Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Friday, October 06, 2006

IBLIS MENCERITAKAN FADILAT PUASA

Rasulullah s.a.w ada menyoal iblis tentang puasa di bulan Ramadan, jawab iblis, "ya Rasulullah! Inilah satu bencana yang amat besar bagiku. Bila tibanya bulan ini akan bersinarlah cahaya di Arasy serta Kursi dan semua malaikat bersuka ria. Bagi mereka
yang berpuasa akan mendapat kurnia yang besar dari Allah. Dosa mereka akan diampuni dan digantikan dengan pahala kebajikan serta tidak akan ditulis kesalahan mereka selama berpuasa".

"Yang lebih menyakitkan hatiku ialah semua isi langit dan bumi serta semua makhluk yang bernyawa sentiasa mendoakan mereka siang dan malam memohon keampunan. Bagi mereka yang berpuasa juga akan dimerdekakan oleh Allah setiap hari dari Ramadan
dengan seribu kemerdekaan dari azab neraka serta semua pintu neraka ditutup dan dibukakan semua pintu syurga. Pada hari mulanya umatmu berpuasa, datanglah para malaikat kepadaku dengan garangnya lalu menangkap aku bersama dengan bal tentera aku
yang terdiri dari jin, syaitan dan ifrit".

"Dipasangkan pada kaki dan tangan kami dengan rantai besi panas lalu dimasukkan kami ke dalam perut bumi yang paling bawah sekali. Di sini kami mendapat berbagai azab siksaan dan terpaksa menunggu sehingga umatmu selesai mengerjakan puasa. Selepas
itu barulah kami dibebaskan, ini supaya umatmu merasa kesenangan dalam mengerjakan ibadah puasa".

Begitulah cerita iblis kepada Rasulullah, amatlah ruginya kita jika tidak mengambil kesempatan ini dikala semua bangsa jin dan syaitan telah dirantai oleh Allah s.w.t....


Miezam Phg says...

Semoga puasa tahun ini penuh...macam tahun tahun lalu juga....insya'allah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...