Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Tuesday, October 17, 2006

PEMBETULAN : KEDAI HJ ISMAIL, LANGKAWI

Assalamualaikum,

Niezam saya terbaca pasal Kedai Hj. Ismail, Langkawi di blog niezam. saya nak berikan reply email ni yg saya dapat dari husband kawan saya (dia bekerja degan Tabung Haji) dia dah check dgn Tabung Haji Langkawi.

Kesian pada Arwah Hj. Ismail kalau cerita ini tak benar.

Betul ke pasal abg baru siasat Allahyarham ni banyak membantu persatuan Islam dan dia kawan baik pada Ust Ismail Kamus dan pemimpin Pas dia juga banyak menaja org pergi haji. Utk makluman dia baru shj meninggal dalam minggu ni. Berdosa bagi org yg menyebarkan berita yg belum ada kesahihannya.

Abg dpt drp TH Langkawi.Sekian

[ dari emel yang saya terima ]

Alhamdulillah, akhirnya ada juga pengunjung yang sudi memperbetulkan fakta. Oleh itu saya telah mendelete posting sebelum ini bekaitan kedai haji ismail. saya memang harapkan ada check n balance dari pengunjung semua dan respon segera itu amatlah saya hargai.

Sebab di dunia internet ini ada pelbagai berita dan tujuan saya meletakkan di blog pun untuk berkongsi dengan pengunjung semua. samalah dalam kes sardin itu.selepas saya mendapat mekluman positif dari pengunjung saya turut meletakakn berita penafian itu disini untuk sama-sama kita renungi dan fikirkan.terima kasih kepada haslindal@klcc.com.my yang memberikan respon pantas kepada saya.budi baik anda amat saay hargai.buat allahyarham haji ismail semoga roh anda dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. mungkin haji ismail ini banyak mempunyai musuh perniagaan sepanjang hayatnya.wallahhualam...

1 Comments:

  • At October 18, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Zam , I missed the story for Kedai Haji Ismail. Boleh Tolong cite sikit apa kisah nya. Just nak tahu aje walaupun kita semua dah tahu itu tak betul.

    Nora

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...