Pinggan Mangkuk tak halal?? Pelik tapi benar....
Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi 'clay?? Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan bahan terlarang untuk untuk menggantikan tanah liat.
Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbagsa Cina. Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia meminta kami merujuk perkataan 'bone? di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud 'bone china?. China ? maksudnya adalah pinggan mangkuk. Menurut beliau, perkataan 'china? dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana Negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-magkuk mereka.
Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala 'bone china? ? maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain. Jadi yang perlu diteliti disini adalah perkataan 'bone? itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya.
Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan babi? sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka.
Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat.
Labels: makluman
1 Comments:
At July 30, 2007, Anonymous said…
saya cadangkan kita sebagai orang2 islam menggunakan tempurung kelapa atau daun pisang untuk menggantikan pingan mangkuk yang dikatakan mempunyai tulang babi tersebut dan untuk sudu pula kita boleh buat sendiri dengan menggunakan kayu...
Post a Comment
<< Home