Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, December 11, 2006

Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Lakukan

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan
menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain.


Niezam Phg says.....

Semoga kita semua mendapat maklum. sepuluh tahun dahhulu memiliki handpon adalah dikatakan barang mewah,namun pada hari ini saya percaya handphone merupakan keperluan..hampir separuh warganagara malaysia mempunyai handphone..ini berdasarkan suruhanjaya telekomunikasi yang mengatakan hampir 60% dari 21 juta pengguna telefon bimbit di malaysia mendaftarkan talian telefon mereka.

Penduduk malaysia hanyalah sekitar 25 juta sahaja.(bancian tahun (2002) namuan ada juga orang yang memiliki lebih dari 2 nombor pada satu satu masa...[ramai antaranya termasu rakan saya juga...itu belum lagi di kira mereka yang memiliki lebih dari seseorang isteri/makwe/pasangan..heheheh...tentu mereka memiliki lebih dari dua nombor pada satu satu masa...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...