Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Monday, October 16, 2006

Penafian kes Azhar Mansor murtad

Saya bertemu dengan perbincangan ini sewaktu membuat kajian mengenai isu murtad masyarakat Melayu Malaysia. Menarik perhatian saya membaca isu Dato' Azhar Mansor. Saya berani menyatakan di sini bahawa Dato' Azhar Mansor, Alhamdulillah adalah masih seorang Muslim.

Khabar-khabar angin mula bertiup pada tahun 2003 di internet yang menyatakan bahawa Dato' Azhar Mansor telah memeluk agama kristian dan sering mengunjungi gereja di PJ (musa Hitam juga dituduh pada tahun 2000 mengunjungi gereja tersebut). Khabar angin bertitik tolak daripada cerita bahawa sewaktu tiang layar Jalur Gemilang patah ketika dilanda ribut kuat di Cape Hope, Dato' Azhar hampir lemas dan Jalur Gemilang nyaris karam. Dato' Azhar berdoa memohon bantuan. Menurut cerita yang di- sebarkan lagi, datanglah ikan lumba-Lumba yang membantu memberi haluan kepadanya dan pada waktu itu beliau nampak "Isa Al Masih" menjelma dan memberitahunya bahawa dia akan selamat. Seandainya peristiwa ini benar terjadi (Dato' Azhar bagaimanapun tidak pernah menghebohkannya) maka beberapa faktor yang perlu diambil kira, pertamanya ialah beliau telah belayar seorang diri selama hampir 100 hari pada ketika itu. Keduanya sistem GPSnya dan system komunikasinya menerusi satelit telah beberapa ketika terputus ketika itu. Ketiga, fikirannya mungkin tidak menentu akibat keletihan, ketakutan dan mungkin pengaruh alkohol yang diambil untuk memanaskan badan di dalam suhu yang melampau. Maka sebagai seorang yang terpelajar dan berasal dari Perlis dengan didikan agama yang seimbang dengan kebanyakan orang Melayu, apabila kembali waras, beliau berfikir. Jawapan yang lahir pertamanya, mungkin godaaan syaitan. Keduanya jika benar "Al Masih" telah muncul maka tiada yang mustahil Sebagai seorang Islam kita percaya Nabi Isa a.s tidak mati dan akan pada suatu ketika muncul semula memimpin umat manusia ke arah kebenaran. Maka 'jika' Dato' Azhar menyampaikan insiden ini kepada Tun Dr. Mahathir, itulah juga jawapannya. ‘Jika’ sewaktu mengikuti pelayaran ke Antartika bersama Tun, beliau membisikkan kes ini kepada Dato' Dr. Hamid, begitu jugalah jawapannya.

Memang benar isterinya adalah bekas warga Filipina yang berasal dari agama Kristian Katholik.

Seterusnya, kita lihatlah rujukan masa. Berita 'murtad'nya beliau mula muncul pada tahun 2003. Dia dikatakan berceramah di Sabah dan sekarang timbul pula kononnya bukan Sabah tapi Sarawak. Kemudian kenyataan rasmi pertama di laman web pro kristian yang mula terbit pada tahun 2003, memberitahu bahawa Dato' Azhar telah memberitahu Tun Dr. Mahathir tentang insiden yang berlaku dan hasratnya untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian. Tun Dr. Mahathir menasihatkan Azhar menginggalkan Malaysia untuk meneruskan niatnya. Jadi dikatakan bahawa di antara tahun 2003 dan 2004 Dato' Azhar telah berhijrah dan meninggalkan Malaysia. Ada laman web pro Kristian menyatakan bahawa Dato' Azhar berhijrah ke Kanada. Ada pula yang berkata ke Australia. Kalau benar beliau berhijrah, saya tidak percaya seorang pelayar akan ke Australia.

Saya pernah menemui beliau di KLCC dan bersama di dalam majlis berbuka puasa di sebuah restoran. Beliau hadir bersama isteri dan anak-anaknya. Pada ketika itu ialah pada tahun 2000. Kami ada berbincang ringkas tentang isu program televisyen.

Pada tahun 2003 saya menghubungi beliau di Langkawi. Dan saya boleh mengesahkan bahawa pada tahun 2003 beliau masih di Langkawi dan sibuk dengan projeknya di Telaga Harbour. Pada 25hb Disember 2004 (Beliau kononnya sudah berhijrah), sehari selepas Tsunami melanda Lautan Hindi, Dato' Azhar dan fotonya sekali telah mengisi beberapa ruang akhbar dan juga laman web berhubung kerosakan kepada Telaga Harbour. Bahkan dilaporkan oleh media, bahawa kapal layarnya juga mengalami kerosakan bersama beberapa kapal layar lain.

Kesimpulannya, kita boleh menalipon Telaga Harbour dan bertanya sama ada Dato' Azhar di situ lagi atau sudah 'hilang'. Kita boleh ke Langkawi dan melihat sendiri sama ada itu Dato' Azhar atau tidak. Jika Dato' Azhar masih di situ maka ternyata kenyataan dalam laman web pro Kristian adalah salah dan bertujuan menipu orang Islam Malaysia.

Dato' Azhar pernah sekali memberi kenyataan ringkas kepada pihak tertentu menafikan bahawa dia telah meninggalkan Islam.

Saudara saudari, Ini adalah dakyah Kristian. Dato' Azhar adalah wira negara. Dato' Azhar seorang yang berani dan kental. Alangkah hebatnya cerita kemunculan "Jesus Christ" dan menghulurkan bantuan kepada wira Melayu. Alangkah hebatnya dan berpengaruh jika wira Melayu meninggalkan agama Islam dan memeluk Kristian.

Saya menasihatkan anda yang musykil menalipon sendiri Dato' Azhar di Telaga Harbour dan kalau anda pergi ke Langkawi, kunjungilah wira negara itu. Doakanlah kepada Allah dikuatkan Imannya dan supaya dijauhi beliau dari segala yang boleh memudaratkan dirinya, pegangannya dan pegangan kita.

Ingatkah cerita mengenai Neil Armstrong? Bagaiman pendakwah kita bercerita bahawa beliau mendengar laungan Azan di Bulan. Kemudian beberapa tahun kemudian mendengar semula laungan azan itu di Mesir. Ilmuan Islam berpendapat laungan yang didengarinya adalah laungan malaikat. Beliau lantas memeluk Islam. Hebatnya cerita itu. tetapi Neil Armstrong tidak pernah memeluk agama Islam. Beliau dikatakan memeluk Islam dan kini bermautautin di Beirut. Tidak. Beliau sebenarnya tinggal di Lebanon. Lebanon adalah nama sebuah pekan di Amerika Syarikat. Neil Armstrong pernah dilontarkan soalan itu sewaktu beliau berada di Malaysia dan kenyataannya keluar di dalam NST. Kata Neil Armstrong, beliau tidak berniat memperkecilkan islam, tetapi beliau tidak pernah memeluk Islam.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat, ayat 6)",


Terima kasih.
Sheih


Niezam Phg Says....

Sekadar berkongsi apa yang saya terima melaulu e-mel.

19 Comments:

  • At October 18, 2006, Anonymous Anonymous said…

    jap eek..tumpang tanya..
    kenapa u tak caya seorang pelayar akan berhijrah ke Australia?
    im quite confused....why? bukan Australia ader bnyk beach best best ker? we do! i live here..=(

     
  • At November 07, 2006, Anonymous Anonymous said…

    petikan surah Al Fatihah
    "bismillah irrahman.....tunjukkan kami jalan yang LURUS...."

    surah al sufruj ayat 61" ...sesungguhnya wahai mohammad Isa Al Masih itulah jalan yang LURUS"

    mengapa adik niezam masih menafikan tentang kekuasaan Isa Al Masih ini?

    Abang (seorang melayu)telah menemui jawapan penyelamatan yang dijanjikan oleh Allah Taala sebagai seorang kristian. Amen

     
  • At November 08, 2006, Anonymous Anonymous said…

    benjy i'm a muslim but not an ustaz. so kalo ko dah kaji islam may be aku bole ko goreng. maybe. tapi sepanjang aku hidup as a muslim, aku tak penah dengar surah al sufruj. tak tau la kalo aku jahil. tapi ayat yang cenggitu pon tatau aku wujudnya. if abang 'menemui jawapan penyelamatan yang dijanjikan oleh Allah Taala' berdasarkan ayat nih, duduk balik pikiaq sejenak. (tapi seperti besa i dont beleive this abang was a muslim. if they do be a great kristian,they must agreat muslim before. so far yg aku tau hanya kes seks sj yg lead a not too islamic muslim utk murtad). muslim out there, if i'm wrong plz correctkan secepat mungkin. nanti jadik dosa lak aku nih.

     
  • At November 08, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Datuk Azhar Mansor dikatakan seorang wira negara dan semua rakyat Malaysia boleh berbangga dengannya.

    Ramai rakyat Malaysia tahu bahawa beliau seorang Islam semasa beliau memulakan pelayaran yang bersejarah itu.

    Kemudian terdengar khabar angin beliau telah keluar daripada Islam.
    Ramai orang menafikannya dan ramai orang juga percaya tentang khabar angin tersebut.

    Yang peliknya yang empunya diri terus berdiam diri dan membuat ramai orang berspekulasi mengenai isu ini.

    Jika Datuk Azhar seorang Islam dan berbangga dengan Islam beliau dan sebagai seorang wira dan telah pun bergelar Datuk, mengapa tidak membuat pengakuan sendiri melalui media massa supaya dapat menyelesaikan masalah ini.

    Bukankah dengan empunya diri tidak membuat pengistiharan resmi menyebabkab banyak pihak boleh terus bertelagah??

     
  • At November 09, 2006, Anonymous Anonymous said…

    petikan surah Al Fatihah
    "bismillah irrahman.....tunjukkan kami jalan yang LURUS...."

    bismillahirrahmanirrahim tu bukannya bermaksud tunjukkan kami jalan yg lurus...
    kalo abang benjamin ni betul2 ex-muslim apakah bunyi ayat yg sebenar?
    setakat tulis Bismillahirrahmanirrahim budak cina tahun 2 pun pandai tulis.
    kalo pun maksud abg membaca Bismillah ialah utk memulakan surah Al Fatihah, ini tak masuk dek akal sebab kalo dah convert apa alasan abg menghormati surah dgn memulakannya dgn Bismillah dahulu? mcm takde faedah la...

    surah al sufruj ayat 61" ...sesungguhnya wahai mohammad Isa Al Masih itulah jalan yang LURUS"

    Al Sufruj??? ini mana punya ayat ni??
    Abang masuk kristian sbb ayat ni ke? yg jelasnya abg guna ayat ni utk mendorong kami dgn agama abg, maknanya inilah ayat yg terbaik abg boleh beri utk membuktikan kebenaran itu? sapa bagi kat abg ayat ni? yg nyatanya kalo sbb ayat ni abg convert ke kristian, memang abg ni bengap laa.. kalo abg seorang melayu yg taat dan pernah membaca AlQuran mesti abg tau yg surah tu tak wujud la..
    So, maybe abg ni not a good muslim satu ketika dulu menyebabkan abg mudah terpedaya dgn pujukan 'mereka' ATAU.. abg ni memang bukan MELAYU puuuuuun...

     
  • At November 20, 2006, Anonymous Anonymous said…

    buat apa nak percaya dengan Nabi Isa yang mati hina di kayu salib. Kan Nabi Muhammad S.A.W tu nabi yang teragung.

     
  • At November 20, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Wahai Muslimin sekalian, jangan sesekali agama lain bertapak di negara ini. Hapuskan saja mereka dengan senyap-senyap

     
  • At November 21, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Ya kenapa tak percaya org pelayar boleh berhijrah ke Australis?? Semua orang pun boleh pergi kalau mahu.
    Kalau benar Abang Azhar tu still muslim,kenapa dia meghilangkan diri dari semua orang..beliau tdk mau menjumpai wartawan atau pun beliau gagal di hubungi. Kalau saya sebagai Dato saya akan terus maju berjumpa dgn rakyat malaysia dan menyatakan yang saya still Muslim..Ini tidak..
    Adakah segelintir pihak memaksa Dato Azhar mansor memmbuat pengakuan tersebut iaitu membuat pengakuan yang beliay masih beragama Muslim.??????????????????????????????

     
  • At November 22, 2006, Anonymous Anonymous said…

    ini apa punya email daaa.yang azhar mansor ni pun 1,klau dah mmg u muslim,u kena habaq laa kat public.Cara macam mana pun xpa.nanti bila dh timbul fitnah kan susah.la ni ramai yang dh bersangka-sangka.
    Bagi aku,azhar mansor ni mungkin ditekan oleh sesuatu kot sampai nak bersuara pun x berani.aku sendiri masih mencari jawapan samada dia ni muslim or dah convert.kalau enjin boleh la convert2 ni.kalau agama jgn main2.!!!!!
    Pasal benjamin tu plak,biasala dia bukan muslim, mmg suka memutaq belit keadaan.sikap yahudi tu.apa punya dalil yg dia pakai aku pun x tau.
    lastly,doa aku semoga dato azhar mansor masih seorang muslim dan boleh bagi semangat pada muslim yg lain utk berjaya.
    Pada nizam,apa yg u tulis tu......i paling setuju bab dakyah org kristian.Depa mmg x boleh kalau muslim lebih dari depa.ego la tu.

     
  • At November 23, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Hello saudara sekalian. Kalu reaksi orang muslim sanggup memprotes di depan gereja kerana percaya kat SMS tu, saya rasa mungkin mereka akan membakar dan membunuh rumah serta Dato Azhar sendiri kalu Dato Azhar Mansor mengatakan bahawa beliau adalah kristian. Nasib baiklah yang akan dibaptis tu anak-anak orang india, kalu betul anak orang melayu dah tentu umat kristian dalam gereja tersebut dibakar bersama-sama gereja. Tapi saya tak hairan sebab dalam islam di depan semua yang indah-indah, kalu dalam keadaan macam di atas semua perkara macam syaitan.

     
  • At November 24, 2006, Anonymous Anonymous said…

    "Wahai Muslimin sekalian, jangan sesekali agama lain bertapak di negara ini. Hapuskan saja mereka dengan senyap-senyap." I believe Koran is all about peace, isnt it? IMHO, Islam is a way of life 4 some ppl, while it is not 4 others. Conclusion, it is NOT for all. Keep that fact in your mind please. You cant just force ppl to believe what you believe!

     
  • At November 25, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Walaupun saya orang Melayu Brunei dan seorang Muslim, saya tetap dengan ajaran Isa Al-Masihi. Kenapa tidak, telah dibuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w melancarkan lebih kurang 47 atau mungkin lebih peperangan serta serang-hendap selama 20 tahun bagi menyebarkan agama Islam. Ini tidak termasuk beberapa peperangan yang dilancarkan oleh pengikutnya selepas kematian Nabi Muhammad. Sedangkan Isa Al-Masihi itu mengajar orang supaya mempercayai Allah tanpa melancarkan sebarang peperangan. Yang mana satukah ajaran Allah yang patut anda ikuti? Saya rasa Nabi Muhammad adalah seorang berideologi politik yang berlandaskan agama supaya orang lebih menerimanya.

     
  • At November 25, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Walaupun saya orang Melayu Brunei dan seorang Muslim, saya tetap dengan ajaran Isa Al-Masihi. Kenapa tidak, telah dibuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w melancarkan lebih kurang 47 atau mungkin lebih peperangan serta serang-hendap selama 20 tahun bagi menyebarkan agama Islam. Ini tidak termasuk beberapa peperangan yang dilancarkan oleh pengikutnya selepas kematian Nabi Muhammad. Sedangkan Isa Al-Masihi itu mengajar orang supaya mempercayai Allah tanpa melancarkan sebarang peperangan. Yang mana satukah ajaran Allah yang patut anda ikuti? Saya rasa Nabi Muhammad adalah seorang berideologi politik yang berlandaskan agama supaya orang lebih menerimanya.

     
  • At November 26, 2006, Anonymous Anonymous said…

    sebagai muslim sejati,kita jangan menjadi muslim hanya di mulut .yang paling utama ialah amlan yang kita lakukan

     
  • At November 26, 2006, Anonymous Anonymous said…

    yang saya rasa tak betul ialah kalau orang-orang bukan Islam apabila tertekan mereka membunuh orang Islam tanpa melibatkan nama Allah, tapi kalau orang Islam apabila tertekan mereka membunuh orang bukan Islam dengan menyebut nama Allah seperti video klip yang saya terima yang memaparkan militan Iraq menyembelih kepala tahanannya yang bukan Islam sambil melaung-laungkan nama Allah. Adakah ini amalan yang diajar oleh Nabi kita. Saya percaya ini memberi pandangan negatif terhadap orang Islam bagi orang bukan Islam

     
  • At November 27, 2006, Anonymous Anonymous said…

    assalamualaikum........
    amende al sufruj ni??? ko ingat ko bleh tipu org2 mcm aku ker. wlaupun aku ni tak warak tp alhamdulillah iman aku masih berpegang pad rasulullah & Alaah SWT. Jgn nak show surah palsu pulak buang masa jer........ terjemahan pun tak kena. klu nak tipu, jgn jd bodoh..

    yg ngaku melayu brunei ni pun satu. klu awak bukan islam baik awak diam2 jer. klu awak islampun awak tak layak berbicara perihal nabi coz awak ni cuma sebarkan dakyah yg lebih membuatkan awak nmpak bodoh sgt2.... baik baca sirah nabawiyah dulu bru crita psl sps perang tu terjadi.

     
  • At November 28, 2006, Anonymous Anonymous said…

    ish! korang ni takde cerita lain ke. Asyik pasal agama saja. Pokoknya kita semua dicipta oleh Tuhan. apasal mau gaduh-gaduh. Kalau banyak agama pun payah juga, bikin gaduh semasa manusia. boring laaa...

     
  • At January 31, 2007, Anonymous Anonymous said…

    assalamualaikum dan salam sejahtera. pas baca komen, mcm2 perasaan timbul. seronok dan sedih. seronok sb umat islam dah mula ambk berat dgn agama saudara seislam.sedih sb ada yg komen sehingga blh mencapai tahap menghina agama lain.kalo kita x nak diorg hina agama kita(islam) kita jgn hina agama diorg. respect agama lain x bermaksud kita masuk agama diorg. sama2 kita doakan azahar mansor msh islam dan makin kuat keislamannya.begitu juga dgn kita.insyaAllah

     
  • At February 20, 2007, Anonymous Anonymous said…

    kalo ya pun korang nak pertahankan agama korang, apsal nak menghina agama orang lain? ape korang tahu pasal agama Kristian ha?

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...