Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, July 09, 2007

Fadhilat Membaca Bismillah




Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.



Niezam Phg says..

Semoga bermanfaat kepada pengunjung teratak sekalian..




credit to january2801@yahoo.com

Labels: ,

2 Comments:

  • At July 10, 2007, Anonymous Anonymous said…

    AJARAN KARUT DAN SESAT...TUHAN MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG, DIA MAHA KUASA..TIDAK PERLU BACA BERKALI-KALI...TUHAN MAHA TAHU KEPERLUAN KITA..DIA BUKAN TUHAN YANG BOLEH DIRASUAH..DGN CARA MEMBACA BERULANG-ULANG...

     
  • At July 11, 2007, Anonymous Anonymous said…

    wahai kwn...jangan mudah menjatuhkn hukum...lgpn bgus jgk dgn apa yang diberitahu itu.skurang-kurangnya blh mbuatkn kita sntiasa ingat pada allah n nabi kita..hanya yang jahil n munafik sje yg x bleh menerima sume ni..nauzzubiilah..ingat..Allah maha besar

     

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...