Empat punca utama hati tidak tenteram
JIKA ada alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu bernama 'hati'. Allah menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat
kawalan bagi anggota badan manusia.
Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawat dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri.Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya?
Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu cuba merungkaikan penyebab kesedihan itu. Akhirnya, ditemukan jawapan empat punca
iaitu kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan pada diri manusia iaitu:
Suka membuang masa.
Hiburan dan permainan boleh merehatkan hati dan menjadikannya lebih bertenaga, tetapi apabila terlalu berlebihan ia bahkan boleh membunuh.
Orang mukmin membahagikan masanya kepada tiga bahagian; Satu untuk Allah, kedua bagi dirinya sendiri yang meliputi fikiran, perasaan dan tubuh badannya.
Ketiga untuk keluarga dan umatnya.
Sikap membuang masa biasanya dipengaruhi oleh persekitaran. Manusia akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar daripada pergaulan.Berkawan rapat dengan orang yang suka membaca boleh mempengaruhi minat kita kepada buku. Begitu juga
apabila suka iktikaf di masjid mendengar syarahan agama akan menjadikan kita dekat dengan ilmu.
Kita sentiasa berhadapan dengan dua pilihan dalam hidup ini, jalan yang baik atau buruk. Kawan yang jahil atau soleh, keadaan yang mengingatkan kita pada
Allah atau melupakannya.
Membuang masa menyebabkan kemalasan yang berakhir dengan kegagalan, sedih dan tertekan. Seorang mukmin yang benar imannya sentiasa berada dalam keadaan jihad
iaitu bersungguh-sungguh mengisi masanya dengan perjuangan dan pengorbanan untuk memenangi pertarungan melawan iblis dan syaitan.
Kesedihan juga berpunca daripada sifat dengki dan mengikut nafsu.
Ada orang yang apabila melihat ke atas dia berasa sedih menyaksikan orang lain yang mengatasi kehebatannya. Lebih berjaya, kaya, berpangkat, cantik dan bergaya. Risau dan tertekan bersarang di hati,ditambah dengan sifat dengki dan dendam yang pasti
akan memalapkan cahaya iman.
Ubat bagi kesedihan sebegini adalah dengan melihat siapa yang berada di bawah anda. Bukankah ramai manusia yang tiada apa-apa untuk dimakan pada hari
ini? Rumah mereka musnah oleh banjir, anak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana tembusan peluru,kehancuran bangsa dan negara oleh kekejaman perang.
Mengapa perlu bersedih jika kita masih memiliki orang yang tersayang, mengapa risau jika harta kita dilindungi Allah, jika ia berkurangan bukankah selama ini Allah telah memberi jumlah yang banyak tidak terhitung?
Sejak dari rahim ibu lagi rezeki telah dikurniakan kepada kita. Sudikah kita jika seseorang mahu menukar kedua-dua mata, kaki dan tangan dengan wang berjuta?
Tentu ia lebih berharga daripada wang. Kenikmatan yang Allah kurniakan itu terlalu banyak, tetapi hanya sedikit manusia yang mahu bersyukur.
Kesedihan kerana melupakan Allah.
Bagaimanakah keadaan orang yang melupakan Allah?
Dalam surah al-Hasyr, ayat 19 Allah berfirman yang maksudnya: "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan Allah. Lalu Allah menjadikan
mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik."
Makna melupakan diri mereka sendiri adalah mereka meninggalkan amal soleh yang boleh menyelamatkan diri di dunia dan akhirat.
Orang yang melupakan Allah mempunyai ciri seperti berikut: Harinya dilalui tanpa ibadat, lupa berzikir, mengabaikan sembahyang, tidak membaca ayat al-Quran,
menjauhi ilmu dan meninggalkan amal soleh.
Kehidupan dunia menjadikan mereka buta, tidak dapat menjejaki jalan ke akhirat. Keadaan mereka seperti binatang kerana mereka hidup semata-mata hidup makan,
minum, tidur, berkahwin dan memuaskan nafsu saja. Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam
kebanyakan jin dan manusia, mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka memiliki telinga tetapi tidak
dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah.mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai."(Surah Al-A'raf, ayat 179)
Benarkah orang yang kaya tidak berasa sedih, putus asa dan tertekan? Sebenarnya, semua Itu bergantung kepada sumber hartanya dan untuk apa ia dibelanjakan.
Kekayaan yang sebenar adalah kaya hati. Iaitu hati yang sentiasa bergembira kerana iman kepada Allah dan bersyukur serta reda dengan qada dan qadar-Nya. –
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Surah Al-Ahzab:71)
Niezam Phg says..
Terima kasih kepada kuyahrock@yahoo.co.uk yang sudi berkongsi ilmu ini dengan saya.saya amat menghargainya dan di teratak ini pula saya berkongsi dengan pengunjung ynag lain semoga mendapat ilmu yang bermanfaat.insyaallah.buat pengirim emel selamat menjalani ibadah puasa di rantau orang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home