Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Tuesday, October 10, 2006

Mencari malam bernilai 1000 bulan.Dapatkah kita?..

PETIKAN DARI MUNAJAT NABI MUSA A.S KEPADA ALLAH S.W.T

Munajat Nabi Musa a.s, "Ya Allah ya Tuhanku! Aku ingin menjadi seorang hamba yang paling hampir sekali denganMu". Firman Allah s.w.t, "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah hampir dengan hamba-hambaKu yang bangun malam Lailatul Qadar".

Munajat Nabi Musa a.s, "Ya Allah ya Tuhanku! Aku amat mengharapkan sekali akan RahmatMu itu". Firman Allah s.w.t, "Wahai Musa! Sesungguhnya RahmatKu itu adalah bagi mereka yang berkasih sayang dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap orang-
orang miskin pada malam Lailatul Qadar".

Munajat Nabi Musa a.s, "Ya Allah ya Tuhanku! Aku ingin sekali untuk melintasi pada titian Siratul Mustaqim di hari kiamat kelak dengan pantas seperti kilat yang menyambar". Firman Allah s.w.t, "Wahai Musa! Sesungguhnya yang demikian itu engkau
akan perolehi dengan memberi dan membanyakkan sedekah pada malam Lailatul Qadar".

Munajat Nabi Musa a.s, "Ya Allah ya Tuhanku! Aku teringin sekali berteduh di bawah pohon-pohon syurgaMu sambil dapat pula memakan buah-buahnya". Firman Allah s.w.t, "Wahai Musa! Sesungguhnya kamu akan memperolehi niatmu itu tetapi banyakkanlah olehmu akan bertasbih serta bersungguh-sungguh kamu dalam mengerjakannya pada malam Lailatul Qadar".

Munajat Nabi Musa a.s, "Ya Allah ya Tuhanku! Selamatkanlah aku dari azab siksaan neraka jahannamMu". Firman Allah s.w.t,

"Wahai Musa! Bermohonlah kamu kepadaKu dengan membanyakkan meminta keampunan dan beristighfar hingga ke waktu subuh hari pada malam Lailatul Qadar".

Munajat Nabi Musa a.s, "Ya Allah ya Tuhanku! Anugerahkanlah keredhaanMu itu terhadap diriku ini". Firman Allah s.w.t, "Wahai Musa! Sesungguhnya keredhaanKu itu adalah bagi orang-orang yang mengerjakan solat sunat 2 rakaat pada malam Lailatul Qadar".



BILAKAH MALAM LAILATUL QADAR

Imam Al-Ghazali Rahimahullah berpendapat malam berlakunya Lailatul Qadar itu boleh dikenali dengan cara yang berikut seperti :-

1) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 Ramadan.

2) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadan.

3) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadan.

4) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Khamis, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadan.

5) Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadan.


NIezam Phg says....

Umat Nabi Mumahad memang di kurniakan umur yang agak pendek. tetapi Allah tambah dalam bentuk nilai amalan mereka pula. paling lama pun purata umur rakyat malaysia kini sekitar 60 hingga 70 sahaja. oleh itu inilah peluang kita untuk menambah amalan dan mendekatkan diri dengan Allah.semoga kita tidak terlepas malam yag hebat ini.tak perlulah memilih hari hari ganjil sahaja walau pun dikatakan pelunagnya lebih cerah. kalau nak tentu dapat setiap malam kita ke masjid dan membuat amalan yang sepatutnya sudah tentu salah satu malam tersebut dapat kita perolehi.semoga anda akan bertemu dengan malam tersebut..insya'allah..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...