Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, August 09, 2007

Al kisah seorang yang jujur.

Terkezzzuuuut...


Tersebut la kisah di sebuah negara Indra Putra Putri Mahkota ( bukan nama sebenar ) seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang bernama PUTRI SIPERASAN AYU...

Diriwayat kan lagi bahawa Si Putri nie sungguh jelitawan sehinggakan Siti Nurhaliza pun jelous terkucir melihat kecantikan nyer...

Dijadikan cerita, Sang Raja ingin mencari jodoh untuk Sang Putrinya kerana disebabkan kecantikannya itu Sang Putri tidak mempunyai pasangan hidup, sebab sang laki-laki di negara itu terasa rendah diri untuk masuk memperisterikan Sang Putri
malahan putera-putera dari negara jiran juga turut berasa sedemikian rupa.

Disebabkan Sang Raja ingin Si Puteri itu berkahwin untuk menyambung zuriat keluarga maka Raja tadi telah menghimpunkan seluruh rakyatnyer (lelaki sahaja ) serta beberapa Putera jemputan lain datang kesebuah tasik yang bernama Tasik Sri Sintoq
sang tasik Guthri di negaranya yang mana tasik itu dipenuhi buaya-buaya yang ganaz-ganaz dan sedikit ikan keli didalamnyer.

Dikatakan juga kumpulan WESTLIFE juga turut hadir untuk memenuhi jemputan Sang Raja berkenaan dan untuk mencuba nasib gak...

Kesemua jemputan dikehendaki mengelilingi tasik berkenaan dan disebabkan kehadiran yang ramai maka keadaan ditempat kejadian menjadi sesak sehinggakan ada semut yang mati terpijak... Sang Raja pun membuat pengumuman kepada semua tetamu yang hadir..

kata Raja.. wahai rakyat ku sekalian dan putera-putera jemputan juga pada kumpulan Westlife, andai kata ada dikalangan kamu yang boleh menyeberangi tasik yang dipenuhi buaya-buaya yang ganazzz ini akan beta kahwinkan Puteri beta yang cantik rupawan
ini dengan lelaki tersebut... Maka Raja tadi memperagakan Sang Puteri untuk tontonan umum 21 tahun keatas dan diklasifikasikan sebagai (21sx?).. maka kesemua yang hadir berlelehan ayaq lioq depa melihat kecantikan Puteri tersebut..

Belum pun Raja habis bebicara tiba... burzzzz.. seseorang telah terjun ke dalam tasik dan kelihatan sungguh pantas berenang ke seberang sehinggakan mencatat masa terpantas yg tidak akan dapat dipecahkan rekod kelajuan renangnya oleh sapa-sapa pun
hatta watson nyambek sendiri yg melakukannya...

Semua yang hadir terpegun, terkaku, kagum dan cemasss sehinga tak dapat diungkapkan dengan kata-kata...raja tersenyum bangga melihat keberanian jejaka itu...

Yang tambah membanggakan semua yang hadir dan menyebabkan semua yang hadir menggigit jari ialah KEBERJAYAAN sang lelaki itu sampai keseberang dengan salamatnyer...

Maka Sang Raja pun mendapatkan lelaki itu dan bertitah... "Wahai jejaka yang gagah perkasa, akan ku kotakan janjiku untuk menunaikan permintaan mu, apakah keberanian yang kau tunjukkan tadi itu hinggakan belum habis beta berbicara kamu telah terjun ke dalam tasik itu semata-mata kerana putriku?", kata Sang Raja..

Jejaka tadi pun bersuara dengan muka yang pucat dan dengan nada suara yang penat bercampur marah..." TIDAK TUANKU..."

(berhenti seketika tercungap-cungap kepenatan), dan dengan nada yang marah sesangat si jejaka tadi menyambung percakapannya...

"SAYA INGIN MENGETAHUI SIAPA YANG MENOLAK HAMBA KEDALAM TASIK TADI SEMASA HAMBA MASIH MENDENGAR TITAH TUANKU..."



Niezam Phg says..

hehehehe.... ada gak yang jujur macam tu yek..wujud ke manusia sejujur itu di zaman sekarang nie?. apa pun kisah di atas itu tiada kaitan sama yang hidup atau yang telah tiada...semoga kisah in mampu membuat anda tersenyum seketika dan melupa masalah masalah rumah tangga dan masalah opis anda.....walau pun untuk sedetik waktu

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...