Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, December 13, 2006

Pemangku Sultan T'ganu berusia lapan tahun, termuda dalam sejarah

KUALA TERENGGANU: Tengku Muhammad Ismail, putera sulung Sultan Mizan Zainal Abidin, dilantik hari ini sebagai Pemangku Sultan Terengganu berikutan pelantikan ayahanda baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.Putera berusia lapan tahun itu dilantik pada istiadat pelantikan Pemangku Sultan dan Majlis Penasihat Pemangku Raja, di Istana Maziah di sini.

Tengku Muhammad dilantik sebagai Waris Ganti berkuatkuasa 12 Jan lepas dengan gelaran Yang Dipertuan Muda Terengganu.Tengku Muhammad, yang diputerakan pada 1 Mac 1998, dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan bersesuaian dengan Syarat (1) Fasal 16AA, Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Kedua) Pelantikan Pemangku Raja.

Pemasyhuran Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Raja itu dibacakan oleh Tengku Seri Bendahara Raja, Tengku Mustaffa Kamel.
Ia mencatatkan satu lagi sejarah baru dalam pelantikan Raja-raja Melayu kerana baginda antara putera termuda pernah dilantik sebagai Pemangku Sultan.
Ayahanda baginda pula menjadi antara Yang di-Pertuan Agong termuda.



Niezam Phg says....

Rahmat bahagia...Tuhan kurniakan..... Raja kita..... selamat bertakhta........
[ tak reti reti ker nak bediri..org nanyi lagu negaraku ni.....]


kredit to iza@my.hanjin.com



iza@my.hanjin.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...