ILMU MEMAGAR RUMAH DARI PENCURI..
Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para
ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.
Waktunya..
Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.
Caranya.
1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan
rumah sekali gus,buat berasingan).
3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu
nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal.
Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya
ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali
sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.
5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya
memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita
semua. Jadikannya amalan dan yg
lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari
segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di
ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada
syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki
rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri
itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.
Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan
sahaja untuk mereka.Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan( dengan keizinan allah).
Memagar Rumah Dari Pencuri
Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan
hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali
keliling setiap bilik dalam rumah ! kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi.Jangan cover
seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk
mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu
perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.
Niezam Phg says....
beberapa hari lagi ramai dikalangan kita akan pulang beraya di kampung dan meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak lama. Disini saya berkongsi sedikit usaha selepas kita mengembil beberapa langkah pencegahan seperti yang pernah saya letakkan dalam post2 yang terdahulu,di harapkan ilmu ini bermanfaat kepada pengunjung semua dan merupakan usaha terakhir kita.kerana doa itu senjata orang mukmin,jadi janganlah kita melupakannya dan berserah kepada Allah.semoga saudara saudara semua di lindungi Allah selalu..Insyallah.
1 Comments:
At October 17, 2006, Red Mummy said…
BRo!!!!
akhirnya jumpa jugak kak red ngan info ni. i was onced, penah dpt email ni but pastu kak red simpan kat memana tah dah x jumpa.
pastu bila umah kak red kena pecah, dok carik tanya sana sini, alhamduillah kat sini gak ada..
terima kasihhhhhhhhhhhhh
Post a Comment
<< Home