Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, April 30, 2007

Ajai 'serasi bersama' girlfriend barunya.






Niezam Phg says.....

Apa apa pun semoga berbahagia la hendaknya ajai..tapi cepat betul dapat pengganti. masa edah belum habis lagi dah ada kot....hehehehe


credit to iza@my.hanjin.com

Labels:

Sekitar gambar kemalangan Catriona Bahrin Ross


Catriona sebelum kemalangan


Kenderaan yang di naiki catriona


lagi gambar kenderaan selepas kemalangan


Sejurus selepas kemalangan.ketika menunggu bantuan kecemasan.


Gambar di wad kecemasan hospital seremban.


kenderaan di tunda ke balai polis berdekatan.




Niezam Phg says...

Saya mungkin merupakan antara ribuan peminat lakonan beliau, beliau merupakan pelakon yang tidak banyak menimbulkan kontroversi sepanjang kareernya.Sebagai saudara seislam, saya mendoakan semoga beliau cepat segera sembuh.kini beliau dikatakan masih koma dan telah dipindah kan ke sebuah hospital swasta berdekatan. kejadian yang persis sepertinya pernah menimpa penyanyi popular satu ketika dahulu iaitu zaiton sameon.

Selama koma zaiton sameon mengalami 'halusinasi' merasai azab disiksa dialam barzah dan alam kubur.saya juga mengharapkan semoga catriona dipanjangkan umur dan mengerti serta mensyukuri nikmat dengan 'cara' yang sewajarnya sebagai seorang hamba allah yang hidup sementara sahaja di dunia ini.semoga sisa usia yang dipanjangkan allah itu di manfaatkan sepenuhnya.buat catriona semoga anda sembuh dan di berkati ALLAH......insyallah

Labels: ,

Cinta Sejati Langit dan Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain.Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit.Begitu juga langit sangat suka pada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata "Aku cinta padamu" ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikkan penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan.

Suatu hari, datang awan...
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit.Tentu saja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja.

Awan sedih namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal.
Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut, menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu saja tidak berhasil. Awan benar-benar terpesona dengan kecantikan langit dan ingin memilikinya walau ia tahu langit hanya mencintai laut saja.

Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang menganggu. Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan cinta terhadap langit. Kerana berasa terseksa dengan perasaan cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisahkan. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka sedang berpacaran.

Bahagianya andai diri umpama langit yang amat dicintai oleh laut dan awan. Beruntung laut kerana dapat cinta langit yang amat setia walaupun awan mengoda. Kesian awan yang ingin menumpang kasih tiba-tiba kecewa harus bawa diri. Angin umpama penyelamat cinta laut dan langit.

Dari kisah ini, fikirkan la siapa diri ini, laut, langit atau awan? atau mungkin angin? Kadang kala tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataankan. Percayalah, kadangkala kita jarang menghargai saat manis dengan orang yang kita sayang hingga kita kehilangan baru kita sedar alangkah ruginya kita terlepas banyak kenangan indah bersama. Jangan dibunuh kenangan itu sebab ia kenangan yang mungkin tak akan berulang lagi. Beri peluang pada diri cipta sebanyak kenangan sebab kita tak pasti apa akan jadi esok hari. Mungkin kita tak berpeluang lagi mencipta kenangan dengan orang yang kita sayang. Kisah ini di ceritakan oleh seseorang suatu ketika dulu.



Niezam Phg says....

Sebuah kisah dan perbandingan yang sangat menarik dan harus di kongsi dengan pegunjung teratak ini.....

credit to lamenina_doce@yahoo.co.uk

Labels:

Sunday, April 22, 2007

Volvo paling laju kat johor...



credit to haine@mampu.gov.my

Labels:

Contoh menulis surat orang putih.....

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur.

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **

Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know his result I pick is very correct, because you love she very high from
me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..
Tijah



Niezam phg says....

heheheh macam iyer iyer jer surat tu.....

credit to nastee76@yahoo.com

Labels:

Bila hukum rimba wujud dikalangan kita.



Menurut sahabat yang mengirim, kejadian ini berlaku di Jalan Raja Laut, KL baru-baru ini. Seorang pemuda yang telah mencuri telefon bimbit di sebuah kedai handphone berdekatan telah berjaya diberkas oleh orang-ramai.

Beliau diikat dan dibelasah sehingga menyembur darah dari mulutnya. Lihatlah tindakan zalim yang dikenakan ke atas si pencuri. Memang siapa pun tidak bersimpati dengan pencuri, tetapi negara kita mempunyai undang-undang dan peraturan. Kesalahan pemuda ini adalah mencuri telefon bimbit, apakah begini sepatutnya hukuman ke atas beliau.






Lebih dahsyat lagi apabila pemuda tadi menyerahkan kad pengenalannya. Cuba lihat betul-betul. Rupa-rupanya beliau baru berusia 15 tahun!



Diusia ini jika pun beliau telah mencuri si budak kecil ini tidak akan didakwa di mahkamah terbuka tetapi mahkamah juvana yang mendengar kes yang melibatkan kanak-kanak. Mengapa beliau diperlakukan begini sekali, apakah mereka yang membelasah beliau yang rata-rata terdiri dari orang Melayu/Islam itu tidak usul-periksa terlebih dahulu sehingga tidak mengenal antara kanak-kanak dan orang dewasa.

Memang budak ini mungkin telah mencuri, tetapi stigma yang akan dipikulnya lantaran dibelasah sedemikian rupa di usia muda ini pasti akan diheretnya sehingga ke tua nanti. Apakah kesudahnnya nanti, apa akan jadi kepada hidup beliau nanti?

Sepatutnya budak ini diserahkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan dan sepatutnya begitulah juga mereka yang bernfasu yang telah mengambi kesempatan ke atas beliau yang sebenarnya lebih hina dari budak yang mencuri itu.



Niezam Phg says.....

Saya tidak bersetuju dengan tindakan adik itu yang mencuri handphone.tetapi saya LEBIH tidak bersetuju denagan tindakan mereka-mereka di sekeliling itu yang membelasah adik sehinggah berdarah.negara kita mempunyai undang undang,jadi biarlah undang undang yang menentukan kesalahannya dan menghukumnya.lagi pula siapalah diri kita untuk mengambil tindakan sendiri.

kepada adik itu semuga pekara ini menjadi pengajaran.tidak ada manusia normal yang suka hak atau barangnya di curi.tidak banyak pekara yang senang diperolehi dalam dunia ini.berusahalah dengan titik peluh sendiri untuk memperolehinya itu adalah lebih baik...kepada yang membelasah itu bayangkan pula jika adik beradik anda,saudara atau kenalan anda berada di tempat adik itu????..macam mana?

Sumber : dari e-mel seorang sahabat

Labels:

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam



Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar
Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama
dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?
Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya
itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin
seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang
menunaikan kewajiban sholat Mahgrib.

Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi,orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan saja asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara
peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat.Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali
sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam;
masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul
awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur),
sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'),
dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.
Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan

Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi berhati2laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2 kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.....Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli....dan digantung di rumah kita.Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR.............
Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject

Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail
ini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu
yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya
pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga...
tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat
untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran......sebenar ayat Bible

wallahualammmubissawab........



Niezam_phg says...

Rasanya pekara macam ni banyak berlaku di negara indonesia.tetapi tidak mustahil akan sampai ke Malaysia juga satu ketika nanti kerana melihgatkan masyarakat kita ynag semakin liberal terhadap agama...kalau disana pasangan suami isteri berlainan agama dah jadi pekara biasa......tapi kalau di Malaysia itu kira 'ruaaarrr biasa'....pak!



Sumber : dari e-mel.

Labels:

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...