Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, October 08, 2006

Apabila artis kita berkata-kata

[ dari harian metro]


Zon Abie: Industri hiburan lain macam sikit


MARAH betul Rosyam Nor dengan kenyataan Mawi yang meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon. Seperti menghina pelakon lelaki sepertinya yang sudah 21 tahun di dalam industri ini.

Rosyam bukan menidakkan hukum Allah tetapi meminta Mawi berhati-hati memberi kenyataan kepada media. Syarat juara Akademi Fantasia 3 itu semacam memandang rendah pekerjaan yang menjadi sumber rezeki pelakon lelaki.


“Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?[ saya tak tahulah.kalau saya di tempat rosyam.tersentuh dengan rita rudani ker? lisdawati ker ? fasha sanda ker? julia hana ker?eja ker?....hmmm mau tak terangsang..tak tahulah kalau dia yang sama jenis dengan prof imah lenggok....atau ponen-ponen lain. kalau saya belum tersentuh ,tengok saja dan terangsang.maklumlah artis malaysia ni kan jenis pakai tak semengah. macam dunia sekarang ni tengah buat catuan benang. yang kurang gula tapi yang tak cukup-cukup kain jugak. ]

“Kalau aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia kemalangan, takkan aku nak tengok saja dan hanya bertanya dia OK atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?” katanya ketika saya terserempak di Angkasapuri, RTM kelmarin.

Bersentuhan lelaki dan wanita bukan muhrim memang hukumnya haram. Itu sudah termaktub tetapi Rosyam kata, kalau Mawi boleh bersalaman dengan peminat atau orang media (wanita), kenapa di dalam filem tidak boleh?

Saya faham perasaan pengacara Fenomena Seni ini. Namun ia cukup sensitif untuk diperkatakan di sini, bimbang mengundang tafsiran yang lebih panjang. Kadang-kadang apa yang kita maksudkan, lain pula yang orang fikirkan.

Apapun saya setuju, apa saja yang kita lakukan mestilah dengan nawaitu. Inilah yang dipegang Rosyam untuk berjaya sebagai anak seni. Dia ada anak bini yang harus dijaga maruahnya, yang harus disuap dengan rezeki yang dicarinya.Sebenarnya, Mawi tidak perlu membuat kenyataan begitu. Kalau mahu jadi pelakon, jadilah dan letakkan syarat itu kepada penulis skrip atau pengarahnya saja. Jangan kecoh-kecoh pada media kerana tafsiran orang pelbagai. [ kalau nak cakap nawaitu.sapa yang tahu.itu dalam hati.matlamat tak semestinya meghalalkan cara...walau pun untuk kebaikan kalau cara tak betul..tetap tak betul juga..so macam mana? samalah juga dengan penyamun yang masuk rumah kak red tu.matlamat dia nak cari duit raya mungkin nak bagi anak bini pakaian baru.tapi kalau caranya pecah rumah orang ambil segala macam mak nenek dalam rumah orang tu.betul ker?]



M Rajoli dikatakan antara artis malaysia yang mempunyai pengetahuan agama setaraf seorang imam. Beliau pernah mendalami pengajian agama di negara arab.harap satu hari akan menggunakan ilmu agamanya untuk membimbing masyarakat.Insya'allah.

Saya menghubungi bekas bilal dan pelakon yang saya hormati, M Rajoli untuk bertanyakan hal ini. Panjang ceritanya! Dia tidak terkejut kerana dia sendiri dilabelkan sebagai menjual maruah semata-mata untuk mencari duit.Wataknya sebagai ayah yang merogol anak tiri di dalam Cinta Fotokopi dicemuh, kerana bukan setakat bersentuhan tangan tetapi berpelukan demi menghidupkan karakter.

“Hukum berdosa atau tidak bersentuhan ini sudah ditentukan Allah. Tetapi ini kerja saya, kalau saya tidak memberi nafkah kepada anak bini, tentu lebih berdosa. Entah-entah anak boleh jadi perompak untuk hidup.[ hmm ader lagi kenyataan matlamat menghalalkan cara. kalau nak jadi jahat pun jangan nak kaitkan dengan orang lain pula.tak der orang yang tiba tiba nak paksa orang lain jadi perompak.napa singkat sangat pemikiran orang jahat kat Malaysia nie.sebab tu senang sangat kena tembak dengan polis ]

“Allah memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud.[<aperlah ertinya sembahyang yang dikatakan mencuci dosa itu kerana sembahyang itu mencegah perbuatan mungkar.tetapi kalau bersembahyang dan mengekali dosa dosa yang sama seolah-olah tak der makna la sembahyangnya. buat kerana terpaksa atau nak menunjuk kat orang lain la agaknya ]

“Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atib jalankan tugasnya,” katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama di Melaka.Perumpamaan yang diberikan pelakon asal Kelantan ini mungkin kotor tetapi cukup bermakna. Dia mengambil contoh kita membuang air besar, kalau tidak dicuci, ia akan bertambah busuk. Tetapi kalau dicuci selepas setiap kali membuang, ia akan sentiasa bersih. [ Tugas malaikat tersebut tidak menjaga dosa pahala kita tetapi mencatit.mereka takkan tegur kalau kita buat dosa.tetapi masyarakat dan orang keliling kitalah yang akan mengingatkan kita mengenai kesalahan yang kita buat.pelik ada orang ada ilmu agama berfikir macam nie.sesat dan menyesatkan.ini manusia jenis yang akan cakap 'ala mati nanti kubur masing-masing.kau nak sibuk pasal aku buat apa'.tidak kah kita tahu selemah-lemah iman itu menegur dalam hati.kalau kuat kita kena gunakan tangan dan mulut??? ]

Saya terus mendengar kata-katanya. Apabila terbabit di dalam lakonan atau nyanyian, bersentuhan pasti berlaku. Ia boleh dielak, tetapi ada caranya. Senang cerita, jangan masuk gelanggang kalau gerak silat belum khatam sepenuhnya.

“Lebih baik jual kopiah, jual kain kerana industri hiburan lain macam sikit,” katanya.[ ni statement nak menghina orang orang yang beragama yang jual barangan berkaitan keperluan ibadat.kalau nak ampu kerjaya sendiri pun janganlah hina periuk nasi orang lain.ishh sedih la ader orang boleh berfikir macam nie ]

Bagaimanapun saya tahu, catatan saya hari ini mungkin mengundang kurang senang pihak tertentu. Seperti yang saya katakan tadi, kita masing-masing mempunyai pandangan. Jadi pandanglah dengan mata dan kepala sendiri!



Niezam Phg says..

Pada pendapat saya mawi cuma menjawab soalan wartawan sahaja.tidak sangka pengakuan jujur mawi itu ditempelak pula oleh pelakon senior. saya tidak rasa mawi berniat menjatuhkan maruah pelakon senior yang lain seperti rosyam. mawi cuma menyatakan pendiriannya. Siti Nurhaliza juga pernah menggemparkan industri tanah air kerana tidak mahu bergambar dengan lelaki tetapi wartawan hiburan boleh pula memahaminya.kenapa tiba ssat mawi mahu melakukan sesuatu yang mulia, beliau di tempelak.

Lagi pula kalau mawi tidak berlakon pun tidak akan menjadikan beliau papa kedana dan sampai tak makan sehingga menyebabkan dia perlu nak belakon dengan terpaksa memegang pelakon wanita yang lain [jika ada skripnya begitu]. tetapi ternyata kenyataan mawi itu di salah ertikan oleh pelakon yang lain pula dan dalam masa yang sama pelakon senior itu mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah memerbodohkan diri sendiri dan mempermainkan hukum hakam agama sendiri.

Itulah masalahnya kalau kita banyak bercakap kerana kita hanya akan banyak melakukan kesilapan dan dalam masa yang sama memperlihatkan kebodohan kita.saya cuma nak tanya kalau tidak berlakon dengan memegang wanita yang bukan muhrim tu boleh menyebabkan anak bini mati kebuluran kat rumah ker atau kalau berlakon tu pula 'bersihkan' rezeki yang di suapkan ke mulut anak bini tersebut. dunia industri lakonan memang lain sikit dan bila ada pihak pihak tertentu ingin membersihkannya dari unsur unsur yang kurang cantik. mereka pula dianggap virus yang mengancam periuk nasi pelakon sedia ada.

hmmmm tepuk dada tanya lah iman....jika ada ilmu agama seperti M Rajoli tetapi tidak di amalkan....aper lah ertinya......semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan diampunkannya serta diletakkan dikalangan orang orang yang beriman dan terpuji...AMIN....

Agaknya berlakon ni satu lesen besar yang boleh menghalalkan apa apa yang telah termaktub dalam hukum hakam agama. boleh bersentuhan, boleh berlakon jadi orang bukan islam. boleh tidur sekatil dengan pelakon lain yang tentunya isteri orang dan boleh berpelukan kerana nak menghayati watak kekasih.....BESAR SUNGGUH LESEN YANG DICIPTA MANUSIA ARTIS INI HINGGA BOLEH MENGENGKARI HUKUM ALLAH....nauzubillah..dunia dah akhir zaman sekarang nie...cuma perlukan ayat-ayat yang menarik dan sedap didengar untuk menghalalkan matlamat yang dinginkan...

12 Comments:

  • At October 08, 2006, Anonymous Anonymous said…

    saya setuju sgt2 dgn zam..yg haram tu tetap haram...ermm dunia dah nak akhir zaman nih..tulah psal byk dah org2 islam sendiri yg memperbodohkan agama sendiri..guna fatwa sendiri....bg sy, x salah jika kita berkata sesuatu pendirian kita sendiri..siapa yg mkn cili, dia terasa pedas..agaknye takut mawi sapu award utk pelakon pulak nanti kut heheh tepuk dada, tanya selera;-)

     
  • At October 08, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Hai... kalau dah sokong mawi dah tentu awak kata dia betul kan tapi kadang kadang kita harus berhati hati kalau berkata kata jangan sampai mencemplak orang lain ... tak baik... kalau tak nak bersentuhan senang je jgn berlakon tak payah nak keluarkan komen komen yang boleh mendatangkan kemarahan orang lain dalam apa segala hal pun bukan kes mawi ni je.. tapi kan (jgn marah la ye zam) betul jugak kata Rosyam Nor kalau berlakon tak nak bersentuh tapi dengan peminat perempuan bersalaman, bergambar.... tak masuk akal jugak la... talk only but no action

     
  • At October 08, 2006, Anonymous Anonymous said…

    hehehe.. dia yang hulurkan salam ngan ina haritu.. jangan marah :P

    //musti zam akan kata, en. aku ni tak paham bahasa ke.. ni blog peminat mawi!
    //gua saja je nak kasik tengok from the other side :)

     
  • At October 08, 2006, Blogger abiumar said…

    Assalamualaikum...

    Syabas artikel yang sangat menarik. Teruskan dengan artikel-artikel begini. Ustazmudapun terasa nak menulis juga tentang Mawi hehe

    Terima kasih

     
  • At October 08, 2006, Blogger Produk Halal Tanggungjawab Bersama said…

    Assalamualaikum wrbt..ana ni adik ustaz muda..hehe..

    hmm mcm ni lah...baik mawi atau rosyam dan artis yg lain, sebenarnya dlm Islam takde yang menghalalkan yang haram kecuali klu dlm hutan tu takde makanan lain, di'halal'kan makan babi, TAPI jgn melampau, sekadar utk lapis perut.

    yang haram tetap haram, Nabi kata jgn bersentuhan dgn perempuan ajnabi (bkn muhrim), jadi apa nak pegang2 lagi, berani pulak buat fatwa sendiri, serupalah melacur dihalalkan kerana terpaksa (mcm penah dgr je ayat tu..huhu) kenyataan oleh sorg 'ustazah' tak lama dulu.

    wahai umat Islam, sedarlah..sedarlah..

    "Tidaklah patut bagi lelaki mukmin, dan tidak juga perempuan mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menentukan satu perkara, akan ada bagi mereka pilihan dalam perkara itu." (33:36)

    tak puas hati??? bukak Al-Quran, rujuk Hadis.

    Sekian. Wassalam.

    p/s : nasihat ni utk ana dan sahabat2 sekelian. Ikhlas kerana Allah.

    Kepada saudara nizam, teruskan berjihad dgn tinta. Setiap bakti itu ada ganjaran daripada Allah S.W.T.

     
  • At October 08, 2006, Anonymous Anonymous said…

    muahaha..i like the way u play with the irony..makes it even more ironic! =D way to go zam!!

     
  • At October 08, 2006, Blogger Niezam Phg said…

    walau pun saya minat mawi.tak semestinya saya setuju dengan apa yang mawi buat,saya terbuka,sebenarnya bila mawi masuk industri nie pun dah banyak benda benda subahah menanti dia.walau pun saya minat mawi.tak bermakna saya akan sokong dia kalau dia bersalam dengan bukan muhrimnya.walaupun itu bekas tunang dia.hukum tetap hukum.tak sebab minat dia, kita nak kecualikan dia dari hukum..kalau macam tu lemah betul la iman kita.belum di suruh ke medan perang lagi.baru nak mencegah kemungkaran dengan mulut dan hati jer?...dah tak mampu....zassssss

     
  • At October 09, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Apela Rosyam..tak pasal2 nak melenting.Dah sah bersentuhan dgn bukan muhrm tu HARAM.Nak marahkan Mawi plak..Dah nyata dalam Al-Quran..dan hukum Allah macam tu.Kalau nak marah,marahlah Allah...bodoh punya Rosyam.

     
  • At October 09, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Haha, Ape la yg korg susah2 sgt weh bincang pasal mende camni. Dah terang2 mmg xleh cerite camtu. Patutnye, kat tv ni sume cerite berunsur nasihat je. lagu2 pun mengagungkn Allah. barulah isu2 camni xtimbul. Tp masalahnye,rakyat malaysia sendiri gile tgk AF. haha, peminat setia AF pastu nak membela agama. Lupekan laa, korg sedarkan diri tu dulu, HARAMKAN AF nih. JGN TGK SUME MUVIE2, LAGU2 mengasikkan. haha...no more 'Aduhai Saleha'.

     
  • At October 09, 2006, Anonymous Anonymous said…

    adohaiii...x abis2 MAWI! MAWI! MAWI! x semak ke?? smp kenyataan dia pun nk dipertikai... patutnye mawi tu xyh la nk komen benda2 yg dh diorg buat dr dulu tu...(belakon)...awak tu baru je nk naik (ni pun cm nk jatuh dh)...mmg kene templak la ngan senior tu...wpun kgkdg mmg btol apa yg dia kate...tp cermin diri sendiri la.....begambar ngan pompuan cm x hengat dunia, salam pompuan sana sini....utang IJN pun x baya....tu haper??? HUTANG tu x dipertikai ke kt 'sana' nnti???

     
  • At October 09, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Salaam semua, Kita doakan sajalah kedua-duanya mendapat hidayah Allah...

     
  • At October 13, 2006, Anonymous Anonymous said…

    patutnya ISLAM itulah yg membela umatnya.

    apa2pun sekurang2nya dgn mawi org tau apa itu hukum ISLAM.

    ye tak..

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...