Harun Din Tumpaskan Mubaligh Angkuh
" Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa diruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih.Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasaramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja.Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.
Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai duabulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satusiaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik.Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 .
Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedangberlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr.Haron Din.Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islambukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah,dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangantersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu membericeramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajarbertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.
Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segalakebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannyaialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang,mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."
Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaanmarah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! TakkanTuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikanyang dilakukan oleh orang bukan Islam?
Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan olehorang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernahdilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidakditerima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jikabegitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.
Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. LelakiIndia itu akhirnya bertekad untuk ber-jumpa dengan Haron Din. Dia inginberdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulamamengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuhperasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi iadilakukan secara terbuka di kaca TV.
Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidakpeduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencarijalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendamniat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorangpelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelakiitu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaandi Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaantersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.
Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula.Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambilmemegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentangbab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.
Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpadengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memangbetul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam ForumPerdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapabulan berlalu.
Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi.Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapabulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikanoleh ulama tersebut.Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepasitu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulamatersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, carapenyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-babsyirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.
Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenaiIslam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hatilelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonyamasih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malamitu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untukmengajak ulama itu berdebat dengannya.
Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan HaronDin. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsiburuknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.
Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yangada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa denganHaron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebutdalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untukmengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akanterus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentangIslam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.
Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliahHaron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakinlama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam.Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din danmengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadisebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampirhatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.
Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitusahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itubertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebihmendalam.
Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaantersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macamsoalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya danmemeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga samaseperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?
Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanyaamalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islamtidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islamtidak berapa lama dulu.
Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkansaudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seoranghamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, bajadan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.
" Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat sepertimana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudianbila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah.Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukanapa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?
"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikandan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain,contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti,Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semuaamalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"
Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din ataspertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiaphujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudahdipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpasedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.
Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan olehHaron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam.Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepasitu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.
Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataanseperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidakpuas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.
Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itusaya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islamberfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Sayamendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menontonrancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."
"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu.Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puashati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadipenyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,"jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalamcerita di atas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di MasjidNegeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya diamendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untukmemeluk Islam.
"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebatdan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadapkenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, egosaya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yanglayak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.
Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadapagamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yangdianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat disekitar ibu kota . Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati,lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.
"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhanyang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya,apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yangdiajar di dalam kitab.
"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yangberasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinyasering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malahtimbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar didalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya,termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.
"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar,saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengarceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekaligus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkinitulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.
Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, darihari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya,kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak diatas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengarada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggupkeluar dari Islam. Murtad.
"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalamanyang saya lalui sebelum ini.
"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allahanugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat,sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yangbertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.
[ sebahagian dari catatan penulis terpaksa di delete kerana menyinggung sensitiviti sesetengah pihak. harap maklum ]
Niezam Phg says..
Sebuah kisah yang sangat menggetarkan hati dan diri saya yang membuatkan saya memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Illahi kerana saya lahir, lahir saja telah berada didalam agama suci ini. tanpa perlu melalui susah payah dalam pencarian sebuah HIDAYAH. semoga saya tetap dan menghargai RAHMAT ilahi tersebut dengan berusaha seupaya mungkin menjadi seorang hamba Allah yang beriman selagi hayat dikandung badan.....
Labels: kisah teladan, renungan
1 Comments:
At August 08, 2007, Anonymous said…
Sahih Muslim Book 008, Number 3311
'A'isha (Allah berkenan padanya) mengatakan bahwa Rasulullah (saw) menikahi dia ketika dia berusia tujuh tahun, dan dia dibawa ke rumah Nabi sebagai pengantin ketika berusia sembilan tahun, dan boneka2nya ikut bersamanya; dan dia (sang Nabi) mati ketika ‘A’isha berusia delapan belas tahun.
Sunan Abu-Dawud Book 41, Number 4915, also Number 4916 and Number 4917
Dinyatakan Aisha, Ummul Mu'minin:
Sang Rasul Allah menikahiku ketika aku berusia tujuh atau enam tahun. Ketika kami tiba di Medina, beberapa wanita datang, menurut versi Bishr:Umm Ruman datang padaku ketika saya sedang bermain ayunan. Mereka memandangku, mempersiapkanku, dan mendandaniku. Kemudian aku dibawa ke Rasul Allah, dan ia hidup bersamaku sebagai suami istri ketika aku berusia sembilan tahun.
....bukti Muhammad ( tidak layak dipangil Nabi)mempunyai penyakit suka buat hubungan sex dengan kanak2..
....bukti Muhammad adalah bapa segala saitan..bapa segala iblis...
Post a Comment
<< Home