Friday, December 29, 2006
Wednesday, December 27, 2006
Kisah Suami Isteri
Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar,
di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru
masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit
perasaan ghairah malam itu....
Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya
bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan
isterinya, pas tu mula mengantuk semula.
Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....abang
selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya
dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tido balik.
Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang
selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram,
si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.
Si isteri bertanya, "Abang nak gi maner tu?" Dengan marah suaminya
menjawab, "Nak gi amik gigi ...!"
Oleh itu..hendaklah kita menjaga kesihatan gigi dan jangan asyik cabut
gigi...nanti tak leh gigit!!!!!!....
Niezam Phg says......
Heh...heh..heh
Kredit to nastee76@yahoo.com
Jokes : Very Funny..hehe
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu? Suami :Kenapa?
Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang
kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah
mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"
2.Bunuh Setan
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada
suaminya.
"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/
bersetubuh kan bang kan dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang
betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".
Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kan, betul tak sayanggg"sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.Selang dua hari kemudian, si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang".
"tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...bang".Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata
"banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"
3.Pak pandir menunjukankan kepandaiannyaNak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu
taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"
4.Mamak dapat anakSuatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali:Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak:Saya bini juga surat India mari.
Ali:Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali:Lerrrrrr.....?????
5.kisah 2 ekor burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.
6.Belajar bahasa English
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar
seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall.
Gadis:" I'm sorry "
Pelancong:" I'm sorry, too "
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh
pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis:" I'm sorry. three "
Pelancong: " What are you sorry for? "
Gadis:"I'm sorry, five "
7.Kek Hari jadi...
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas,
kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah,"kata lelaki itu.Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."
8.Anak siapa??
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy :Tapi mengapa? Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan
sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??!!
Niezam Phg says.......
kui kui kui.......
Kredit to Norani_MAWI@caas.gov.sg
Monday, December 25, 2006
BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE
Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.
Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda.Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari
masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri. Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri,
pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk. Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan.
Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.
Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah.Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital. Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.
"Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%" menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi "Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu;
"En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!." Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah,(setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.
Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah. Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.
Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat. Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja.
Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh
kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.
SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.
Niezam Phg says...
Semoga sama sama kita menambah pengetahuan dan dengan pengetahun yang ada kita mungkin dapat membantu dan menyelamatkan nyawa orang orang di sekeliling kita ketika keadaan dan masa memerlukannya......
kredit to yantoi333@yahoo.com.my
Kod lemak BABI dalam makanan industri. Baik Ambil tahu
One of my friends, Shaikh Sahib works in Pegal, France, in the Department of Food. His work is to register all makes of goods, foods and medicines. Whenever any company is putting something in the market, its ingredients have to be approved by the Department of Food, France, and as Shaikh Sahib works in the Laboratory Quality Control, he knows about the ingredients. Many of these ingredients contain scientific names, but some have mathematical names, like E-904, E-141. At first, when Shaikh Sahib came across them, he was curious and asked his Department Incharge, who was a French, and he replied, Just do your job. Dont ask questions.
This aroused suspicion in Shaikh Sahibs mind and he started looking-up for them in the files. What he found was enough to astonish any Muslim in the world. In nearly all the western countries including Europe, the primary choice for meat is pig. There are a lot of farms in these countries to breed this animal. In France alone, Pig Farms account for more than 42,000. Pigs have the highest quantity of fat in their body than any other animal. But Europeans and Americans try to avoid fats. Thus, where does the fat from these pigs go? All pigs are cut in slaughter houses under the control of the department of food and it was the headache of the department of food to dispose of the fat removed from these pigs.
Formally, it was burnt (about 60 years ago). Then they thought of utilizing it. First, they experimented it in the making of soaps and it worked. Then, a full network was formed and this fat was chemically processed, packed and marketed, while the other manufacturing companies bought it. In the meantime, all European States made it a rule that every Food, Medical and Personal Hygiene product should have the ingredients listed on its cover. So, this ingredient was listed as pig fat. Those who are living in Europe for the past 40 years know about this. But, these products came under a ban by the Islamic countries at that time, which resulted in a trade deficit.
Going back in time, if you are somehow related to South East Asia, you might know about the provoking factors of the 1857 Civil War. At that time, rifle bullets were made in Europe and transported to the sub-continent through the sea. It took months to reach there and the gunpowder in it was ruined due to the exposure to sea. Then, they got the idea of coating the bullets with fat, which was pig fat. The fat layer had to be scratched by teeth before using them. when the word spread, the soldiers, mostly Muslim and some vegetarians, refused to fight. This eventually lead to the Civil War. The Europeans recognized this fact, and instead of writing pig fat), they started writing animal fat. All those living in Europe since 1970s know this fact. When the companies were asked by authorities from the Muslim countries, what animal fat is it, they were told it was cow and sheep fat.
Here again a question arose, if it was cow or sheep fat, still it is haram to Muslims, as these animal were not slaughtered as per the Islamic law. Thus, they were again banned. Now, these multinational companies were again facing a severe drought of money as 75% of their income comes from selling their goods to Muslim Countries, and these earn billions of Dollars of profit from their exports to the Muslim world.
Finally they decided to start a coding language, so that only their Departments of Food Administration should know what they are using, and the common man is left lurking in the dark. Thus, they started E-Codes. These E-Ingredients are present in a majority of products of multinational firms including, but not limited to - tooth paste, shaving cream, chewing gum, chocolate, sweets, biscuits, corn flakes, toffees, canned foods, fruit tins, and some medications like multi-vitamins. Since these goods are being used in all Muslim countries indiscrimately, our society is facing problems like shamelessness, rudeness and sexual promiscuity.
So I request all Muslims to check the ingredients of the items of daily use and match it with the following list of E-Codes. If any of the ingredients listed below is found, try to avoid it, as it has got pig fat.
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.
It is the responsibility of each and every Muslim to follow the Islamic path and also keep his fellow followers informed of anything that he comes across. May Allah help us lead a halal life.
(Contribution courtesy: Ayesha Siddiqua, Gulbarga)
Source: Young Muslim Digest, March 2005
E471......tolong sebarkan
assalamualaikum sahabat2 muslim... ini ada berita terkini.... tau tak kek terkini yang dipromote oleh erra fazira tuh yang kat TV ada... kat sure heboh ada.... jangan dimakan.... haram..... sebab cuba baca bahan dia...ada E471 iaitu kod yang dah disahkan haram oleh persatuan pengguna islam (ada lemak babi). begitu juga dengan sosej. masih belum boleh dimakan kecuali sosej yang dikeluarkan oleh ramly dan ayamas sahaja...... please sebarkan pada kekngkawan islam yang lain. memang ada tanda halal... tapi tanda halal boleh didapatkan dimana-mana jer. cara rasuah pun boleh dapat....
please... makanan haram punca masalah keruntuhan akhlak umat islam sekarang...hati
jadi keras. sembahyang pun tuhan tak terima... apalagi bila jadi darah daging. mudah terima agama yang lain. sebab tu sekarang ramai murtad....
banyak babi dalam badan... please... please... sebarkan...
Next time when you go shopping try to look at products such as biscuits, rusks, cereal based food and baby food, they might contain E 471 and E 472.E 471 and E 472 are mono and diglyceride fatty acid.
Happy shopping....
Niezam Phg says....
uihhhhh...takutnya..selama ni tak tahu......
Dari e-mel yang saya terima......
KESILAPAN BESAR KITA MENEMANI ORANG NAZAK..
Pada hari Sabtu lepas (03 Sept 2005) Surau Darussaadah di Keramat
Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang Ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-
Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan,kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah
Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Alqurannya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin- yang lain2 bole bersama2 semak.
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah,berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila ha illallah"lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. amiin.Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara utk Kebaikan kita bersama Wassalam.
Niezam Phg says.....
semoga memperoleh sdikit ilmu yang bermanfat dan dapat pun berkongsi dengan rakan rakan yang lain....insyallah...
kredit to zalina@dnmc.biz
Sunday, December 24, 2006
Reunion
The first guy said, "My son is my pride and joy. He started working at a successful company at the bottom of the barrel. He studied Economics
and Business Administration and soon began to climb the corporate ladder
and now he's the president of the company. He became so rich that he gave his best friend a top of the line Mercedes for his birthday."
The second guy said, "Darn, that's terrific! My son is also my pride and joy. He started working for a big airline, and then went to flight school to become a pilot.
Eventually he became a partner in the company, where he owns the majority of its assets. He's so rich that he gave his best friend a brand new jet for his birthday.
The third man said: "Well, that's terrific." My son studied in the best universities and became an engineer. Then he started his own construction company and is now a multi millionaire. He also gave away something very nice and expensive to his best friend for his birthday: A 30,000 square foot mansion."
The three friends congratulated each other just as the fourth friend returned from the restroom and asked: "What are all the congratulations for?"
One of the three said: "We were talking about the pride we feel for
the successes of our sons. What about your son?"
The fourth man replied: "My son is gay and makes a living dancing as a stripper at a nightclub."
The three friends said: "What a shame...what a disappointment. "
The fourth man replied: "No, I'm not ashamed. He's my son and I love him. And he hasn't done too badly either. His birthday was two weeks ago, and he received a beautiful 30,000 square foot mansion, a brand new jet and a top of the line Mercedes from his 3 boyfriends."
Niezam Phg says.....
hahahaha.....
BECAUSE HOME SWEET HOME
Mrs. has Mr. in it;
Female has Male in it;
She has He in it;
Madam has Adam in it;
No wonder men always want to be inside women!
ANSWER IS
Men were born between the legs of a woman, yet men spend all their
Life and time trying to go back between the legs of a woman...... Why?
BECAUSE HOME SWEET HOME.
Niezam Phg says...
Thing about it......hehehe
kredit to nastee76@yahoo.com
Joke : Apa makna politik?
Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah,
"Ayah, apa itu politik?".
Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah,
"Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah
kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja.Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?
Kelipok-kelipok mata si anak pejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay. Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap.
Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.
Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'membelasah' si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.
Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya,
"Dah faham apa itu politik?.
Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab,
"Dah!".
Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah,
"jadi apa dia politik tu?".
Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang
menjawab.
"sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik". Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok pejam celik!!!
moral nyer......pikir sendiri yer!!!!!!
Niezam Phg says.....
Budak budak sekarang memang cepat berfikir...saya pernah ditanya anak saudara berumur 7 tahun tentang sesuatu yang saya tak mampu nak jawab kerana faktor umurnya...tak tahula dimana dia memperolehi bacaan mengenai pekara itu ttetapi mujurlah kerajaan telah mengubal dasar da mengwujudkan pendidikan seks....terkulat-kulat sayanak mencari alasan bagi persoalan anak saudara saya itu..
Anda juga mungkin pernah mengalami pekara yang sama...maklumlah di negara kita sesuatu yang berkaitan seks adalah taboo ...untuk di perbual bicarakan secara langsung..kalau secara gurau senda tu banyak pulak idea.....
Bacaan yang baik untuk anda...
punya hikmah yang amat besar erti dan manfaatnya. Luangkanlah masa untuyk
membaca dan memikirkannya...., insya'ALLAH.
Assalaamu'alaikum, Saudara-saudariku...
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".
Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."
Atau....
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"
Atau mungkin juga Anda mendengar ini :
Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini.
Silakan cuba lagi esok."
atau...
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin
selepas pukul 9 pagi."
Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap
saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.
Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah
menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini
: 28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim &
Hadis Rasul"
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak
terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu
mungkin mereka sedang memerlukannya
Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang
mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau
sebanyak buih laut"
7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak
patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat...
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa,
karena sudah biasa.
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :
1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya-Allah tidak akan ada
sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah
ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
Amin....
Wassalaamu'alaikum...
Niezam Phg says....
Tiada panggilan yang lebih penting dari panggilan Illahi [Azan la......]
Kredit to aiz_lin78@yahoo.com
Friday, December 22, 2006
Satu-satunya syarikat Insuran yg PALING prihatin!!!!
Niezam Phg says.....
Huh!...tak sangka sampai ke 'situ' sekali tahap coverage mereka...agaknya orang sekarang nie dah tak kisah sebab sebab bencana alam ker banjir ker kecurian ker atau pecah rumah ker....yang satu tu juga ingin di insurankan......
kredit to iza@my.hanjin.com
Adik Beradik KEMBAR Yg Terpisah ....
SETELAH SEKIAN LAMA MENCARI DALAM PELBAGAI CARA DARI SURAT KHABAR,MEDIA2HIBURAN, JEJAK KASIH, TAUTAN KASIH DLL AKHIRNYA KEMBAR YG TERPISAH INI BERTEMU JUA AKHIRNYA, DISAAT-SAAT YG MANA UMUR MASING-MASING SUDAH MENINGKAT.
WALAUPUN BERLAINAN AGAMA, FAHAMAN DAN KERJAYA, DARAH YG MENGALIR DITUBUH KEMBAR NI MEMBUAT KAN KREW JEJAK KASIH TIDAK JEMU-JEMU MENCARI INFO AGAR KEMBAR INI DAPAT DI KETEMUKAN SEMULA.
(UTK PENGETAHUAN UMUM TV3 SUDAH DPT MENGESAN DARI AWAL LAGI AKAN TETAPI ATAS KESIBUKAN YG DI ALAMI OLEH KEMBAR SEIRAS INI MAKA JADUAL UTK DIKETEMUKAN TERPAKSA Di
DI WAR-WARKAN DAHULU.
BERITA TERKINI KEMUNGKINAN BESAR SI KAKAK YG BERADA DI MALAYSIA AKAN MELAWAT SI ADIK YG BERADA DI HONG KONG. SEMOGA MEREKA BERTEMU.
Niezam phg says.....
hahahah......nak sakit perut saya gelak bila dapat e-mel nie.saperlah yang dapat idea sebegini nak pedajalkan kawan sorang tu....sabo jer lah.....ini sekadar gurau yang melampau..jgn hambil ati kepada pihak yang berkenaan
kredit to iza@my.hanjin.com
Just A Joke....
Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.
Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas
katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.
Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik
pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh
saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...
"kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"
Jawab pesakit mentaltu.... .
"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."
Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."betul jugak"
heeeeheeee....
Niezam Phg says......
heheheh..macam-macam ada.......
kredit to akuladija@yahoo.com
Kisah Seorang Pemandu ngan aweknye
Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa. Adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan-cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...
Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat...dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih..
Setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal.. Intan, awek cun-melecun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab
aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last...
Muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin... Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver...
Takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...
Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...
Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku... Jgn korang pandang hina kat orang
yang keje cam aku nie... .satu hari nanti... Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie...
Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang Taiping Perak.
Niezam Phg says....
erk...Insaf kejap....rasanya banyak banyak kenderaan kereta atas muka bumi nie tak ramai yang bersedia nak naik kereta nie....tetapi bersedia ker tidak satu hari nanti kena tempuh jugakkkkkkkkkk.....
Joke : Solat Maghrib dan Solat subuh
seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah..sbb sebelum ini dia tak pernah solat.
Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni..abg tak penah solat ni"
"takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik
perlahan..
Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim
takbir..seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah alfatihah..
"bismillahirrahmanirrahim..."
seman pun turut membaca bismillah dengan lantang..."bismillahirrahmanirrahim..."
Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam
je yg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terus
membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn
kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.
pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat
seman.seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??"
Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Pak kasim pun terus bertanya kepada seman.
"seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
"ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."
Solat Subuh
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat
tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?"
lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."
Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...
hehehe... Moral of the story...sembahyanglah.....kalau tidak apa lah beza kita dengan yang bukan islam....jangan kita anggap kita islam ni kerana mak bapa kita islam..kita kena buktikan yang kita ni islam kerana rahmat allah kepada kita kerana dilahirkan dalam keluarga islam...kalau lahir lahir dulu hindu macam mana?anda tak rasa bertuah ke anda ni dilahirkan sebagai orang islam..orang lain bersusah payah melalui pelbagai dugaan nak mencari HIDAYAH.....sedangkan anda sendiri tidak mahu menghargai kebenaran dan keindahan islam itu sendiri....semoga kita insaf dan tidak terlewat untuk bertaubat..
Using Colgate to wash the grapes - very clean!!!
Niezam Phg says......
Oh macam tu yer cara nak cuci anggur.tertanya tanya jugak..tak jadi pedas ker buah tu nanti..kanng rasa beranginnnnn la pulak...lepas ni apa pula kegunaan klorox untuk cucian makanan anda???...tunguuuuuu......
kredit to : iza@my.hanjin.com ,
akuladija@yahoo.com
Thursday, December 21, 2006
Pesakit Barah Di'seksa' Mati Di Hospital Kerajaan
Bapa saya dirujuk ke sebuah hospital kerajaan di Seri Manjung daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) - PJ untuk rawatan Palliactive. Keadaan bapa saya o.k Cuma tidak boleh makan dan minum sebab sistem penghadaman rosak disebabkan oleh barah. Beliau bergantung kepada TPN. Sikap segelintir jururawat dan doktor di hospital itu memberi layanan yang begitu teruk terhadap pesakit barah dan dipinggirkan daripada rawatan serta membuat penipuan atas keputusan pemeriksaan terhadap pesakit (observation chart). Mengapa PPUM boleh memberi layanan yang begitu baik terhadap bapa saya tetapi Hospital Kerajaan ini tidak? Saya ingin memghuraikan kronologi rawatan buruk dan insiden terhadap bapa saya.
1) Masuk Hospital Kerajaan di Seri Manjung pada 31/10/2006
Beliau demam pada waktu malam, bagi tahu jururawat tetapi disuruh beritahu doctor pada keesokan pagi sebab waktu malam tidak ada doktor yang bertugas dan ubat. Adik saya terpaksa membeli ubat dari luar untuk bapa saya.
Mengapa ini boleh berlaku?
2) Sikap angkuh dan kurang ajar dua orang jururawat Noraini dan Siti Habibah enggan membantu kami apabila mereka diperlukan. Sebaliknya, mereka memaki ibu saya serta menengking bapa saya (pesakit) walaupun ibu saya merayu jangan marah bapa saya tetapi jururawat tersebut tetap berbuat demikian. Jururawat tersebut juga mengugut bapa saya akan menghalau beliau keluar daripada hospital jika selalu memanggilnya dan membuat aduan. Padahalnya, jururawat itu tidak sibuk dan duduk bersembang di kaunter .
Apakah salahnya jika kami memanggilnya hanya kerana memerlukan penjagaan jururawat? Ke manakah perginya Prinsip Kejururawatan (senyum, sayang, segera, sentuh dll).
3) 11/11/2006 kira-kira 5pm
Bapa saya kelihatan pucat, restless dan susah bernafas saya menanya jururawat keadaannya, mareka menyatakan tekanan darah rendah 100/60. Bila doktor datang, terus memberitahu kami ia adalah kesan Morphine tanpa melihat dan memeriksa bapa saya. Kemudian, terus beredar. Begitu pandaikah doktor? Inikah etika seorang profesion yang bergelar doktor? Mengapa tidak bertanggungjawab langsung terhadap nyawa pesakit?
4) 12/11/2006 - 2pm
Keadaan bapa saya bertambah serius dan tekanan darah turun ke 80/40, bapa saya sangat restless dan bola mata melihat ke atas dan tidak berdaya untuk bercakap langsung. Adik saya segera bergegas ke kaunter jururawat meminta pertolongan dalam keadaaan kelam kabut. Jururawat membawa peralatan dan memberi oksigen kepada pesakit. Malangnya, peralatan perubatan tidak berfungsi. Begitukah Nursing Care sehingga pesakit dekat collapse pun tidak tahu? Kemudian datang seorang doktor Melayu perempuan dengan selamba saja memeriksa pesakit. Selepas itu, memberi ibu saya borang D.I.L (Dangerous Ill List) untuk ditandatangani. Doktor tersebut ditegur oleh bapa saudara untuk menyelamatkan pesakit dahulu, tandatangan D.I.L tidak penting. Bapa saudara saya mengatakan pesakit kelihatan sangat pucat dan memerlukan darah. Selepas itu, doktor baru menghantar spesimen untuk mengesan tahap darah. Tidak lama kemudian, keputusan HB Hemoglobin 4.4gm. Mengapakah doktor tidak membuat pemantauan darah sehingga keadaan begitu teruk? Ini adalah disebabkan oleh kecuaian rawatan doktor yang menjaga kes ini. Inikah dipanggil amalan perubatan yang professional dan penyayang?
5) 14/11/2006 - 2pm
Central Vein Line Blockage selama 7 jam tidak dihiraukan oleh jururawat dan doktor. Bapa saya bergantung kepada Central Vein Line untuk hidup melalui cecair (TPN) -Peripheral vein semua rosak. Ada doktor datang tetapi mengatakan beliau tidak tahu buat (dislodged obstruction). Hanya doktor pakar tahu buat. Ke manakah perginya dua orang pakar kontrak surgikal apabila diperlukan? Sikap pakar yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika harus diambil tindakan. Keadaaan bapa saya bertambah serius sehingga adik saya dan bapa saudara saya terpaksa mengadu kepada pengarah hospital. Setengah jam kemudian, pakar surgikal dan pengarah hospital datang melawat bapa saya. Sejak bapa saya dimasukkan ke Hospital Kerajaam ini, pakar surgikal tidak pernah datang merawatnya. Hanya selepas mengadu kepada pengarah barulah nampak batang hidungnya. Apa gunanya pakar berada di Hospital Kerajaan ini? Apa gunanya mengupah doktor kontrak ini yang tidak mahu membantu merawat pesakit serta tidak bertanggungjawab? Mengapa hospital lain juga mempunyai dua orang pakar tetapi boleh memeriksa bapa saya setiap hari? Walaupun hospital ini lebih besar daripada Hospital Kerajaan di Seri Manjung.
6) 16/11/2006 - 4:30pm
Keadaan bapa saya berubah lagi jadi restless dan keliru disebabkan dehydrated. Nasib baik ada seorang pakar luar datang melawat bapa saya. Pada masa yang sama beliau telah memberi pertolongan dan merawatnya dan nyawanya diselamatkan. Selepas memberi satu pint cecair bapa saya pulih sedikit. Selepas itu doktor panggilan baru tiba. Mengapa doktor panggilan tiba lambat?
7) 17/11/2006 - 2pm
Keadaan bapa saya masih tidak beransur baik mukanya pucat dan restless. Kami tidak boleh buat apa-apa lagi sebab sudah membuat aduan kepada pengarah (14/11/2006). Doktor dan pakar masih tidak mahu merawat bapa saya. Sikap doktor dan pakar yang degil dan tidak berperikemanusiaan terhadap pesakit barah/ secara tidak langsung ingin menyeksa bapa saya sehingga mati.
Bapa saya kelihatan sangat pucat dan tenat, saya pun tanya jururawat Hemoglobin iaitu 6.5gm (16/11/06). Saya tanya mengapa tidak membuat pemindahan darah. Bapa saya kelihatan semakin pucat.
Datang Dr. Kelvin (Lelaki Cina) mengatakan tidak perlu membuat pemindahan darah dan tidak memberikan sebab. Adik saya berkata sanggup menderma darah kepada hospital atas pemindahan darah kepada bapa saya.
Namun tiada rawatan yang sepatutnya diambil, keengganan doktor memberikan rawatan secara tidak langsung memaksa kami keluar dari Hospital Kerajaan itu. Kami terpaksa mengambil tindakan jika tidak, bapa saya akan mati akibat kekurangan darah. Kami tidak sanggup mempertaruhkan nyawa bapa saya sekali lagi.
8) 17/11/2006 - 4:10pm
Adik saya terpaksa mengegaskan bapa saya ke pusat rawatan swasta untuk menyelamatkan nyawanya. Semasa di hospital swasta doktor segera membuat pemeriksaan tekanan darah 70/30 dan hemoglobin 6.0 gm. Doktor tersebut terus membuat pemindahan darah untuk menyelamatkannya.
Saya ingin menekankan beberapa perkara seperti berikut adalah kecuaian rawatan yang disengajakan oleh pihak unit surgical Hospital Kerajaan di Seri Manjung:
1) Mengapa pesakit barah perlu dipinggirkan?
Doktor dan jururawat tidak masuk ke dalam bilik membuat pemeriksaan. Begitu handalkah doktor dengan hanya melihat melalui cermin dan catitkan dalam rekod pesakit? Ini semua merupakan pemalsuan rekod pesakit. Inilah sebab utama mereka tidak tahu perkembangan pesakit sehingga hemoglobin rendah sampai ke tahap yang merbahaya.
2) Bapa saya mempunyai hak kemanusiaan untuk hidup. Mengapa diseksa oleh para doktor dan pakar yang enggan merawatnya?
3) Mengapa hemoglobin 4.4gm doktor pun tidak tahu atau sengaja berbuat demikian? Hemoglobin yang rendah terbiar oleh doktor menyebabkan hypoxia pada otak. Ini menyebabkan kerosakan sel otak serta bapa saya kehilangan ingatan.
4) Ke manakah perginya pakar surgikal apabila diperlukan? Doktor bawahan tidak boleh atau tidak tahu merawat bapa saya semasa kecemasan.
5) Mengapa Dr. Kelvin kata hemoglobin 6.5gm tidak perlu membuat pemindahan darah? Bapa saya masih bernyawa dan cuma restless. Beliau ingin membunuh bapa saya secara perubatan.
6) Mengapakah hospital swasta boleh merawatnya sebaliknya Hospital Kerajaan di Seri Manjung yang besar ini tidak boleh? Ini sungguh memalukan dan menyedihkan pihak pengurusan Hospital Kerajaan di Seri Manjung dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah itu maksud HOSPITAL? Apakah pula tugas seorang doktor atau jururawat? Jikalau doktor atau jururawat tersebut tidak ada etika profesion atau tidak rela memberi rawatan yang sewajar kepada pesakit, lebih baiklah mereka tukar kerja atau letak jawatan. Kalau tidak, lebih banyak pesakit yang meminta rawatan daripada Hospital Kerajaan di Seri Manjung akan diseksa oleh doktor dan jururawat di sana . Nama Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan tercemar kelak.
Saya merayu kepada semua orang yang membaca kisah benar ini supaya menyebarkan artikal ini kepada seramai kawan atau saudara mara yang semungkin.
Terima Kasih!
Niezam Phg says.....
Memang ajal itu telah di tetap kan di luh mahfuz sejak azali lagi tetapi manusia di minta berusaha dahulu sebelum menyerahkannya kepada takdir qada dan qadar,namun dalam hal di atas ini nampaknya malaikat maut 'dibantu' mempermudahkan tugasnya......semoga kita tidak pernah berputus asa dengan rahmat allah dan kepada si mati semoga Allah mempermudahkan pula urusannya.....yang pergi tetap akan pergi..walaupun ditangisi air mata darah sekali pun..janganlah pula dia terseksa di alam barzah.....semoga Allah mengasihaninya....AMIN
Kredit to iza@my.hanjin.com
Dari seorang lelaki
tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu rumah,lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan
masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak
masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..
"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu..
"tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya
"wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....
NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......
"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...
Niezam Phg says.....
Hargailah insan yang tidur di sebelah anda....selagi hayat di kandung badan....nanti kalau dah tidur sorang sorang baru tahu erti 'kehilangan'
kredit to zalina@dnmc.biz
KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. ”Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma’waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engk! au miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (t! arikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.
Niezam Phg says....
Semoga kita semua memperolehi ilmu dan menambah amalan kita dari masa ke semasa. Semoga hari esok lebih baik dari ini kerana kesudahan hidup ini telah ditentukan pengakhirannya. Semoga kita sentiasa selalu bersedia untuk di jemput satu ketika nanti.......dan tidak melengahkan untuk beribadat....insyallah..terima kasih kepada pengirim e-mel ini kerana sudi ber'sharing' dengan saya dan rakan pengunjung yang lain....
kredit to kuyahrock@yahoo.co.uk
Tuesday, December 19, 2006
Tips untuk para ibu bapa
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa
rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang
dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak
yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan
membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah
pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu
perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap
perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah
keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu
terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi
pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama
belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu
real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang
sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan
daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.
Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala
cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua
puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula
terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Niezam Phg says...
Semoga anda mendapat 'sesuatu' untuk hari ini......
kredit to aiz_lin78@yahoo.com
jokes......kalau korang rasa lawak la....
2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat,kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.
6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang tua-tua.
7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L.Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)
Niezam phg says....
hehehe.....
kredit to aiz_lin78@yahoo.com
Istimewanya Airport kelantan..hehe
Niezam Phg says....
Hehehe.rasanga gambar ini telah di ubah menggunakan program image editing seperti adobe photoshop atau corel draw..tetapi orang yang melakukannya memang kreatif dan sanggup menghabiskan masa yang lama untuk membuatnya.apa pun memanag kelakar..heheh kepada org kelantan jangan marah..ini sekadar guruan sahaja..
kredit to anna2107@gmail.com
Joke : kurang hajor
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam"jawab
lelaki itu dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik,sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.
Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.
Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.
Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana. Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"
Niezam Phg says....
Saya tak tahu ini lawak atau tidak tapi saya sebenarnya tidak berapa suka dengsn orang yang suka memperkecilkan orang lain...harapnya kita tidak begitu....
kredit to iza@my.hanjin.com
Friday, December 15, 2006
Tol naik 60 peratus 1 Januari ini
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Jika laporan Reuters akan menjadi kenyataan, awal tahun hadapan, pengguna lima lebuhraya di negara ini akan dihadiahkan dengan satu lagi kenaikan harga, kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.
Kenaikan harga yang baru itu ialah kadar baru tol, yang dijangka naik sehingga mencecah 60 peratus, katanya.Laporan Reuters menyebut, pengumuman mengenainya akan dibuat pada jam 3.15 petang 14 Disember, iatu hari ini.
Menurut Husam, arahan juga telah diberikan supaya media tidak membesarkan kenaikan besar-besaran kadar tol itu, untuk membendung kemarahan rakyat.Reuters menjangkakan kenaikan kadar tol yang luar biasa tinggi itu akan membangkitkan kemarahan umum dan meningkatkan lagi kadar inflasi.
Kenaikan setinggi 60 peratus itu akan melibatkan lima lebuhraya di dalam dan di sekitar Kuala Lumpur. Kadar baru yang disifatkan hadiah tahun baru itu dijangka berkuatkuasa 1 Januari ini.
Dengan kenaikan setinggi 60 peratus itu, jika diambilkira Lebuhraya Damansara-Puchong, tol yang pada masa ini dikenakan pada kadar RM1 akan melambung sehingga RM1.60, satu kadar yang begitu membebankan.
Kira-kira 418,000 kenderaan menggunakan lebuhraya itu setiap hari, mencerminkan pengumpulan pertumbuhan tahunan sebanyak 14.5 peratus sejak tujuh tahun lalu, kata firma penarafan, RAM.
Menurut Reuters, kebanyakan lebuhraya diluluskan dalam tahun 90an oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memberikan tumpuan kepada dan penswastaan projek mega.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu baru-baru ini menyatakan, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM2 bilion kepada operator lima lebuhraya itu jika kadar tol tidak dinaikkan. Kadar inflasi di Malaysia memuncak sehingga 4.8 peratus Mac lalu, berikutan kenaikan harga minyak.
Niezam phg says....
Mungkin kerajaan Pak Lah nak tambah duit sebab nak bagi bonus yang lebih benyak untuk kakitangan kerajaan pada tahun depan .so kita kena sokong dan selalu selalukan melalui jalan yang ada tol.....hmmm cuma janganlah bakar lori minyak macam dalam gambar kat bawah tu pun kalau nak tunjuk perasaan marah!!! hehehe...
kredit to zalina@dnmc.biz
Kemalangan di MRR2..bahayanya...
Niezam Phg says....
Aper lah perasaan anggota bomba yang menghampiri lori untuk memadamkan kebakaran tu...saya pernah menyertai pasuka bomba sukarela..memang dalam keadaan berpuluh meter pun bahangnya dapat dirasai walau pun anda memakai pakaian bomba. sebenarnya pakaian itu tidak kalis api cuma ia melambatkan proses pembakaran sahaja....
thanks to zalina@dnmc.biz
Why Do We Read Quran?
"Grandpa, I try to read the Qur'an just like you but I don't understand
it,and what I do understand I forget as soon as I close the book. What
good does reading the Qur'an do?"
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,
"Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.The grandfather laughed and said,
"You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.
This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.The old man said,
"I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.
At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!" "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was
now clean, inside and out.
"Son, that's what happens when you read the Qur'an.You might not understand or remember everything, but when you read it,you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."
"It is better to try and fail, than not try at all."
Niezam Phg says...
semoga kita tidak pernah perputus asa untuk mencuba....
kredit to Shaliza_Shariff@amway.com
Norazwa `bangkit' selepas `kekejaman' suami
Penulis kagum dengan kekerasan semangatnya, tidak tahu putus asa, malah kegagalan pertama kali dalam hid upnya membuatkan dia bangkit semula dan kini berjaya dalam bidang yang diceburinya. Malah dia kini menjadi anak harapan kepada orang tuanya.
Orangnya masih muda belum pun 30 tahun, peramah, bijak, berilmu, putih merah kulitnya, lebih menarik cantik tapi masih mengekalkan budaya Melayu. Namun beliau seorang yang lembut tetapi tegas serta cekal dalam apa yang diusahakannya.
Walaupun masih muda, tetapi pengalaman yang dilalui membuatkan dia seorang yang matang dan tidak menjadikan kegagalannya yang pertama sebagai penamat hidup dan masa depannya. Malah dari situ dia bangkit semula untuk hidup. Lebih menarik, beliau tersedar di atas kesilapannya ketika masih muda, masih belasan tahun.
Walaupun Norazwa telah menghantar e-me l ceritanya tetapi kerana kagum dengan kegigihannya, penulis meminta untuk bertemu. Hajat itu tidak dihampakan. Setelah berbual seketika sambil memperkenalkan diri masing-masing,penulis memberi peluang kepada Norazwa untuk menceritakan kehidupannya.Untuk tidak membuang masa sama-samalah kita ikuti cerita beliau. Ambillah iktibar atas apa yang beliau lalui, semoga anda akan berjaya seperti Norazwa. Insya-Allah.
``Kisah hidup saya pada awalnya memang bahagia, boleh dikatakan keluarga bahagia, saya dididik dengan agama, khatam al-Quran semasa tadika, bukan saya seorang, malah semua adik-beradik saya demikian, malah kalau kami hendak masuk pertandingan membaca al-Quraan ramai yang gentar, kami pernah jadi wakil peringkat daerah dan negeri.
``Ibu juga mendidik saya dengan baik, pergaulan terbatas, saya bersekolah perempuan sahaja. Walaupun ayah bukan orang kaya, sederhana cukup makan pakai, tetapi kami bahagia. Lebih istimewa, ayah disegani di kampung kerana sering ke masjid. ``Lebih menarik lagi saya boleh memuji diri dalam pelajaran, saya tak pernah dapat nombor atas daripada angka lima setiap kali peperiksaan. Pendek kata, memang okey jugalah. Kerana itu setelah habis SPM saya terus ditawarkan menyambung belajar ke sebuah universiti tempatan.
`Di situlah saya berkenalan dengan seorang lelaki. Saya pun tak tahu mengapa saya boleh cepat percaya dengan lelaki, agaknya saya tak pernah ada teman lelaki, bila ada lelaki ajak berbual, saya terima aja, waktu nak mengorat kita tentulah dia tunjuk baik, saya pun fikir tentulah dia baik, di situlah kesilapan besar yang telah saya lakukan.
`Tetapi dia bukanlah pelajar, cuma orang luar yang agaknya selalu nampak saya tunggu bas terus ajak berkenalan. Kita pun fikir okey jugalah. Saya begitu nave tentang perangai lelaki, saya fikir tentu mereka semua berniat baik.
`Setelah beberapa bulan berkenalan, ketika saya di ambang cultureshock kerana tidak pernah ada teman lelaki dan memikirkan semua lelaki baik, tanpa disedari saya dirogol, tempatnya paling hina, dia tolak saya dalam semak. Puas saya melawan, tetapi tidak berdaya, badannya dua kali ganda lebih besar daripada saya. Di sinilah bermulanya titik hitam dalam hidup saya. ``Saya tak tahu apa harus saya buat, sebab saya masih belajar,kalau beritahu pihak U tentu kena buang, malu emak bapa, nak bincang dengan kawan- kawan, mereka pun tak tahu, malah saya takut lebih teruk
lagi bila mereka hebahkan satu kampus, dan melabelkan saya budak problem.
`Setelah kebuntuan fikiran, saya cari dia di rumah sewanya, minta dia bertanggungjawab. Saya fikirkan dia tentu insaf dan mahu bertanggungjawab, tapi dengan kejamnya dia rogol saya sekali lagi. Bila melawan saya dipukul. Saya memang terkejut. Malam itu saya dikurung, beberapa kali saya dirogol yang membuatkan saya begitu takut, nak minta tolong pun takut dan malu, tidak tahu apa yang patut saya lakukan lagi.
`Namun peperiksaan tetap saya lalui, semester pertama dan kedua memang saya mendapat result yang baik, semester ketiga walaupun kejadian buruk itu berlaku, saya tetap mendapat dean list. Tetapi setelah tahu diri saya hamil, saya minta cuti semester kerana masalah kesihatan, saya rahsiakan diri saya, dan dibenarkan.
Waktu itu memang badan saya kurus kering, sebab banyak masalah di minda saya dan saya tak tahu bagaimana nak selesaikan.`Saya pujuk dia supaya bertanggungjawab, dia mesti kahwin dengan saya, tetapi dia mengelak, malah mendakwa saya berbuat jahat dengan orang lain. Akhirnya dia setuju, dan saya beritahu ibu bapa saya tentang
saya sudah hamil, sedang cuti semester dan minta dinikahkan. Memanglah orang
tua saya terkejut besar. Tak pernah dia termimpi anak yang dididik dengan ajaran agama, bertudung, boleh jadi seperti ini, kerana mereka yakin saya tidak ada teman lelaki dan saya memang tak tahu bersosial. Pendek kata, memang anak baik-baiklah.
`Kerana sayangkan anak juga, emak ayah buatkan kenduri kecil pernikahan saya. Saudara-mara memang marah kerana saya kahwin dengan lelaki biadap, pembohong dan tidak beradat, sebabnya dia datang dengan ibu bapa dan saudara- mara tipu, hantaran nikah hutang, dan begitu kurang ajar waktu dinikah. Dia menganggap dia dipaksa nikah dengan saya, kerana dia memang tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang telah dilakukannya.
`Seperti yang dijangka emak menangis tak berhenti-henti sehari semalam semasa saya nikah. Saya minta maaf dan ampun berkali-kali kepada emak, tetapi saya tahu maaf dan ampun tidak berjaya menyembuhkan luka yang saya lakukan di hatinya.
`Saya terpaksa beritahu emak saya dah hamil, dan terpaksa memujuk lelaki ini menikahi saya sebab saya takut dia tinggalkan saya dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya. Dan pernikahan kami memang dalam keadaan yang amat memalukan, namun ramai saudara-mara tak tahu saya sedang hamil waktu dinikahkan.
`Selepas nikah kata ayah, baiklah saya keluar rumah ikutlah suami, kata ayah, dia sudah mendidik saya dengan baik, kini tanggungjawab suami saya pula. Suami saya pula meletakkan saya di sebuah rumah flat kosong yang disewanya. Saya tidur berlantaikan tilam saja. Di rumah itu cuma ada dapur dan periuk-periuk kecil, untuk masak nasi dan air.
`Lebih menyayat hati suami saya jarang-jarang balik ke rumah seminggu mungkin sekali dua saja, alasannya pergi kerja. Saya ditinggalkan dengan sekilo beras dan sekilo ikan bilis. Kalau balik pun dia benci lihat muka saya, walaupun saya sudah berjanji padanya untuk menjadi isteri yang soleh.Saya sanggup korbankan diri saya demi dia, tetapi setiap kali saya bercakap, saya akan ditampar. Bab tumbuk perut saya dah jadi perkara biasa padanya.
`Dia memang bencikan saya dan anak yang saya kandung. Dan dia kuncikan saya dari luar setiap kali dia keluar kerana tak benarkan saya keluar. Jadi masa yang terluang saya sentiasa bersembahyang, berzikir dan berdoa kepada Allah. Saya mohon diselamatkan dari mara bahaya. Dan saya bersyukur walaupun setiap hari makan bubur nasi ikan bilis.
`Ketika sampai waktu melahirkan seperti biasa suami tiada di rumah, saya menjerit memanggil jiran minta dihantar ke hospital. Mereka terpaksa pecahkan pintu bermangga untuk masuk. Syukur saya selamat melahirkan walaupun bayi begitu kecil.
`Dua hari lepas bersalin baru suami balik. Dia tidak mengaku bayi itu anaknya, dan mendakwa saya cuma menyusahkan hidupnya. Saya mendiamkan diri kerana takut dipukul. Malam itu dia pergi lagi tinggalkan saya susu bayi, botol susu dan napkin. Saya memang tak tahu macam mana nak menguruskan bayi,tapi saya nekad, saya ada Allah, keluarga suami pun tak pernah menjenguk kerana mereka percaya saya memerangkap anaknya.
`Semasa dalam pantang dua kali saya tumpah darah, tetapi Allah menyelamatkan saya. Saya tak tahu apa harus dibuat, selain berzikir dan memohon kepada Allah. Saya serahkan nyawa saya anak-beranak kepada-Nya kerana Dia lebih mengetahui.
`Satu malam ketika umur bayi dua minggu, suami saya balik. Saya beritahunya saya akan menyambung pe lajaran sebab saya ambil cuti semester.Sekali lagi dia mengamuk, dia mendakwa saya sengaja nak membebankan hidupnya.
`Esoknya dia pulang dan beritahu saya dia nak serahkan anak saya kepada sepasang suami isteri dan sebagai ganjaran dia akan diberi sebidang tanah. Saya terkejut, untuk pertama kali saya menjerit kerana marah.Dia lagi berang kerana saya melawan lantas membuang semua pakaian saya dan halau saya keluar. Jiran membantu mengutip dan membungkus pakaian saya.
``Pada saya inilah penghujungnya. Dengan sebelah tangan mengendong bayi sebelah lagi memegang beg pakaian seberat 7 kilo saya tinggalkan flat empat tingkat itu. Berbekalkan duit RM15 saya naik teksi ke universiti terus ke bilik kawan untuk bermalam sebelum mendaftar. Nasib baik anak saya tak menangis malam tu.
`Esoknya atas nasihat kawan, saya hubungi ayah dan doa saya dimakbulkan. Ayah bawa bayi saya balik kampung. Saya amat bersyukur. Emak dan ayah sanggup berkorban maruah menahan malu pada jiran-jiran kerana saya melahirkan anak. Dosa saya memang besar tetapi saya berjanji tidak akan melakukannya lagi.
`Untuk belajar dan ada anak bukan mudah. Saya terpaksa bekerja sambilan untuk dapatkan duit. Saya masih ingat pemandangan di stesen bas yang penuh berasap, di situ saya menunggu bas ekspres sambil membaca buku, di belakang saya ada napsack berisi tin susu dan pampers di sisi. Its very hard, very sad and pathetic. Yes, I called my self pathetic at that age.
`Habis belajar saya terus cari kerja sambilan. Macam-macam kerja saya buat, kerana ada bakat tersendiri disertai usaha, tidak susah dapat kerja.
`Dalam pada itu saya mula ke Mahkamah Syariah untuk menuntut cerai taklik. Bukan nak kahwin lagi, tetapi nak tahu kedudukan saya mengikut hukum syarak. Saya iklankan dalam akhbar menuntut suami ke mahkamah, tapi tak dipedulikan, hampir dua tahun turun naik mahkamah dan dua kali bawa saksi berjumlah lapan orang, untuk mengesahkan saya berpisah dengan suami selama enam tahun, akhirnya barulah disahkan dapat cerai taklik.
`Selepas sah bercerai, rezeki saya datang mencurah-curah. walaupun buat kerja sambilan mulanya, tetapi kini ia telah membesar.Sekarang saya ada bisnes sendiri, walaupun kecil, saya tetap bangga saya ada dua pekerja, kini merancang nak buka cawangan lagi insya-Allah dan saya juga bersyukur saya mampu membelikan rumah dan kereta untuk emak ayah saya.Saya bangga bekerja keras untuk kesenangan emak ayah dan anak saya.
Pada saya kini cinta lelaki tak lagi menjadi agenda unggul dalam hidup. Saya percaya tak semua lelaki kejam. Sebagai contoh ayah saya tak pernah makan tengah hari di kedai walaupun ada kalanya emak tak masak. Ayah sanggup balik dan masak apa yang ada. Ayah sentiasa berada di masjid sebelum azan. Ayah akan pastikan rumah kami bersih, kami adik-beradik khatam al-Quran setiap kali bulan Ramadan bertandang. Dan ayah tak akan berkasar dengan emak walaupun ada ketikanya dia membebel bila ada yang tak kena.
Dosa saya tak terampun rasa-rasanya bila melihat ibu mengalirkan air mata kerana kesilapan saya yang memalukan mereka. Begitu juga ayah yang tenang & sgt mengharung cemuhan dan pandangan buruk masyarakat kerana saya.Rasa-rasanya belum puas saya berikan mereka kesenangan.
Walaupun perniagaan saya berjalan lancar tetapi saya masih lagi melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi distance learning program.Harapan saya agar dapat graduate pada tahun yang sama anak saya mengambil UPSR. Semoga memberi perangsang kepadanya untuk berjaya.
Adakalanya hati berasa sunyi. Terasa alangkah baiknya jika ada suami membelai setelah teruk bekerja keras, memberi kasih dan sayang kepada anak.Tapi itu hanyalah harapan. Adahikmahnya Allah jadikan saya masih single. Walaupun ramai yang menaruh hati, saya tetap tolak dengan baik Dalam hati berdetik, `jika kamu boleh dapatkan 3 kali ganda dari jumlah kasar pendapata n saya, barulah saya fikirkan untuk kahwin
Sebenarnya hati saya dah keras, sekeras stainless steel. Cold and hard.
Tahun lepas, bekas suami mencari saya, katanya, dia nak kahwin dan nak ceraikan saya. Saya katakan tak payah susah-susah. Saya dah lama ceraikan awak. Bila dia tanya khabar anaknya, saya katakan, dia tak ada anak, sebab dia tak mengaku itu anaknya. Tapi saya beritahu anak saya dah khatam al-Quran beberapa kali, johan pertandingan azan dan al-Quran, menitis air matanya.''
Demikian cerita Norazwa pahit maung kehidupannya. Menarik dan mencabar.
Norazwa menasihatkan gadis-gadis senasibnya jangan paksa lelaki untuk berkahwin, kerana ia bukan menyelesaikan masalah, sebaliknya lebih menyulitkan lagi.
Kepada ibu bapa, ambillah iktibar dari kisah Norazwa. Bukan semua keburukan berlaku kerana suka, ada kalanya terpaksa dan ujian daripada Allah, kita terima dan bersabar, jangan buang anak kita, beri perangsang, mungkin mereka boleh memperbaiki hidupnya menjadi lebih baik. Bimbing anak kita, ceritakan yang buruk dan baik supaya mereka akan lebih faham.
Niezam phg says....
Saya tak reti nak komen...hati saya sayu sangat....hidup ini penuh dengan panca roba..semoga kita semua dapat melaluinya dengan sebaik yang mungkin..mujurlah hidup saya selama ini baik baik sahaja...insyallah..cuma saya tidak boleh menerima ada manusia yang bersikap kejam terhadap manusia yang lain...dalam hidup ini kita hidup saling bergantungan dan saling memerlukan kerana kita adalah insan yang kerdil....
Terima kasih kepada pengirim kisah ini...saya amat menghargainya kerana sudi berkongsi dengan saya
kredit to haine@mampu.gov.my
Your family and friends will be shocked at this!
A stock clerk was sent to clean up a storeroom in a Port of Spain factory just recently. When he got back, he was complaining that the storeroom was really filthy and that he had noticed dried mouse or rat droppings in some areas.
A couple of days later, he started to feel like he was coming down with stomach flu, complained of sore joints and headaches,and began to vomit. He went to bed and never really got up again. Within two days he was severely ill and weak. His blood sugar count was down to 66, and his face and eyeballs were yellow.
He was rushed to the emergency at Mount Hope where he was diagnosed to be suffering from massive organ failure. He died shortly before midnight.
No one would have made the connection between his job and his death,had it not been for a doctor who specifically asked if he had been in a warehouse or exposed to dried rat or mouse droppings at any time.
They said there is a virus (much like the Hanta virus) that lives in dried rat and mouse droppings.Once dried, these droppings are like dust and can easily be breathed in or ingested if a person does not wear protective gear or fails to wash face and hands thoroughly. An autopsy was performed on the clerk to verify the doctor's suspicions.
This is why it is extremely important to ALWAYS carefully rinse off the tops of canned sodas or foods, and to wipe off pasta packaging, cereal boxes, and so on.
Almost everything you buy in a supermarket was stored in a warehouse at one time or another, and stores themselves often have rodents.
Most of us remember to wash vegetables and fruits but never think of boxes and cans.
The ugly truth is, even the most modern, upper-class, super store has rats and mice. And their warehouse most assuredly does! Whenever you buy any canned soft drink, please make sure that you wash the top with running water and soap or, if that is not available, drink with a straw.
The investigation of soda cans by the Center for Disease Control in Atlanta discovered that the tops of soda cans can be encrusted with dried rat's urine, which is so toxic it can be lethal. Canned drinks and other foodstuffs are stored in warehouses and containers that are usually infested with Rodents, and then
they get transported to retail outlets without being properly cleaned.
You are never sure where the items came from, under what conditions they were stored, do the safe and sensible thing wash with a little chlorine in the water, dry with paper towels.
Niezam Phg says....
Please forward this message to the people you care about.
(I JUST DID!)
kredit to nastee76@yahoo.com