Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, July 23, 2007

Bila CINTA di Dustaaaaaa. Hati mula KECIWA

Gambar Erra & Hans bercuti di S'pore....1 Mei 2007



Hans: Kenapa saya terlalu emosional? Ketika saya sampai ke rumah Erra di Damansara pada 1 Julai tu, kira-kira jam 12.30 tengah malam, salah seorang saudara Erra, namanya Ayong membuka pintu. Rumah Erra gelap, muka Ayong pula muka orang bangun tidur. Memang tak ada makan-makan pada malam tu seperti yang didakwa Erra sebelum ini.

Jadi, sebagai teman lelaki Erra pada ketika itu, pastinya saya emosional apabila mendapati ada lelaki (Engku Emran) lain di rumahnya pada masa itu. Orang kata kenapa saya emosional, saya marah? Sebabnya saya ada perancangan masa depan bersama Erra, tapi saya dapat tahu, percintaan Erra dengan Emran dah berlaku lama.

Saya pernah mengingatkan Erra, nak bagi kenyataan kepada wartawan, janganlah menipu lagi. Beritahulah cerita sebenar mengenai perhubungan kami. Apa yang penting bagi saya ialah kebenaran. Tapi, nampaknya Erra masih menidakkan perkara sebenar.

Kenyataan Erra dalam akhbar mingguan itu, menyatakan dia berkawan rapat dengan saya bermula hujung 2006, namun ia berakhir Februari lalu. Katanya lagi, entah kenapa dia perlu menjarakkan dirinya dengan saya ketika itu. Tambah Erra, hubungan kami tak boleh lebih daripada seorang sahabat.



Terdahulu, kenyataan Erra dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 8 Julai baru-baru ini, dia menyatakan, “I admit that I was close to Hans but it was not to the stage of being in love. We were still trying to figure out our compatibility.”

Tapi, bagaimana pula dengan kiriman SMS Erra kepada saya pada 9 Julai 2006 yang antara lain berbunyi, “Sayang, I’m so happy with this trip. It’s a wonderful trip. I love you so much sayang!” SMS yang lain pula bertarikh 30 September, antara lain berbunyi “There’s no one else that I love. Only my sayang. Miss you so much sayang. I want to love you 100 percent and trust you 100 percent”.



Semua SMS itu masih saya simpan dalam telefon bimbit saya, tapi yang penting perhatikan saja tarikh SMS berkenaan dan buatlah penilaian sendiri. Saya boleh tunjuk SMS berkenaan jika ada pihak yang masih mempertikaikannya. Saya dan Erra juga pernah cuti bersama di Singapura dan menyelam skuba selepas Februari lalu iaitu tarikh yang didakwanya sudah mulai renggang bersama saya.



Niezam Phg says..

Dah lama saya tak bergossip pasal artis di teratak buruk nie. tetapi peristiwa yang menimpa hans baru baru ni memang saya turut menarik simpati terhadapnya. semoga hans tabah dan menerima segala yang telah terjadi sebagai takdir. saya akui bukan sesuatu yang senang semudah menuturkannya untuk melewati jambatan kekeciwaan itu tetapi sebagai manusia, itu adalah asam garam kehidupan yang perlu ditempuhi apalagi oleh insan yang meniti episod percintaan dalam perjalanan hidup masing-masing.

saya sebenarnya amat terharu dengan hans kerana kesanggupannya untuk menukar agama hanya kerana ingin bersama dengan wanita yang dicintainya. harapan saya semoga hans terus di berikan hidayah dan tidak menjadikan peristiwa yang berlaku memudarkan semangatnya untuk mengenali agama suci ini....insyallah

Credit to iza@my.hanjin.com

Labels:

8 Comments:

  • At July 24, 2007, Blogger yanglerni said…

    Sedih saya baca kisah cinta hans dan erra ni....erra memang suka memburukkan dirinya sendiri...bodoh sebenarnya

     
  • At July 24, 2007, Anonymous Anonymous said…

    YANG LEBIH BODOH IALAH HANS...SANGUP TUKAR AGAMA KERANA CINTA...BODOH..TIADA PENDERIAN..STUPID...

     
  • At July 24, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Mungkin hikmah disebalik kemelut ini... Moga2 Erra akan dpt suami yg soleh & dan Hans cintakan Islam melebihi cintanya kepada Erra... Tu baru cinta sejati....
    ... Rasanya Erra rasa tak boleh jadi ustazah kat Hans kot>>>

     
  • At July 24, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Mungkin ini salah satu peristiwa yang Allah nak tunjuk kepada kita2 semua ttg perangai sbnr dia. Kalau dulu heboh kisah negatif erra & awie...tapi org masih tutup mata & butakan telinga, pastu kisah penceraian yg tdk pasti punca & sebabnya. percintaan dia dan hans & tg emran. Kalau dah tinggal sekali ngan lelaki bukan muhrim dlm rumah...apa namanya tu?

     
  • At July 24, 2007, Blogger Ghaz said…

    Saya tak terkejut pun ... dah nama pun artis , so what do you expect from them???????????

    Kalau tak, tak kan ler boleh menang Award kan ....

     
  • At July 24, 2007, Anonymous Anonymous said…

    saya tak rasa orang yang bertukar kepada agama islam kerana cinta tu bodoh.sebab itu hanya pembuka jalan kepada mereka untuk menerima hidayah.cuba fikir kalau kita sendiri di lahirkan dulu dalam keluarga yang bukan seperti agama sekarang, adakah akan terbuka hati kita untuk menerima islam sebagai agama dalam kehidupan seharian kita?cuba renungkan??

    sebab itu adalah pencetus sahaja tetapi akhirnya tetap kepada 'rasa' dan kekuatan dalam diri untuk melakukan satu berubahan yang seBESAR itu..

    terdapat ramai mualaf wanita yang memeluk islam kerana tetarik untuk berkahwin dengan pemuda islam tetapi bila berlaku pencerian selepas itu mereka tetap menerima islam sebagai agama dunia akhirat dan membuktkan cinta itu hanyalah sebab pencetus sahaja yang membawa kepada kereelaan sejati mereka memeluk agama islam itu sendiri.

     
  • At July 25, 2007, Blogger MamaPisces said…

    saya setuju dgn kata2 zam tu..ape yg berlaku diantara erra dan hans tu sebagai sebab utk hans memeluk islam...saya rasa yg bodoh adalah diri anda sendiri..jika anda seorang islam tak mungkin anda menghina dan mengutuk diri mereka lebih lagi hans...(cinta sesama manusia diuji oleh YG MAHA ESA..YG LEBIH PENTING ADALAH CINTA KEPADANYE)

     
  • At July 25, 2007, Anonymous Anonymous said…

    PEREMPUAN MURAH...NAMA JA PEGI UMRAH TAPI TAK DA HARGA DIRI LANGSUNG...DAH TU PEMBOHONG...YELAH KAU DAH MAINKAN ORG TU THEN KAU NAK ORG TU TUTUP RAHSIA KAU LAGI? KAU JADI TEMAN SPECIAL DIA KAU SURUH SIMPAN SAMPAI SETAHUN DIA SANGGUP...LEPAS TU KAU TINGGALKAN GITU...DASAR MATA DUITAN!!! MULA2 AWIE....THEN YUSRY SAMPAI WEDDING OF THE YEAR AND $$ HANTARAN PUN LUMAYAN....THEN NI HANS PULAK...SO WHAT OTHER REASON KAU NAK CAKAP PAT MEDIA LAGI TO BOHONG PEMINAT2 KAU?!! PERNAH DGR KATA DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER? CAM NI LAH LUAR NAMPAK CANTIK TAPI DLM BURUK, BUSUK!!!

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...