Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Thursday, January 31, 2008

Negara kehilangan dua tokoh...



Pertamanya, pemergian Allahyarham Datuk Ishak Baharom, bekas Mufti Selangor yang dipecat kerana mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman pertandingan ratu cantik. Allahyarham meninggal dunia jam 2.50 petang tadi disebabkan pendarahan dalam kepala. Menurut laporan Harakahdaily, jenazah Allahyarham akan disemadikan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada esok hari.

Saya telah difahamkan bahawa Solat Jenazah AlMarhum Dato' Hj Ishak Bahrom akan diadakan esok, hari Khamis, 31 Januari, jam 9 pagi di Masjid Ar Rahimiah Lipat Kajang (Sri Andalas) berhadapan hospital Klang.AlMarhum kemudian akan dikembukian di Makam DiRaja Seksyen9, Shah Alam, berhadapan Masjid Negeri. Sekian maklum.


Keduanya ialah Allahyarham Rosli Khamis, atau lebih dikenali sebagai Loloq yang meninggal dunia jam 1.37 petang akibat pendarahan otak. Beliau merupakan penulis lirik terkenal di Malaysia dan hasil tangan Allahyarham banyak menaikkan artis-artis tempatan. Karya-karya Allahyarham penuh dengan maksud tersirat dan juga banyak menyelitkan kritik-kritik sosial.


Pemergian kedua-dua tokoh ini sememangnya satu kehilangan besar buat negara. Allahyarham Ishak Baharom akan sentiasa dikenang sebagai insan yang tegas memperjuangkan hukum Allah meskipun berhadapan dengan sebarang tekanan. Allahyarham Loloq akan terus diingat lewat karya-karya agungnya yang sarat dengan pengisian sejarah, bahasa metafora dan melankolik serta kritik sosial yang segar.


Semoga Allah merahmati roh kedua-dua tokoh ini dan ditempatkan di kalangan para salehin.

Labels:

1 Comments:

  • At February 04, 2008, Blogger Awwa said…

    takziah dan al fatihah semoga roh mereka di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t...

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...