SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH
Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Solat!! !
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar solat waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan solat , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."
PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
NiezamPhg says..
Ada sesiapa dari dari bidang perubatan yang boleh menerangkan kebenaran pekara ini.sangat menarik untuk berkongsi jika pekara ini benar seperti di kata... maklumlah kat internet ni berbagai perkara yang kita temui dan perlu diselidiki dahulu untuk diterima sepenuhnya...
5 Comments:
At August 09, 2007, Anonymous said…
cerita karut dan tahyul....kalau betul otak orang2 islam baik, kenapa negara2 islam adalah negara yang miskin, mundur dan melarat...tidak ada satupun negara islam di dunia ini yang boleh dibanggakan...semuanya bergantung kepada negara yang bukan islam kerana kemajuan teknologi mereka..
wassalam...
At August 09, 2007, Alpha said…
Apa yang saya faham dari pelajaran biologi setakat Tingkatan 5...semua sel dalam badan kita dialiri darah..jika tidak sel tersebut akan mati. Bagi saya 'kenyataan' sperti saudara siarkan hanyalah omongan kosong yang cuba memberi penerangan saintifik mengenai perbuatan ibadah kita. Tak semua benda dalam ibadah/hukum islam boleh dijelaskan secara saintifik.
Bagi saya, selain kita solat mengikut sunnah nabi, perbuatan sujud dalam solat lebih bersifat spiritual...merendahkan diri serendahnya bila kita menghadap Yang maha Esa...
At August 09, 2007, Alpha said…
sambung sikit..saya bukan kritik saudara...tapi siapa yang mula2 bagi teori tersebut....
At December 09, 2007, sheta said…
saya bukan nak komen pasal isu SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .. tapi saya just nak komen pasal blog ni...hurm saya rasa bagus sebab sedikit sebanyak dpt bg informasi dan diharap ada lagi...kerana ia menarik perhatian saya yg suka membaca...
At December 09, 2007, sheta said…
bagus ada blog mcm ni...teruskan usaha anda...
Post a Comment
<< Home