Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, June 28, 2007

Melayu Jaguh Bancuh Arak! Melayu BOLEH!!!!!

Juara - Mohd Adzhar Ahmad
Kedua - Rizal Junior Johari
Ketiga - Mohd Erik Fiza Zulkifle


Friday June 15, 2007
Bartenders whip up a storm at contest
By JADE CHAN
Photos by RICKY LAI

Third placed: Erik whipping up his Belveryna and Eredevleb Framboise Tea Martini cocktails. THEY shook, stirred and dazzled the crowd as they whipped up two cocktails - a martini and a long drink - within a few minutes at the Belvedere Bartender Competition.



The competition hosted by Belvedere Vodka at Frangipani bar offered an opportunity to celebrate the skill, creativity and artistry of Malaysia's bartenders as well as Belvedere Vodka's belief in the art of mixing the perfect cocktail. Ten bartenders from various five-star hotels and night outlets competed for the title of Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia).

The winner will participate in the Regional Bartender Event in Hong Kong with an opportunity to go on to the Belvedere International Bartender Competition in London.
"Each cocktail must feature one of the three types of Belvedere Vodka -Belvedere Pure, Belvedere Cytrus or Belvedere Pomarancza," said Riche Monde Malaysia Belvedere Vodka brand manager Jeff Chong, whose company
distributes the brand in Malaysia.
"Judging will be based on taste, outlook (bartender's presentation), presentation of drink, aroma and the name of the cocktail."




Test of skill and creativity: Adzhar straining his cocktail mixture before pouring it into a martini glass. The panel of judges comprised Moet Hennessy Spirits marketing manager Andrew Khan, Belvedere Vodka regional brand ambassador Sam Jeveons and Klue magazine managing director John Lim.
"We're also hosting a cocktail party, which will offer guests and Belvedere lovers the chance to have fun and enjoy some drinks,"

Chong said. Riche Monde Malaysia's corporate clients, media members and celebrities like Marion Caunter, Wong Sze Zen, Stephanie Chai and Will Quah attended the invitation-only event. Daphne Iking hosted the event while Camelia entertained guests with a few songs.
"Belvedere literally means 'beautiful to see.' A fitting name for such an alluring vodka," Iking said during the opening of the event.

Delectable: Alvey sampling Adzhar's Smooth while Iking looks on. "The moniker is in fact inspired by the historical Belvedere Palace in Warsaw, former home to Polish royalties and presidents. Continuing a Polish tradition reaching back 600 years, Belvedere Vodka is handcrafted in small batches using centuries-old techniques to ensure the highest quality." she said.



Mohd Adzhar Ahmad, who has been bartending at Qba in The Westin Kuala Lumpur for two years, was declared the competition's winner with his long drink named Pomarancza Ozie and martini called Smooth. Fellow Qba bartender Rizal Junior Johari won second place with his Capito long drink and June's martini. Mohd Erik Fiza Zulkifle from The Loft KL was third with his Belveryna and Eredevleb Framboise Tea Martini cocktails.

Vodka fan James Coathup tried Erik's Belveryna and described it as "fresh, fruity and delicious".
"This drink is something I'd actually buy. I usually go for drinks like vodka cranberry and vodka lime soda when I'm out for drinks with friends," the Australian said.

Channel [V] VJ Alvin Pulga, better known as Alvey sampled Adzhar's Smooth and declared that its smooth taste lived up to its name.




Niezam Phg says....

banyak banyak kerja dalam dunia nie kerja ini juga yang menarik perhatian mereka.aper lah nak jadi dunia sekarang nie..


credit to akuladija@yahoo.com

Labels:

Wednesday, June 27, 2007

LAGI ORANG HILANG......HAIKAL






Assalammualaikum,

Saya baru kehilangan anak saudara lelaki yang berumur 7 tahun, singkatan nama haikal? Kepada sesiapa yang terjumpa atau terlihat wajahnya dimana2, tolonglah hubungi keluarga atau mana2 balai polis yang berdekatan.

Haikal kali terakhir dilihat dirumahnya di Taman Permata Kuala Lumpur pada petang Hari Jumaat 22 June 2007. Semoga dapatlah hendaknya semua mendoakan agar Haikal pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya. Amin.

No phone:

017 299 2566 / 017 299 5366 / 016 590 0061 / 03 6187 5381

Semoga Allah memberkati apa yang kita lakukan.

Terima Kasih

Zuraini Zahari

Tel: 603 2084 8881




Niezam Phg says.....

Hari ini kita membantu meringankan beban saudara seagama kita di akhirat nanti Allah akan bantu meringankan beban kita ketika menghadapi kesengsaraan di padang mahsyar...insyallah.


credit to angah52@yahoo.com.my

Labels:

MINTA TOLONG :




Cari anak perempuan hilang - Nur Adibah Bt. Mohd Fozi



salam,

kepada sesiapa yang menjumpai adik perempuan ini, sila sila lah bagitau
ayah dia. kesian ayah dia. adik, mak tunggu adik kat rumah, dia rindu kat adik.

Nama: Nur Adibah Bt. Mohd Fozi
I/C:921213-02- 5452
Umur: 14 Thn

Description: Orang nya berkulit cerah, mempunyai cutting rambut
panjang,lurus lepas bahu. kemungkinan besar tidak memakai tudung.

Addre ss : No 16, Jln BSE 4/23,
Bandar Seri Ehsan,
42700 Banting

Tel:019-6428897( FAUZI)
019-2177300( SHUKRI)


Plz forward mail ni pada kawan2 semua. Moga dia dan keluarganya dapat
bertemu semula.amin




Niezam Phg says...

Sekadar membantu sekadar yang termampu...


credit to angah52@yahoo.com.my

Labels:

Monday, June 25, 2007

Pelakon Izi Yahya meninggal dunia



Pelakon dan dramatis Izi Yahya yang cukup terkenal dengan lakonannya yang berani dan mengesankan telah meninggal dunia pada hari ini di Hospital Johor Bahru pada jam 10.30 pagi kerana sakit jantung.

Pelakon yang berusia dalam lingkungan 40an itu cukup sinonim dengan watak-watak negatif dan antagonis.

Lakonan Izi Yahya akan tetap dikenang ramai kerana Allahyarham merupakan antara pewaris yang menyambung legasi pelakon legenda berwatak jahat dan bengis seperti Salleh Kamil dan A.Rahim.

Watak negatif yang ditangani arwah Izi Yahya mampu melakari sejarah perfileman dan akan meninggalkan impak dalam perkembangan industri filem Melayu.

Izi pernah menggegarkan industri perfileman kerana aksi beraninya melakonkan watak tenteta Jepun bernama Lieutenant Akaishi yang cuba memperkosa Embun (Umi Aida) dalam filem Embun pada tahun 2002.

Gara-gara aksi panasnya itu, Izi pernah mengundang kontroversi pada tahun yang sama. Filem Embun berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Skrin ke 6 pada tahun 2003.

Pelakon berbakat besar itu telah berlakon dalam puluhan drama dan yang terbaru adalah Rahsia Sebua Pengorbanan dan Kalau Kasih Masih Ada.



Niezam Phg says....

'Dari Allah kita datang kepada Allah kita di kembalikan'..semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.Izi merupakan antara pelakon tambahan yang saya minati kerana keberkesanan dan keselambaan watak yang dilakonkannya.teringat kontroversi ketika beliau membintangi filem 'embun'. kita kehilangan pelakon yang berbakat sepertinya...maut menjemput kita tanpa amaran.. bersediakah kita bila tiba masanya kita pula.menurut jejak langkah orang terdahulu......?????


credit to iza@my.hanjin.com

Labels: ,

Sunday, June 24, 2007

WASH GARMENTS BEFORE WEARING

Please share with as many women and men that you know.

Please make it a habit to wash your just purchased undergarments before wearing them. This is sensitive. Our undergarments are made in different parts of the world, sit in boxes and go through many hands and exchanges before we purchase them for ourselves.

ALL PLEASE WASH ALL BRAS, UNDERWEAR AND OTHER CLOTHS WHEN YOU BUY BEFORE WEARING THEM. WE DO NOT KNOW WHAT PARASITE IS IN OUR CLOTHES WHEN WE BUY THEM.

Read the article first before looking at the picture and film. This looks horrible.

After anthropologist Susan McKinley came back home from an expedition in South America, she noticed a very strange rash on her left breast. Nobody knew what it was and she quickly dismissed it believing that the holes would leave in time.

Upon her return she decided to see a doctor after she started developing intense pains. The doctor, not knowing the exact severity of the disease, gave her antibiotics and special creams. As time lapsed the pain did not subside and her left breast became more inflamed and started to bleed.

She decided to bandage her sores however as Susan's pain grew more intense she decided to seek help from a more certified doctor. Dr. Lynch could not diagnose the infection and told Susan to seek the aid of one of his colleagues who specialized in
dermatology whom was sadly on vacation. She waited for two weeks and finally was able to react the dermatologist.

Sadly, a life-changing event was about to unfold during her appointment.

To Miss McKinley's surprise, after she removed the bandages, they found larva growing and squirming within the pores and sores of her breast.

Sometimes these wicked creatures would all together simultaneously move around into different crevices. What she didn't know was that the holes were in fact, deeper than she had originally thought for these larvae were feeding off the fat, tissue,
and even milk canals of her bosom.



Niezam Phg says....

Ngerinya lihat gambar tu. saya mula mulanya rasa ingin meletakkan gambar itu di blog ini tetapi nanti di salah ertikan sebagai lucah pula, so saya letakkan link untuk file gambar tersebut kepada anda yang ingin melihat apa akibat kepada payudara perempuan tersebut sila klik link di bawah...rupanya macam perempuan yang kena kanser payu dara..dahsyatnya...

Letakklan cursor atas link ...klik kanan..cari function 'Save As' dan simpan dalam folder dimana anda boleh buka file itu kemudian.senang jer kan.selamat mendownload..

WASHING_NEW_Garments.doc

sharida@e-zakat.com.my

Labels:

Keadaan rumah pelajar yg dibunuh di Mansurah, Egypt



KUALA TERENGGANU 17 Jun Makcik tidak maafkan dia, apa yang dia buat pada anak makcik adalah zalim, terlalu kejam,?luah Zaharah Mohamad, 58, ibu pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir terhadap tindakan pelajar yang menikam anaknya sehingga mati, Rabu lalu.



Walaupun menyedari segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya, dia tidak dapat menahan sedih dan marah apabila anaknya, Mohamad Ishak, 22, diperlakukan seperti binatang.
Katanya, dia dapat membayangkan bagaimana anaknya ditikam berulang kali tanpa belas kasihan sehingga pisau yang digunakan patah walaupun mangsa cuba melarikan diri sehingga ke dalam tandas untuk mengelak daripada terus diserang.

Zalim, memang kejam, tiada perikemanusiaan langsung. Dia buat anak saya macam kambing...macam binatang, walaupun Mohamad lari ke dalam tandas, dia tikam lagi, lari ke pintu hingga kain pelekat terlondeh, dia tikam lagi.



Sekali dia tikam tak mengapa, tapi 10 kali dia tikam. Makcik boleh nampak macam mana dia menikam anak makcik yang sudah telanjang,?katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini selepas upacara pengkebumian Mohamad, pagi ini.




Jenazah pelajar kursus Usuluddin itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Mesir kira-kira pukul 9.10 malam tadi dan dibawa pulang ke rumahnya dengan van jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan tiba kira-kira pukul 7.15 pagi ini.



Jenazah kemudian disembahyangkan di rumahnya dengan diimamkan oleh guru sekolah pondok, Abdul Rahman Ahmad sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Laut, Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 pagi ini.

Lebih 100 orang menghadiri upacara pengkebumian tersebut termasuk Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Kaherah, Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti serta wakil Yayasan Terengganu.



Mohamad anak kesembilan daripada 12 beradik dikebumikan di sebelah kubur kakak dan adiknya, Zuraida dan Zuarida selepas bacaan talkin yang dipimpin oleh imam Masjid Kampung Laut, Mohd. Rosdi Abdul Rahman.



Walaupun tidak dapat menahan kesedihan, Zaharah berpuas hati kerana dapat menatap wajah Mohamad buat kali terakhir selepas berpisah kira-kira lapan bulan lalu apabila Mohamad melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Menurutnya, selepas kejadian itu rakan anaknya yang hanya dikenali sebagai Kadir ada menelefon dan memberitahu perubahan sikap mangsa yang menjadi penakut beberapa hari sebelum itu.Malah pada hari kejadian dia berpesan kepada rakan-rakannya supaya pulang awal kerana takut tinggal seorang di rumah sewa mereka, ujarnya.

Zaharah yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah tidak akan membenarkan mereka melanjutkan pelajaran ke Mesir selepas ini kerana trauma dengan kejadian yang menimpa Mohamad.



Apabila ditanya sama ada dia sudi memaafkan suspek sekiranya keluarganya datang memohon maaf selepas ini, katanya, belum tentu dia boleh berbuat demikian dan melupakan penderitaan yang ditanggung anaknya sebelum menemui ajal.



Bapa mangsa, Ishak Abdul Rahman, 63, pula berkata, walaupun sedih anaknya meninggal dunia dalam keadaan yang menyeksakan akibat ditikam bertalu-talu, mereka sekeluarga tidak berdendam dengan suspek dan keluarganya.



Undang-undang ada, biarlah undang-undang yang menentukan,katanya sambil memberitahu bahawa wakil keluarga suspek ada menghubungi anaknya, Hasan, 28, bertanyakan mengenai kos perbelanjaan urusan pengkebumian Mohamad dua hari lepas.
dikirim oleh Faizal Hasnul Bin Yahaya pada Isnin, Jun 18, 2007



Niezam Phg says....

Bila nafsu menguasai diri dan iman dicampakkan ke tepi maka syaiotan akan bertepuk tangan dan bermaharajalela. Apakah yan ghada dalam fikiran manusia yan gsanggp menikan manusia lain berkali kali tanpa perasaan perikemanusiaan itu......fikirkanlah

(dicopy dari http://f-hasan.blogspot.com/2007/06/keadaan-rumah-mangsa-pembunuhan-pelajar.html)

Labels: ,

PESTABUKU ALAF 21 KEMBALI LAGI!!!




PESTABUKU ALAF 21 KEMBALI LAGI!!!

Terima kasih kerana telah berkunjung ke premis kami sewaktu Pestabuku Alaf 21 yang lalu. Sebagai pelanggan setia, kami menjemput anda untuk berkunjung lagi ke pestabuku kami:


Pada : 28, 29 dan 30 Jun 2007 (Khamis, Jumaat & Sabtu)

Jam : 9.00 Pagi hingga 6.00 Petang.

Diskaun : 30%.

Jangan Lupa Hadir…..



Niezam Phg says....

Saya ada juga menjengah ke kauter jualan karangkraf di pesta buku antrabangsa di PWTC baru baru ini tetapi agak menyedihkan kerana potongan harga sekitar 25% sahaja dan kena pula membeli pakej yang telah ditetapkan. so kini tiba pesta buku yang di adakan di pejabat jualan alaf21 sendiri. SO kepada hantu-hantu novel yang berkeliaran di luar sana tunggu apa lagi!!!!.... Saya tertunggu tunggu juga bila agaknya telaga biru nak bagi diskaun kat saya sebanyak 30% pula..hmmm agak agak zuha bleh tolong jawabkan....



credit to norshamsida@alaf21.com.my , ong.yea.jing@alaf21.com.my

Labels:

Saturday, June 23, 2007

Ombak besar di Penang 19 Jun 2007 around 3.30pm










Niezam Phg says...

Nasib baiklah ombak besar itu tidak sebesar Tsunami yang pernah melanda negara kita seperti yang pernah terjadi sekitar tahun 2005 dulu. jika tidak tentu melibatkan kehilangan harta benda dan nyawa manusia...semoga kita berdoa agar negara kita aman dan selamat dari bencana alam yang semakin sukar dijangka biar secanggih mana pun teknologi yang di cipta manusia pada hari ini kerana Teknologi yang Maha Esa mengatasi segala galanya......

Labels:

BerHATI_HATI dgn Sauce PREGGO

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.

Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls..... dikunyah rasa asin-asin. Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.

Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit..... saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA.

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam
orang hamil. Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla....... pork minced meat!
Astaghfirullaahal aziim............... saya masak spaghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang. Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah.

Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi................ kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram. ASTAGHFIRULLAAHAL AZIIM.

Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang
termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Tobat nak masak spegetti lagi.

ZUBAITI MASTURA BT ZUBIR
Sime Surveillance Sdn Bhd
Tel: 603-5635 3050 ext 113
Fax: 603-5635 3066
e-M: bettyzubir@yahoo.com



Niezam_phg says....

Semoga anda berhati hati dan tidak terbeli dan termakan baranagn haram tersebut.juga dimohon dapat sebarkan kepada raka nrakan terapat semoga usaha anda yan gsekecil itu mendpat kebaikan dari yang Maha Esa..insyallah.....


Credit to pristana5213@yahoo.com, sharida@e-zakat.com.my, angah52@yahoo.com.my

Labels:

Azrinaz Mazhar hakim

ketika majlis pernikahan Princess Majeedah n Pg Anak Khairul Khalil....





















Niezam Phg says......

Biar apa pun tanggapan orang lain terhadap pilihannya untuk menjadi isteri kedua kepada antara lelaki terkaya di dunia ini saya tetap mendoakan semoga rinaz [ panggilan manja saya untuknya...heheh sebab dulu saya antara peminatnya ketika dia di TV3...] sentiasa berbahagia di atas limpahan kurniaan kekayaan yang di milikinya...semoga berbahagia di duni dan akhirat.....amin...

Labels:

Friday, June 22, 2007

Biadapnya Metro Kajang, Islam diperlekehkan dan dihina!

KUALA LUMPUR, 19 Jun - Biadap! Itulah ungkapan pertama terkeluar dari mulut penulis apabila melihat iklan syarikat Metro Kajang yang disampaikan oleh rakan setugas kepada penulis semalam.

Penulis yang terus melayari laman web syarikat berkenaan pagi tadi di www.metrokajang. com.my mendapati memang kurang ajar Metro Kajang.

Apakah motif syarikat tersebut yang meletakkan prasyarat bahawa; 'mereka yang mengamalkan syariat Islam tidak perlu memohon jawatan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan?

Apakah Metro Kajang dilanda Islamphobia? Apakah barisan kepimpinan pengurusannya cuba mendiskriminasikan penganut agama Islam? Apakah Islam begitu lekeh sehingga wujud kenyataan sedemikian? Apakah Metro Kajang memiliki agenda tersendiri untuk memulakan sentimen agama di negara yang berbilang bangsa ini? Dan lebih menimbulkan syak, iklan tersebut bakal menempatkan calon yang berjaya kelak di Batang Berjuntai yang majoritinya dihuni oleh orang-orang Islam.


Pihak berkuasa perlu memantau perkembangan ini. Tindakan Metro Kajang dilihat sebagai satu provokasi untuk mencetuskan suasana Islamphobia di negara ini. Tindakan Metro Kajang dilihat seolah mahu membentuk dan menanam satu kefahaman di kalangan masyarakat, betapa jika anda beragama Islam anda sukar untuk bekerja. Anda tidak layak berkerja. Anda akan dipinggirkan. Atau lebih tepat lagi 'nyah orang-orang Islam, kami tak ingin anda dalam syarikat ini'.

Dan paling dibimbangi, fenomena ini akan diikuti oleh syarikat-syarikat lain. Akan wujud pandangan negatif dan tanggapan songsang masyarakat terhadap penganut agama Islam.

Penulis tidak mahu bercakap panjang; iklan syarikat tersebut jelas memperkatakan segalanya dan lebih malang lagi dalam carian penulis di laman mereka didapati terdapat tiga orang Ahli Lembaga Pengarahnya dari bangsa Melayu Islam.

Tidak pasti apakah mereka sememangnya ahli lembaga pengarah syarikat atau sekadar boneka dan menjadi tempelan di atas kertas untuk mengabui mata masyarakat dan pihak berkuasa.

Dan amat malang bagi umat Islam di negara ini, tidak cukup dengan gejala murtad, kini sudah wujud fenomena untuk memulaukan oleh golongan-golongan tertentu terhadap umat Islam dalam konteks ekonomi.

[Berikut adalah petikan iklan pekerjaan yang didapati daripada laman web Metro Kajang]

11. Accounts Executive (based in Batang Berjuntai, Selangor)

- You would have a Degree in Accounting or a professional accounting qualification from a recognized professional accounting body.

- Have a minimum of 4 years accounting experience preferably in a food manufacturing environment.

- Be able to handle a full set of accounts and is very familiar with cash flow and budget preparations.

- Able to work under pressure and to meet datelines.

- Possess own transport and is prepared work late at times.

- Ability to speak and read Mandarin will be an added advantage.

- Those in the Muslim faith need not apply.

- Male candidates preferred



Niezam_Phg says....

Sejak bila pula orang islam tak mampu menjadi seorang akauntan yang bagus??tak faham betul dengan motif company macam nie..mungkin anda tahu kenapa?so apa lagi tanggungjawab anda patut ke kita boikot je company macam nie.saya pun dah lama sangat tak berjalan ke metro kajang tu..tak der la keistimewaan apa apa pun..

Labels:

Thursday, June 21, 2007

Org yg mencintai kamu....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia redha. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya! ]




Niezam Phg says.....

Cinta..gegarkan hatiku..
tak mahu sesuatu merenggut engkau.....
naluriku berkata tak ingin terulang lagi...
kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa
Aku ..junjung petua mu ..cintai dia yang mencintaiku......


credit to nurazi_tihani@yahoo.com

Labels:

Petua untuk 'tahan lama'

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahanlama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'.

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2003. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2004. Wah...tahan sampai 2 tahun kan?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...
.............sentiasa terbuka dan rasional.



Niezam Phg says......

Terima kasih kepada pengirim artikel ini. rasanya ada juga yang boleh di pakai tu..

credit to ladylydya13@yahoo.com.sg

Labels: ,

Wednesday, June 20, 2007

Petua boleh baca tak boleh pakai

1. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang
2. Menegangkan Kulit Muka - Stapler Tempat?Yg Kendur Tu..
3. Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
4. Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak. ..
5. Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...
6. Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .
7. Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...
8. Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
9. Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo. ..
10. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...
11. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket
13. Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir
14. Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga..
15. Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi
16. Menghilangkan Lebam Di Mata - Elakkan Dari Kena Penumbok..




Niezam phg says...
hehehee... tu petua main main jer jangan lah anda ikut plak

Labels:

Kisah harimau yang beriman.....

""Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.



Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke

dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan
KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh
bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki
tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina
azzabbannar. Amin! "




Niezam Phg says...

hahaha...Moral of the story...g la semayang jumaat...

credit to sharida shahbudin adira09@yahoo.com

Labels: ,

Sunday, June 17, 2007

Arak Alaf Baru ( Hati-hati )



PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................



Niezam Phg says....

Semoga pengunjung semua maklum dan dapat berkongsi dengan rakan rakan yang lain......


credit to iza@my.hanjin.com

Labels:

Kisah Suami Isteri

Suami - bila marah, naik kaki, tangan tapi bila nak benda tu, lupa isteri tengah pendam perasaan
Isteri - bila marah, suka cakap " menyampah betullah..." tapi, orang yang dia menyampah tu la yang tidur di sebelahnya saban malam.

Suami - kalau terima sms atau call dari perempuan, suara jadi perlahan dan manja tapi masa cakap dengan isteri, macam ada speaker je kat anak tekak dia.
Isteri - kalau nampak orang perempuan sms suami....kata suami main kayu tiga....cemburu melulu. padahal sms dari rakan sekerja

Suami - marah dan masam muka kalau rumah semak dan berselerak...padahal dialah ketua penyemak letak kain sarung bulat-bulat macam ular sawa kenyang.
Isteri - asyik pakai baju kelawar je kat rumah, rambut tak sikat rapi tapi bila suami pandang perempuan lain, marah...padahal dia sendiri tak kemas diri.

Suami - kalau isteri berleter...boring, marah terus angkat kaki....tapi kalau bos berleter sanggup dengar berjam-jam walau sambil berdiri.
Isteri - kalau suami balik lambat.....ingat cari perempuan lain.....padahal suami buat kerja lebih masa nak tambah rezeki.

Suami - tak pernah nak tolong isteri buat kerja rumah...padahal isteri pun kerja juga sama macam suami
Isteri - kena kemas rumah, layan kerenah anak selepas balik kerja....suami pula tonton tv atau baca surat khabar....minta isteri bancuhkan kopi pulak tu.....walhal kat pejabat boleh je bancuh sendiri.

Suami - tak pernah puji masakan isteri.....padahal hari-hari makan masakan isteri sampai habis 3 pinggan nasi.
Isteri - emmm.....sabor je la yek......




Niezam Phg says....

erk....tatau nak komen apa...baik jadikan teladan ..buruk kita buat sempadan...

credit to lamenina_doce@yahoo.co.uk>

Labels:

PETUA-PETUA BAHAGIA DLM PERKAHWINAN

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

Sentiasa berdoa agar disayangi.

Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

Sentiasa lakukan ibadah bersama.

Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

Urut belakang isteri sekali sekala.

Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

Lebihkan isteri daripada anak-anak.

Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

Seeloknya masuk tidur serentak.

Belai isteri sebelum pergi kerja.

Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

Lakukan riadah bersama isteri.

Pergi berkelah sekali sekala.

Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala



Niezam_Phg says.....

sekadar berkongsi petua menarik dengan pengunjung teratak. terima kasih kepada pengirim email ini.sangat bermanfaat....lepas ni boleh print dan tanda yang mana dah buat dan yang mana belum buat..lepas tu bagi markah kat diri sendiri.BOLEH?..hehe




credit to lamenina_doce@yahoo.co.uk

Labels: ,

Rahsia untuk kekal Jelita...sanggupkah anda?











Niezam_Phg says...

Agaknya pernah kah kita terfikir selama ini apakah bahan yang terkandung dalam kosmetik di pasaran ketika ini...... sampai bila kita menjadi mangsa ketaksuban hasil kelicikan media pengiklanan mentafsirkan erti 'kecantikan' selama ini. industri kosmetik mencatatkan keuntungan setiap tahun yang membayangkan kegilaan wanita terhadap usaha menjadi cantik seperti yang diterjemahkan oleh iklan semasa....soalnya untuk siapa anda menjadi cantik? adakah untuk makhluk bernama lelaki?...berbaloikah? tepuk hati tanya akal.....kerana 'kecantikan dalam hati' itu lebih bererti...renungkan

credit to lamenina_doce@yahoo.co.uk

Labels:

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...