Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, October 11, 2006

ADA APA DENGAN MAWI?. Part 1


Antara tulisan wartawan hiburan yang bernanah hati dengan Mawi. Untuk baca berita itu klik pada gambar anda dan di bawa kepada gambar yang lebih besar.untuk kembali ke teratak tekan button BACK diatas sebelah kiri komputer anda.sekian

Pandangan ikhlas seorang MAWI FC

Sejak kebelakangan ni, ada saja cerita yang melibatkan Mawi disampaikan dengan cara atau niat untuk menjatuhkan atau membuatkan peminat2 Mawi bertengkar sesama sendiri. Adakah ini yang dibanggakan oleh wartawan Malaysia?? Adakah ini yang mereka cari.. Kejatuhan Mawi!! Sedih, seorang anak melayu dari Felda yang semakin meningkat kerjaya sering dikaitkan dengan kontroversi walaupun bukan itu yang dipinta. Setiap gerak geri, tingkah laku ada saja yang tak kena… semuanya sejak kes putus tunang lagi dan nampaknya ianya menjadi semakin parah, apabila pihak sebelah dibanggakan dan Mawi dijatuhkan seteruk-truknya. Di manakah etika dan nilai kewartawanan….


Bukan saya yang cari peminat tetapi peminat yang cari saya


Klise yang cukup normal "artis kena faham tugas wartawan, tanpa wartawan artis tak kan kemana". Habis dimana kefahaman wartawan terhadap tugas artis?? Perlukah segala cerita peribadi termasuk aib sendiri diuar2 kan. Pernahkan wartwan itu sendiri terfikir.. Sukakah dia jika kisah peribadi mereka dijaja????


Saya naik popular pun sebab peminat yang hendak bukan sebab wartawan sangat, kalau ikutkan saya nak jadi DJ je kat ERA ataupun Bilal kat kampung.Yang wartawan hiburan sebok-sebok jaja cerita nak lariskan jualan majalah tu bukan nak tumpang aura saya ke?.

Apa saja yang Mawi lakukan atau apa saja ayat yang terkeluar dari mulut Mawi pasti akan dijadikan issue besar. Seolah2 di dalam Malaysia hanya ada artis yang bernama Mawi yang melakukan kesalahan. Sesuatu yang saya cukup pelik, jika artis lain melakukan kesalahan.. Mereka akan dirahsiakan.. Cerita yang tertulis lebih seperti "artis remaja popular bla bla bla…" tetapi bila timbul cerita Mawi.. Maka dengan bangganya mereka akan tulis dan canangkan nama Mawi didada2 akhbar. Besar sangat kah salah atau dosa Mawi pada wartawan di Malaysia???


kalau wartawan hiburan tak tulis pasal saya pun saya tetap dah kaya raya.saya takkan papa kedana sebab tak der berita pasal saya.lagi pun saya senang senang jer nak jual album dan dapat kutipan SMS.saya kan RAJA SMS

Sebagai contoh :-

Putus tunang

Sikap Mawi berdiam diri dikatakan bersalah. Pendirian Mawi untuk hal2 peribadi menjadi rahsia tidak langsung dihormati.. Tetapi kenapa artis lain mempunyai hak itu. Datin Ct berahsia sehingga ke saat akhir sebelum dinikahkan dengan Dato'. Rosyam Nor masih lagi berahsia tentang keluarganya.. Ada sesiapa pernah ternampak cerita Rosyam dan isteri di akhbar?? Tidak.. Artis ini mempunyai hak untuk berahsia tetapi bukan Mawi. Jika Mawi berahsia atau berdiam diri .. Dia dikatakan sombong dan lupa diri…. Entahlah… fikirlah sendiri

Mawi bersalah bila memutuskan tunang… lupa diri dan janji bila senang. Jika kita baca laporan2 akhbar terdahulu.. Ucapan putus tunang adalah dari mulut pihak perempuan sendiri. Di saat Mawi bersedih di atas pemerian Arwah bapa, pihak perempuan semakin hebat mencanang kisah putus tunang.. Mawi masih berdiam. Sekiranya saya di tempat Mawi, jika itu yang mereka inginkan itu juga yang akan saya berikan.. Bukan saya minta tapi mereka seolah memaksa. Mungkin ada salah faham antara Mawi dan Ex, tetapi hal putus tunang itu datangnya dari mulut ex itu sendiri… dia yang minta jadi kenapa Mawi yang dipersalahkan… Mawi lagi yang salah..seolah2 lupa diri … fikirlah sendiri Kenyataan2 yang keluar selepas itu semuanya dari mulut ex itu sendiri.

Semakin Mawi berdiam, semakin rancak dia bercerita, sedangkan diri sendiri pernah berkata diawal kemunculan di Mingguan Malaysia yang dia ingin lupakan kisah lama. Tapi tak pernah sekali ucapan yang keluar dari mulut dia tidak dikaitkan dengan Mawi… buku dan segalanya. Jadi adakah Mawi lagi yang salah… fikirlah sendiri

Mawi adakan show dibulan Ramadhan mempengaruhi umat Islam untuk tidak bersembahyang??

Bukankah setiap manusia dikurniakan akal dan fikiran, mampu untuk mebezakan apa yang halal dan apa yang haram? Mampu untuk membezakan betul ataupun salah, jadi sekiranya mereka tak bersembahyang kenapa Mawi yang dihukum. Di mana keadilan dan etika wartawan??

Seminggu yang lepas Hijaz dan Ina juga membuat show yang sama, waktu yang sama. Pelik tiada seorang pun wartawan yang mempertikaikan hal itu??? Adakah sebab Hijaz kumpulan nasyid dan Ina yang terkenal dengan mangsa keadaan, jadi mereka terselamat dari sebarang gossip… salah kah Mawi…

Kalau hendak menegur, biarlah secara adil… jangan hanya nampak kesalahan Mawi, sedangkan artis2 lain melakukan perkara yang sama…. Dan saya percaya sekiranya Mawi menolak permintaan2 itu semua.. Berita utama diakhbar akan menjadi seperti ini "MAWI TIDAK BEKERJASAMA"… "WARTAWAN SUKAR DEKATI MAWI''… "MAWI LUPA DIRI"… "MAWI SUDAH MULA PANDAI DEMAND"… jadi Mawi lagikah yang bersalah??? Fikirlah

Mawi berpendirian untuk tidak melakukan adegan romantik dan berpeluk

Kita harus ingat setiap manusia mempunyai perndirian mereka sendiri. Salahkah Mawi jika itu menjadi sebahagian dari pendiriannya?? Sepatutnya kita gembira Mawi akhirnya mengambil keputusan untuk tidak bergambar bersama artis wanita atau berpeluk untuk melakukan adegan2 romantik. Secara terang, dia menyatakan ketidak selesaan dirinya, tidak pernah menimbulkan isu apa yang haram dan halal. Jadi kenapa pelakon2 lain terasa hati.. Malah menuduh Mawi dengan pelbagai andaian??? Adakah menolak cadangan bergambar dikatakan sombong???

Sebagai contoh, jika Mawi bergambar mesra dengan artis.. Mawi dikatakan berpura2 dengan imej keislaman. Mawi digelar dengan pelbagai nama… Mawi dikatakan hipokrit… itu sekiranya dia bergambar!! Tetapi sedih, sekiranya dia menolak, Mawi dikatakan tidak profesional, Mawi dikatakan lupa diri.. Jadi apa yang harus Mawi lakukan… adakah ini salah Mawi lagi??? Fikirlah ….

Dan sekiranya diwaktu episod Ina Mawi, bayangkan ketika salam yang dihulurkan tidak disambut Mawi atau tangan ditarik disaat Ina hendak mencium tangan Mawi… saya percaya wartawan akan kata Mawi berdendam, Mawi sombong, Mawi ego, Mawi tidak peka pada perasaan bekas tunangnya… dan mungkin juga mawi akan terus dikritik hebat.. Tetapi huluran salam yang disambut, Mawi sekali lagi menjadi mangsa bila dikatakan berpura2 dengan imej Islam… jadi Mawi lagikah yang bersalah… fikirlah

Sekiranya Mawi ada melakukan kesalahan diwaktu yang lepas itu adalah sejarah. Bukankah kita diajar untuk maju kehadapan, tidak menoleh kebelakang. Sekirannya terus mengingati hal yang lepas bagaimana pembaharuan dapat dilakukan. Jadi salahkah Mawi… fikirlah sendiri

Kenapa setiap apa yang dilakukan akan dipertikaikan?? Adakah ini hanya kerana Mawi adalah Mawi. Anak muda yang menjadi kegilaan ramai, tetapi jangan lupa ada juga diantara kanak2 dan orang tua yang meminati Mawi… adakah ini salah Mawi??? Fikirlah sendiri.. Pernahkah Mawi memaksa anda semua untuk memintai atau membenci dirinya???
Apa yang saya nampa, media (sesetengah media) mungkin mendapat keuntungan dari pihak lain apabila Mawi jatuh dan artis baru mereka naik… entah mungkin… mungkin mereka gembira melihat kejatuhan Mawi.. Entah mungkin, ataupun mungkin mereka sakit hati dengan kejayaan demi kejayaan yang Mawi perolehi ataupun mungkin kerana mereka pasti segala jenis betuk dan tulisan mereka tidak akan dipertikaikan Mawi jadi semakin rancak mereka mencerca…. Sekiranya Mawi jenis artis yang suka saman sana sini, mungkin ada diantara mereka telah didakwa….

Buat insan yang bernama Asmawi Ani… sabarlah selagi kesabaran itu milik anda, Insyaallah segala kesulitan akan dapat diermudahkan. Ingatlah, segala bentuk ujian yang datang adalah untuk menguji, kita diuiji kerana kita disayangi. Jangan takut.. Teruskan usaha, dan biarkan mereka terus mengata. Kemaafan yang ikhlas pasti dapat melembutkan hati sekeras kelikir… sabar dan usaha untuk terus berjaya….

buat penulis ni.PURPLE_LILIES MFC bravo...





Niezam Phg says...

memang nampak sangat kecenderungan wartawan hiburan sekarang ini seolah olah berpakat nak menjatuhkan mawi. buat mawi semoga anda sabar dan suntiklah nilai- nilai yang baik dan murni dalam industri yang anda ceburi ini ewalau pun memang payah mereformasikan kebiasaan yang telah dianggap sebagai pantang-larang tidak bertulis yang diikut turun temurun itu.buat wartawan hiburan niat anda itu akan di nilai Allah.

Janganlah busuk hati nak jatuhkan bangsa sendiri..........di bulan ramadan inilah peluang terbaik untuk menyucikan diri. Semoga mereka di berikan PETUNJUK.kalau mengikut berita tersebut DOSA BESAR Mawi mengikut pandang wartawan hiburan ialah kerana TIDAK MAHU BERGAMBAR dengan SALIMA.pelik betul hukum hakam wartawan hiburan nie..

[ kata kata di bawah gambar di atas cuma imaganisi saya sahaja.jangan marah.... ]

1 Comments:

  • At August 14, 2007, Blogger afiqzone87 said…

    hello!!!a simple ring to intive MAWI as my friends!!!i hope MAWI fine right now...MAWI banyak mendorong saya dari segi kekuatan untuk menghadapi cabaran!!!MAWI banyak mengajar saya erti kesabaran dan kesungguhan...aku jadikan MAWI ikon untuk terus belajar....belajar untuk berjaya!!!belajar untuk kebahagiaan!!!aku kuatkan semangat untuk terus berjaya walaupun aku dari keluarga yang serba kekurangan...aku mampu menjejakan kaki ke menara gading kerana aku mengambil iktibar dari kekuatan MAWI manghadapi dugaan,siapa sangka idola aku banyak mendorong kejayaan aku...mungkin suatu hari nanti aku dapat berjumpa dan menemuramah MAWI..sesuai dengan dengan pengajian aku...kerjaya aku sebagai wartawan apabila tamat pengajian IJAZAH SARJANA MUDA KAJIAN KOMUNIKASI DENGAN KEPUJIAN...MUNGKIN MENJADI REALITI...

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...