Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, June 25, 2007

Pelakon Izi Yahya meninggal dunia



Pelakon dan dramatis Izi Yahya yang cukup terkenal dengan lakonannya yang berani dan mengesankan telah meninggal dunia pada hari ini di Hospital Johor Bahru pada jam 10.30 pagi kerana sakit jantung.

Pelakon yang berusia dalam lingkungan 40an itu cukup sinonim dengan watak-watak negatif dan antagonis.

Lakonan Izi Yahya akan tetap dikenang ramai kerana Allahyarham merupakan antara pewaris yang menyambung legasi pelakon legenda berwatak jahat dan bengis seperti Salleh Kamil dan A.Rahim.

Watak negatif yang ditangani arwah Izi Yahya mampu melakari sejarah perfileman dan akan meninggalkan impak dalam perkembangan industri filem Melayu.

Izi pernah menggegarkan industri perfileman kerana aksi beraninya melakonkan watak tenteta Jepun bernama Lieutenant Akaishi yang cuba memperkosa Embun (Umi Aida) dalam filem Embun pada tahun 2002.

Gara-gara aksi panasnya itu, Izi pernah mengundang kontroversi pada tahun yang sama. Filem Embun berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Skrin ke 6 pada tahun 2003.

Pelakon berbakat besar itu telah berlakon dalam puluhan drama dan yang terbaru adalah Rahsia Sebua Pengorbanan dan Kalau Kasih Masih Ada.



Niezam Phg says....

'Dari Allah kita datang kepada Allah kita di kembalikan'..semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.Izi merupakan antara pelakon tambahan yang saya minati kerana keberkesanan dan keselambaan watak yang dilakonkannya.teringat kontroversi ketika beliau membintangi filem 'embun'. kita kehilangan pelakon yang berbakat sepertinya...maut menjemput kita tanpa amaran.. bersediakah kita bila tiba masanya kita pula.menurut jejak langkah orang terdahulu......?????


credit to iza@my.hanjin.com

Labels: ,

1 Comments:

  • At June 29, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Al-Fatehah untuk izi yahya..terkenang kembali semasa permergian arwah hani mohsin.Ajal memanggil tidak kira umur...sedih juga baca kisah izi yahya sewaktu dalam kritikal banyak hospital yang menolak nya..kenapa??Apakah nyawa tidak berharga lagi??Dimana kah sikap peri kemanusiaan??

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...