Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Tuesday, July 31, 2007

Betul ker anak fauziah latif??



p/s : sekadar menjawab pertanyaan pengunjung.betul ker itu anak dia?.

Labels:

Monday, July 30, 2007

Nasi Kangkang??????

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

"Eh, makin kurus nampak. Diet ke?" kata saya setelah mempersilakannya
Duduk.

"Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang," balas Arifin.

"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar," Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

"Orang rumah saya sakitlah, ustaz", kata Arifin.

"Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

"Entahlah." katanya perlahan,

" Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,"kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

"Sakit apa, doktor pun tak tau,"tambahnya.

"Dah pergi berubat kampung?"saya bertanya.

"Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,"jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

"Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih.Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

"Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu

"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

"Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin.

"InsyaAllah." Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

"Apa yang dia cakap masa meracau tu?"

"Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,"kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

"Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

"Jemput masuk ustaz,"Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah
bilik.

"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

"Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,"kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia
dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;"Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung".

"Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.

"Err,. dari mana datangnya bau yang." soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

"Ooo. mmm, dari alat sulit dia,"kata Arifin perlahan.

"Keluar lendir bercampur nanah."

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-
hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin,
kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan
oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau
bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada
ibu bapanya.

"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah."

"Kalau macam tu, baguslah,"kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran,
saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta
keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

"Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum
meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

"Ustaz,"katanya,

"Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu"

"Kenapa?"pantas saya bertanya...

"Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya". Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya "Kenapa?"

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam."

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan."Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

"Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,"kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu."

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."

"Ampunkan dia?" Arifin bertanya balik.

"Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?"tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

"Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

"Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

"Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

"Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

"Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki,hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa


Niezam Phg says


Sebuah kisah yang membuatkan air mata jantan saya menitik. kadang kadang dalam hidup ini kita terlalu mahukan segala galanya sampai kita terlupa mengira bagaimanakah cara ia diperolehi. bila kita terlalu jauh dengan Allah kita sebenarnya mendekatkan diri kita dengan syaitan pula. jika tidak silap saya terdapat hadis yang menyatakan selangkah kita bertujuan menemui bomoh 40 hari amalan kita tidak di terima..semoga kisah ini memberi teladan kepada kita kerana satu hari nanti kita akan disukat dengan setiap apa yang kita lakukan tanpa dapat di selindung lagi. di dunia mungkin kita boleh terlepas....

Saya juga pernah melalui kejadian dimana keluarga saya menjadi mangsa terkena ilmu hitam apabila bapa saya di sihir supaya membenci ahli keluarga dan anggota keluarga membenci beliau. jadi selalu terjadi pertengkaran antara ibu bapa semasa saya kecil kecil dahulu. dah macam menonton drama swasta pulak. [bapa saya ketika muda aktif berpolitik dan selalu di cemburui orang lain]. tetapi alhamdulillah keluarga kami dapat juga mengharungi duka dan derita tersebut.....sangat sakit hati bila memikirkan manusia yang sanggup membomoh orang lain....


credit to noraamir_279@yahoo.com.my

Labels:

Jee akui bercerai



KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Fauziah Latiff, 36, mengaku sudah bercerai dengan suaminya, Johan Indot, 43, seorang ahli perniagaan, tiga bulan lalu selepas 1 0 tahun mendirikan rumah tangga. Pengesahan eksklusif Fauziah atau lebih dikenali sebagai Jee kepada Berita Harian itu mengakhiri spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka yang kebelakangan ini heboh diperkatakan media. Jee sebelum ini lebih gemar mengambil sikap berdiam diri setiap kali diajukan pertanyaan mengenai status perkahwinannya.

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh perceraian mereka, sebaliknya dia yang terkenal dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu berkata, tempoh edahnya tamat 27 Julai ini. “Kami sudah cuba untuk menyelamatkan perkahwinan ini, namun tidak menemui jalan keluar. Justeru, perpisahan ialah pilihan terbaik untuk kami berdua,” katanya di sini.

Pasangan itu bernikah di London pada 19 Jun 1997 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Jeffri Joaquim Indot, 8, dan Jeremy Jay Indot, 6. Ia perkahwinan kedua Jee yang sebelum itu pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992, tetapi berpisah selepas tiga tahun. Ditanya mengenai sikapnya yang enggan mengulas panjang berhubung pergolakan rumah tangganya sebelum ini, Jee berkata, perkara itu tidak perlu dihebahkan kerana ia bersifat peribadi.



“Saya memberitahu perkara sebenar kerana ketika itu saya masih lagi bergelar isteri kepada Johan. Lagipun, sejak tiga bulan lalu, tiada seorang pun wartawan yang bertanyakan mengenai status perkahwinan saya. “Takkan pula saya hendak menghebahkan kepada semua. Jika ada media yang bertanya selepas perpisahan itu disahkan, sudah tentu saya tidak akan menafikannya. Ketika perpisahan itu berlaku, tumpuan saya ialah kepada Akademi Fantasia (AF) musim kelima.

“Saya perlu menghormati tanggungjawab yang diamanahkan ke bahu saya sebagai pengkritik AF5. Saya juga tidak selesa mencampuradukkan soal kerjaya dengan rumah tangga. Lagipun, perkara itu masalah peribadi kami, jadi biarlah kami berdua mengatasinya sendiri,” katanya. Jee berharap, pengakuannya itu akan melenyapkan semua spekulasi membabitkan status rumah tangga mereka dan memberinya ruang untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Dia juga memohon peminat memahami keadaannya dan menerima kenyataan yang dia kini kembali sendiri. Penyanyi itu memberitahu, biarpun sudah membawa haluan sendiri, hubungannya dengan Johan masih baik demi masa depan kedua-dua anak mereka.

Niezam Phg says.....

Semoga gee tabah.....





credit to haine@mampu.gov.my

Labels:

Sunday, July 29, 2007

Pinggan Mangkuk tak halal?? Pelik tapi benar....


Kepada Semua Saudara Islam,
Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi 'clay?? Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan bahan terlarang untuk untuk menggantikan tanah liat.

Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbagsa Cina. Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia meminta kami merujuk perkataan 'bone? di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud 'bone china?. China ? maksudnya adalah pinggan mangkuk. Menurut beliau, perkataan 'china? dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana Negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-magkuk mereka.

Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala 'bone china? ? maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain. Jadi yang perlu diteliti disini adalah perkataan 'bone? itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya.
Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan babi? sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka.
Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana pun, pinggan-mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih rumit. Ia biasanya akan dipamerkan di atas rak-rak yang eksklusif. Jadi kepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan-mangkuk untuk kegunaan kita seharian.
Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian? Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan stamp halal. Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Gunakan lah tisu, untuk memengang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa labelnya telebih dahulu.
Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat.
Niezam Phg says..
Semoga pengunjung semua maklum dan dapat berkongsi dengan rakan rakan yang lain...
credit to angah52@yahoo.com.my

Labels:

Saturday, July 28, 2007

Anak2 Fauziah Latip (jefrey n jeremy)

astaghfirullah.................. ni lagi satu artis yang i never liked about her! tak tau hukum....


enjit enjit semut...opsss enjit enjit anjingggg.......


jangan lupa samak yer dik...


teman tapi mesra???





Niezam Phg says..


Ada juga yang kata gambar2 tu semua superimpose. saya ada melakukan sedikit ujian terhadap gambar tu dan menurut pendapat saya ianya original.apa pun diharapkan fauziah latif tidak lupa mengajar anak anaknya cara cara menyamak. mungkin dalam keadaan kering dibolehkan [kalau pun tidak digalakkan] tetapi sekarangkan selalu hujan turun.lagi pun binantang ni kan jenis suka menjilat dan mengeluarkan air liur yang banyak. lagi pula banyak lagi binatang lain yang boleh dijadikan binatang peliharaan untuk menjadi teman mesra anak anak tu.....

untuk makluman anda juga fauziah latip baru sahaja bercerai dengan suaminya yang bagi perkahwinan kali kedua iaitu encik johan endut..akhirnya teratai layu jua di tasik madu....eh silap..di lombong emas... semoga gee tabah menghadapi takdir ini dan dapat membesarkan anak anaknya dengan lebih baik walaupun menjadi seorang ibu tunggal..


credit to iza@my.hanjin.com

Labels: ,

Friday, July 27, 2007

Tersalah cetak ker????




Niezam Phg says..

Anda mungkin mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai gambar di atas. jangan lupa tinggalkan pendapat anda di ruangan komen dan menjadi sebahagian dari 'tukang kata' di teratak nie...sekian


credit to mscrystal69@yahoo.com

Labels:

Wednesday, July 25, 2007

Unik : hotel dalam gua

sesuatu yang jarang ditemui. mungkin tidak ada di Malaysia


pandangan dari luar..











Niezam Phg says..

Nampak macam best je.kalau ada di negara kita sangat menarik untuk merasai berpengalaman di hotel macam tu..tapi ada aircond ker agak2 nya..tapi ynag nyata itu gambar di luar negara..

Labels:

Hati-hati beli h/p kat pertama kompleks...

Assalamualaikum...

Tadi baru tgk forwed emel member...tgk pasal penjual h/p berbangsa cina yang nak jadikan pertama kompleks ala2 petaling street...nak jadi samseng...
kalau tgk h/p tu mesti kena belinya...kalau tak beli,kena belasah kat penjual h/p tu...kurang ajar betul....
tak caya,tengok url ni ek...

Kes 1 : bangla kena pukul



ke1 2: melayu kena hentak


kes 3 : nak beli ke nak kena belasah??




Niezam Phg says..

Huh!!...maccam nie pun ada cara orang berniaga.kalau macam n baik bokot jer beli hp kat pertama tu. lagi pun kat situ kaya dengan barangan hp tiruan dan ada juga kes kes hp baru yang di beli tu sebenarnya hp recon[ hp lama tapi dah di tukar body dan casing baru]...so nasihat teratak buruk berhati hatilah jika anda ke sana ...anda mungkin menjadi mangsa... banyak lagi pilihan untuk membeli hp dengan harga berpatutan contohnya di sungei wang atau low yat. kat sana pun kira murah dan selamat sikit dari peniaga samseng macam nie

Labels:

Monday, July 23, 2007

Bila CINTA di Dustaaaaaa. Hati mula KECIWA

Gambar Erra & Hans bercuti di S'pore....1 Mei 2007



Hans: Kenapa saya terlalu emosional? Ketika saya sampai ke rumah Erra di Damansara pada 1 Julai tu, kira-kira jam 12.30 tengah malam, salah seorang saudara Erra, namanya Ayong membuka pintu. Rumah Erra gelap, muka Ayong pula muka orang bangun tidur. Memang tak ada makan-makan pada malam tu seperti yang didakwa Erra sebelum ini.

Jadi, sebagai teman lelaki Erra pada ketika itu, pastinya saya emosional apabila mendapati ada lelaki (Engku Emran) lain di rumahnya pada masa itu. Orang kata kenapa saya emosional, saya marah? Sebabnya saya ada perancangan masa depan bersama Erra, tapi saya dapat tahu, percintaan Erra dengan Emran dah berlaku lama.

Saya pernah mengingatkan Erra, nak bagi kenyataan kepada wartawan, janganlah menipu lagi. Beritahulah cerita sebenar mengenai perhubungan kami. Apa yang penting bagi saya ialah kebenaran. Tapi, nampaknya Erra masih menidakkan perkara sebenar.

Kenyataan Erra dalam akhbar mingguan itu, menyatakan dia berkawan rapat dengan saya bermula hujung 2006, namun ia berakhir Februari lalu. Katanya lagi, entah kenapa dia perlu menjarakkan dirinya dengan saya ketika itu. Tambah Erra, hubungan kami tak boleh lebih daripada seorang sahabat.



Terdahulu, kenyataan Erra dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 8 Julai baru-baru ini, dia menyatakan, “I admit that I was close to Hans but it was not to the stage of being in love. We were still trying to figure out our compatibility.”

Tapi, bagaimana pula dengan kiriman SMS Erra kepada saya pada 9 Julai 2006 yang antara lain berbunyi, “Sayang, I’m so happy with this trip. It’s a wonderful trip. I love you so much sayang!” SMS yang lain pula bertarikh 30 September, antara lain berbunyi “There’s no one else that I love. Only my sayang. Miss you so much sayang. I want to love you 100 percent and trust you 100 percent”.



Semua SMS itu masih saya simpan dalam telefon bimbit saya, tapi yang penting perhatikan saja tarikh SMS berkenaan dan buatlah penilaian sendiri. Saya boleh tunjuk SMS berkenaan jika ada pihak yang masih mempertikaikannya. Saya dan Erra juga pernah cuti bersama di Singapura dan menyelam skuba selepas Februari lalu iaitu tarikh yang didakwanya sudah mulai renggang bersama saya.



Niezam Phg says..

Dah lama saya tak bergossip pasal artis di teratak buruk nie. tetapi peristiwa yang menimpa hans baru baru ni memang saya turut menarik simpati terhadapnya. semoga hans tabah dan menerima segala yang telah terjadi sebagai takdir. saya akui bukan sesuatu yang senang semudah menuturkannya untuk melewati jambatan kekeciwaan itu tetapi sebagai manusia, itu adalah asam garam kehidupan yang perlu ditempuhi apalagi oleh insan yang meniti episod percintaan dalam perjalanan hidup masing-masing.

saya sebenarnya amat terharu dengan hans kerana kesanggupannya untuk menukar agama hanya kerana ingin bersama dengan wanita yang dicintainya. harapan saya semoga hans terus di berikan hidayah dan tidak menjadikan peristiwa yang berlaku memudarkan semangatnya untuk mengenali agama suci ini....insyallah

Credit to iza@my.hanjin.com

Labels:

Senyum, janganlah tension-tension.

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s
Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.




credit to cthafidzah@yahoo.com

Labels:

Thursday, July 19, 2007

Ada ker babi yang halal???






Niezam Phg says..

hmmmm..macam macamlah dunia sekarang nie....



credit to angah52@yahoo.com.my

Labels:

Tuesday, July 17, 2007

Pasukan Harimau kucing Malaysia



Antara sebab kekalahan pasukan negara yang saya nampak. (Pandangan peribadi niezam phg)

1.kelemahan jurulatih

Dah ketinggalan 2-0 ,3-0 tetapi tiada sebarang pertukaran pemain dilakukan untuk mengubah corak permainan.jurulatih terlalu sayang untuk menggantilkan pemain yang rata rata telah 'pancit' di dalam padang. jurulatih langsung tidak bertempik dari luar padang..tak de reaksi....hanya memanas buntut di bangku simpanan pemain.


2.kelemahan pemain

Dah tahu bentuk fizikal yang rendah tetapi masin ingin bermain hantaran jauh dan lintang yang memberi kelebihan kepada lawan. sudahlah passing bola tak tepat dan menyukarkan kawan untuk menerima umpanan. sepatutnya dalam keadaan ini bermain secara kawalan bola dengan membuat hantaran leret tepat secara dekat, kurang menggunakan bola tinggi..


3.keegoan Pengurusan FAM

Memilih jurulatih yang tidak berwibawa dan memilih pemain yang tak berkualiti.(setiap pemain mewakili negara akan melalui tapisan dan perkenaan dari FAM) pemain negara sekarang terdiri dari pasukan liga M yang berada pada kedudukan bawah (kat liga M pun dah selalu kena belasah..contohnya penjaga gol negara yang rambutnya terlalu panjang tu.. mcm mana nak nampak bola???sibuk membelai rambutnya..teknik rebounding agaknya.)kenapa pemain dari perak dan kedah tak ramai??? marahkan Datuk Basri Akil Ker? patutnya orang yang berani dan berpandangan jauh serta cintakan bola sepak seperti Datuk Basri Akil di lantik menerajui Setiausaha agung FAM. bukannya orang politik yang tidak mempunya masa untuk diri sendiri dan masa depan bola sepak negara...




Niezam Phg says..

Sempena sambutan ke 50 thun kemerdekaan negara kita. Pasukan bolasepak kita telah bermurah hari kepada pasukan china dan Uzbekistan dengan menghadiahkan tetamu dengan bolosan gol sebanyak 5. nasib baik juga pasukan MU tidak jadi datang ke Malaysia jika tidak entah berapa gol pula yang di hadiahkan untuk meraikan sambutan kemerdekaan 50 tahun negara......ADOIIII.....aperlah ertinya sambutan pengisian kemerdekaan itu jika kita masih terlalu kerdil di mata dunia...

Bukannya peminat bolasepak negara tidak mahum enyokong pasukan bolasepak negara tetapi kami dah terlalu keciwa dengan janji janji FAM utuk menaikkan kedudukan Negara dalam rangking FIFA.. kita dah jauh ditinggalkan rakan se asia tenggara di belakang Vietnam ,Indonesia ,Thailand dan Singapura walau pun kita sama sama MAKAN NASI seperti mereka juga....

Labels: ,

Komen pasal e-mal berantai....

KOMEN DARI USTAZ NOR RAIHAN_BERKENAAN EMEL ANEH TAPI NYATA

(rasanya selalu sangat kita dapat email macma tu.so baik baca untuk menghilang kan keraguan.....

Alaa.. email yang korang slalu fwd tu larr... cth: " TOLONG SEBARKAN KE 12 ORANG NESCAYA HAJAT ANDA AKAN DIMAKBULKAN " TENGKOROQ!!! Manna da Betoii pn!


('',) Nobody's Perfect ('',)

Pekara di bawah ini adalah menyalahi syara' dan HARAM disebarkan...

1 . Mempercayai ada yang berkuasa selain Allah dalam memakbulkan hajat kita adalah menyimpang daripada aqidah Islam yang murni berdasarkan firman Allah: "....Hanya ALLAH tempat kita minta pertolongan..."

2. Sememangnya kita disuruh berusaha TETAPI janganlah usaha itu menyalahi syara' (hukum Allah). Cthnya: kita disuruh berusaha menghilangkan dahaga TETAPI janganlah berusaha dengan cara minum arak. Kita disuruh berusaha menghilangkan sakit TETAPI janganlah dengan cara menggunakan jin/syaitan/jembalang. Kita disuruh berusaha mencarai rezeki TETAPI janganlah mencuri @ merompak @ peras ugut. Demikianlah dalah perkara ini, kita disuruh berusaha TETAPI bukan dengan cara MENSYIRIKKAN ALLAH.

3 . Apa yang membimbangkan ialah kalimah "SEND THIS KALIMAT TO 12 NICE PERSONS AND YOUR FINANCIAL POSITION IMPROVES WITHIN 12 HRS 100% GERENTI.MEMANG ANEH TAPI NYATA ...... dah ada tuhan lain ke yang makbukan doa kita??? ...suatu kalimah yang membawa kepada fahaman 'khurafat' dan 'syirik'.

4. Oleh itu, sila hentikan 'kerja yang tidak berfaedah ini'. Jangan menyebarkan fahaman yang salah lagi songsang ini.

5. Jika ada yang mempercayai kata-kata tersebut, "Siapa yang sanggup menjawab di hadapan ALLAH Ta'ala". Firman Allah :
"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati; semuanya akan ditanya tentang apa yang dilakukannnya."(Surah Al-Isra': 36)

6. Sila 'forward'kan e-mel ini kepada mereka yang saudara/saudari telah hantar attachment di bawah atau saudara/saudara akan menjawabnya di hadapan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Sekian.
NOR RAIHAN BIN AZIZ
Imam BIMB
Jabatan Syariah.



Niezam Phg says..

Rasanya selalu sangat kita dapat e-mail sampah macam tu.email yang berbentuk ugutan. so sekarang ini mungkin akan melegakan fikiran anda.dan jangan di layan sangat e-mail sedemikian. semoga hidup anda tidak lagi di selubungi misteri nusantara.......



credit to ida_rizal@yahoo.com.my

Labels: ,

Saturday, July 14, 2007

berhati-hati...kejahatan di merata tempat

sebuah kisah dari email.......

Mak aku, KL dan adik aku

Assalamua'laikum,......semalam lagi satu cerita letih aku nak stori mori kat sini.

Adik perempuan aku, nak balik kerumah aku di Selama, nak tengok mak dia yang pulang dari Mekah. Dia dengan anak serta suami yang 'drive' Kancil dari P. Pinang, sampai di Sunshine diaorang singgah sekejap untuk beli susu anak. Hujan lebat masa tu, suami dia keluar kereta dan dia tunggu dalam kereta. Tak sampai satu minit suaminya keluar, masuk satu apek tua dalam kereta terus tikam dan robek peha adik aku dan dia 'drive' kereta tu sampai ke kawasan hotel Equatorial.

Masa di situ adik aku yang berdarah-darah diugut supaya menyerahkan semua barang kemas, handphone, duit, sambil tu apek tu letak pisau kat anak saudara aku yang baru 10 bulan dan mengancam untuk bunuh. "No choice", adik aku terpaksa serah semuanya dengan kereta sekali dia bawa lari. Adik aku kena tinggal di kawasan sunyi belakang Bukit Jambul dengan beg serta anak kecil yang basah kuyup dalam hujan lebat. Hampir satu jam terbiar di situ tanpa pertolongan orang lalu lalang sampailah ada mamat tolong bawa dia ke hospital. Itupun sebab dia tengok ada anak kecil, sebab tu dia tolong. - Trauma adik aku sekarang ni.

Akibat kena tikam tu, adik aku kena 11 jahitan di peha, 4 jahitan di lengan pasal cuba melawan dengan apek haram jadah tu. Jadi kepada semua kawan-kawan, yang selalu berhenti sekejap di depan kedai, tolong kunci pintu dari dalam. Cerita adik aku ni boleh jadi pengajaran pada kita semua. Duit, barang kemas boleh cari, nyawa tak ada 'spare part'.

Hati-hati, akhir zaman ni nabi sebut terlalu banyak orang jahat. Asal keluar pintu rumah saja, kita terdedah dengan orang-orang jahat.




NiezamPhg says..

Semoga pengunjung teratak zam nie terhindarlah dari pekara pekara jenayah seperti yang di alami oleh pengirim e mail ini. hai..tak tahulha apa nak jadi dengan manusia sekarang nie.semunya ingin kn kesenangan dengan cara mengambil hak orang lain.cuba kalau hak mereka pula yang dirampas seperti itu.aper pula perasaan mereka agaknya.inilah yang berlaku bila manusia mula menjauhi agama dan tiada keimanan dalam diri.


pristana5213@yahoo.com

Labels:

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.


"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"



Niezam Phg says..

Walaupun mungkin ada di antara kita yang pernah melihat kontroversi yang melanda pakar motivasi terkenal nie tetapi saya tidaklah sampai mengabaikan saranan dan petua beliau kerana menghormati tahap keilmuannya. perlu juga kita hargai walau pun terdapat sedikit kecacatan kerana Datuk Dr Fadzilah sendiri kurang berjaya mencuci hati anak -anaknya.semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan untuk kehidupan yang lebih di redhai Allah.insyallah

credit to adira09@yahoo.com

Labels: ,

It Happens in Seremban

Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang menjalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan dimanjakan mengikut lunas-lunas dan batas-batas kehidupan seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya.

TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena telah memberitahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan hati yang agak terkejut tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai mengizinkan. Tapi ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam adat resam agama HINDU.

Apalah hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU. Duniawi dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz Tersebut mula membacanya Ayat-ayat Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai lelaki Hindu tersebut.
Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.

TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN senangtiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk mensihirkan lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka membaca ayat-ayat Allah.

NAMUN bagi perempuan-perempuan muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan unsur sihir untuk menyerang dan menyerap ke dalam akal fikiran serta hati jika tidak dibendung. Apatah lagi yang tidak solat.

Disini, mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan.

Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, Muslimin segera bersolat..bagi Muslimat bagi yang boleh akan juga terus bersolat.Namun bagi yang tidak akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat. Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada mengigati Allah.


Akhir kata, Sebarkanlah kepada semua Muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat kepada Allah S.W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD.Dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.

NOTA: Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir Berjaya dihindukan. Dipercayai unsur cinta & SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya. Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya maka Allah akan memelihara kita, Insya-Allah.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.

Wassalam.


Niezam Phg says..
hmmm semoga budak itu sembuh depenuhnya dari ganguan sihir tersebut..amin




credit to pristana5213@yahoo.com

Labels:

Tiada alasan untuk SUSAH mengerjakan solat


Dalam kapalterbang


Dalam kedai pakaian


Dekat stesen keretapi


kat jalan-jalan


kat jalan lagi


Kat padang pasir/gurun


Dekat kutub utara atau selatan...





kat jalanan


kat jalanan


Kat sebelah Teksi


kat tepi laut


akhir skali tentulah di tanah suci mekah




Niezam Phg says..

Kagum betul saya dengan tahap keimanan saudara saudara seagama saya yang tanpa mengira situasi dan tempat tetap menunaikan kewajian yang satu itu.semoga gambar ini dapat memberi pengajaran bukan sahaja kepada saya bahkan kepada pengunjung yang lain semoga kita sentiasa mengambil berat akan perihal solat masing masing kerana amalan itu adalah pekara pertama yang ditanya /disukat di akhirat kelak.jika amalan utama solat itu pun kita tidak mampu melakukannya maka kita akan menpunyai masalah yang terlalu-lalu BESAR ketika mengadap ALLAH nanti

Namun satu pekara yang amat amat menyedihkan saya ketika ini ialah melihatkan sikap sesetengah dikalangan kita yang mengambil ringan akan hal solat.bahkan saya mempunyai/melihat ramai temnan-teman sekerja yang tidak langsung bersolat...walau pun mereka mengakui mereka beragama islam.tapi kalau kita kata mereka kafir nanti tentu mereka terasa.rasanya ada satu hadis yang berbunyi " barangsiapa yang meninggal kan solat dengan sengaja maka kafirlah mereka secara nyata". tapi masalahnya mereka seperti tidak sayang langsung kepada agama islam itu sendiri dan tidak merasa malu untuk meninggalkan solat.rasanya kita benar benar di akhir zaman dan ketika ini sama ada kiamat atau maut akan menemui kita tetapi kita tidak mahu berseda untuk sesuatu yang pasti itu.... wallaahualam

Semoga Allah menambahkan keimanan saya dan dapat pula memberi kemudahan dan keupayaan utuk saya pada satu hari nanti bersolat di depan kaabah..amin

credit to noraamir_279@yahoo.com.my

Labels:

Tazkirah hari ini..

Tazkirah hari ini Pengetahuan bersama........rugi tak baca


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Ara b masuk ke dalam masjid
dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka
baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu
sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.Lalu mereka cuba membunuh ular itu.Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,

Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.Maka inilah balasannya".


JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN


credit to pristana5213@yahoo.com >

Labels: ,

Thursday, July 12, 2007

wajah wajah penyesalan seorang Mat Ragut

FOTO : Kejadian Ragut Di Luar Kaki Lima TM Bukit Mahkamah, JalanRaja Chulan - 11/7/2007 10.37am
















Niezam Phg says..
Biasalah tu..bila dah tertangkap barulah nak menyesal.kesian jugak tengok mat ragut tu di belasah sampai berdarah darah macam tu. tapi sebelum nak meragut orang tu pernah tak dia terfikir akan risiko macam tu.. kenaalah dia tak mencari kerja yang sesuai.. lagi pun tak boleh dibayangkan kalau mamat ni tak dapat dia tangkap dan pisau RAMBO yang di gunakan itu di 'simpan' kat perut atau dada mangsa-mangsa ragutnya.....oh Malaysia negaraku..dimanakan keamanan???????

Labels:

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...