Biadapnya Metro Kajang, Islam diperlekehkan dan dihina!
Penulis yang terus melayari laman web syarikat berkenaan pagi tadi di www.metrokajang. com.my mendapati memang kurang ajar Metro Kajang.
Apakah motif syarikat tersebut yang meletakkan prasyarat bahawa; 'mereka yang mengamalkan syariat Islam tidak perlu memohon jawatan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan?
Apakah Metro Kajang dilanda Islamphobia? Apakah barisan kepimpinan pengurusannya cuba mendiskriminasikan penganut agama Islam? Apakah Islam begitu lekeh sehingga wujud kenyataan sedemikian? Apakah Metro Kajang memiliki agenda tersendiri untuk memulakan sentimen agama di negara yang berbilang bangsa ini? Dan lebih menimbulkan syak, iklan tersebut bakal menempatkan calon yang berjaya kelak di Batang Berjuntai yang majoritinya dihuni oleh orang-orang Islam.
Pihak berkuasa perlu memantau perkembangan ini. Tindakan Metro Kajang dilihat sebagai satu provokasi untuk mencetuskan suasana Islamphobia di negara ini. Tindakan Metro Kajang dilihat seolah mahu membentuk dan menanam satu kefahaman di kalangan masyarakat, betapa jika anda beragama Islam anda sukar untuk bekerja. Anda tidak layak berkerja. Anda akan dipinggirkan. Atau lebih tepat lagi 'nyah orang-orang Islam, kami tak ingin anda dalam syarikat ini'.
Dan paling dibimbangi, fenomena ini akan diikuti oleh syarikat-syarikat lain. Akan wujud pandangan negatif dan tanggapan songsang masyarakat terhadap penganut agama Islam.
Penulis tidak mahu bercakap panjang; iklan syarikat tersebut jelas memperkatakan segalanya dan lebih malang lagi dalam carian penulis di laman mereka didapati terdapat tiga orang Ahli Lembaga Pengarahnya dari bangsa Melayu Islam.
Tidak pasti apakah mereka sememangnya ahli lembaga pengarah syarikat atau sekadar boneka dan menjadi tempelan di atas kertas untuk mengabui mata masyarakat dan pihak berkuasa.
Dan amat malang bagi umat Islam di negara ini, tidak cukup dengan gejala murtad, kini sudah wujud fenomena untuk memulaukan oleh golongan-golongan tertentu terhadap umat Islam dalam konteks ekonomi.
[Berikut adalah petikan iklan pekerjaan yang didapati daripada laman web Metro Kajang]
11. Accounts Executive (based in Batang Berjuntai, Selangor)
- You would have a Degree in Accounting or a professional accounting qualification from a recognized professional accounting body.
- Have a minimum of 4 years accounting experience preferably in a food manufacturing environment.
- Be able to handle a full set of accounts and is very familiar with cash flow and budget preparations.
- Able to work under pressure and to meet datelines.
- Possess own transport and is prepared work late at times.
- Ability to speak and read Mandarin will be an added advantage.
- Those in the Muslim faith need not apply.
- Male candidates preferred
Niezam_Phg says....
Sejak bila pula orang islam tak mampu menjadi seorang akauntan yang bagus??tak faham betul dengan motif company macam nie..mungkin anda tahu kenapa?so apa lagi tanggungjawab anda patut ke kita boikot je company macam nie.saya pun dah lama sangat tak berjalan ke metro kajang tu..tak der la keistimewaan apa apa pun..
Labels: renungan
5 Comments:
At June 23, 2007, Anonymous said…
Salam...
Wah..rajinnya dia update blog. good for you. nnt kita lepak2 yer...
At June 24, 2007, Anonymous said…
dia takut, orang islam tak berani tukar tukar angka untuk tujuan bayar tax kot.
hik hik.
tak tahu ke, orang kita sekarang pun lagi advance dalam menipu ni tau.
At June 24, 2007, Anonymous said…
xyah tulis pun xpe syarat tu..wat sakit ati jerk..ckp je chinese only..kan senang..bkn setakat syarat tu je..syarat2 kat atas tu pun dah wat org x lalu nak mintak keje tu..keje under pressure..dahsyat..4 tahun pengalaman lak tu..transport dah la sendiri..kalo ade claim xpe gak..tahapeapetah syarikat ni..gerenti lingkup la ko..
At June 24, 2007, yanglerni said…
erm...nak busybody skit
rasenye kan mesti nak kena handle babi ke apekan....
anyway...heheh...lingkup!!!
At July 02, 2007, Anonymous said…
sebenarnya kampeni ni dia nyer biz adalah memproses daging bab*...sebab tu dia tak benarkan org Islam apply. tapi tu la cha ya nun alif ni pun blur gak...tak bitau awal2 biz dia orang.
Post a Comment
<< Home