Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, October 11, 2006

"Macam Macam ada" yang telah 'Tiada'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan sekerja yang dihormati,

Pak Abbas yang terkenal dengan "Macam-macam ada" telah pulang ke rahmatullah pada pagi ini. Jenazahnya akan dikebumikan selepas Zohor.Sama-samalah kita mendoakan agar rohnya tergolong bersama-sama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Puan Molina Musa
Head of Malay Segment,
Astro Marketing

[ Berita penuh ]

KUALA LUMPUR: Pelakon iklan Astro yang terkenal dengan ungkapan ‘macam-macam ada’, Abbas Puteh, meninggal dunia di sini, semalam selepas enam hari dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat batuk berdarah.

Abbas, 75, atau lebih dikenali sebagai Pak Abbas dimasukkan ke HKL kerana cedera terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke Chow Kit dari rumahnya di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, di sini.

Allahyarham yang kematian isterinya Julai tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.30 pagi, di sisi anak kelimanya Faridah Abbas, 32. Pak Abbas meninggalkan empat anak lelaki dan tiga anak perempuan serta 20 cucu.

Faridah berkata, arwah bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda selain batuk berpanjangan malah Pak Abbas kelihatan ceria sepanjang berada di hospital.

“Sebelum ini arwah tidak pernah mengadu sakit, dia juga tidak menghidap sebarang penyakit serius. Tapi, sepanjang berada di hospital dia nampak ceria malah jururawat yang menjaganya pun berkata demikian.

“Arwah dimasukkan ke hospital akibat patah kaki selepas terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke Chow Kit. Selepas itu dia sering batuk-batuk hingga pagi tadi keluar darah dan terus menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Jenazah Pak Abbas dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang selepas Zuhur. Sebelum itu jenazah dibawa ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk disembahyangkan.

Pak Abbas, anak jati Kampung Baru membintangi iklan Astro sejak 2004. Bakatnya dikesan apabila pihak Astro mencari calon yang sesuai untuk memperkenalkan saluran Astro.

Ketua Segmen Melayu Unit Pemasaran Astro, Molina Musa yang ditemui berkata, sebagai menghormati pemergian Pak Abbas, Astro akan menghentikan serta-merta siaran iklan yang membabitkannya.



Niezam Phg Says...

Pak Abas mula dikenal ramai selepas muncul dalam iklan ASTRO dengan tag line 'macam macam ada'. Pak Abas juga kalau tidak silap saya pernah muncul dalam sebuah filem seram untuk watak sampingan.

Marilah kita sedekahkan al-fatihah buat rohnya di sana. kerana kita semua ini pun hanyalah menempuh sebuah 'perjalanan' yang panjang dan akan melalui jua seperti apa yang dilalui oleh pak abas dan manusia-manusia terdahulu dari kita. buat Pak Abas. Semoga rohnya tenang dan berjaya melalui perjalanan di alam barzah kerana di sana pun 'macam macam ada' bergantung pada amalan kita. Jika baik. insyallah akan dilapangkan lubang kubur kita selapang-lapangnya tetapi jika sebaliknya. bermacam macam ular besar dan kala jengking yang menanti. Semoga roh Pak Abas tenang di sana. AL FATIHAH.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...