Hati2 ble ke PKNS Shah Alam
Hari ni hari malang bagi aku. Something xbest jd kat aku. Hopefully citer ni bleh jadi pengajaran kat kwn2, especially utk dak2 uitm yg baru dpt loan br2 ni. Aku dak uitm gak.
T/hari td aku g jalan2 kat PKNS, sorg2. Mase tu aku br je hbis kelas. Nk blk trus, bosan lak sorg2 kat umah. So, aku decide better aku g jalan2 kat PKNS utk hbiskan masa. Dak2 umah aku mostly hbis kelas waktu ptg. Aku ni jnis xske klu duk sorg2 kat umah. That's why la aku gatal gi jalan sorg2, walhal sblm ni jarang sgt aku kuar sorg2 ni.
Destinasi pertama aku kat PKNS tu, Pasaraya Sri Kota. Aku x plan nk bli ape2 pn, tp sj je la jln2..kot2 ader brg bkenan di hati. Dlm aku duk belek2 brg tu, tbe2 datang 1 guy ni. Dia sapa aku, dia ckp dik ni, anak Pak Rahman?? Aku cpat2 geleng. Aku ckp, dia salah org.
Then, aku smbg belek2 brg. Tp guy tu follow. Then, dia ajak g minum. Aku ckp la xpe la, xbminat. Tp dia ckp, xpe la.. Bli la dlu brg, nnt dia tgu. Aku ckp, ok. Padahal aku cpt2 pegi blkg rak2 brg..smbunyi2 nk kuar. Takut aku. Gilo apo nk kuar minum dgn stranger.. Dah nk smpai pntu kuar, tbe2 dia bdiri dpn aku! Makk!!
Dari ctu, tragedi bmula. Aku xtau mcm mane aku leh follow guy tu. Then blh bagi kad bank aku n henset aku kat dia. Aku mcm sedar masa tu, tp aku bleh tgk je dia pgg kad bank n henset aku. Ble dia da jauh dr aku, br aku mcm tsedar. On d spot, aku blh blari kejar dia, walhal aku baju kurung ms tu. Sume org tgk aku, tp aku dh xtau malu dh ms tu. Dia jln mcm lipas kudung. Sekelip mata da lesap. Cam nk nangis je aku ms tu..
Then, aku g ngadu kat guard kt ctu. Dia suh aku wat report kat pengurusan PKNS yg kat tgh2 PKNS tu (dpn McDonald tu). Aku pn pegi la. Sampai kt ctu, aku wat la report. Aku ckp la aku kna pukau. Henset dgn kad bank lesap. Akak kat kaunter tu tkejut sbb smlm pn jd kes yg same. Bezanya yg kna smlm, 2 org guy..agen insurans. Kna d tmpt yg sme aku kna. Dorang hilg lbih kurang RM1000++ n henset jg rsnya. Aku ni plak, bnasib baik la jg..xhilang duit pn. Alhamdulillah.. Henset je la. Kad bank aku xde duit. Loan aku pblem. So, xde la duitnya. Hee?/font>
Moral of the story, utk kwn2 kat luar sne especially girls.. jgn duk konfiden sgt jln sorg2. Dunia skrg ni, mcm2 leh jadik. Kte duk igt, leh, x jd nye kat aku..? Nnt da kna btg hidung sdr, br nk sedar. Org ckp ape, nt da tantuk, br nk tgadah..?Xde gune nya.. Hati2 la sentiase n make sure klu nk kuar, biar la rmai2. Korg byg kn, 2 org lelaki jln sesame pn blh tekena ni kan plak kte kaum yg lemah ni. Hee..
K la, akhir kalam..baik gals or guy hati2 la ble kuar especially klu anda ke PKNS. Utk dak2 UiTM, jaga2 dgn kad bank anda. FYI, setakat ptg td..that guy masih blm d tangkap. So, masih bkeliaran lg la kot. Orgnya kurus tinggi, kulit gelap, rambut pendek ala2 askar. Hati2 ye kwn2..
8.02pm, Khamis, 26/07/07
Niezam Phg says..
Tumpang simpati dengan nasib pengirim email ini,.semoga pembaca teratak yang lain berhati hati dan jangan fikir ianya tidak mungkin berlaku kepada diri anda.tingkatkan waspada dan beritahu rakan rakan yang tidak mempunyai akses pada internet.anda mungkin menyelamat kan rakan yang lain. tertanya juga mungkin ada pengunjung di sini mempunyai petua atau cara untuk mengelakkan ilmu pukau..[ biasa nya setiap ilmu hitam ni mempunyai kelemahan dan rahsia tersendiri..contohnya kalau pakai susuk, si pemakai tak boleh lalu bawah ampai kain..nanti tanggal susuknya dan lain lain lagi..]
kalau nak tawarkan pukau ni takan nak bawa ikan puyu bejalan jalan kat pasaraya tu. macam tak praktikal pulak...rasanya petua ikan puyu menawarkan ilmu pukau ni saya dengar dari orang orang tua..tak tahulah kalau pengunjung yang lain ada cara lain... harap dapat membantu rakan yang lain kerana sharing is caring kan......
lagi satu kalau orang tak dikenali tegur.. anda jangan tenung matanya kerana ada juga pukau melalui renungan mata dan yang ternbaru saya dengar melalui hembusan asap rokok. jadi jauhi perokok yang mencurigakan namun bukan lah semua perokok itu tahu memukau orang . sekadar berhati hati sahaja.....mungin pengunjung yang lain mempunyai pengalaman lain yang lebih hebat untuk di kongsi..amat saya alu alukan
3 Comments:
At August 01, 2007, yanglerni said…
petuanya senang saja....sebelum keluar rumah bacalah ayat Kursi..
termasuklah sebelum tidor atau selepas solat....InsyaAllah selamat kalau di izinkan Allah.
At August 02, 2007, Unknown said…
suruh management PKNS bela ikan puyu banyak2 kat semua corner tempat tu . Lagi 1 perkara biasa Kejahatan Selalu mendahului Kebaikan , keadilan akan menyusur kemudian .
At August 03, 2007, Unknown said…
saya ada gak dengar petua kalau kena pukau ne salah satu nyer pakai seluar dalam terbalik.. betul ke tidak saya tak tahulah.. tp kita kena berusahakn.. petua ne lag senang
Post a Comment
<< Home