Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, August 30, 2007

Lagi kanak kanak hilang : NURIN




NAME : NURIN JAZLIN

AGE: 8

LAST SEEN AT WANGSA MAJU SECTION 1 PASAR MALAM ON 20TH AUGUST 2007


IF YOU HAVE ANY INFORMATION KINDLY CONTACT
019 - 366 7076 (JAZIMIN) /013 – 248 6651 (YAN)



Niezam Phg says..

Semoga kita sama sama dapat membantu mencari kanak kanak ini..insyallah

Labels:

Wednesday, August 29, 2007

wrong number

Please consider the enviroment before printing this email

Hello?"
"Hi honey, this is Daddy...is your Mummy near the phone?"
"No Daddy, she's upstairs in the bedroom with Uncle Frank,"

After a brief pause Daddy says,

"But you haven't got an Uncle Frank, honey!"
"Oh Yes I do, and he's upstairs in the bedroom with Mummy, right now!"
"Uh Okay then......here's what I want you do. Put down the phone, run upstairs and knock on the bedroom door and shout to Mommy and Uncle Frank that Daddy's car just
pulled up outside the house."
"Okay Daddy!"
A few minutes later the little girl comes back to the phone.
Well I did what you said, Daddy."
"And what happened?" he asks.

"Well, Mommy got all scared, jumped out of bed with no clothes on and ran around screaming, then she tripped over the rug and went flying out the front window and now she's all dead."
"Oh my God!!!!! And what about your Uncle Frank?"

"He jumped out of bed with no clothes on too and he was all scared and he jumped out the back window into the swimming pool..... but he must have forgot that last week
you took out all the water to clean it, so he hit the bottom of the
swimming pool and now he's all real dead too."

*** long pause ***
Then Daddy says, "Swimming pool????
Is this 555-7039?
"No! This is 555-7093" the little girl said.
"Oooooppppssss. ...sorry wrong number!"


Niezam Phg says..

OMG......hehe

Labels:

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada yang berkenaan,

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang
Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit
maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi
internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan
Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh
anjing dan babi.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan
huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah
tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang
banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA
MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM
SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH
ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI
KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN
MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram.
Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah,
dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya
setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit
pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan
Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung
pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan
Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di
Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang
yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang
terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat
menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat
serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan
dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada
perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar
yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan
isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan)
sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi
merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya
vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan
merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat
sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.
Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang
akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun,
bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,
adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat
pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan
pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-
penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada
tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat
juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel
yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis,
organ-organ dan sebagainya

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar
akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan
organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi
dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan
membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya
apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara
umumnya saya bersetuju dengan perkataan € '砫esensitization€ '?
yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut
kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak
sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan
tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang
dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek
pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5.
dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan € '?kumpulan ini
akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah
ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama
seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah
amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap
anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke
ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis
penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat,
gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah
gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam
subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan
saya, pelajar itu berkongsi gambar € '?gambar tersebut secara
umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau
sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang
mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan
babi yang dikategorikan sebagai najis € '砿ughollazoh€ '?
iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti
mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai
yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim
boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan
pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama
hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis € '砿ughollazaoh€ '?
tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila
kita menyentuh najis € '砿ughollazoh€ '?kita dikehendaki
menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang
telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan
air € '砿usta€ '瞞al€ '?(air yang bersih dan suci) sebanyak 6x.
Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya
bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu
yang merasakan € '眊eli€ '?atau jijik terhadap anjing dan babi.
Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada
ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak
daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses
menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak
dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun
telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi,
merasa kekok dan sedikit € '眊eli€ '?apabila kali pertama
memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat
anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana
tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut
ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat
bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses
mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya
diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat
hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh
anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu
berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut.
Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan
dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum
kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana
termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi
untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia
memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan
ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari
sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat
apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi
serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah
dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui
tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan
pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan
tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian
kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah
mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya
pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana
khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam
pula tidak perlu risau kerana najis ini € '硉idak berjangkit€ '?
maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah
membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih
belum menyamak tangannya, ia tidak € '砨erjangkit€ '?jika anda
bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa)
pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan
tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda
bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara
anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang
memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi.
Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis.
Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz
untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan
mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika
terdapat najis € '砿ughollazoh€ '?pada badan yang tidak
diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah
sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka
yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan -
persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti
bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda,
apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan
yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim
memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan
babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu
orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang
sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia
yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?

Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam,
dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak
mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira
perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang
kerjaya anda jika anda mencarinya€ 'ni kerana Islam itu adalah
cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang,
dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang
pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan
tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil
tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya
masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak
dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya
mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang
senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan
kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu
daripada soalannya adalah € '砵ika anda melihat seekor anjing
yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan
kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda€ '? Sebagai
seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu
jawapan yang menyatakan € '砊idak, kerana saya seorang Islam€ '?
Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita
perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan
sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya
Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya,
terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.

Wallahua€'瞝am

Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan,
memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan
dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada
lapanjuta@yahoo . co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua.

Terima kasih.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM

Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia



Niezam Phg says..

Saya tidak mahu mempertikaikan apa-apa berkaitan niat atau pun riaksi wajah pelajar2 itu ketika mengambil gambar yang dibangga banggakan sangat itu. saya cuma terfikir kenapa meraka tidak memakai sarung tangan???. dan cuma bimbang jika mereka malas menyamak. itu sahaja keprihatinan saya sebagai saudara seagama dengan mereka. soal mereka membuat praktikal dan sebagainya yang berkaitan dengan pendidikan mereka tidaklah menjadi kemaslahatan kepada diri saya kerana saya pun pernah berpengalaman menuntut di U jugak......anda pula bagaimana?

credit to arziana82@yahoo.com

Labels:

SEBELUM TIDUR

Berpesan antara kita....


(Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :


1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

2 . Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3 . Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahli,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah mati.



Niezam Phg says..

ermmm rasanya sebelum tido pekara yang kita biasa buat cek msg yang masuk..bila bangun tido nanti cek miss call yang dapat.......!!!!! semoga kita berubah..kepada yang lebih baik

credit to zalina@dnmc.biz

Labels:

Sunday, August 26, 2007

Bakal Doktor Haiwan.......muka cun tapi..

mesti sure 100% mak aku rejek kalau nak masuk pinang.....


















Niezam Phg says..

Saya cuba memikirkan gambar di atas itu dari sudut positifnya dan berbaik sangka dengan gadis gadis dalam gambar itu, dengan andaian mereka mengetahui hukum hakam agama. menyentuh khinzir atau anjing dalam keadaan salah satu basah memerlukan kita bersamak dengan air bercampur tanah sekali dan 7 kali air suci...mungkin pendidikan yang dihadapi dalam bidang pengajian mereka memerlukan mereka menyentuh binatang tersebut...tetapi jangan pula mereka malas menyamak kerana hukum tetap hukum...harap harapnya mereka tahu...

credit to ct@dynamic-intl.com.sg, baha@sumitomo-warehouse.com.sg

Labels:

UPGRADE FROM BOYFRIEND TO HUSBAND

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?


Signed,
Desperate Housewife


Reply:


Dear Desperate Housewife,

First keep in mind:

Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.

Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download
Tears 6.2 to install Guilt 3.0.

If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1.

Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wav files.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another
Boyfriend program. These are not supported applications and will crash
Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited
memory and cannot learn new applications quickly.

You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.

Good Luck,

IT Support




Niezam Phg says..

Hehehe..susah keja IT support mcm ni, tapi ada lawak yang sesuai untuk di fikirkan dengan mendalam....kalau anda kerja dalam IT mungkin anda agak familiar dgn term yang di gunakan....kalau tak susah skit...kira kalau payah paham tu anda punya RAM tak cukup laaa....nak kena upgrade lagi..hehehe

credit to ladylydya13@yahoo.com.sg

Labels:

Short sad story...

There was a blind girl who hated herself just because she was blind.
She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her.
She said that if she could only see the world, she would marry him.
One day, someone donated a pair of eyes to her and she could see.
Her boyfriend asked her, "Now that you can see the world, will you marry me?"
The girl was shocked when she saw that her boyfriend was also blind and refused to marry him.
Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her and said,

"Just take care of my eyes, dear."



Niezam_phg says.....

Huh sadis dan tragis kisah nie.....

credit to nur_sha83@yahoo.com

Labels:

Jaws [Not a film but Real Story]


















Niezam Phg says..

ngerinya. walaupun kat negara kita tiada ikan jaw tetapi di negara kita pula ada spesis lain yang sama bahayanya iaitu buaya. terutama di sungai rejang serawak yang telah banyak memakan korban setiap tahun...apa bila pertembungan manusia dan alam semula jadi berlaku, sesuatu akan terpaksa dikorbankan. tak dapat bayangkan kanak kanak dan guru guru di pendalaman serawak yang menggunakan pengangkutan sungai untuk ke sekolah setiap hari. Negara kita dah 50 tahun merdeka tetapi kesan kenikmatan pembangunan tidak menyeluruh dan dapat dirasai semua lapisan masyarakat.sesekali cuba kita bayangkan jika kitta berada dalam situasi mereka??????

credit to ladylydya13@yahoo.com.sg

Labels:

Wednesday, August 22, 2007

Mandilah kamu........

Assalamualaikum,

Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tan ah perkuburan untuk disempurnakan pengkembumiannya.

Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali.Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut.Apabila sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.

Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat dikebumikan.Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau bina tan g tersebut tapi hampa malah bina tan g itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar ba tan g kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap di gali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan.Alangkah terkejutnya mereka apabila di dapati bina tan g ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu.

Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut.Bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tan ah perkuburan itu.

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya?Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan 'mandihadas'setiap kali selepas melakukan persetubuhan.

Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/Besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka.Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam.Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tetapi ketahu ilah azabnya tidak kurang pedih dan kalau hendak merasa... sila-silakanlah..

Wassalam.


NiezamPhg says..

Macam cerita yang selalu kita baca kat mastika.apa pun yang buruk jadikan sempadan


credit to pristana5213@yahoo.com

Labels:

Wednesday, August 15, 2007

NEGARA KUKU !!!



negaraku, negarakuku (kuku dlm bahasa cina maksud 'zakar')
aku cinta negaraku, ada negara ada keluarga,
ada keluarga baru ada aku, berdiri di sini nyanyi kuat padamu, kau jangan takut...
walaupun setiap kali aku cakap kesat, tapi kata2 aku penuh duri (sindiran) macam durian,
cuma samada kau boleh bukak durian dan lihat isi sebenar ke tak...
isi boleh jadi busuk, jugak boleh jadi wangi, cuma bergantung ape jenis hidung yang kau ada,
polis kitorang panggil MATA (dlm kantonis maksud polis), sebab mata diaorang sangat cilik,
masa Raya sampai, diaorang akan bertungkus rumus, wlaupun diaorg pegang pen tapi jarang bukak bill (saman),
sebab diaorg kata tekak dahaga, perlu belanja minum teh
ataupun kopi-O, tanya kau nak tambah gula (duit rasuah) tak, kalo tambah gula mulut diaorg pun senyum manis,
masa kau pergi dari situ, diaorg (polis) berucap 'tata' selamat tinggal kat kau...
Negaraku, tanah tumpahnya darahku, rakyat hidup, bersatu dan maju (bakcup vocal: negaraku, negarakuku). .

rangkap baru:

fenomena begini, tak perlu diubah. tak perlu dikuatkuasa, sebab secawan kopi (rasuah) selesai semua masalah...
aku suka, sekurang2 balik rumah tak kene bayar saman,
kalo tak ayahku pasti maki hamun, pasti tak bagi kereta kat aku,
kali nih teruk lah... tak ada kereta kuar jalan2, tak boleh buat sex dgn teman wanita dalam keretalah.. tak ada kereta macam mane aku nak tengok pondan,
negara nih, aku sangat suka.
pagi pukul 5, ade morning call (Azan subuh) kejut aku bangun,
kekadang beberapa (masjid) nyanyi (azan) sama2,
dengar macam tengah syok berduet,
bunyi (suara azan) bertukar2 macam nyanyi R&B,
walaupun diaorg kekadang nyanyi sampai lari nada,
ataupun kekadang sampai pecah tekak,
ade jenis suara (azan) teruk macam ayam jantan, tapi bangun lebih awal daripada ayam biasa,
macam nih, barulah boleh aku bangun dan pergi kerja atau bersekolah,
tak perlu hairan, sebab kerajaan hanya tahu jaga bumiputra,
tak perlu hairan, sebab kite memang tak dilayan adil,
macam nih baru boleh buktikan kitorang cina sanggup keje keras,
macam nih baru boleh buktikan kitorang boleh berjaya,
jangan ingatkan kitorang pelik, sebab kitorang akan jadi terer,
tak ade budak yg dimanja dan tak perlu bergantung kat orang lain,
kalo tak kenapa ade orang (bumiputra) tak putus2 susu ibu lagi,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan...
raja kita, selamat bertakhta,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan...
raja kita, selamat bertakhta.

rangkap baru:

org yg keje dgn kerajaan lagi terer,
diaorg boleh keje dgn perlahan2,
sampai org beratur berurusan pun marah2,
tapi hati diaorg (pekerja kerajaan) masih tenang ceria,
sampai sempat menjamu kuih kekadang,
diaorg (pekerja kerajaan) makan kuih nyonya diaorg, org lain masih beratur,
smpai org lain marah2 pun tak pe,

sebab pak guard kat dalam pun sempat tidur lagi,
dia takkan peduli kau punya laaa...
diaorg (muslimat) bungkus kepala (pakai tudung), jalan perlahan2, lintas jalan pun perlahan2,
kalo kau tgh bawak kereta pun kene beri laluan kat diaorg nih,
yg penting, hidup ceria hidup senang,
jangan mcm org cina, selalu keje keras...lebih susah.
semangat nih kitorang (org cina) tak boleh mengalah,
sebab nih mmg dah jadi sikap diaorg (melayu) (backup vocal: sikap, sikap)
lagu aku nih, aku cakap benar tau,
aku percaya org2 yg benci aku pasti suka lagu nih,
dunia aman, penuh harapan,
tiada org mati, tiada luka,
kau(melayu) taraf tinggi, kau anggun,
tahi wangi, takkan marah kesat punya,
korang paling high class, korang dengar lagu Guang Liang (penyanyi cina tempatan),
tapi dia (Guang Liang) pun dah lari ke taiwan...
lepas org bukan bumiputra habis sekolah menengah,
nak masuk universiti local pun susah,
sebenarnya perkara nih kitorang (bukan bumiputra) tak perlu benci,
sbb ini merupakan rancangan kerajaan yg berjasa,
diaorg (kerajaan) nak kita kuar negara cari rezki dan harapan,
lepas habis belajar bolehlah balik ke malaysia utk berbalas jasa,
rancangan nih mmg bagus sampai tak terkata,
kat dunia merata org lain pun jumpe kite,
macamlah kita nih org perlarian,
tahun 2007 malaysia nak promosi negara,
tapi nak guna budaya cina utk promote,
kat belakang, budak2 cina skolah menengah pun tak dipedulikan,
sijil kitorang bolehlah buang kat longkang, mcm aku lah...
lepas abis belajar nak sambung kat taiwan,
bila dah belajar benda baru bolehlah balik ke malaysia utk berbalas jasa,
aku main gitar tepi jalan Taipei,
tapi mulut aku, masih nyanyi lagu nih:
rahmat bahagia, tuhan kurniakan
raja kita, selamat bertakhta... .....oh






Niezam Phg says..

Tiada MAAF untuk orang yang menghina negara dan bangsa. patut di buang jer warga negara budak ni tak pun ISA kan 2 tahun. atau biar dia duduk kat taiwan tu terus.


credit to nur_sha83@yahoo.com

Labels:

Sunday, August 12, 2007

Al Fatihah buat Tony Kassim






Niezam Phg says..

Beliau merupakan pelakon zaman seangkatan dengan P Ramlee dan kalau tak silap menjadi jurulatih di Akademi Laut Malaysia [ALAM] di Melaka. semoga rohnya di cucuri rahmat....AL FATIHAH

Labels:

Tragedy at Hutan Rompin, Pahang [dulu dulu]







On 16 April 2001 at 6:56 pm . A Form 4 student found swallowed by a big snake (10 meters long), whose went camping with the group of other student from the school. The real story was covered by Pahang's government.

Those who are planning to go for camping, please be carefully.


Niezam Phg says..

Huh! besarnya ular tu....sungguh mengerikan....kat dalam kubur nanti lagi besar menunggu kita kalau tak sembahyang kat atas dunia nie.....huh!....

credit to pristana5213@yahoo.com

Labels:

Rare Image Inside Holy - Ka'baa








Niezam Phg says..

Rasa sangat bertuah kerana walau pun tidak berpeluang ke tanah suci mekah tetapi di berikan peluang untuk melihat gambar yang jarang jarang di lihat manusia...[ bukan semua orang yang menunaikan haji pun dapat masuk ke dalam kaabah ] sekadar berkongsi rasa kebertuahan tersebut dengan pengunjung yang lain..

Labels:

Saturday, August 11, 2007

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."




Niezam Phg says..

kalau kita mampu berdiri tegak untuk menghormati lagu negaraku tiada sebab kenapa kita tidak boleh berdiam diri untuk menghormati ketika azan berkumandang...semoga lidah kita tidak kelu ketika sampai masanya untuk kita terpaksa mengucapkan kalimah yang agung itu satu masa yang pasti nanti.....insyallah


credit to Shaliza_Shariff@amway.com

Labels:

Thursday, August 09, 2007

Masjid Ijede, Lagos, Nigeria

[ bantuan anda di perlukan . dan tangan kanan memberi tanpa pengetahuan tangan kiri]


Assalamualaikum semua,

Mungkin ada yang masih mengenali dan juga mungkin ada yang sudah terlupa nama saya. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan semua nama saya ialah Ros Saidi bin Abdul Rahman, daripada Asset Dynamics Asia Sdn Bhd.

Sekarang ini saya berada di Lagos, Nigeria untuk Reliability Centred Maintenance
(RCM) project dengan salah satu Independent Power Producer (IPP) di Nigeria. Saya insyallah akan pulang ke Malaysia pada 12 Aug 2007 dan kembali semula ke Lagos pada 1 Sept 2007.

Baru-baru ini saya telah menunaikan solat Jumaat disalah satu masjid berdekatan dengan tempat kerja, Masjid Ijede. Masjid ini telah mula dibina sejak 1964 tetapi malangnya sehingga sekarang masjid ini masih belum dapat disiapkan kerana masalah kewangan. Memandangkan saya hanya orang asing yang berjemaah masa itu, saya menjadi perhatian dan imam mengumumkan dalam khutbahnya untuk berjabat tangan dengan saya. Selepas solat, saya berjumpa dengan imam ditemani oleh rakan sekerja. Rakar Sekerja saya En Mansour merupakan salah seorang AJK masjid tersebut. Saya berjanji dengan Imam tersebut untuk cuba mendapatkan bantuan kewangan semasa pulang ke Malaysia
dan beliau sungguh gembira kerana berharap bantuan tersebut dapat membantu
menyiapkan masjid tersebut.

Tujuan saya menghantar email ini ialah untuk memohon derma daripada tuan-tuan dan puan-puan semua. Derma ini akan saya serahkan kepada AJK Masjid untuk membantu mereka menyiapkan masjid tersebut bila saya datang menyambungkan tugas di Lagos pada 1 Sept 2007. Saya merasa sedih bila berjemaah disitu kerana kawasan sekeliling masjid "literally" dipenuhi dengan gereja. Setiap ceruk kita akan jumpa gereja dan gereja-gereja ini sempurna binaannya.

Untuk pengetahuan semua, penduduk Islam di Ijede lebih kurang 20,000 (30% daripada jumpah penduduk). Walaupun bilangannya agak ramai tetapi tahap ekonomi mereka amat menyedihkan. Kebanyakkannya makan pagi kasi pagi makan petang kais petang. Menurut En Mansour, antara cabaran besar masyarakat Islam di Nigeria ialah kekuatan pengaruh Kristian memurtadkan penduduk Islam. Untuk menangani masalah tersebut, pihak masjid Ijede membuat majlis dakwah dengan memberi bimbingan dan bantuan kepada penduduk-penduduk sekitar setiap hari Rabu dan Sabtu.

Disertakan sama dalam email ini gambar-gambar masjid Ijede yang saya rakamkan pada 3 Aug 2007 untuk renungan kalian semua. Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan bantuan kewangan menyiapkan masjid Ijede, anda boleh membuat bantuan melalui Maybank akaun saya. Saya bukan memungut derma secara profesional jadi saya tiada akaun khusus untuk derma masjid ini. Oleh itu kepada sesiapa yang menghulurkan bantuan, saya minta kalian boleh email/telefon saya nama dan jumlah yang didermakan. Ini akan memudahkan saya mengetahui jumlah yang didermakan dan akan menyampaikan
jumlah tersebut kepada AJK Masjid Ijede.












Email address: rossaidi@assetdynamicsasia.com.

Butir-butir akaun saya:

Nama: Ros Saidi bin Abdul Rahman
IC: 670708-07-5001
Bank : Maybank, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Akaun : Current Alwadiah
No Akaun: 564070336109

Tarikh akhir derma diterima : 29th Aug 2007 (ini akan memberi saya masa untuk mengira dan menukar wang tersebut ke USD) Kepada sesiapa yang ingin menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masjid ini, kalian boleh tel 0123702940 (selepas 13th Aug dan sebelum 31 Aug).
Alamat kediaman No 12, Jalan Pualam 7/32, Section 7, 40000
Shah Alam, Selangor

P/S: Tolong sebarkan supaya kita dapat membantu muslim yang memerlukan bantuan. Insyallah bantuan kalian akan diberkati Allah SWT.

Wassalam

Ros Saidi Abdul Rahman
Asset Dynamics Asia Sdn Bhd
Tel:+603 2039 4751
Fax:+603 2031 8359
Mobile: +6012 370 2940



Niezam Phg says..

Saya merasa terpanggil untuk berkongsi hebahan ini dengan rakan pengunjung sekalian. jika anda mempunya kemampuan silalah membantu kerana setiap orang islam itu adalah bersaudara dan sayangilah saudara mu seperti kamu menyayangi dirimu sendiri. ketika saudara kita memerlukan bantuan inilah adalah peluang kita untuk memberikan sedikit bantuan. saya tidak merasakan ianya satu penipuan dan saya sendiri akan cuba berhubung dengan encik ros saidi untuk keterangan lanjut,anda juga boleh berbuat demikian.[ lagi pun tak ada orang normal yang nak menipu letak alamat rumah dan no telefon bagai...kalau setakat letak no akaun bank jer tu mungkinlah masalah sikit ] jadi orang ini berani kerana benar dan kita kena menghargai keikhlasan dan keluhurannya untuk membantu saudara seagama kita di negeria itu...

dan ini adalah satu bentuk peluang jika kita diberikan kekuatan untuk berjihad dengan cara yang sepatutnya kerana menegakkan agama yang suci ini dan ketika memberikan sumbangan itu niatkanlah dan berdoa supaya sumbangan kita itu sampai dan dapat di gunakan untuk tujuan kebaikan dan saya pasti pahala akan dibalas atas setiap niat dan kebaikan yang kita lakukan.....insyallah..jika hari ini kita permudahkan kesulitan orang lain semoga di padang mahsyar nanti Allah permudahkan pula urusan kita....di waktu matahari sejengkal sahaja dari kepala...bayangkan sajalah

credit toShaliza_Shariff@amway.com

Labels:

Al kisah seorang yang jujur.

Terkezzzuuuut...


Tersebut la kisah di sebuah negara Indra Putra Putri Mahkota ( bukan nama sebenar ) seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang bernama PUTRI SIPERASAN AYU...

Diriwayat kan lagi bahawa Si Putri nie sungguh jelitawan sehinggakan Siti Nurhaliza pun jelous terkucir melihat kecantikan nyer...

Dijadikan cerita, Sang Raja ingin mencari jodoh untuk Sang Putrinya kerana disebabkan kecantikannya itu Sang Putri tidak mempunyai pasangan hidup, sebab sang laki-laki di negara itu terasa rendah diri untuk masuk memperisterikan Sang Putri
malahan putera-putera dari negara jiran juga turut berasa sedemikian rupa.

Disebabkan Sang Raja ingin Si Puteri itu berkahwin untuk menyambung zuriat keluarga maka Raja tadi telah menghimpunkan seluruh rakyatnyer (lelaki sahaja ) serta beberapa Putera jemputan lain datang kesebuah tasik yang bernama Tasik Sri Sintoq
sang tasik Guthri di negaranya yang mana tasik itu dipenuhi buaya-buaya yang ganaz-ganaz dan sedikit ikan keli didalamnyer.

Dikatakan juga kumpulan WESTLIFE juga turut hadir untuk memenuhi jemputan Sang Raja berkenaan dan untuk mencuba nasib gak...

Kesemua jemputan dikehendaki mengelilingi tasik berkenaan dan disebabkan kehadiran yang ramai maka keadaan ditempat kejadian menjadi sesak sehinggakan ada semut yang mati terpijak... Sang Raja pun membuat pengumuman kepada semua tetamu yang hadir..

kata Raja.. wahai rakyat ku sekalian dan putera-putera jemputan juga pada kumpulan Westlife, andai kata ada dikalangan kamu yang boleh menyeberangi tasik yang dipenuhi buaya-buaya yang ganazzz ini akan beta kahwinkan Puteri beta yang cantik rupawan
ini dengan lelaki tersebut... Maka Raja tadi memperagakan Sang Puteri untuk tontonan umum 21 tahun keatas dan diklasifikasikan sebagai (21sx?).. maka kesemua yang hadir berlelehan ayaq lioq depa melihat kecantikan Puteri tersebut..

Belum pun Raja habis bebicara tiba... burzzzz.. seseorang telah terjun ke dalam tasik dan kelihatan sungguh pantas berenang ke seberang sehinggakan mencatat masa terpantas yg tidak akan dapat dipecahkan rekod kelajuan renangnya oleh sapa-sapa pun
hatta watson nyambek sendiri yg melakukannya...

Semua yang hadir terpegun, terkaku, kagum dan cemasss sehinga tak dapat diungkapkan dengan kata-kata...raja tersenyum bangga melihat keberanian jejaka itu...

Yang tambah membanggakan semua yang hadir dan menyebabkan semua yang hadir menggigit jari ialah KEBERJAYAAN sang lelaki itu sampai keseberang dengan salamatnyer...

Maka Sang Raja pun mendapatkan lelaki itu dan bertitah... "Wahai jejaka yang gagah perkasa, akan ku kotakan janjiku untuk menunaikan permintaan mu, apakah keberanian yang kau tunjukkan tadi itu hinggakan belum habis beta berbicara kamu telah terjun ke dalam tasik itu semata-mata kerana putriku?", kata Sang Raja..

Jejaka tadi pun bersuara dengan muka yang pucat dan dengan nada suara yang penat bercampur marah..." TIDAK TUANKU..."

(berhenti seketika tercungap-cungap kepenatan), dan dengan nada yang marah sesangat si jejaka tadi menyambung percakapannya...

"SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPA YANG MENOLAK HAMBA KEDALAM TASIK TADI SEMASA HAMBA MASIH MENDENGAR TITAH TUANKU..."



Niezam Phg says..

hehehehe.... ada gak yang jujur macam tu yek..wujud ke manusia sejujur itu di zaman sekarang nie?. apa pun kisah di atas itu tiada kaitan sama yang hidup atau yang telah tiada...semoga kisah in mampu membuat anda tersenyum seketika dan melupa masalah masalah rumah tangga dan masalah opis anda.....walau pun untuk sedetik waktu

Labels:

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH

Assalam Mu'alaikum WBT! Dan Salam Sejahtera!

Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi .

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Solat!! !

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan solat , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.



NiezamPhg says..

Ada sesiapa dari dari bidang perubatan yang boleh menerangkan kebenaran pekara ini.sangat menarik untuk berkongsi jika pekara ini benar seperti di kata... maklumlah kat internet ni berbagai perkara yang kita temui dan perlu diselidiki dahulu untuk diterima sepenuhnya...

Labels: ,

U would never understand me...

1. Understand:
If you understand, say "understand". If you don't understand, say "don't understand". But if you understand and say "don't understand". How do I understand that you understand? Understand!

2. Wish:
I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish.

3. Sound:
Sounding by sound is a sound method of sounding sounds.


4. See sea
A sailor went to sea to see, what he could see. And all he could see was sea, sea, sea.


5. People
Purple Paper People, Purple Paper People, Purple Paper People


6. Watch the witch
If two witches were watching two watches, which witch would watch which watch?


7. Thought
I thought a thought. But the thought I thought wasn't the thought I thought I thought. If the thought I thought I thought had been the thought I thought, I wouldn't have thought so much.


8. Fellow
Once a fellow met a fellow In a field of beans. Said a fellow to a fellow, "If a fellow asks a fellow, Can a fellow tell a fellow What a fellow means?"


9. Inside outside
Mr. Inside went over to see Mr. Outside. Mr. Inside stood outside and called to Mr. Outside inside. Mr. Outside answered Mr. Inside from inside and Told Mr. Inside to come inside. Mr. Inside said "NO", and told Mr. Outside to come outside. Mr. Outside and Mr. Inside argued from inside and outside about going outside or coming inside. Finally, Mr. Outside coaxed Mr. Inside to come inside, and then both Mr. Outside and Mr. Inside went outside to the riverside.


10. Shells
SHE SELLS SEA SHELLS ON THE SEA SHORE , BUT THE SEA SHELLS THAT SHE SELLS, ON THE SEA SHORE ARE NOT THE REAL ONES

11. Inn
The owner of the inside inn was inside his inside inn with his inside outside his inside inn.


12. Doctor
If one doctor doctors another doctor does the doctor who doctors the doctor doctor the doctor the way the doctor he is doctoring doctors? Or does the doctor doctor the way the doctor who doctors doctors?
"When a doctor falls ill another doctor doctor's the doctor. Does the doctor doctoring the doctor doctor the doctor in his own way or does the doctor doctoring the doctor doctors the doctor in the doctor's way"

13. Sun
We surely shall see the sun shine shortly. Whether the weather be fine, Or whether the weather be not, Whether the weather be cold Or whether the weather be hot, We'll weather the weather Whatever the weather, Whether we like it or not. Watch? Whether the weather is hot. Whether the weather is cold. Whether the weather is either or not. It is whether we like it or not.


14. Nice
Nine nice night nurses nursing nicely.


15. Fly
A flea and a fly in a flue Said the fly "Oh what should we do" Said the flea" Let us fly Said the fly" Let us flee" So they flew through a flaw in the flue


16. Tongue twister
If you tell Tom to tell a tongue-twister his tongue will be twisted as tongue-twister twists tongues.


17. S...
Mr. See owned a saw. And Mr. Soar owned a seesaw. Now See's saw sawed Soar's seesaw Before Soar saw See, Which made Soar sore. Had Soar seen See's saw Before See sawed Soar's seesaw; See's saw would not have sawed Soar's seesaw. So See's saw sawed Soar's seesaw. But it was sad to see Soar so sore Just because See's saw sawed Soar's seesaw


Niezam Phg says..

Teringat masa kecik kecik dulu cikgu BI suruh baca benda mcm kat atas tu lah..naik bebelit lidah bila ejaan dia hampir sama dan bunyi pun hampir sama tetapi membawa maksud yang berlainan. hmmm sangat tapi baik untuk latihan mulut.. so panggil rakan sebelah dan bacakan dengan kuat lepas tu suruh kawan anda teka apa yang anda sebut. jika dia tak paham hanya ada dua kemungkinan sahaja:

samaaada anda salah sebut atau pendengaran kawan anda bermasalah!!.....

Labels:

Tuesday, August 07, 2007

kalaulah mereka tahu berbahasa melayu...

iklan pasal nama tabung dari sebuah bank di Taiwan





Niezam Phg says.....

Jika mereka boleh berbahasa melayu tentunya mereka akan tertawa kemalu-maluan.....hehehehe


credit to lamenina_doce@yahoo.co.uk

Please forward to all local staffs FW: MAY BANK ATM FRAUD

Maybank Account Holder Please Read...

Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be
careful when withdrawing money through ATM machine,


1. For the first time when you enter the right pin number, a message
"invalid pin number" pops up.


2. Then, when you enter your pin number for the second time, a
message "invalid pin number, please call this number "xxx-xxxx" pops up.


3. If you call this number, you will lose all your money.

NOTE : if you encounter the above matter, please DO NOT call the
number. One of victim just lost RM 700.00 on last Sunday and Maybank checked
his

last transaction was on that day itself even though he did not
withdraw any money. Please forward this to your friends.


Best Regards,
Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing
Menara Maybank


Niezam Phg says..

tak tahulah sejauh mana kebenarannya.takkanlah semudah itu orang menyedut duit kita dari dalam bank.lagi pun setiap bank mempunyai sistem sekuriti berlapis tersendiri...mungkin pembaca ada pandangan tersendiri mengenai sejauh mana kebenaran pekara ini.pada pendapat saya ia agak sukar walau pun mencapai tahap tidak mustahil sebab kad kredit pun bleh diklon..manusia pun bleh diklon tetapi menyedut wang dari ATM...entahlah

Labels:

Harun Din Tumpaskan Mubaligh Angkuh

Oleh ben moktar si petik dari majalah mastika.

" Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa diruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih.Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasaramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja.Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai duabulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satusiaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik.Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 .

Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedangberlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr.Haron Din.Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islambukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah,dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangantersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu membericeramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajarbertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segalakebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannyaialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang,mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaanmarah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! TakkanTuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikanyang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan olehorang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernahdilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidakditerima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jikabegitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. LelakiIndia itu akhirnya bertekad untuk ber-jumpa dengan Haron Din. Dia inginberdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulamamengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuhperasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi iadilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidakpeduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencarijalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendamniat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorangpelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelakiitu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaandi Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaantersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula.Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambilmemegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentangbab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpadengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memangbetul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam ForumPerdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapabulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi.Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapabulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikanoleh ulama tersebut.Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepasitu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulamatersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, carapenyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-babsyirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenaiIslam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hatilelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonyamasih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malamitu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untukmengajak ulama itu berdebat dengannya.
Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan HaronDin. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsiburuknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yangada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa denganHaron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebutdalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untukmengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akanterus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentangIslam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliahHaron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakinlama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam.Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din danmengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadisebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampirhatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitusahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itubertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebihmendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaantersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macamsoalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya danmemeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga samaseperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanyaamalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islamtidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islamtidak berapa lama dulu.
Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkansaudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seoranghamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, bajadan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

" Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat sepertimana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudianbila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah.Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukanapa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikandan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain,contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti,Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semuaamalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"
Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din ataspertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiaphujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudahdipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpasedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan olehHaron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam.Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepasitu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataanseperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidakpuas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itusaya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islamberfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Sayamendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menontonrancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."

"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu.Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puashati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadipenyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,"jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalamcerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di MasjidNegeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya diamendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untukmemeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebatdan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadapkenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, egosaya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yanglayak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.
Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadapagamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yangdianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat disekitar ibu kota . Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati,lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhanyang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya,apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yangdiajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yangberasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinyasering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malahtimbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar didalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya,termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar,saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengarceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekaligus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkinitulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, darihari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya,kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak diatas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengarada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggupkeluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalamanyang saya lalui sebelum ini.
"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allahanugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat,sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yangbertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

[ sebahagian dari catatan penulis terpaksa di delete kerana menyinggung sensitiviti sesetengah pihak. harap maklum ]


Niezam Phg says..

Sebuah kisah yang sangat menggetarkan hati dan diri saya yang membuatkan saya memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Illahi kerana saya lahir, lahir saja telah berada didalam agama suci ini. tanpa perlu melalui susah payah dalam pencarian sebuah HIDAYAH. semoga saya tetap dan menghargai RAHMAT ilahi tersebut dengan berusaha seupaya mungkin menjadi seorang hamba Allah yang beriman selagi hayat dikandung badan.....

Labels: ,

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...