Bakal Doktor Haiwan.......muka cun tapi..
Niezam Phg says..
Saya cuba memikirkan gambar di atas itu dari sudut positifnya dan berbaik sangka dengan gadis gadis dalam gambar itu, dengan andaian mereka mengetahui hukum hakam agama. menyentuh khinzir atau anjing dalam keadaan salah satu basah memerlukan kita bersamak dengan air bercampur tanah sekali dan 7 kali air suci...mungkin pendidikan yang dihadapi dalam bidang pengajian mereka memerlukan mereka menyentuh binatang tersebut...tetapi jangan pula mereka malas menyamak kerana hukum tetap hukum...harap harapnya mereka tahu...
credit to ct@dynamic-intl.com.sg, baha@sumitomo-warehouse.com.sg
Labels: renungan
15 Comments:
At August 27, 2007, Anonymous said…
So apa masalahnya bila pegang babi? Kau tak sekolah ke Nizam?
Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kepada yang berkenaan,
Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang
Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit
maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi
internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan
Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh
anjing dan babi.
Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan
huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah
tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang
banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA
MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM
SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH
ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI
KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN
MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.
Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram.
Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah,
dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya
setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?
Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit
pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan
Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung
pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan
Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di
Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang
yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang
terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat
menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat
serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan
dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada
perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar
yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan
isu ini.
Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan)
sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi
merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya
vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan
merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat
sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.
Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang
akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun,
bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,
adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat
pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan
pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-
penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada
tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat
juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel
yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis,
organ-organ dan sebagainya
Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar
akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan
organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi
dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan
membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya
apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara
umumnya saya bersetuju dengan perkataan EURO '³desensitization EURO '´
yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut
kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak
sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan
tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang
dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.
Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek
pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5.
dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan EURO '¶ kumpulan ini
akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah
ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama
seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah
amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap
anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke
ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis
penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat,
gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah
gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam
subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan
saya, pelajar itu berkongsi gambar EURO '¶ gambar tersebut secara
umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau
sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang
mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.
Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan
babi yang dikategorikan sebagai najis EURO '³mughollazoh EURO '´
iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti
mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai
yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim
boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan
pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama
hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis EURO '³mughollazaoh EURO '´
tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila
kita menyentuh najis EURO '³mughollazoh EURO '´ kita dikehendaki
menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang
telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan
air EURO '³musta EURO '²mal EURO '´ (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x.
Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya
bukan menyentuhnya.
Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu
yang merasakan EURO '±geli EURO '² atau jijik terhadap anjing dan babi.
Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada
ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak
daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses
menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak
dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun
telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi,
merasa kekok dan sedikit EURO '±geli EURO '² apabila kali pertama
memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat
anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana
tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut
ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat
bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses
mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya
diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat
hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh
anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu
berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut.
Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan
dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum
kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?
Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana
termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi
untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia
memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan
ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari
sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat
apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi
serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah
dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.
Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui
tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan
pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan
tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian
kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah
mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya
pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana
khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam
pula tidak perlu risau kerana najis ini EURO '³tidak berjangkit EURO '´
maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah
membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih
belum menyamak tangannya, ia tidak EURO '³berjangkit EURO '´ jika anda
bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa)
pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan
tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda
bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara
anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang
memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi.
Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis.
Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz
untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan
mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika
terdapat najis EURO '³mughollazoh EURO '´ pada badan yang tidak
diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah
sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka
yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan -
persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti
bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda,
apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan
yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim
memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan
babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu
orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang
sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia
yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?
Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam,
dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak
mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira
perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang
kerjaya anda jika anda mencarinya EURO '¥ini kerana Islam itu adalah
cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang,
dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang
pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan
tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.
Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil
tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya
masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak
dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya
mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang
senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan
kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu
daripada soalannya adalah EURO '³jika anda melihat seekor anjing
yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan
kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda EURO '´. Sebagai
seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu
jawapan yang menyatakan EURO '³Tidak, kerana saya seorang Islam EURO '´.
Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita
perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan
sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya
Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya,
terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.
Wallahua EURO'²lam
Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan,
memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan
dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada
lapanjuta@yahoo . co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua.
Terima kasih.
Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM
Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
At August 27, 2007, Anonymous said…
ntah2 tu budak2 vet yg tgh wat praktikal ker... dah kerja diorang camtu.. ader ker org2 sajer2 nak p kandang babi dan tangkap gambar?...
At August 27, 2007, Anonymous said…
Assalammualaikum sume...
kita sebagai orang islam, sedikit sebanyak mesti tahu akan perkara halal dan haram dlm islam.rasa-rasanya minah dalam gambar ni macam bangga je pegang babi ngan anjing tu.. perasan tak gambar tu bukan dalam situasi sedang dlm latihan pratikal.macam gambar mereka tengah suka dan bergumbira,itu yg mendatangkan kemuskilan.(lain kali jangan ambik gambar ngan babi dan anjing. ambiklah gambar ngan lembu,tapir,buaya,ular,ikan jerung dll, mereka pun kadang-kadang memerlukan pertolongan u all)BINATANG2 NI SUMA TAK HARAM DIPEGANGKAN NIZAM...
(SURIA..)
At August 27, 2007, Anonymous said…
lu pehal kta org tak skolah ni..gambr 2 mnunjukkn prangai org yg terlbih skolh atau dgn kta lain terlbih pandai..btl x zam..wlaupn aku x bsekolh tinggi mcm diorng tp aku tau nk bezakan halal dan haram..aku hrp diorg x pyh la nk gunakn ayat khalifh dan krna plajarn tok mghalakn apa yg haram..kalu nk pegang atau nak rawat pun kna la berlapik sket..sia2 org duk cipta sarung tangan tp x pandai nk guna..dan untk MANUSIA YG KTA ORG X SKOLAH TU..AKU HRAP KO PERGILAH SKOLH SMLA..LBH BGUS KALO KO MSUK SKOLAH AGAMA..BIAR TAU..JGN JADI BODOH SGT TP DUK KTA ORG LAIN PLAK X SKOLAH...
At August 27, 2007, yanglerni said…
saya setuju dgn pendapat dua terakhir itu...dah tak kenal HARAM dan HALAL....dengan bangganya mengambil gambar2 tu...lain kali jgan pakai tudung, sarung tangan belambak tak nak guna..
untuk pengetahuan en. saleem lah kan...anak cucu en. saleem nanti dah boleh makan kuah gulai babi..sebab bukan makan isi babi cuma kuahnye saja, itulah yang terjadi dngan fahaman en saleem itu yang akan difaham oleh anak cucu kita nanti..Allah hu Akbar...supaya jgan ade orang islam yang lain sependapat dgn en. saleem tu....kita faham dlm keadaan terdesak kita dibolehkan menyentuhnya tapi bukan lah dgn situasi yang sengaja seperti gadis2 manis tu....
dulu saya pernah memelihara anjing atas dasar menolongnya kerana dia tersesat ke kampong saya...tetapi saya tidak pernah menyentuhnya atau memeluknya....anjing yang saya pelihara itu pandai membawa diri..saya sendiri tak pernah melihat najisnya..saya cuma memberi dia makan dan minum sahaja..
At August 27, 2007, Anonymous said…
praktikal tu satu hal...yang menjadi masalahnya..si perempuan2 tu siap berposing ngan babi dan anjing tu. Apa hal tu?..Ke posing ngan dua binatang bernajis tu termasuk dalam praktikal kat UPM...Pas tu tak ada ke sarung tgn atau apa2 saja alat utk menutup kulit kita dr terkena 2 binatang nie. Sedangkan org kat tabung haji kalau nk keluarkan duit pakai sarung tangan bila nk suruh pelanggan cap jari bila urusan melibatkan antara lelaki dan perempuan.
Pendidikan kat dalam dunia nie pun dah tunggang terbalik...entah ler generasi akan datang apa akan jdi. Sekarang pegang, peluk tak mustahil esok2 makan sbb tak rasa benda tu hina dan haram...
At August 28, 2007, Ghaz said…
Waaahhhhhh mentang mentang dah ada pangkat DR gitu gitu .... maka , di perlekeh bab bab najis nih ...
Babi dan Anjing tak salah pun ... mereka memang ciptaan Allah ...
Tapi yang agak ngong nih ialah mereka mereka yang meringankan hukum hakam ....
PERLUKER nak PELUK PELUK dan POSING POSING MAUT kat kandang BABI ngan BABI????
Perlu ker????
Kalau nak rawat atau kaji , tak perlu nak posing posing ....
Apakah NAWAITU mereka mereka itu????
BANGGA???
Tepuk dada tanyalah selera ....
At August 28, 2007, Anonymous said…
eleh setakat tulis DR atau PROF tu aku pun boleh..lagipun bukan ada yang tau dan kenal pun..betul tak..
kalu dah begitu pendapat orang yang megatakan diri tu DR..lepas ni orang islam boleh la nak pelihara babi dan anjing..lagipun diaorang hanya pelihara bukan makan..
WAHAI DR & saleem yang paling tak berakal..
cuba renung dan pikir dengan mendalam..tupun jika masih berakal dan masih waras la ye..dalam islam ada menyatakan yang umatnya kena samak pakaian atau bahagian anggota badan jika tersentuh haiwan tersebut..jadi tanya la diri sendiri kenapa mesti samak..KENAPA......
kepada saleem..jangan lah kata orang tak sekolah sebab orang yang sekolah dan berpangkat tinggi pun masih tak boleh berpikir tentang halal dan haram mcm AWAK..
Islam ini terlalu halus untuk kita fahami dan jangan terlalu mudah untuk kita membuat andaian sendiri..rosak akidah tu saleem dan saya harap AWAK tak memesongkan akidah orang lain jugak..nasihat saya AWAK pergilah jumpa guru agama yang betul betul beragama islam supaya dapat membetulkan apa yang silap dan salah tu kerana manusia ini lemah dan tak sempurna..
1 soalan saya untuk SALEEM
adakah awak ni betul betul islam atau awak ni orang kafir laknat yang cuba memesongkan akidah umat islam yang lemah iman..
kalu benar awak beragama islam saya berdoa agar ALLAH SWT membuka pintu hati anda untuk menerima kebenaran ajaran islam tapi sekiranya engkau adalah orang kafir yang mengaku islam kerana agenda tertentu..kami umat islam berdoa agar engkau dilaknat ALLAH SWT...
ALLAHHUAKBAR..........
At August 28, 2007, Anonymous said…
Hukum pegang (juga peluk) anjing dan babi.
At August 29, 2007, Anonymous said…
saya nak tanya kenapa doktor manusia lelaki leh pegang tangan perempuan atas alasan rawatan kenapa mereka tak pula diminta pakai sarung tangan.. awak takde pikir ker pegang tangan laki perempuan buk muhrim kan haram tapi naper awak tak sibuk heboh kt satu dunia hal ini hah. inilah namer manusia yang tahu merosak Islam ajer membuatkan yg bukan Islam anti kepada agama ini..awak tak nak ker cari ilmu info kenapa doktor haiwan tak pakai sarung tangan ker awak tak cari ilmu ker kenapa Islam wujudkan ilmu tentang sama' . saya agak awak ni tak cukup ilmu agama laa baik pergi sek agama balik laa.jgn tau komen kalau tak berilmu lagi,
ini ade sikit ilmu saya nak kongsi tapi tak cukup lg kalu awak nak cari sendiri laa dunia ini luas awak tu jer dok bawah tempurung..memburuk name Islam ajer..memecahkan perpaduan Islam..ntah maner awak dapat gambar pastu sebar fitnah suker la tu dapat dose BOOODOOH
maka selepas ni nobody can question
them about this stupid issue ever again.
Bila kasut digigit anjing ia tidak
najis kerana bila anjing perburuan
menggigit dan menggonggong tangkapan,
tidak diperintahkan membasuhnya.
Dalil: maka makanlah apa yang
ditangkapnya (anjing buruan) untukmu
QS alMaidah 05: 04. Ini pendapat Fiqh
Malikiah dan disokong oleh al-Qardhawi
(Fiqh Thaharah)
FIQH BERSUCI MENURUT AL-QARADAWI - dari
buku Dr Yusuf al-Qaradawi, FIQH AL-
TAHARAH.
Najis-najis yang perlu dibasuh:
Najis ialah perkara-perkara yang kotor
yang wajib dibasuh untuk yang tidak sah
ibadah jika wujudnya.
1. Air kencing manusia dan tahi manusia
(sedikit rukhsah diberikan kepada air
kencing bayi yang baru lahir). Ijmak
para ulama' mengatakan kedua-duanya
adalah najis.
2. Air Mazi dan Wadi. Iaitu air yang
keluar sama dengan tempat keluarnya air
kencing. Mazi ialah air yang jernih
yang keluar akibat terangsang syahwat
sama ada lelaki dan wanita tidak kira
apa sebabnya. Ia keluar, tetapi tidak
secara pancutan. Wadi pula air yang ada
kadang2 berketul2, biasanya keluar
waktu keletihan, tetapi tidak semua
yang keluar air ini.
3. Tahi Himar. Selain daripada Himar,
binantang yang boleh dimakan dimakan
dagingnya, kencing dan tahinya tidak
najis (khilaf).
4. Air liur anjing. Anjing itu sendiri
adalah tidak najis. Yusuf al-Qaradawi
lebih bersetuju dengan pandangan Imam
Malik iaitu anjing tidaklah najis,
tetapi dikehendaki basuh jilatannya
kerana semata-mata perkara ta'abbudi,
iaitu ikut saja apa yang Allah suruh.
5. Bangkai dan darah yang mengalir.
Jumhur para ulama' mengatakan ia najis.
6, Daging babi. Yang menjadi najis
hanyalah dagingnya dan bukan babi itu
sendiri. Kita tidak boleh kiaskan
daging babi dengan bulu babi.
7. Kulit bangkai sebelum disamak. Kulit
bangkai, setelah disamak adalah suci
termasuklah kulit babi atau anjing.
Maknanya sesiapa yang nak pakai kasut
kulit babi pun boleh.
Benda-benda yang sebenarnya tidak najis:
1. Tulang bangkai, bulu dan kuku
binatang termasuk babi/anjing. Maknanya
kalau ada yang mendakwa Perfume yang
mahal2 ada tulang babi, tidaklah najis
kalau memakainya.
2. Arak. Para ulama' bersepakat bahawa
arak haram diminum tetepi khilaf dalam
soal najis atau tidak. Qaradawi memilih
ia tidak najis. Jika arak pun dah
boleh, usahkan alkohol yang sebenarnya
bukan arak.
3. Air mani manusia.
4. Susu binatang yang tidak dimakan
dagingnya. Sekalipun susu ini tidak
boleh dimakan, tetapi ia tidak najis.
Setelah tahu tentang najis ini... kita
juga kena tahu cara mensucikan najis-
najis itu... tetapi mana-mana yang
tidak najis, maka tidak perlulah susah-
susah nak basuh.
Jika nak amalkan, boleh amalkan tanpa
was-was.
Ringkasan: Yusuf al-Qaradawi (2006),
Fiqh al-Taharah. Kaherah: Maktabah
Wahbah, hh. 12-38
At August 29, 2007, yanglerni said…
jawapan pada last entry tu....erm.. mane ade doctor lelaki yang merawat pesakit wanita...berposing sambil pegang buahdada or kemaluan (maaf..tak sopan)senyum bangga ambil gambar kat situ...(tengok la ape riaksi waris pesakit)
Sebab kita faham ape tugas dia...dan kita faham pada tugasan semua Dr haiwan yang beragama Islam.... tapi fikirlah sendiri...
Janganlah mempermainkan dan mempermudahkan agama saperti yang berlaku di Bosnia....disana orang saja Islam...Perbuatan semua boleh..
At September 04, 2007, Anonymous said…
Alahai tak ada ke benda lain untuk dibuat posing. Kembang tekak tengok gambar2 tu rasa nak muntah. Rasanya kalu nak praktikal mana ada masa nak posing sakan. Entahlah bebudak sekarang ni. Paling tak SESUAI nya kenapa tak reti nak guna sarung tangan? Hee geli geleman tengok bila peluk anak babi tu macam peluk baby lak...uwek...kalu benar pelatih vet dan penah belajar tentang hukum hakam, rasanya tak gini lakunya.
At September 08, 2007, Anonymous said…
x payah lah pakai tudung cik adik oi, ko x layak dipanggil "islam". ini adalah soal "moral & sensitivity dalam islam" bukannya soal bleh pegang atau x!!
At September 21, 2007, Anonymous said…
ermm..yg aku taw laa..kalau kita pegang anjing or babi dlm keadaan basah..kena laa samak..tp better samak laa sbb takut menimbulkan was-was bila kita nak smyg nanti..tu pon kalau smyg la...hehee...
At September 23, 2007, Anonymous said…
Apalah lu Zam nak gembar gembor pasal Budak tu Pegang BABI .. Lu tak baca Al-Quran ...tu lah baca dalam Bahasa Arab bunyi je bedengung tapi satu patah haram tak tau,,,,, eksyen nak mampus...
Baca Quran tu dalam bahasa kau la.. bahasa Melayu laaa... Kalau tidak tak kan Allah cakap "Tidak ku utus seorang Rasulpun melainkan dalam bahasa kaumnya masing-masing.. rujuk Surah Ibrahim ayat 4 ....
Nak tau lagi contack aku iaitu
E mail--- idwjo@yahoo.com.my
Post a Comment
<< Home