Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Saturday, June 23, 2007

BerHATI_HATI dgn Sauce PREGGO

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.

Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls..... dikunyah rasa asin-asin. Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.

Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit..... saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA.

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam
orang hamil. Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla....... pork minced meat!
Astaghfirullaahal aziim............... saya masak spaghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang. Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah.

Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi................ kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram. ASTAGHFIRULLAAHAL AZIIM.

Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang
termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Tobat nak masak spegetti lagi.

ZUBAITI MASTURA BT ZUBIR
Sime Surveillance Sdn Bhd
Tel: 603-5635 3050 ext 113
Fax: 603-5635 3066
e-M: bettyzubir@yahoo.com



Niezam_phg says....

Semoga anda berhati hati dan tidak terbeli dan termakan baranagn haram tersebut.juga dimohon dapat sebarkan kepada raka nrakan terapat semoga usaha anda yan gsekecil itu mendpat kebaikan dari yang Maha Esa..insyallah.....


Credit to pristana5213@yahoo.com, sharida@e-zakat.com.my, angah52@yahoo.com.my

Labels:

5 Comments:

  • At June 23, 2007, Anonymous Anonymous said…

    jgn buang kuali tu. samaklah dia. islam tk suruh membazir deh! :)

     
  • At June 24, 2007, Anonymous Anonymous said…

    selalu gak wat spagetti..ngan sos 'prego' dlm tin..ade tanda halal JAKIM..brand tu prego ke preggo?ke salah eja?

     
  • At June 24, 2007, Blogger yanglerni said…

    Allah hu Akbar...macam tula kalau makan kat hotel segala macam benda haram dia tarok...and kita bedal aje...

    Tapi kat rumah sendiri pun boleh tekena gak?... moral...jauhi barangan mat saleh...mostly semua harammm!!

     
  • At June 25, 2007, Blogger princessy said…

    mmm nasib bek x suka mkn spagetti...

     
  • At June 29, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Normally ada tana HALAL kan? Kena make sure lah lain kali..
    Kitarang yang kat oversea pun, kalau ada cap Vegetarians pun ada was was lagi sbb kekadang ada white wine lah red wine lah..

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...