Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, December 21, 2006

Dari seorang lelaki

Teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak
tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu rumah,lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan

masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak
masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..
"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu..
"tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya
"wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....
NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...



Niezam Phg says.....

Hargailah insan yang tidur di sebelah anda....selagi hayat di kandung badan....nanti kalau dah tidur sorang sorang baru tahu erti 'kehilangan'


kredit to zalina@dnmc.biz

1 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...