Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, October 16, 2006

ADA APA DENGAN MAWI: part 2



Mawi kena boikot?
Satu ketika dulu berduyun-duyun wartawan akan menghadiri apa saja majlis yang dihadiri oleh penyanyi paling popular masa kini Mawi tapi kini lain pula ceritanya.
Ketika Majlis berbuka puasa serta terawih bersama Mawi yang bertempat di Palace of Golden Horses hari Ahad lepas, kedatangan pihak media amat menyedihkan, tidak seperti dulu lagi.

Melihat senario itu, hati berdetik membuat andaian mungkinkah Mawi diboikot oleh pihak media tempatan gara-gara salah faham yang membuatkan pihak wartawan menyisihkannya?

"Saya sudah menghantar jemputan kepada semua media. Terpulang kepada mereka untuk menghadirinya," ujar anak peneroka Felda ini yang kelihatan tidak gusar sedikit pun dengan sambutan hambar pihak wartawan.

"Mereka mungkin ada kerja lain kot...," kata Mawi memberi jawapan spontan cuba berbaik sangka.

Bahang konflik perhubungan Mawi dengan beberapa wartawan dari beberapa media cetak tercetus apabila Mawi dikatakan mengambil sikap endah tak endah terhadap seorang wartawan di salah sebuah majlis baru-baru ini. .

"Kejadian itu berlaku dengan begitu pantas sehingga saya sendiri tidak sedari. Pada waktu itu saya sedang melihat semula video rakaman persembahan saya menerusi telefon bimbit saya.


Mawi sempat melayan peminat cecil moleknya semasa Majlis Buka Puasa dan Terawih bersama Mawi di Palace of Golden Horses baru-baru ini(Foto The Star)

Saya sedang menunggu wartawan tersebut untuk menghabiskan wawancaranya bersama Salima," jelas Mawi ketika diminta menjelaskan peristiwa yang berlaku itu.

Kekhusyukan Mawi menonton semula video rakaman tersebut membuatnya terleka dan tidak terdengar panggilan wartawan tersebut.

Kekusutan ini difahamkan akan berakhir sedikit masa lagi, insya Allah. Sebuah majlis khas bersama wartawan akan dianjurkan oleh pihak pengurusannya, Maestro tidak lama lagi bagi memulihkan semula perhubungan yang renggang di antara kedua-dua pihak tersebut.

"Terpulang kepada jadual saya namun saya akan pastikan bahawa majlis ini akan direalisasikan sebagai langkah untu membaik pulih serta memohon maaf kepada mereka," ujar Mawi lagi.


Isu pegang tangan pendapat peribadi saya

Sewaktu pengumuman keputusan Mawi yang bersetuju untuk berlakon filem pertamanya yakni 'Aduh Saliha', Mawi pernah menyatakan bahawa dirinya enggan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Sekali lagi, kenyataan tersebut mengundang kontroversi apabila pelakon tersohor negara, Rosyam Nor yang sensitif itu terhiris dan begitu terasa dengan 'sindiran' tajam Mawi yang diibaratkan mengutuk kerjaya para pelakon di Malaysia.

"Sebenarnya, itu hanya pegangan peribadi saya sahaja dan datang daripada hati saya. Saya tidak niat untuk mengguris hati mana-mana pihak," jelas Mawi yang kesal apabila ada yang mengambil hati secara peribadi dengan kenyataan tersebut. Ketika ditanya apakah reaksi Mawi jika berjumpa dengan Rosyam, Mawi berkata, "Saya akan menegurnya seperti biasa. Tiada masalah."

Faizal tenggelam kerana populariti Mawi?
Ramai yang turut bersimpati dengan juara Akademi Fantasia 4, Faizal apabila gagal menonjolkan diri sebagai bintang baru sejak akhir-akhir ini.Ini dikatakan gara-gara tempias populariti Mawi yang naik secara mendadak.

"Saya rasa Faizal pun ada kelebihannya yang tersendiri namun publisiti yang berkurangan mungkin merupakan antara sebab dia kurang menyerlah," kata Mawi yang turut mengikuti perkembangan 'adiknya' Faizal sejak dia dinobatkan sebagai juara rancangan tersebut.

"Saya harap peminat dapat menerima Faizal dengan seadanya," kata Mawi lagi yang berharap semua bakat baru diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka sebagai artis.

Mawi akan beraya secara sederhana

Mawi akan bercuti selama sembilan hari untuk beraya bersama famili mulai Oktober 21 sehingga hujung bulan ini. Mawi telah menyiapkan dua pasang baju Melayu berwarna hijau dan peach.

Rumah terbuka yang pernah dilakukan oleh Mawi pada tahun lepas telah menarik lebih 30, 000 orang peminatnya ke kampungnya di Felda Taib Andak.Namun pada tahun ini, kemungkinan besar Mawi tidak akan mengadakan rumah terbuka bagi menhormati arwah ayahnya Pak Ani yang meninggal dunia pada bulan Julai.

"Saya akan beraya di rumah baru yang akan siap, insya Allah dua tiga hari sebelum Raya," jelasnya lagi.


Niezam Phg says...

Patutnya mawi buat tah tahu jer dengan wartawan hiburan ini.mereka rasa diri dah besar sangat nak naikkan sesiapa yang disukai[ina naim] dan nak jatuhkan sesiapa yang tidak digemarinya[mawi].dengan hanya inseden melibatkan seorang wartawan yang terasa hati dengan mawi takan nak diajak seluruh kampung memboikot mawi.lagi pun pertelingkahan ini tidak menguntungkan sesiapa baik mawi mahu pun orang surat khabar sendiri.nanti jualan akhbar mereka juga yang merosot sebab orang naik menyampah dengan tulisan wartawan hiburan yang berat sebelah dan banyak berunsurkan teka teki dan fitnah je.

Mereka bukannya membuat laporn berita tetapi lebih banyak memeaparkan gossip yang tidak meletakakn nama sebanar artis membuat peminat tertanya tanya dan meneka.kalau mereka tersalah teka tidakkah itu menyusahkan pihak yang tak bersalah..entahlah pikir pikirkan lah sendiri..[Seorang wartawan je lah yg kena sentap.... aku ingat ramai lah yg kena based on laporan diorang 2 minggu lepas...]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...