Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Friday, December 15, 2006

Tol naik 60 peratus 1 Januari ini

Abu Bakar Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Jika laporan Reuters akan menjadi kenyataan, awal tahun hadapan, pengguna lima lebuhraya di negara ini akan dihadiahkan dengan satu lagi kenaikan harga, kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.

Kenaikan harga yang baru itu ialah kadar baru tol, yang dijangka naik sehingga mencecah 60 peratus, katanya.Laporan Reuters menyebut, pengumuman mengenainya akan dibuat pada jam 3.15 petang 14 Disember, iatu hari ini.

Menurut Husam, arahan juga telah diberikan supaya media tidak membesarkan kenaikan besar-besaran kadar tol itu, untuk membendung kemarahan rakyat.Reuters menjangkakan kenaikan kadar tol yang luar biasa tinggi itu akan membangkitkan kemarahan umum dan meningkatkan lagi kadar inflasi.

Kenaikan setinggi 60 peratus itu akan melibatkan lima lebuhraya di dalam dan di sekitar Kuala Lumpur. Kadar baru yang disifatkan hadiah tahun baru itu dijangka berkuatkuasa 1 Januari ini.

Dengan kenaikan setinggi 60 peratus itu, jika diambilkira Lebuhraya Damansara-Puchong, tol yang pada masa ini dikenakan pada kadar RM1 akan melambung sehingga RM1.60, satu kadar yang begitu membebankan.

Kira-kira 418,000 kenderaan menggunakan lebuhraya itu setiap hari, mencerminkan pengumpulan pertumbuhan tahunan sebanyak 14.5 peratus sejak tujuh tahun lalu, kata firma penarafan, RAM.

Menurut Reuters, kebanyakan lebuhraya diluluskan dalam tahun 90an oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memberikan tumpuan kepada dan penswastaan projek mega.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu baru-baru ini menyatakan, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM2 bilion kepada operator lima lebuhraya itu jika kadar tol tidak dinaikkan. Kadar inflasi di Malaysia memuncak sehingga 4.8 peratus Mac lalu, berikutan kenaikan harga minyak.




Niezam phg says....
Mungkin kerajaan Pak Lah nak tambah duit sebab nak bagi bonus yang lebih benyak untuk kakitangan kerajaan pada tahun depan .so kita kena sokong dan selalu selalukan melalui jalan yang ada tol.....hmmm cuma janganlah bakar lori minyak macam dalam gambar kat bawah tu pun kalau nak tunjuk perasaan marah!!! hehehe...

kredit to zalina@dnmc.biz

2 Comments:

  • At December 15, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Salam perkenalan daripada saya. Saya ingin menitipkan sesuatu di shoutbox saudara namun nampaknya oggix.com menghadapi masalah barangkali.

     
  • At December 17, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Hmmm sepatutnya lepas ni tak perlu ada klausa 'naik harga' dan 'gantirugi'...

    Cuma sebagai salah sorang anggota awam, saya sedikit terhiris (sikit aje, tak berdarah pun) dengan remark 'naik tol sebab nak bayar bonus'....

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...