie .tapi zaman pak lah nie nampak tak berapa kisah sangat.mungkin sebab terlalu kejar hadari jadi ada benda benda yang nampak kecil tapi berikan kesan besar pada masalah sosial negara.

lagu satu pekara yang pelik kawasan tu beroperasi sampai pukul 2 pagi.tetapi tiada pun pihak berkuasa yang bertugas mengawal kawasan itu.dulu dulu saya pernah terserempak denagn pak arab yang bergaduh dengan penjual cian di kawasan itu.mujur juga ada ramai arab jadi penjual cina tu tak berani sangat nak pukul beria.tetapi adegan tolak menolak memang terjadi ketika itu dan memang selalu terjadi kekecohan.

Rasanya elok kerajaan tutup sahaja kawasan itu.bukannya nak berniaga tetapi penuh dengan aktiviti tak bermoral ugutan,pelacuran,samseng dan vcd haram. Barangan pula kalau murah pun tak berkualiti sebab di bawa dari siam.harganya pula kalau tak pandai tawar menawar memang lebih mahal dari pasar malam.kepada pengunjung semua jauhilah kawasan tersebut sebab memang TAK SELAMAT.terutama kalau pergi berkeluarga,.kerana mereka bukannya manusia, tetapi adalah binatang di kalangan manusia.sebab tak tau hormati orang dan rasa diri mereka kuat sangat seolah olah macam negara nie tak ada undang-undang.....

kalau ingin mencari barangan yang murah dan peniaga yang bersopan santun baik pergi sekitar jalan masjid india atau pasar malam dekat bangunan semua house tu.banyak pilihan dan murah...

ADA APA DENGAN MAWI: part 2



Mawi kena boikot?
Satu ketika dulu berduyun-duyun wartawan akan menghadiri apa saja majlis yang dihadiri oleh penyanyi paling popular masa kini Mawi tapi kini lain pula ceritanya.
Ketika Majlis berbuka puasa serta terawih bersama Mawi yang bertempat di Palace of Golden Horses hari Ahad lepas, kedatangan pihak media amat menyedihkan, tidak seperti dulu lagi.

Melihat senario itu, hati berdetik membuat andaian mungkinkah Mawi diboikot oleh pihak media tempatan gara-gara salah faham yang membuatkan pihak wartawan menyisihkannya?

"Saya sudah menghantar jemputan kepada semua media. Terpulang kepada mereka untuk menghadirinya," ujar anak peneroka Felda ini yang kelihatan tidak gusar sedikit pun dengan sambutan hambar pihak wartawan.

"Mereka mungkin ada kerja lain kot...," kata Mawi memberi jawapan spontan cuba berbaik sangka.

Bahang konflik perhubungan Mawi dengan beberapa wartawan dari beberapa media cetak tercetus apabila Mawi dikatakan mengambil sikap endah tak endah terhadap seorang wartawan di salah sebuah majlis baru-baru ini. .

"Kejadian itu berlaku dengan begitu pantas sehingga saya sendiri tidak sedari. Pada waktu itu saya sedang melihat semula video rakaman persembahan saya menerusi telefon bimbit saya.


Mawi sempat melayan peminat cecil moleknya semasa Majlis Buka Puasa dan Terawih bersama Mawi di Palace of Golden Horses baru-baru ini(Foto The Star)

Saya sedang menunggu wartawan tersebut untuk menghabiskan wawancaranya bersama Salima," jelas Mawi ketika diminta menjelaskan peristiwa yang berlaku itu.

Kekhusyukan Mawi menonton semula video rakaman tersebut membuatnya terleka dan tidak terdengar panggilan wartawan tersebut.

Kekusutan ini difahamkan akan berakhir sedikit masa lagi, insya Allah. Sebuah majlis khas bersama wartawan akan dianjurkan oleh pihak pengurusannya, Maestro tidak lama lagi bagi memulihkan semula perhubungan yang renggang di antara kedua-dua pihak tersebut.

"Terpulang kepada jadual saya namun saya akan pastikan bahawa majlis ini akan direalisasikan sebagai langkah untu membaik pulih serta memohon maaf kepada mereka," ujar Mawi lagi.


Isu pegang tangan pendapat peribadi saya

Sewaktu pengumuman keputusan Mawi yang bersetuju untuk berlakon filem pertamanya yakni 'Aduh Saliha', Mawi pernah menyatakan bahawa dirinya enggan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Sekali lagi, kenyataan tersebut mengundang kontroversi apabila pelakon tersohor negara, Rosyam Nor yang sensitif itu terhiris dan begitu terasa dengan 'sindiran' tajam Mawi yang diibaratkan mengutuk kerjaya para pelakon di Malaysia.

"Sebenarnya, itu hanya pegangan peribadi saya sahaja dan datang daripada hati saya. Saya tidak niat untuk mengguris hati mana-mana pihak," jelas Mawi yang kesal apabila ada yang mengambil hati secara peribadi dengan kenyataan tersebut. Ketika ditanya apakah reaksi Mawi jika berjumpa dengan Rosyam, Mawi berkata, "Saya akan menegurnya seperti biasa. Tiada masalah."

Faizal tenggelam kerana populariti Mawi?
Ramai yang turut bersimpati dengan juara Akademi Fantasia 4, Faizal apabila gagal menonjolkan diri sebagai bintang baru sejak akhir-akhir ini.Ini dikatakan gara-gara tempias populariti Mawi yang naik secara mendadak.

"Saya rasa Faizal pun ada kelebihannya yang tersendiri namun publisiti yang berkurangan mungkin merupakan antara sebab dia kurang menyerlah," kata Mawi yang turut mengikuti perkembangan 'adiknya' Faizal sejak dia dinobatkan sebagai juara rancangan tersebut.

"Saya harap peminat dapat menerima Faizal dengan seadanya," kata Mawi lagi yang berharap semua bakat baru diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka sebagai artis.

Mawi akan beraya secara sederhana

Mawi akan bercuti selama sembilan hari untuk beraya bersama famili mulai Oktober 21 sehingga hujung bulan ini. Mawi telah menyiapkan dua pasang baju Melayu berwarna hijau dan peach.

Rumah terbuka yang pernah dilakukan oleh Mawi pada tahun lepas telah menarik lebih 30, 000 orang peminatnya ke kampungnya di Felda Taib Andak.Namun pada tahun ini, kemungkinan besar Mawi tidak akan mengadakan rumah terbuka bagi menhormati arwah ayahnya Pak Ani yang meninggal dunia pada bulan Julai.

"Saya akan beraya di rumah baru yang akan siap, insya Allah dua tiga hari sebelum Raya," jelasnya lagi.


Niezam Phg says...

Patutnya mawi buat tah tahu jer dengan wartawan hiburan ini.mereka rasa diri dah besar sangat nak naikkan sesiapa yang disukai[ina naim] dan nak jatuhkan sesiapa yang tidak digemarinya[mawi].dengan hanya inseden melibatkan seorang wartawan yang terasa hati dengan mawi takan nak diajak seluruh kampung memboikot mawi.lagi pun pertelingkahan ini tidak menguntungkan sesiapa baik mawi mahu pun orang surat khabar sendiri.nanti jualan akhbar mereka juga yang merosot sebab orang naik menyampah dengan tulisan wartawan hiburan yang berat sebelah dan banyak berunsurkan teka teki dan fitnah je.

Mereka bukannya membuat laporn berita tetapi lebih banyak memeaparkan gossip yang tidak meletakakn nama sebanar artis membuat peminat tertanya tanya dan meneka.kalau mereka tersalah teka tidakkah itu menyusahkan pihak yang tak bersalah..entahlah pikir pikirkan lah sendiri..[Seorang wartawan je lah yg kena sentap.... aku ingat ramai lah yg kena based on laporan diorang 2 minggu lepas...]

ILMU MEMAGAR RUMAH DARI PENCURI..

Salam Mesra ,

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para

ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan

rumah sekali gus,buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu

nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal.

Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya

ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali

sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya

memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita

semua. Jadikannya amalan dan yg
lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari

segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di

ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada

syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki

rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri

itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan

sahaja untuk mereka.Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan( dengan keizinan allah).

Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan

hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali

keliling setiap bilik dalam rumah ! kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi.Jangan cover

seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk

mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu
perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.



Niezam Phg says....

beberapa hari lagi ramai dikalangan kita akan pulang beraya di kampung dan meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak lama. Disini saya berkongsi sedikit usaha selepas kita mengembil beberapa langkah pencegahan seperti yang pernah saya letakkan dalam post2 yang terdahulu,di harapkan ilmu ini bermanfaat kepada pengunjung semua dan merupakan usaha terakhir kita.kerana doa itu senjata orang mukmin,jadi janganlah kita melupakannya dan berserah kepada Allah.semoga saudara saudara semua di lindungi Allah selalu..Insyallah.

Hanya Ingin Mengingatkan ...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah! bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberis antunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya



Niezam Phg says....

Semoga sama sama kita mendapat manfaat.....

8TV di suatu pagi semasa azan subuh..

[ dari emel yang say terima ]


Kepada sesiapa yg ada kenalan di 8TV....tolong forwardkan kepada mereka....kasi bukak sket mata COO dia, Encik Ahmad Izham. Mereka tak peka kepada sensitivity umat Islam ker???

**Aini@tempe, kiter kena forward kat forum nie....**

Assalamualaikum...

Ada sesuatu yang amat amat menjengkelkan aku tentang 8tv pagi tadi semasa azan subuh berkumandang dan siaran ulangan The Apprentice sedang ditayangkan..mcm biasa laa screen jadi kecik and
ruangan chat ada kat sebelah..and ntah tiba-tiba aku terpandang satu khinzir yang pakai nick Gransazer antar msg camni...
Puasa
Untuk
Kewajipan
Insan
Muslim.
Allah
Knows
(^_^)
Yang peliknya..leh display plak kat national TV mende camni..cuba korang amik yang pangkal huruf besar tu baca ke bawah (tulisan merah)..jadik apa...aku bengang betul la..peka la skit 8tv woii..aku ingat barat ja yg hentam Islam.Aku tak sangka lak ada TV bangang dalam Malaysia ni yg langsung tak sensitif...

Best Regards;
Zuraini Hj Ismail


Niezam_Phg says...
No komen......

Penafian kes Azhar Mansor murtad

Saya bertemu dengan perbincangan ini sewaktu membuat kajian mengenai isu murtad masyarakat Melayu Malaysia. Menarik perhatian saya membaca isu Dato' Azhar Mansor. Saya berani menyatakan di sini bahawa Dato' Azhar Mansor, Alhamdulillah adalah masih seorang Muslim.

Khabar-khabar angin mula bertiup pada tahun 2003 di internet yang menyatakan bahawa Dato' Azhar Mansor telah memeluk agama kristian dan sering mengunjungi gereja di PJ (musa Hitam juga dituduh pada tahun 2000 mengunjungi gereja tersebut). Khabar angin bertitik tolak daripada cerita bahawa sewaktu tiang layar Jalur Gemilang patah ketika dilanda ribut kuat di Cape Hope, Dato' Azhar hampir lemas dan Jalur Gemilang nyaris karam. Dato' Azhar berdoa memohon bantuan. Menurut cerita yang di- sebarkan lagi, datanglah ikan lumba-Lumba yang membantu memberi haluan kepadanya dan pada waktu itu beliau nampak "Isa Al Masih" menjelma dan memberitahunya bahawa dia akan selamat. Seandainya peristiwa ini benar terjadi (Dato' Azhar bagaimanapun tidak pernah menghebohkannya) maka beberapa faktor yang perlu diambil kira, pertamanya ialah beliau telah belayar seorang diri selama hampir 100 hari pada ketika itu. Keduanya sistem GPSnya dan system komunikasinya menerusi satelit telah beberapa ketika terputus ketika itu. Ketiga, fikirannya mungkin tidak menentu akibat keletihan, ketakutan dan mungkin pengaruh alkohol yang diambil untuk memanaskan badan di dalam suhu yang melampau. Maka sebagai seorang yang terpelajar dan berasal dari Perlis dengan didikan agama yang seimbang dengan kebanyakan orang Melayu, apabila kembali waras, beliau berfikir. Jawapan yang lahir pertamanya, mungkin godaaan syaitan. Keduanya jika benar "Al Masih" telah muncul maka tiada yang mustahil Sebagai seorang Islam kita percaya Nabi Isa a.s tidak mati dan akan pada suatu ketika muncul semula memimpin umat manusia ke arah kebenaran. Maka 'jika' Dato' Azhar menyampaikan insiden ini kepada Tun Dr. Mahathir, itulah juga jawapannya. ‘Jika’ sewaktu mengikuti pelayaran ke Antartika bersama Tun, beliau membisikkan kes ini kepada Dato' Dr. Hamid, begitu jugalah jawapannya.

Memang benar isterinya adalah bekas warga Filipina yang berasal dari agama Kristian Katholik.

Seterusnya, kita lihatlah rujukan masa. Berita 'murtad'nya beliau mula muncul pada tahun 2003. Dia dikatakan berceramah di Sabah dan sekarang timbul pula kononnya bukan Sabah tapi Sarawak. Kemudian kenyataan rasmi pertama di laman web pro kristian yang mula terbit pada tahun 2003, memberitahu bahawa Dato' Azhar telah memberitahu Tun Dr. Mahathir tentang insiden yang berlaku dan hasratnya untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian. Tun Dr. Mahathir menasihatkan Azhar menginggalkan Malaysia untuk meneruskan niatnya. Jadi dikatakan bahawa di antara tahun 2003 dan 2004 Dato' Azhar telah berhijrah dan meninggalkan Malaysia. Ada laman web pro Kristian menyatakan bahawa Dato' Azhar berhijrah ke Kanada. Ada pula yang berkata ke Australia. Kalau benar beliau berhijrah, saya tidak percaya seorang pelayar akan ke Australia.

Saya pernah menemui beliau di KLCC dan bersama di dalam majlis berbuka puasa di sebuah restoran. Beliau hadir bersama isteri dan anak-anaknya. Pada ketika itu ialah pada tahun 2000. Kami ada berbincang ringkas tentang isu program televisyen.

Pada tahun 2003 saya menghubungi beliau di Langkawi. Dan saya boleh mengesahkan bahawa pada tahun 2003 beliau masih di Langkawi dan sibuk dengan projeknya di Telaga Harbour. Pada 25hb Disember 2004 (Beliau kononnya sudah berhijrah), sehari selepas Tsunami melanda Lautan Hindi, Dato' Azhar dan fotonya sekali telah mengisi beberapa ruang akhbar dan juga laman web berhubung kerosakan kepada Telaga Harbour. Bahkan dilaporkan oleh media, bahawa kapal layarnya juga mengalami kerosakan bersama beberapa kapal layar lain.

Kesimpulannya, kita boleh menalipon Telaga Harbour dan bertanya sama ada Dato' Azhar di situ lagi atau sudah 'hilang'. Kita boleh ke Langkawi dan melihat sendiri sama ada itu Dato' Azhar atau tidak. Jika Dato' Azhar masih di situ maka ternyata kenyataan dalam laman web pro Kristian adalah salah dan bertujuan menipu orang Islam Malaysia.

Dato' Azhar pernah sekali memberi kenyataan ringkas kepada pihak tertentu menafikan bahawa dia telah meninggalkan Islam.

Saudara saudari, Ini adalah dakyah Kristian. Dato' Azhar adalah wira negara. Dato' Azhar seorang yang berani dan kental. Alangkah hebatnya cerita kemunculan "Jesus Christ" dan menghulurkan bantuan kepada wira Melayu. Alangkah hebatnya dan berpengaruh jika wira Melayu meninggalkan agama Islam dan memeluk Kristian.

Saya menasihatkan anda yang musykil menalipon sendiri Dato' Azhar di Telaga Harbour dan kalau anda pergi ke Langkawi, kunjungilah wira negara itu. Doakanlah kepada Allah dikuatkan Imannya dan supaya dijauhi beliau dari segala yang boleh memudaratkan dirinya, pegangannya dan pegangan kita.

Ingatkah cerita mengenai Neil Armstrong? Bagaiman pendakwah kita bercerita bahawa beliau mendengar laungan Azan di Bulan. Kemudian beberapa tahun kemudian mendengar semula laungan azan itu di Mesir. Ilmuan Islam berpendapat laungan yang didengarinya adalah laungan malaikat. Beliau lantas memeluk Islam. Hebatnya cerita itu. tetapi Neil Armstrong tidak pernah memeluk agama Islam. Beliau dikatakan memeluk Islam dan kini bermautautin di Beirut. Tidak. Beliau sebenarnya tinggal di Lebanon. Lebanon adalah nama sebuah pekan di Amerika Syarikat. Neil Armstrong pernah dilontarkan soalan itu sewaktu beliau berada di Malaysia dan kenyataannya keluar di dalam NST. Kata Neil Armstrong, beliau tidak berniat memperkecilkan islam, tetapi beliau tidak pernah memeluk Islam.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat, ayat 6)",


Terima kasih.
Sheih


Niezam Phg Says....

Sekadar berkongsi apa yang saya terima melaulu e-mel.

Sunday, October 15, 2006

Kongsi Raya : Keharamannya Jelas

Kongsi raya menurut perspektif masyarakat Malaysia bermaksud menyambut perayaan tahunan agama dan kaum di Malaysia secara bersama-sama. Ianya diamalkan sejak beberapa tahun yang lalu. Di sebabkan sambutan perayaan agama dan kaum di Malaysia seringkali bertembung, maka, suatu keputusan telah diambil untuk menggabungkan sambutan perayaan yang seringkali bertembung itu. Ia kemudiannya telah diterimapakai di peringkat badan-badan berkanun dan agensi kerajaan.

Sejak ia mula diadakan, tidak ada pihak yang tampil ke hadapan untuk menjelaskan kedudukan sambutan kongsi raya menurut hukum syara’. Sehinggalah pada 22hb Oktober 2004, Jabatan Mufti Negeri Perak mengeluarkan fatwa bahawa hukum mencampuradukkan perayaan Islam dengan perayaan kafir adalah haram. (http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.h).

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini kembali mengulangi pendiriannya tentang isu tersebut di dalam akhbar The Star bertarikh 14 Jun 2006. Datuk Seri Harussani juga meluahkan kebimbangannya tentang ancaman Pluralisme yang ada hubungkait dengan sambutan kongsi raya tersebut.

Pandangan Daruk Seri Harussani itu telah mendapat reaksi daripada Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat, JUST, Dr Chandra Muzaffar. Di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19hb Jun 2006, Dr Chandra Muzaffar meminta Datuk Seri Mufti untuk menjelaskan konsep Pluralisme manakah yang dimaksudkan oleh Mufti Perak itu. Ini adalah kerana, Dr Chandra menerangkan bahawa terdapat beberapa maksud di dalam pembahasan Pluralisme.

Sebagai salah seorang ahli intelektual, Dr Chandra seharusnya sudah boleh memahami, konsep Pluralisme manakah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Harussani itu. Adakah Dr Chandra keliru?. Timbul pula persoalan bagaimana seorang ahli intelektual seperti Dr Chandra boleh keliru memandangkan huraian isu tersebut telah dijelaskan di dalam akhbar berbahasa Inggeris yang terkenal di Malaysia iaitu The Star.

Kongsi Raya Menurut Perspektif Syara'

Perbuatan meraikan perayaan kaum-kaum kafir samada perayaan yang disambut oleh golongan Nasrani, Yahudi ataupun Musyrikin , adalah sangat jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. " (TMQ. at-Taubah[9]:33)


Di dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkanNya terhadap semua agama.Dan cukuplah Allah sebagai saksi." (TMQ.al- Fath[48]:28).

Tafsiran kedua-dua ayat di atas dengan jelas menerangkan bahawa orang-orang kafir kesemuanya akan dimasukkan ke dalam neraka bersama penguasa mereka sebagaimana yang dikuatkan oleh Hadis Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya akan terbukalah bagimu ( kaum muslimin) bahawa bumi Allah dari timur sampai ke barat. Dan bahawa para penguasanya akan masuk neraka semuanya kecuali yang bertakwa dan melaksanakan amanat di antara mereka.” [HR Ahmad] - Tafsir Ibn Kathir.

Jadi, untuk apa kita menyambut perayaan kemenangan agama lain sedangkan mereka kesemuanya akan dihumban ke dalam neraka? Justeru, perbuatan untuk duduk bersama-sama di dalam majlis sambutan perayaan orang-orang kafir seolah-olah kita membenarkan kemenangan agama mereka. Padahal, Islam diutus untuk dimenang dan ditinggikan atas semua agama yang ada.

Kerapkali juga kita dapat lihat menerusi kaca-kaca TV, bagaimana sebahagian kaum muslimin yang berpakaian menyerupai kaum-kaum lain ketika menghadiri sambutan kongsi raya. Justeru itu, perbuatan tersebut termasuk di dalam apa yang dikatakan sebagai "tasyabbuh bil kuffar",yang bermaksud menyerupakan orang kafir. Suatu perbuatan yang mana sangat jelas bertentangan dengan aqidah Islam yang kita anuti. Islam melarang umatnya daripada meniru dan menyerupai perbuatan-perbuatan orang kafir. Larangan telah dinyatakan dengan tegas oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya :

"Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir,maka dia dikalangan mereka( orang-orang kafir)." (HR. Abu Daud,Al-Baihaqi,Ibnu Majah,Ahmad dan Ad-Daruquthni)


Terdapat suatu kisah yang melibatkan Abdullah Bin Salam. Beliau dan beberapa sahabat mereka yang lain pernah suatu ketika meminta kepada Rasulullah SAW agar mengizinkan mereka meraikan atau mengagungkan Hari Kebesaran orang-orang Yahudi iaitu Hari Sabtu ,di samping membenci daging dan susu unta. Setelah Rasulullah SAW mendengar permintaan tersebut, maka Rasulullah saw terus menegur dan memberi peringatan kepada mereka.

Daripada huraian di atas, menyambut perayaan kaum atau agama lain itu termasuk di dalam perbuatan yang dicela oleh Islam. Ini adalah kerana ia boleh merosakkan aqidah seseorang muslim. Apapun, kongsi raya juga merupakan salah satu perbuatan yang dianggap sebagai redha terhadap agama dan kepercayaan mereka,di samping secara tidak sedar mereka telah mengiktiraf dan mengakui wujudnya agama selain daripada Islam. Inilah yang dikatakan bahaya ancaman idea Pluralisme yang menganggap bahawa semua agama adalah sama.

Tidak ada bezanya antara Islam dan juga agama-agama yang lain. Bertunjang daripada idea Pluralisme inilah, maka berbagai kelompok-kelompok Islam yang telah diracuni oleh pemikiran kufur dan telah membolehkan sambutan kongsi raya di adakah di Malaysia ini dengan alasan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Inilah akibatnya,jika umat Islam tidak dipandu oleh aqidah Islam yang benar.

Mereka juga tidak menjadikan halal-haram sebagai kayu ukur di dalam melakukan sesuatu perbuatan (miqyasul 'amal).Mereka lebih cenderung untuk bersandarkan kepada manfaat, untung-rugi ataupun maslahat tanpa merujuk kepada ketetapan syara'. Salah satu kaedah syara yang mashyur bermaksud : " Asal tiap-tiap perbuatan terikat dengan hukum-hukum syara'."(Al-Ashlu Fi Al-Af'al At-Taqayyudu Bi Ahkam Asy-Syar'ie). Jadi, semua perbuatan kita adalah terikat dengan hukum syara'.

Maka, pada dasarnya adalah wajib bagi setiap muslimin untuk mengetahui setiap hukum syara' yang berkaitan dengan amal kehidupannya sehari-hari. Setiap perbuatan yang tidak didasarkan kepada aturan Allah SWT dikhuatiri akan menyebabkan kita terjerumus ke dalam kebinasaan dan kerosakkan.

Justeru, sekiranya telah jelas sesuatu keharaman itu , ia tidak perlulah dilakukan sebarang kajian lagi. Jadi, mengapakan masih ada gesaan daripada pihak dan pertubuhan tertentu agar dilakukan kajian semula tentang konsep sambutan kongsi raya tersebut. Adakah untuk diubah agar bersesuaian dengan Islam? Sesungguhnya, jika terdapat sebarang usaha untuk mengolah semula konsep sambutan tersebut, ia juga dianggap telah terkeluar daripada ajaran Islam. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas,dan diantara kedua-kedua itu ada perkara-perkara yang syubhat( samar),maka barangsiapa yang telah mejauhi perkara syubhat tersebut bererti dia telah menjaga agamanya." (HR. Al-Bukhari).

Begitu juga sabdanya lagi yang bermaksud :

"Yang halal itu ialah apa-apa yang telah dihalalkan oleh Allah swt di dalam kitabnya,dan yang haram itu ialah apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT di dalam kitabnya. "

Kedua-kedua hadis tersebut telah menjelaskan kepada kita bahawa yang halal dan haram itu adalah jelas. Maka janganlah kita mencampur-adukkan yang hak dan batil semata-mata kerana tujuan kemaslahatan. Hakikatnya, kemaslahatan itu bukannya ditentukan oleh manusia, sebaliknya ia ditentukan oleh Allah SWT sebagai Pencipta kita. Ingatlah, ketika mana adanya penerapan hukum syari'at, pasti akan ada kemaslahatan. Ini bertepatan dengan kaedah syara' yang bermaksud :

"Di mana ada penerapan dan perlaksanaan hukum Islam,maka pasti akan ada kemaslahatan. "(Haisuma Yakunu Asy-Syar'u Takunu A-Mashlahah).

Sekiranya,tidak ada penerapan dan perlaksanaan hukum Islam, maka sudah tentu kemaslahatan itu tidak akan wujud.

Wallahu alam.



Niezam Phg says....

Kalau kata- kata mufti pun kita tak mahu ikut ,kata kata siapa lagi yang kita nak pakai.tak kan nak tanya menteri.hal agama biarlah di putuskan oleh ahli agama. ilmu mereka lebih tinggi dan mereka bercakap berdasarkan Al Quran dan Hadis tetapi jika di tanya pada menteri-menteri mereka akan bercakap berdasarkan kepentingan peribadi dan politik. yang mana satu akan membantu anda di alam yang satu lagi selepas alam ini.Renungkanlah dan fikirkan bersama semoga kita mendapat keberkatan di dunia dan akhirat dan di redhai Allah S.W.T. Insya'allah

BE EXTRA CAREFUL WHILE IN KLIA

Pass it on..... let more people be aware of such things around them.A few days ago a new type of crime has surfaced in town. It goes something like this:- Somebody slips a handphone into your pocket.sometimes it could be just a wallet with an identity card and a few ringgits.

A few minutes later, the 'owner' comes up and confronts you, the 'thief '. He makes a big commotion that you stole his stuff. You, caught unaware, are then pulled aside by the 'owner' for a settlement you are intimidated and threatened that if you do not pay up the police will be brought in. If you pay up, this 'owner' lets you go.

If not, the police are brought in. Another strange thing is that there always seems to be a 'witness' to the your 'theft'. I am told this often happens to foreigners at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) or even at LRT trains. Given that
you're 'guilty until proven innocent' as far as the Malaysian police are concerned,

I understand some poor people are in jail for these 'offences'.At the KLIA, the 'owner' throws his handphone and wallet with the few ringgit notes into the luggage trolley of a just arrived passenger. The drama unfolds a few minutes later. The real culprit has ea sily convinced our Malaysian police to arrest the real victim (if he has not paid up the 'settlement' demand). This is a very serious matter. This is another form of extortionists operating in broad daylight. They are disgusting criminals who will do anything to rob and steal.

The sickening part of the whole scenario is that unless you pay the "quoted settlement" money, they will put you in real trouble by calling the police. The real culprit gets back his handphone and wallet but the real victim ( i.e. could be any one of us)is thrown into the police lock up and charged in court. So do be very
careful, otherwise you may end up as a "thief" as you have no way to prove
your innocence.


Niezam Phg says...

Dalam zaman sekarang ni manusia menggunakan pelbagai cara dan tipu helah serta muslihat untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah. Semoga pengunjung semua berhati hati dan tidak terpedaya...

Bila Izrail datang memanggilllllll.........



Untuk mengelakkan gangguan bunyi yang berlapis dengan lagu latar blog.sila klik button untuk 'mute'atau adjust setting sound pada tahap paling minimum....

Jika video tidak dimainkan secara automatik. sila tunggu beberapa minit kerana komputer anda terpaksa mengambil sedikit masa untuk menerima data dari server [ bergantung kepada kelajuan sambungan internet anda ].
Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun...

concentrate on his dahi..

Assalaam Aleikum,
The attached is a clip of someone in his final moments.Please see the clip before reading on.........The man seemed to have been blessed because he died in Allah's house and in His service.As he was a Muslim, may Allah bless him with His forgiveness, mercy and grant him paradise along with us and all other Muslims.Did the man think that he would not return home alive that day/night when he left home?

Did he think that he would not finish his sermon when he started?

Did he think that he would not finish his sentence when he started uttering the last one?

He seemed very fine and all of a sudden it started to happen!

Allah made this man's last moments to be captured so that we can wake up and value the time we have, and more importantly to prepare for our own final moments that will come unannounced.

As we are in the month of Ramadhan, we should ask ourselves:

Will we live to witness the next Ramadhan?

Will we live to witness the end of this Ramadhan?

Will we live to do what we keep postponing to do for our aakhera?

May Allah give us the determination to demonstrate to Him, with all the blessings given to us by Him, that we are worthy of His mercy before our turn comes to meet Him.

May Allah accept what you are investing for your hereafter.

May Allah encourage you to invest even more and in a smarter way for your hereafter.

May Allah multiply manifold the rewards of the investments for your hereafter.

May Allah unite us with His forgiveness, mercy and best of paradise in the hereafter.







Terima kasih kepada [ Ida - Singapura ] yang mengirimkan kepada saya video clip ini.sangat menginsafkan kerana maut mendatangi kita pada bila-bila masa sahaja.Alangkah beruntungnya orang yang ketika tertutup diari kehidupan mereka, mereka berada di rumah Allah dan di tempat yang baik baik. saya pernah mempunyai saudara di kelantan yang diambil nyawanya ketika beliau sdang membaca al-quran di masjid sewaktu menunggu sebelum waktu subuh.

jemaah yang menunggun azan suubh pada pagi itu kehairanan kerana bacaan al quran beliau terhenti separuh jalan. ketika mereka tiba di masjid,belaiu telah mengembuskan nafasnya yang terakhir di sisi alquran. alangkah bertuntungnya dia ketika di cabutnya berada di rumah Allah dan sedang membaca ayat-ayat suci alquran. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di alam barzah. Bagai mana pula saat kita nanti agaknya......

Jangan Melakukan Dosa-Dosa Ini

Kami berpesan pada diri kami dan pada tuan-tuan jangan sekali-sekali melakukan dosa-dosa dibawah ini. Jika terlanjur cepat-cepat bertaubat sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Semuga taubat kita diterima oleh Allah. Amin...

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara.

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melalukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin,Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.


Amin, ya Rabbal A'lamin."


Niezam Phg says...

Semoga pengunjung semua mendapat ilmu yang bermanfaat.insyallah..

Air Jampi Vs holly water ?

Assalammualaikum.

Salam bang! Semoga kita selalu dirahmati Allah.

Jangan takut pada air. Takutlah pada yang menjadikan air. Apa sebenarnya Holy Water? Ianya tidak lebih daripada air yang sering digunakan oleh umat Kristian dalam sembahyang mereka. Kalau saudara perhatikan ketika umat Kristian memasuki gereja untuk upacara sembahyang, mereka akan mengambil Holy Water dengan menyentuh satu 'takungan air' lalu melakukan tanda salib dengan menyebut, " In the name of the Father, and of The Son and of the Holy Spirit, Amen". Kalau kita perhatikan, wudu' merupakan salah satu hukum yang telah ditinggalkan oleh Bani Israil. Maka tidak hairan bilamana
umat Kristian mengambil jalan mudah dengan mengambil Holy Water sebagai pengganti " wudu' " yang telah ditinggalkan, sebelum upacara sembahyang mereka. Selain dari itu, Holy Water juga digunakan untuk tujuan lain seperti 'pendinding' dari gangguan hantu, ketika sakit dan pada bila-bila saat dan ketika seseorang itu merasakan perlunya penggunaan Holy Water.

Saya kurang pasti sama ada penelitian saya terhadap Holy Water tidak menyeluruh, namun saya tidak mendapati adanya ayat tentang Holy Water dalam bible. Kalau ada saudara-saudara yang pernah terbaca dalam bible, tolong khabarkan pada saya di bab yang mana. Saya tidak percaya bahawa Holy Water mempunyai satu kekuatan atau kemampuan yang luarbiasa sehingga mampu mengugat akidah seseorang. Kalau boleh saya mahu berkongsi pengalaman dengan saudara tapi saya minta tidak akan ada yang menyalah tafsir kenyataan saya.

1) Saya pernah minum Holy Water yang diambil dari gereja. Berbekalkan kalimah 'Bismillah' saya minum, ternyata sekarang saya masih lagi Islam. Saya sependapat dengan saudara Rozi bahawa Holy Water yang 'ada di pasaran' sekarang merupakan air yang dijampi. Kalau Holy Water yang terdapat di gereja-gereja, memang tidak ada kemampuan luarbiasa. Air longkang itu lebih luarbiasa. Kalau diminum, barangkali bisa mati........

2) Pernah suatu hari, anak saudara saya (Kristian) mengalami sakit misteri. Saudara saya telah menjemput saya ke rumah. Ketika saya sampai, anak kecil itu sedang terlantar dan ada seorang yang saya tidak kenal sedang sembahyang dan merenjis-renjis Holy Water ke badan anak itu. Saya hanya memerhatikan dan selepas itu beredar. Keesokan hari saya datang lagi, ternyata anak itu masih tidak sembuh. Kerana kasihan, lalu saya minta
kebenaran saudara saya untuk bersendirian bersama anak kecil itu buat seketika. Lalu saya baca ayat-ayat Al-Quran dan saya sentuh kaki anak itu sambil berdoa dalam hati semoga Allah mengasihani dan menyembuhkan anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Saya bukan bomoh tapi anak kecil itu sembuh pada sebelah petangnya.

3) Tempat saya tinggal merupakan sebaris rumah yang terdiri dari 5 buah bilik. Bilik saya di hujung dan bilik sepupu saya di hujung yang lagi satu. Rumah ini agak 'panas' kerana ada 'pengganggu' nya. Kalau saudara perhatikan setiap pintu bilik itu ada tergantung benda-benda sama ada kertas atau tangkal penghalau hantu. Sepupu saya seorang Kristian, udah kahwin, punya anak umurnya kurang dari setahun. Di biliknya itu selalu didatangi pengganggu dan anaknya itu kalau menangis, nangisnya sampai ke subuh.
Sepupu saya menggunakan Holy Water setiap kali dikunjungi pengganggu. Kerana hantunya tidak pandai lari,lalu dia meminta pertolongan saya. Lalu saya berikan segelas air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan saya tambah dengan satu doa yang diajarkan oleh seorang Syed kepada saya. Ternyata biliknya itu aman dan anaknya tidak lagi diganggu. Kalau nangis, ya..... mahu susu.

Makanya saya berharap saudara-saudara tidak keliru dengan Holy Water. Sesunggunya ia hanya air biasa yang tidak pernah terbukti kehebatannya. Kita harus ingat bahawa umat Kristian itu sangat cemburu dengan kelebihan dan kemampuan luarbiasa ayat-ayat Al- Quran. Pernah seorang Kristian mengatakan kepada saya bahawa ilmu kebatinan orang Kristian juga menggunakan doa-doa 'Our Father', 'Hail Mary' dan sebagainya. Lalu saya cabar dan kami ketemu seorang Kristian yang berkebolehan dalam ilmu batin. Beliau mengakui banyak amalan-amalannya menggunakan kalimah 'Bismillah.. .' dan 'Kun Faya Kun' dan menafikan penggunaan doa-doa agama Kristian.

Kerana akidah umat Islam terlalu mantap, maka umat Kristian tidak ada cara lain untuk mengugat akidah orang Islam melainkan dengan taktik kotor seperti yang diutarakan oleh Saudara Rozi. Satu cara ialah dengan menggunakan air jampi dukun-dukun keparat, lantas mereka mengatakan air itu Holy Water. Ya.. barangkali sekadar mahu memperbesar- besarkan kemampuan Holy Water kerana segala amalan mereka itu tidak ada hebatnya. Biasa dong pak. Kalau memperbesar- besarkan satu usul, umat itu terlalu arif.

Jadi, tidak perlu takut pada air, takutlah pada yang menciptakan air untuk manusia. Sekian. Mohon permisi.

Wassalam.

Pengirim: Charles Rundi CRUNDI01@sgeckk.umw.com.my



Niezam Phg says...

Bermacam versi yang kita dengar pasal air holy water nie.tak tahu yag mana satu yang betul. ada yang kata air tu ada campuran dadah,ada yang kata air tu di buat dari al-quran yang di pijak oleh org kristian sebab itu membuatkan siapa yg terminumnya tidak dapat mengucap.mungkin anda juga pernah mendengar versi yang lain..wallahualam..

Saturday, October 14, 2006

TALKIN ORANG ASLI...

Kisah ni aku kutip dari pengalaman seorang pemburu masa aku outstation kat kuantan dulu...Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang Asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ...ada banyak cerita aku nak kongsi ngan korang...itupun kalau sudi nak baca...

Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dlm Islam kite panggil talkin ler) untuk si mati..tapi seingat aku diorang ni bukan beragama Islam. Diorang gelarkan si mati tu

AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup. Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/ tok batin pun start lah baca 'ucapan' macam imamlah...) bunyinya camni :

"HAI AJISS...MATI JUGAK KAO AJISS...SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG...( kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA,KAO JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA...YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU...KALAU DIA PUKUL KAO DARI KANAN...KAO ELAK KE KIRI...KALAU DIA PUKUL DARI KIRI...KAO ELAK KE KANAN...KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN...KAO ELAK KEBELAKANG...KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG..............PANDAI-PANDAI KAO LAH AJISSSSS......"

Pastu komat kamit lah mulut pemberi 'ucapan' tu...dan diorang pun beredar dari situ...dari mula sampai habis 'ucapan' , kawan aku yang ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka dia...bila orang asli tu tanya ngape...kawan aku cakap. "sedih...."

Pengajarannya..........Dia orang pun percaya juga kat alam kubur.............


Niezam Phg says....

Sakit perut saya menghabiskan cerit pendek nie.kelakar jugak n ada pengajaran yang tersirat. kredit to. fedabeckham@yahoo.com yan gsudi berkongsi kisah menarik ini dengan saya...amat saya hargai..

Lailatul Qadr begins tonight

Assalamu'alaikum w.w.

I hope everyone is in great spirit in Ramadan, in great health and is in the blessings of Allah, inshaAllah.

This is just a short note to remind you that tonight is the 20th night of Ramadan. This means Lailatul Qadr begins tonight, according to many sound hadeeths. Even though many authentic hadeeths stated that Lailatul Qadr is on the odd nights and a few stated it may be on the 27th night of Ramadan, do try to be consistent on trying to seek Allah's forgiveness on these last 10 nights. InshaAllah if we are consistent in our worship to Allah SWT, He would ensure that we will not miss the true night of Lailatul Qadr. (Amin)

Therefore, try to:

1. Pray the Qiyam Ramadan (terawih) prayer every night from now on.

2. Read the Quran much more.

3. Do many, many dhikr (remembrance of Allah).

4. Wake up earlier for your breakfast and try to make dua and do dhikr or read the Quran

5. Sleep less hours

6. Don't forget the dua of lailatul Qadr: Allahumma innaka 'afuw-wun tuhibbul 'afwa fa'fu anni (Oh, Allah, You are the One who pardon greatly, You Love to pardon, so pardon me)

Do also remember the hadeeth that Allah SWT is at the lowest heaven in the last 3rd of the night, listening to our invocations and prayers. Therefore, please work a little harder on these last 10 nights. InshaAllah, Allah SWT would forgive all of us and grant us Paradise & protect us from the Hellfire.

Take care.

Our Lord, grant us goodness in this world, and goodness in the hereafter, and protect us from the punishment of the hellfire. Amin.

Wassalam

Hilaal


Niezam Phg says...

Saya sepatutnya meletakkan posting ini semalam. tetapi ada masalah sedikit.harap ianya masih berguna dan bermanfaat kerana kita masih berada di 10 malam yang terakhir.dugaan untuk tidak berterawih semakin kuat sebenarnya..semoga kita dapat melawan dugaan tersebut. insyallah.

DAKYAH KRISTIAN: BERHATI HATI DGN PEN ANAK ANDA!!








Assalamualaikum wbt...

Semalam sahabat aku bercerita,semasa beliau mengambil anaknya pulang dari sekolah rendah di sini..anak-anaknya telah menunjukkan sebatang pensil mekanikal yg baru dibelinya di luar kawasan sekolah..alangkah terkejutnya beliau kerana
rupa bentuk pensil mekanikal tersebut adalah berbentuk ukiran salib kristian..!!!

Difahamkan juga anak-anak beliau telah membelinya dari seorang penjual aiskrim yang dipercayai bukan orang tempatan dgn harga sbtg 50 sen sahaja..!!!

Untuk itu saya menyeru kpd semua yg beragama islam khususnya ibubapa kpd anak2 yg bersekolah agar sama2lah kita periksa, pantau dan bertanya selalu tentang apa yg telah diperbuat dan dipelajarinya semasa di sekolah....

Kita kena ingat...Nabi ada berpesan bahawa anak2 kecil adalah seumpama kain putih..terpulanglah bagaimana hendak kita mencoraknya samada yahudi, nasrani atau majusi .......

wassalam



pen tu memang dibekalkan dengan tali sekali.tujuannya supaya jika tidak digunakan akan kanak-kanak akan mengantung di leher.adakah anak anda akan menjadi kristian secara automatik bila memakainya. TIDAK!..tapi aqidah mereka boleh rosak dan lama kelamaan menganggap itu kebiasaan yang dibolehkan. akhirnya mereka akan terpengaruh untuk membeli cross yang betul dan mengantungnya seperti yang selalu dilihat dilakukan oleh artis artis barat.nauzubillah..moga dijauhkan..semoga anda semua berhati hati selalu...

DON'T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLE

[ especially if you have gastric problems ]

FYI... One real story from a friend....

My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of the doctors quite well.

The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL). In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.

This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She's now in her early 30's, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.

As said by the doctor that whenever we have a headache, that's because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain. As an alternative solution to cope with this matter, they
suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).

Me and my husband have tried this on several occasions, and it seems to work well.

Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain).

We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth.Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol. If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??

Value your life, THINK b4 you easily pop that familiar pill into your mouth again. Please send this to people you care about.



Niezam Phg says...

Bila ubat menjadi racun..maka aper lagi yang boleh diharapkan....hmmm susah gak nak buat tu.dah dari kecil dididik demam jer panadol..penin jer panadol.agaknya dari kecil sampai umur sekarang nie dah beratus ribu panadol masuk dlm mulut..cam ne tu?

Ikan Sardin Ayam Brand - Halal



Untuk pengetahuan semua, disebabkan saya ini pengemar Ikan Sardin dalam tin tu saya telah email kepada Syarikat Ayam Brand dan inilah jawapan mereka seperti dibawah.Harap maklum.


Recently I got an email from a friends saying that the Sardine contains snails liquid (siput babi). I not sure how true is this. As sardine is one of my favorite food I am concern about this news. May I know is this true? Below is the email that I received.

Regards

Ramlah




Puan,

Terima kasih diatas pertanyaan dari pihak puan. Saya ingin menyatakan disini bahawa email yang puan terima itu tidaklah benar. Ini adalah kerana semua produk keluaran Ayam Brand di Malaysia adalah HALAL dan disahkan HALAL oleh JAKIM. JAKIM selalu mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa dan status HALAL produk keluaran syarikat kami disahkan HALAL oleh pihak JAKIM.

Bagi pengetahuan puan, Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand dikeluarkan di kilang kami di Taiping dan hanya produk HALAL dikeluarkan di kilang-kilang kami.

A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd. adalah syarikat yang mengedarkan produk keluaran Ayam Brand dan diluluskan hanya untuk mengedarkan produk-produk HALAL sahaja.

Bersama email ini, kami sertakan sijil HALAL produk Sardin Ayam Brand yang disahkan oleh JAKIM.

Kami berbesar hati jika pihak puan boleh mengedarkan email ini kepada sesiapa yang telah menerima email palsu tersebut. Pihak kami juga mendapati bahawa email yang diterima tersebut mungkin mengandungi virus komputer.Kami mencadangkan disini supaya pihak puan mengesan komputer puan dengan software anti-virus.

Terima kasih keatas pertanyaan pihak puan.

Jika pihak puan memerlukan sebarang pertanyaan yang selanjutnya, puan bolehlah menghubungi :

Encik Nariman di talian 016-6627631.

Yang Benar,

Nariman Jonid

Administrative Manager

A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.


Niezam _Phg says...

Rasanya dulu saya pernah meletakkan posting bertajuk sardin bercampur lendir siput babi.dan ada pula pengunjung yang rajin bertanyakan pekara tersebut kepada pengeluar sardin trsebut,jadi saya paparkan jawapan dari kilang terbabit.saya tidak mahulah teratak ini dilihat terlalu bersifat pesimistik.jadi bagi menuteralkan keadaan silalah baca kandungan asal emel tersebut dan fikirkanlah sejauh mana kebenaran isu tersebut.semoga anda semua berfikir.....kalau tak puas hati juga sila hubungi no telefon yang dipaparkan.jangan marah dia sudahlah kita masih di bulan puasa...

Friday, October 13, 2006

Be careful when u buy pendrive from China




People in China can think of many ways to con you

Guys, watch out when u buy a Pen Drive …...

This is the pendrive that my fren purchased from Beijing , China last month...........
cannot be used and asked me to help him to take a look at it...
This is what you get a so called 'Pendrive'......???????

Can you believe it ???believeeeeeee [ mcm tag line dokumentri tu..tak ingat la..oh ripley's..]


Niezam Phg says...

terima kasih kepada fedabeckham@yahoo.com yang sudi berkongsi maklumat ini dengan saya.rasa nak tergelak besar melihatkan pen drive tu.tapi kalau kena kat diri sendiri mau berasap rasanya....semoga kita tak terkena.berhati hati jer la...

Becareful : Camry gang

Dear friends,

Especially for those living in these areas, please be extra alert. There has been a lot of robbery/kidnap cases in the Subang/USJ/Sunway and Bandar Utama areas.

Suspected gang operating: Camry Gang - up to 8 members in different cars at different times.

Modus Operandi - at anytime but mostly during the day. They would stalk you and as you drive to your gate, "kidnap" you, take you to the ATM - sometimes several and withdraw money. So, if you do have several ATMs, just keep 1 on you and not all.

These cars have been used:

Silver Toyota Camry - WMW 6638
Golden Toyota Camry - WNU 9232
Beige Mercedes Benz - PFY 1221
Orange Gen 2 - XXX 6610
Proton W ira –

Silver Perdana - WJP 3738

Description: 2 Malay guys ( 20 -30 yrs old) One thin and the other stout. Could be to 4 guys at times.

These are the 2 suspects:








Niezam Phg says....
Semoga pengujung blog teratak nie alert dan berhati hati selalu. mencegah lebih baik dari mengubati....jangan dah terantu kbaru tergadah....
 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...