Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, August 09, 2007

Masjid Ijede, Lagos, Nigeria

[ bantuan anda di perlukan . dan tangan kanan memberi tanpa pengetahuan tangan kiri]


Assalamualaikum semua,

Mungkin ada yang masih mengenali dan juga mungkin ada yang sudah terlupa nama saya. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan semua nama saya ialah Ros Saidi bin Abdul Rahman, daripada Asset Dynamics Asia Sdn Bhd.

Sekarang ini saya berada di Lagos, Nigeria untuk Reliability Centred Maintenance
(RCM) project dengan salah satu Independent Power Producer (IPP) di Nigeria. Saya insyallah akan pulang ke Malaysia pada 12 Aug 2007 dan kembali semula ke Lagos pada 1 Sept 2007.

Baru-baru ini saya telah menunaikan solat Jumaat disalah satu masjid berdekatan dengan tempat kerja, Masjid Ijede. Masjid ini telah mula dibina sejak 1964 tetapi malangnya sehingga sekarang masjid ini masih belum dapat disiapkan kerana masalah kewangan. Memandangkan saya hanya orang asing yang berjemaah masa itu, saya menjadi perhatian dan imam mengumumkan dalam khutbahnya untuk berjabat tangan dengan saya. Selepas solat, saya berjumpa dengan imam ditemani oleh rakan sekerja. Rakar Sekerja saya En Mansour merupakan salah seorang AJK masjid tersebut. Saya berjanji dengan Imam tersebut untuk cuba mendapatkan bantuan kewangan semasa pulang ke Malaysia
dan beliau sungguh gembira kerana berharap bantuan tersebut dapat membantu
menyiapkan masjid tersebut.

Tujuan saya menghantar email ini ialah untuk memohon derma daripada tuan-tuan dan puan-puan semua. Derma ini akan saya serahkan kepada AJK Masjid untuk membantu mereka menyiapkan masjid tersebut bila saya datang menyambungkan tugas di Lagos pada 1 Sept 2007. Saya merasa sedih bila berjemaah disitu kerana kawasan sekeliling masjid "literally" dipenuhi dengan gereja. Setiap ceruk kita akan jumpa gereja dan gereja-gereja ini sempurna binaannya.

Untuk pengetahuan semua, penduduk Islam di Ijede lebih kurang 20,000 (30% daripada jumpah penduduk). Walaupun bilangannya agak ramai tetapi tahap ekonomi mereka amat menyedihkan. Kebanyakkannya makan pagi kasi pagi makan petang kais petang. Menurut En Mansour, antara cabaran besar masyarakat Islam di Nigeria ialah kekuatan pengaruh Kristian memurtadkan penduduk Islam. Untuk menangani masalah tersebut, pihak masjid Ijede membuat majlis dakwah dengan memberi bimbingan dan bantuan kepada penduduk-penduduk sekitar setiap hari Rabu dan Sabtu.

Disertakan sama dalam email ini gambar-gambar masjid Ijede yang saya rakamkan pada 3 Aug 2007 untuk renungan kalian semua. Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan bantuan kewangan menyiapkan masjid Ijede, anda boleh membuat bantuan melalui Maybank akaun saya. Saya bukan memungut derma secara profesional jadi saya tiada akaun khusus untuk derma masjid ini. Oleh itu kepada sesiapa yang menghulurkan bantuan, saya minta kalian boleh email/telefon saya nama dan jumlah yang didermakan. Ini akan memudahkan saya mengetahui jumlah yang didermakan dan akan menyampaikan
jumlah tersebut kepada AJK Masjid Ijede.












Email address: rossaidi@assetdynamicsasia.com.

Butir-butir akaun saya:

Nama: Ros Saidi bin Abdul Rahman
IC: 670708-07-5001
Bank : Maybank, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Akaun : Current Alwadiah
No Akaun: 564070336109

Tarikh akhir derma diterima : 29th Aug 2007 (ini akan memberi saya masa untuk mengira dan menukar wang tersebut ke USD) Kepada sesiapa yang ingin menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masjid ini, kalian boleh tel 0123702940 (selepas 13th Aug dan sebelum 31 Aug).
Alamat kediaman No 12, Jalan Pualam 7/32, Section 7, 40000
Shah Alam, Selangor

P/S: Tolong sebarkan supaya kita dapat membantu muslim yang memerlukan bantuan. Insyallah bantuan kalian akan diberkati Allah SWT.

Wassalam

Ros Saidi Abdul Rahman
Asset Dynamics Asia Sdn Bhd
Tel:+603 2039 4751
Fax:+603 2031 8359
Mobile: +6012 370 2940



Niezam Phg says..

Saya merasa terpanggil untuk berkongsi hebahan ini dengan rakan pengunjung sekalian. jika anda mempunya kemampuan silalah membantu kerana setiap orang islam itu adalah bersaudara dan sayangilah saudara mu seperti kamu menyayangi dirimu sendiri. ketika saudara kita memerlukan bantuan inilah adalah peluang kita untuk memberikan sedikit bantuan. saya tidak merasakan ianya satu penipuan dan saya sendiri akan cuba berhubung dengan encik ros saidi untuk keterangan lanjut,anda juga boleh berbuat demikian.[ lagi pun tak ada orang normal yang nak menipu letak alamat rumah dan no telefon bagai...kalau setakat letak no akaun bank jer tu mungkinlah masalah sikit ] jadi orang ini berani kerana benar dan kita kena menghargai keikhlasan dan keluhurannya untuk membantu saudara seagama kita di negeria itu...

dan ini adalah satu bentuk peluang jika kita diberikan kekuatan untuk berjihad dengan cara yang sepatutnya kerana menegakkan agama yang suci ini dan ketika memberikan sumbangan itu niatkanlah dan berdoa supaya sumbangan kita itu sampai dan dapat di gunakan untuk tujuan kebaikan dan saya pasti pahala akan dibalas atas setiap niat dan kebaikan yang kita lakukan.....insyallah..jika hari ini kita permudahkan kesulitan orang lain semoga di padang mahsyar nanti Allah permudahkan pula urusan kita....di waktu matahari sejengkal sahaja dari kepala...bayangkan sajalah

credit toShaliza_Shariff@amway.com

Labels:

1 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...