Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Saturday, July 14, 2007

berhati-hati...kejahatan di merata tempat

sebuah kisah dari email.......

Mak aku, KL dan adik aku

Assalamua'laikum,......semalam lagi satu cerita letih aku nak stori mori kat sini.

Adik perempuan aku, nak balik kerumah aku di Selama, nak tengok mak dia yang pulang dari Mekah. Dia dengan anak serta suami yang 'drive' Kancil dari P. Pinang, sampai di Sunshine diaorang singgah sekejap untuk beli susu anak. Hujan lebat masa tu, suami dia keluar kereta dan dia tunggu dalam kereta. Tak sampai satu minit suaminya keluar, masuk satu apek tua dalam kereta terus tikam dan robek peha adik aku dan dia 'drive' kereta tu sampai ke kawasan hotel Equatorial.

Masa di situ adik aku yang berdarah-darah diugut supaya menyerahkan semua barang kemas, handphone, duit, sambil tu apek tu letak pisau kat anak saudara aku yang baru 10 bulan dan mengancam untuk bunuh. "No choice", adik aku terpaksa serah semuanya dengan kereta sekali dia bawa lari. Adik aku kena tinggal di kawasan sunyi belakang Bukit Jambul dengan beg serta anak kecil yang basah kuyup dalam hujan lebat. Hampir satu jam terbiar di situ tanpa pertolongan orang lalu lalang sampailah ada mamat tolong bawa dia ke hospital. Itupun sebab dia tengok ada anak kecil, sebab tu dia tolong. - Trauma adik aku sekarang ni.

Akibat kena tikam tu, adik aku kena 11 jahitan di peha, 4 jahitan di lengan pasal cuba melawan dengan apek haram jadah tu. Jadi kepada semua kawan-kawan, yang selalu berhenti sekejap di depan kedai, tolong kunci pintu dari dalam. Cerita adik aku ni boleh jadi pengajaran pada kita semua. Duit, barang kemas boleh cari, nyawa tak ada 'spare part'.

Hati-hati, akhir zaman ni nabi sebut terlalu banyak orang jahat. Asal keluar pintu rumah saja, kita terdedah dengan orang-orang jahat.




NiezamPhg says..

Semoga pengunjung teratak zam nie terhindarlah dari pekara pekara jenayah seperti yang di alami oleh pengirim e mail ini. hai..tak tahulha apa nak jadi dengan manusia sekarang nie.semunya ingin kn kesenangan dengan cara mengambil hak orang lain.cuba kalau hak mereka pula yang dirampas seperti itu.aper pula perasaan mereka agaknya.inilah yang berlaku bila manusia mula menjauhi agama dan tiada keimanan dalam diri.


pristana5213@yahoo.com

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...