Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, July 01, 2007

Pesta buku alaf 21 : kombinasi 4 + 1


Huhuhu...tingginya..boleh habis ker ni nak baca...wait n see..arrr



Sinopsis : MANDATORI
Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!



Sinopsis : BAGAIKAN PUTERI
Haryani dan Laksamana Sunan...
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!



Sinopsis : ADAM & HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...



Sinopsis : SENAFAS RINDU
Fariz amat mencintai Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina tetapi hubungan mereka terhalang oleh kedua-dua keluarga. Pada masa yang sama, Shafika yang pernah meninggalkan Fariz hadir untuk menagih cinta lelaki itu.

Terjadilah pelbagai konflik yang mencetuskan perasaan dan hati. Marah, geram dan gembira bercampur baur.

Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.


Bacaan untuk memperbaiki dan pempertajamkan amalan seharian....semoga bermanfaat


Resit belian...hangus RM 67.65..uhuks. kalau makan ni mesti kenyang banyak....


Cenderahati dari alaf 21.terima kasih saya akan datang lagi.insyallah...


Niezam Phg says.....

Saya tiba ker pejabat alaf 21 setengah jam sahaja lagi pesta di tamatkan.sahaja saya pergi lewat sebab manalah tau mereka bermurah hati bagi potongan sampai 50% ker.hehehe tetapi tidak tetap 30 % juga.so untuk 5 buah buku bernilai di pasaran RM 99.50 dengan potongan harga 30% mengoyakkan poket saya sebanyak RM 67.65. harapannya semoga saya memperolehi masa-masa indah ketika 'berpengalaman' dengan setiap penceritan tersebut dan jika selepas ini niezam jarang mengupdate blog.Anda tau kenapa sebabnya.....akhir kata novel-novel jugak.akhirat jangan di lupakan......adioss

Labels:

5 Comments:

  • At July 02, 2007, Blogger ME said…

    wahh nak pinjam juga. But ada masa ke saya ni lagi untuk membaca dirumah?
    0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

     
  • At July 02, 2007, Blogger kak jayy in da house said…

    saudara nizam,

    saya merupakan silent reader kat blog saudara.. bila terlihat buku2 yang saudara beli, teruja pula nak memberi komen..RM69++ utk 5 buah buku, saya rasa amat berbaloi.. nasib baik di syarikat saya bekerja, pekerja boleh membuat claim utk buku2 yang dibeli, itupun kalau ada lebihan dari benefits yang dah ditolak campur..

    seingat saya, saya sudahpun membeli buku adam & hawa, tapi maseh belum berkesempatan membacanya.. :) bagus juga kalau saudara nizam boleh memberi komen buku2 yang sudah di baca.. saya lebih teruja utk mengetahui akhir cerita w/pun belum membacanya..

     
  • At July 03, 2007, Anonymous Anonymous said…

    hurmmm..pemilihan buku yg tepat..bg saye novel mandatori dan bagaikan puteri amat bagos..kenape tak beli kesinambungan bagaikan puteri tu..rugi tau...penceritaan dalam novel tu memang manarik sangat..saya memang meminati ramlee awang murshid..setiap penulisannye tidak pernah menghampakan saya..kebanyakan novel yg saudare beli..kenape u tak beli novel ramli awang murshid yg bertajuk hatiku di harajuku..??saye agak terkilan juga..sebab tidak berkesempatan ke sana..memang menjimatkan la..hurmmm..ape nak di kate benda dah lepas

     
  • At July 16, 2007, Anonymous Anonymous said…

    hmm buku senafas rindu memang best... tapi kalau dah baca buku bagai puteri... pastu kena baca buku cinta sang ratu... sambungannya... hmmm best giler... yang nyata nay buku ramlee awang mursyid memang best

     
  • At July 18, 2007, Anonymous Anonymous said…

    saudara nizam,
    saya saran kan saudara dapat kan buku cinta sang ratu (kesinambungan crita bagaikan puteri) memang best gilerr.. cintaku di harajuku tidak kurang hebat nyer.. apa2 pun saya ucapkan syabas pada saudara kerana menjadi wakil kaum lelaki yang masih meminati novel2 tempatan (selalunyer pompuan yg suka baca novel2 nih.. hik hik..)

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...