Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, August 29, 2007

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada yang berkenaan,

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang
Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit
maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi
internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan
Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh
anjing dan babi.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan
huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah
tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang
banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA
MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM
SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH
ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI
KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN
MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram.
Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah,
dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya
setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit
pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan
Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung
pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan
Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di
Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang
yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang
terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat
menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat
serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan
dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada
perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar
yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan
isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan)
sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi
merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya
vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan
merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat
sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.
Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang
akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun,
bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,
adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat
pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan
pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-
penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada
tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat
juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel
yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis,
organ-organ dan sebagainya

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar
akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan
organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi
dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan
membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya
apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara
umumnya saya bersetuju dengan perkataan € '砫esensitization€ '?
yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut
kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak
sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan
tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang
dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek
pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5.
dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan € '?kumpulan ini
akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah
ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama
seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah
amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap
anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke
ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis
penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat,
gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah
gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam
subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan
saya, pelajar itu berkongsi gambar € '?gambar tersebut secara
umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau
sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang
mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan
babi yang dikategorikan sebagai najis € '砿ughollazoh€ '?
iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti
mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai
yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim
boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan
pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama
hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis € '砿ughollazaoh€ '?
tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila
kita menyentuh najis € '砿ughollazoh€ '?kita dikehendaki
menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang
telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan
air € '砿usta€ '瞞al€ '?(air yang bersih dan suci) sebanyak 6x.
Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya
bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu
yang merasakan € '眊eli€ '?atau jijik terhadap anjing dan babi.
Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada
ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak
daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses
menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak
dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun
telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi,
merasa kekok dan sedikit € '眊eli€ '?apabila kali pertama
memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat
anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana
tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut
ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat
bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses
mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya
diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat
hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh
anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu
berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut.
Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan
dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum
kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana
termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi
untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia
memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan
ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari
sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat
apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi
serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah
dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui
tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan
pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan
tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian
kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah
mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya
pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana
khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam
pula tidak perlu risau kerana najis ini € '硉idak berjangkit€ '?
maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah
membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih
belum menyamak tangannya, ia tidak € '砨erjangkit€ '?jika anda
bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa)
pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan
tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda
bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara
anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang
memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi.
Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis.
Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz
untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan
mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika
terdapat najis € '砿ughollazoh€ '?pada badan yang tidak
diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah
sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka
yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan -
persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti
bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda,
apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan
yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim
memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan
babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu
orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang
sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia
yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?

Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam,
dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak
mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira
perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang
kerjaya anda jika anda mencarinya€ 'ni kerana Islam itu adalah
cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang,
dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang
pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan
tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil
tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya
masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak
dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya
mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang
senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan
kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu
daripada soalannya adalah € '砵ika anda melihat seekor anjing
yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan
kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda€ '? Sebagai
seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu
jawapan yang menyatakan € '砊idak, kerana saya seorang Islam€ '?
Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita
perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan
sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya
Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya,
terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.

Wallahua€'瞝am

Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan,
memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan
dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada
lapanjuta@yahoo . co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua.

Terima kasih.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM

Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia



Niezam Phg says..

Saya tidak mahu mempertikaikan apa-apa berkaitan niat atau pun riaksi wajah pelajar2 itu ketika mengambil gambar yang dibangga banggakan sangat itu. saya cuma terfikir kenapa meraka tidak memakai sarung tangan???. dan cuma bimbang jika mereka malas menyamak. itu sahaja keprihatinan saya sebagai saudara seagama dengan mereka. soal mereka membuat praktikal dan sebagainya yang berkaitan dengan pendidikan mereka tidaklah menjadi kemaslahatan kepada diri saya kerana saya pun pernah berpengalaman menuntut di U jugak......anda pula bagaimana?

credit to arziana82@yahoo.com

Labels:

14 Comments:

  • At August 29, 2007, Anonymous Anonymous said…

    yang saya takuti

    1.lps nie akan ade org Islam membela babi (yg kononya kiut) tuh psl xsalh pegang babi,asalkan bersamak itupun klau salah 1 basah,klau 2-2 kring xyah samak. kemudian akan ade yg berani bw msk dlm rumah lak. then....
    2. Memula rajin le samak,tp klau dah lama2. bole ke samak tiap2 hari,cr air selut lak,simpan khas utk samak je...
    3.Akan ade org ambil sbg binatang peliharaan dgn konsep berkasih sayang sesam makhluk.
    4. Persoalan sarung tgn pun menarik gak,pakai je le sarung tgn,terjamin ke babi tuh kering,mulut dia tuh klau dah kena tgn camne tentu berair kan kat situ,nak lak terkencing ke..he..kan lebih baik mencegah.
    5. Berposing bagai nak rak pula,kononnya dialah perempuan melayu islam(psl pakai tudung) yg bole pegang babi.Berbangga yg amat lak tuh...

     
  • At August 29, 2007, Blogger yanglerni said…

    cume rase sedih je........

     
  • At August 29, 2007, Anonymous Anonymous said…

    assalamualaikum niezam,

    saya kurang bersetuju apabila niezam menyiarkan gambar tersebut..walaupun besar kemungkinan niat niezam baik ttp adalah lebih baik diminta pandangan orang yg lebih berpengetahuan lagi dalam hal ini..jika salah atau tidak apa yg dilakukan oleh perempuan tersebut, amatlah tak wajar gambarnya disiarkan sebegitu rupa. bukankah islam melarang membuka aib orang.dn jika dilihat dgn tajuk yg telah diletakkan, " muka cun...tapi" seolah2 perempuan itu telah dihukum oleh saudara niezam tanpa soal selidik terlebih dahulu...saya faham bahawa gambar gambar atau email2 yg saudara niezam siarkan adalah bukan karangan saudara niezam sendiri..ttp sebagai pemilik blog ini, saudara niezam perlu mengambul inisiatif untuk menyaring email email tersebut...perkara ini bukan berlaku sekali sahaja, malah saudara niezam pernah menyiarkan gambar anak seorang pakar motivasi terkenal..bayangkan kalau perkara ini berlaku kepada kaum keluarga kita sendiri..dn bukankah perempuan tersebut saudara seislam kita..harap saudara niezam dapat mempertimbangkan nasihat saya ini..

    terima kasih..

     
  • At August 30, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Harap saudara niezam lebih peka apabila mengemukakan segala posting di sini... jangan nak buat spekulasi sahaja..kesian yang diaibkan... dimana nak letak muka gadis2 tersebut?...

     
  • At August 30, 2007, Blogger yanglerni said…

    kalau nizam tak siarkan...tak sorang tau yang selama ni Dr. haiwan beragama Islam memperlekehkan hukum hakam..(bkn semua) berselindung di sebalik "title Dr"

    semua faham.. demi tugas kita akan lakukan apa saja....tapi jgn lah sampai melakukan di luar tugasan..dan nampak happy sgt dgn perbuatan haram itu...
    itu saja...

     
  • At September 01, 2007, Blogger yanglerni said…

    hehe....nak mintak maaf sbb ade orang marah saya duk mengomen kat sini cam blog sendiri...ok...no komen dah...maaf ye

     
  • At September 01, 2007, Anonymous Anonymous said…

    terima kasih atas komen dan peringatan yang membina. selepas ini saya akan cuba kurangkan posting bergambar di blog ini jika anda tidak menyukai cara saya..saya akan lebihkan teks sebab rasanya pengunjung blog saya lebih suka membaca dari menghayati gambar yang di paparkan

     
  • At September 01, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Saya teramatlah setuju dengan cara saudara Niezam menyiarkan gambar-gambar sebelum ini termasuklah menyiarkan gambar budak-budak bakal Dr. tu yang pegang babi. Macam peribahasa tu, Pictures speak a thousand words'
    Apa pulak mengaibkan, budak-budak tu bergambar dengan bangganya sebagai bakal vet, dengan babi yang berwarna pink kemerah-merahan. Bukan Niezam yang ambil gambar, mereka sendiri yang beria-ia nak bergambar dengan binatang tu. Lainlah kalau mereka tengah merawat binatang tu tengah cedera ke...tengah sakit ke
    Entahlah, lepas anak Fauziah Latif bergambar dengan anjing dalam rumah, ini pulak gambar siswi Melayu dengan babi.....

     
  • At September 02, 2007, Anonymous Anonymous said…

    salam.

    saya juga seorang muslim yang amat kerdil dan masih cetek ILMU dalam bidang agama.

    tetapi sebagai seorang muslim, kite perlu tahu yang mana haram dan yang mana halal. bukankah kite di ajar jenis2 najis yang terkandung dalam agama ISLAM?

    terdapat BANYAK lagi pekerjaan yang HALAL yang boleh dilakukan. begitu juga course yang ditawarkan di universiti2 tempatan mahupun swasta, begitu banyak sekali. mengapa tidak course ini diberikan hanya pd org bukan MUSLIM?

    saya setuju pd entry yang menyatakan kite perlu berkasih sayang sesama makhluk di muka bumi ini, bukankah ia bermaksud kite dilarang untuk bersifat kejam dan sbgnya kepada makhluk ciptaan ALLAH. tp mengapa perlu juga mengambil benda yang HARAM?

    HARAM bermaksud HARAM, tidak bermaksud HALAL. maka, jika seseorang itu berasa was-was maka ia telah dikategorikan kepada HARAM , maka tidak boleh lagi kita melakukan nya dengan perasaan was-was. HARAM tetap HARAM.

    saya bersifat general dalam komen ini. kite perlu merujuk kembali kepada yang lebih arif mengenai takrifan HARAM (haiwan seperti anjing dan khinzir).

    tidak sesuai jikalau nizam hanya post entry with text only without pictures, cz it will be very boring. saya lebey suka entry wif pixs and text.

    yang buruk itu hanya datang dari diri saya sendiri dan yang BAIK itu datangnya dari ALLAH SWT.

    wallahu'alam.

     
  • At September 04, 2007, Anonymous Anonymous said…

    assalamualaikum saudara niezam,

    tidak menjadi masalah meletak gambar..ttp yg pentingnya perkara tersebut perlu diselidiki terlebih dahulu..jika betul salah pun, dn niat kita hendak berdakwah dn didapati hanya dgn meletakkan gambar blh memberi impak terhadap apa yg hendak dikatakan, maka adalah lebih baik dicensoredkn muka perlaku terbsebut..saya rasa kalau dilihat kepakaran niezam, hendak mencensored muka perempuan tersebut mengambil masa yg singkat sahaja..kerana perkara pokoknya sekarang adalah ttg memegang babi dn tidak wajarlah dijatuhkan sekali maruah perempuan tersebut..dn dgn terang sekali gambar tersebut adalah gambar simpanan peribadi bukan untuk disiar-siarkan didalam internet..bagi saya niat saudara sudah betul, tapi caranya sahaja ada sedikit kurang molek..saya berdoa agar usaha murni saudara niezam berdakwah ini mendapat keberkatan dan keredhaan ilahi..

    terima kasih..

     
  • At September 04, 2007, Anonymous Anonymous said…

    1. saya rasa apa yang cuba disampaikan adalah baik.cuma perlu kita kaji dan hayati.bukan semua umat Islam mengetahui ajaran Islam secara mendalam.

     
  • At September 09, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Assalamualaikum,

    Buat semua muslim yang menjadikan apa-apa yang berkaitan dengan gambar ini sebagai isu,

    Ada semua adalah lambang kenapa ada orang memandang rendah kepada orang Islam di malaysia seperti ini.

    Memang hukum babi adalah haram dimakan dan dikategorikan sebagai najis berat, TETAPI...

    Saya nak tanya bila masa ada hukum kata kita tak boleh pegang babi atau menjalakan tugas yang mana kita kena pergi kandang babi?

    Peganglah anjing ke Babi ker lepas tu samak ajelah balik. Susah ker nak samak ni? Tak kisah lah kering ker basah ker kalau pegang lepas tu samak dan basuh habislah ceritanya. Apa masalahnya.

    Pada saya jika beliau sedang menjalankan tugas atas apa-apa bidang beliau, wanita ini seharusnya dipuji atas keberanian beliau untuk keluar dari paradigma pemikiran Melayu Islam hari ini.

    Saya berasa amat malu dan aib dengan orang-orang muslim yang menjadikan gambar yang tak ada apa-apa ni sebagai satu isu perbincangan. Ada banyak lagi isu yang boleh diperbincangkan dalam dunia orang Islam di Malaysia kita pada hari ini.

    Secara keseluruhanya, tak ada apa yang aib pun tentang wanita dalam gambar ini dan saya memandang tinggi jika beliau sedang menjalankan tugas atau sedang mencari ilmu.

    Sekian

    -n-

    Ahmad Nasim Bin Mohd Sidek
    Petaling Jaya.

     
  • At September 12, 2007, Anonymous Anonymous said…

    seronok betol aku tengok 2 ekor betina getik ni dok bgamba kat dalm kandang babi..macam diorangla penghuninyer..aku rasa memang elokla pakai srong tangan..lebih proper..simple like this..pegang babi n anjing itu haram..kecuali darurat.lepas pegang samaklahh..makan daging plak dah tentu2la haram bagai...yang penting pasni buat rombakan dalam sistem penyelidikan n pembelajaran vet..ade cam tak kene aku peratikan...kalo buat ape2 mesti berlandaskan hukum agama islam..termasokla undang2 negara ini..kalo tak..negara n bangsa kucar-kacir..ps:ei awek2s..tau tak cara nak nyamak?kalo tak tau..tanyer mak bapak korang..pastu mesti kene hamun..sebab pandai2 pegang b_b_

     
  • At September 21, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Sebab itulah penasihat agama Perdana Menteri ckp yg dia hanya akan pastikan Mazhab Safie je yg diguna pakai di Malaysia..Takut org malaysia berpecah belah.

    Islam ada banyak Mazhab dan Mazhab ini digunakan utk memudahkan kita melakukan amal ibadat.

    Bagi Mazhab lain ada yg menyatakan memegang anjing tidak haram dan yg haram hanyalah air liur anjing.

    Org Malaysia memang akan cakap org lain salah klu amalkan mahzab lain..Tak salahkan amalkan mazhab lain kerana itu juga adalah Islam..

    Kita berpegang kpd ajaran Islam dan mahzab adalah panduan utk memudahkan kita memahami Islam.

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...