Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Tuesday, October 10, 2006

Michael Toyad mendapat hidayah Islam.Alhamdulillah

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Leo Michael Toyad (gambar), 56, mengesahkan beliau sudah memeluk Islam, selepas mendalami dan mendekati agama itu sejak sekian lama.

Dr Toyad yang kini menggunakan nama Islamnya, Muhammad mengesahkan beliau memeluk Islam dan gembira kerana hasratnya untuk berbuat demikian sejak sekian lama, kini tertunai.

Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Berita Harian, di sini semalam, beliau berkata: "Ya Alhamdulillah...niat saya untuk menjadi seorang Islam tertunai. Selamat berpuasa dan wassalam".

Dr Toyad juga berkata, beliau kini menggunakan nama Muhammad dan keputusannya memeluk agama Islam dibuat semata-mata kerana Allah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, dipercayai kerana kini berada di luar negara.Dr Toyad yang berkelulusan ijazah perubatan dari Universiti Malaya (UM), mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki, menceburi politik sejak kira-kira 25 tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mukah digugurkan daripada Kabinet dalam rombakan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Februari lalu.
Sejak itu, beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bergiat cergas dalam sektor swasta serta pelbagai kerja kebajikan.

Sumber: Berita Harian (7 Okt 2006 )



Niezam Phg says....

Alhamdulillah....semoga beliau istiqamah dengan pegangannya yang baru itu,dan memberi manfaat kepad orang lain..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...