Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, April 22, 2007

Bila hukum rimba wujud dikalangan kita.



Menurut sahabat yang mengirim, kejadian ini berlaku di Jalan Raja Laut, KL baru-baru ini. Seorang pemuda yang telah mencuri telefon bimbit di sebuah kedai handphone berdekatan telah berjaya diberkas oleh orang-ramai.

Beliau diikat dan dibelasah sehingga menyembur darah dari mulutnya. Lihatlah tindakan zalim yang dikenakan ke atas si pencuri. Memang siapa pun tidak bersimpati dengan pencuri, tetapi negara kita mempunyai undang-undang dan peraturan. Kesalahan pemuda ini adalah mencuri telefon bimbit, apakah begini sepatutnya hukuman ke atas beliau.






Lebih dahsyat lagi apabila pemuda tadi menyerahkan kad pengenalannya. Cuba lihat betul-betul. Rupa-rupanya beliau baru berusia 15 tahun!



Diusia ini jika pun beliau telah mencuri si budak kecil ini tidak akan didakwa di mahkamah terbuka tetapi mahkamah juvana yang mendengar kes yang melibatkan kanak-kanak. Mengapa beliau diperlakukan begini sekali, apakah mereka yang membelasah beliau yang rata-rata terdiri dari orang Melayu/Islam itu tidak usul-periksa terlebih dahulu sehingga tidak mengenal antara kanak-kanak dan orang dewasa.

Memang budak ini mungkin telah mencuri, tetapi stigma yang akan dipikulnya lantaran dibelasah sedemikian rupa di usia muda ini pasti akan diheretnya sehingga ke tua nanti. Apakah kesudahnnya nanti, apa akan jadi kepada hidup beliau nanti?

Sepatutnya budak ini diserahkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan dan sepatutnya begitulah juga mereka yang bernfasu yang telah mengambi kesempatan ke atas beliau yang sebenarnya lebih hina dari budak yang mencuri itu.



Niezam Phg says.....

Saya tidak bersetuju dengan tindakan adik itu yang mencuri handphone.tetapi saya LEBIH tidak bersetuju denagan tindakan mereka-mereka di sekeliling itu yang membelasah adik sehinggah berdarah.negara kita mempunyai undang undang,jadi biarlah undang undang yang menentukan kesalahannya dan menghukumnya.lagi pula siapalah diri kita untuk mengambil tindakan sendiri.

kepada adik itu semuga pekara ini menjadi pengajaran.tidak ada manusia normal yang suka hak atau barangnya di curi.tidak banyak pekara yang senang diperolehi dalam dunia ini.berusahalah dengan titik peluh sendiri untuk memperolehinya itu adalah lebih baik...kepada yang membelasah itu bayangkan pula jika adik beradik anda,saudara atau kenalan anda berada di tempat adik itu????..macam mana?

Sumber : dari e-mel seorang sahabat

Labels:

3 Comments:

  • At April 22, 2007, Blogger su.anne.na said…

    niezam,

    kesian tengok budak tu. baru 15 tahun...
    tapi tengok dia kena belasah lagi kesian. yg pakai helmet tu.. ewahhh... sangat berlagak ye.... cuba satu hari anak dia ke adik dia ke yg kena belasah camtu. apa perasaan dia?

     
  • At April 23, 2007, Blogger civ96110 said…

    Tk kena diri sendiri senang la cakap. Cuba brg awak kena curi...? Entah2 lebih teruk awak pukul...

    Pencuri ni memang manusia hina, tk kira la berapa umurnya.

     
  • At April 23, 2007, Blogger TINI in person said…

    Tersentuh hati tengok muka si pencuri. Macam manalah mak dia rasa kalau tengok anak dia macam ni...

    Tahu tak, pencuri/perompak sanggup hadapi risiko jika MATI sekali pon. Kalau dia tak sanggup, dia takkan jadi pencuri/perompak.

    Tapi, sebagai insan, kita perlu fikir rasional tindakan kita. Adakah dengan MEMBELASAH akan buatkan budak tu insaf atau semakin berdendam. Tetapi adakah dengan kata-kata NASIHAT cukup membuatkan sipencuri berubah???

     

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...