Nak Kaya tak??
"Anak nak ke mana?".
Si mamat menjawab ringkas, "KL
"Orang tua itu bertanya lagi, "
Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh"
dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah."
Lantas orang tua itu masukdan duduk di dalam keretanya.Dalam hati si mamat berkata,
"Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya,
"Anak nak kaya tak?"Si mamat tersentak dan berkata dalam hati,
"Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nakmengujiaku?"
Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"
Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orangtua tadi.Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat jawab serupa yang tadi,
"Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata,
"Tu,pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.
Terima kasih, ya nak." lalu orangtua tu turun dari kereta.Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab,
"Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya minta dia roti sekali.Itulah ceritanya.....
niezam phg says...
hehehe lawak seram tul citer nie..
credit to haslindal@klcc.com.my
Labels: j
0 Comments:
Post a Comment
<< Home