Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Saturday, October 14, 2006

Ikan Sardin Ayam Brand - Halal



Untuk pengetahuan semua, disebabkan saya ini pengemar Ikan Sardin dalam tin tu saya telah email kepada Syarikat Ayam Brand dan inilah jawapan mereka seperti dibawah.Harap maklum.


Recently I got an email from a friends saying that the Sardine contains snails liquid (siput babi). I not sure how true is this. As sardine is one of my favorite food I am concern about this news. May I know is this true? Below is the email that I received.

Regards

Ramlah




Puan,

Terima kasih diatas pertanyaan dari pihak puan. Saya ingin menyatakan disini bahawa email yang puan terima itu tidaklah benar. Ini adalah kerana semua produk keluaran Ayam Brand di Malaysia adalah HALAL dan disahkan HALAL oleh JAKIM. JAKIM selalu mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa dan status HALAL produk keluaran syarikat kami disahkan HALAL oleh pihak JAKIM.

Bagi pengetahuan puan, Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand dikeluarkan di kilang kami di Taiping dan hanya produk HALAL dikeluarkan di kilang-kilang kami.

A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd. adalah syarikat yang mengedarkan produk keluaran Ayam Brand dan diluluskan hanya untuk mengedarkan produk-produk HALAL sahaja.

Bersama email ini, kami sertakan sijil HALAL produk Sardin Ayam Brand yang disahkan oleh JAKIM.

Kami berbesar hati jika pihak puan boleh mengedarkan email ini kepada sesiapa yang telah menerima email palsu tersebut. Pihak kami juga mendapati bahawa email yang diterima tersebut mungkin mengandungi virus komputer.Kami mencadangkan disini supaya pihak puan mengesan komputer puan dengan software anti-virus.

Terima kasih keatas pertanyaan pihak puan.

Jika pihak puan memerlukan sebarang pertanyaan yang selanjutnya, puan bolehlah menghubungi :

Encik Nariman di talian 016-6627631.

Yang Benar,

Nariman Jonid

Administrative Manager

A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.


Niezam _Phg says...

Rasanya dulu saya pernah meletakkan posting bertajuk sardin bercampur lendir siput babi.dan ada pula pengunjung yang rajin bertanyakan pekara tersebut kepada pengeluar sardin trsebut,jadi saya paparkan jawapan dari kilang terbabit.saya tidak mahulah teratak ini dilihat terlalu bersifat pesimistik.jadi bagi menuteralkan keadaan silalah baca kandungan asal emel tersebut dan fikirkanlah sejauh mana kebenaran isu tersebut.semoga anda semua berfikir.....kalau tak puas hati juga sila hubungi no telefon yang dipaparkan.jangan marah dia sudahlah kita masih di bulan puasa...

3 Comments:

  • At October 15, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Saya dan keluarga benar2 pengemar ikan sardine khususnya cap ayam ni...masa belajaq kat Australia..satu beg berisi sardine dgn sotong dalm tin.sejak dapati ada siput babi...stok yang saya ada dalam rumah ni tak lalu dah makan dah lah tin besar2.saya tak tahu bagaimana nak buat lagi..penjelasan itu benar2 mengelirukan..saya rasa kalau benar tak ada lendir siput babi nape tak publish melalui media.kalau dah was2 begini, nak makan pun dah kira haram.entahlah niezam...kaka bengang ni...dah kami sekeluarga sangat mencintai sardine....kalau ada hidangan sardine itu bermakan hari tu kami makan besar...sebab saya masak sardine sampai tak kenal rupa sardine tu...buntu dek, buntu.

     
  • At October 15, 2006, Blogger Niezam Phg said…

    saya pun susah nak jawab sebab saya tidak berapa gemar makan sardin.sebab dalam tu ada bhn pereput.so kalau selalu makan takut nanti tulang tamulang kita boleh reput.rasanya akak kena gunakan six sense akak lah.sebab dalama agama kita kalau was was tu kira tahap jatuh tahap tak boleh lah.tapi kalau akan rasa yakin dengan kesuciannya teruskan sahaja.orang yang memulakan tulisan itu pun mungkin mempunyai niat.mungkin dia kilang pesaing cap ayam tu dan menggunakan taktik macam nie untuk menjatuhkan pesaingnya.jadi akak fikirkan lah sendiri.kalau yain teruskan sahaja.lagi pun dah ada kenyataan bertulis dari kilang pengeluar sendiri kan..semoga pilihan akak tepat dan betul.kalau nak utnggu kenyataan akhbar rasanya kilah high5 pun dah buat kenyataan roti kilangnya bersih dan halal.tapi saya masih teringatkan gamabr yg saya terima mula mula dulu.lagi pun bila buat sidang akhbar siapa yang nak pelingkupkan bisnes sendiri kan..penguatkuasa dalam JAKIM pun tak ramai jadi tak terlarat nak kawal selia setiap masa..benda benda macam nie..

     
  • At October 17, 2006, Anonymous Anonymous said…

    oh ya ke? baru akak tahu ada bahan pereput yang tak baik untuk tulang .Bagus lupakan sahaja sardine ni.Terima kasih Niezam.Akak selalu sebarkan maklumat dari laman Niezam ni dgn adik beradik dan teman2.Lama-lama mereka sendiri yang selalu berkunjung di sini.Mereka memuji blog Niezam ni sebab banyak maklumt yang baik untuk orang kita.Adik saya di Sabah kalau tak sempat buka blog Niezam mesti dia tanya, apa cerita baru Niezam.Adik di US yang sedang belajar sana pun jadi pengunjung setia Niezam.Tahniah dari akak, moga Niezam akan terus memberikan maklumat seumpama ini.Kami sekeluarga sangat terinsaf dengan ulama yang 'dijemput' oleh ALLAH ketika sedang memberi ceramah.Bagaikan dia nampak malaikat yang mencabut nyawanya kerana sempat lagi memandang ke depan.Terima kasih banyak Niezam.Teruskan usaha mu dek.

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...