Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Sunday, October 15, 2006

Air Jampi Vs holly water ?

Assalammualaikum.

Salam bang! Semoga kita selalu dirahmati Allah.

Jangan takut pada air. Takutlah pada yang menjadikan air. Apa sebenarnya Holy Water? Ianya tidak lebih daripada air yang sering digunakan oleh umat Kristian dalam sembahyang mereka. Kalau saudara perhatikan ketika umat Kristian memasuki gereja untuk upacara sembahyang, mereka akan mengambil Holy Water dengan menyentuh satu 'takungan air' lalu melakukan tanda salib dengan menyebut, " In the name of the Father, and of The Son and of the Holy Spirit, Amen". Kalau kita perhatikan, wudu' merupakan salah satu hukum yang telah ditinggalkan oleh Bani Israil. Maka tidak hairan bilamana
umat Kristian mengambil jalan mudah dengan mengambil Holy Water sebagai pengganti " wudu' " yang telah ditinggalkan, sebelum upacara sembahyang mereka. Selain dari itu, Holy Water juga digunakan untuk tujuan lain seperti 'pendinding' dari gangguan hantu, ketika sakit dan pada bila-bila saat dan ketika seseorang itu merasakan perlunya penggunaan Holy Water.

Saya kurang pasti sama ada penelitian saya terhadap Holy Water tidak menyeluruh, namun saya tidak mendapati adanya ayat tentang Holy Water dalam bible. Kalau ada saudara-saudara yang pernah terbaca dalam bible, tolong khabarkan pada saya di bab yang mana. Saya tidak percaya bahawa Holy Water mempunyai satu kekuatan atau kemampuan yang luarbiasa sehingga mampu mengugat akidah seseorang. Kalau boleh saya mahu berkongsi pengalaman dengan saudara tapi saya minta tidak akan ada yang menyalah tafsir kenyataan saya.

1) Saya pernah minum Holy Water yang diambil dari gereja. Berbekalkan kalimah 'Bismillah' saya minum, ternyata sekarang saya masih lagi Islam. Saya sependapat dengan saudara Rozi bahawa Holy Water yang 'ada di pasaran' sekarang merupakan air yang dijampi. Kalau Holy Water yang terdapat di gereja-gereja, memang tidak ada kemampuan luarbiasa. Air longkang itu lebih luarbiasa. Kalau diminum, barangkali bisa mati........

2) Pernah suatu hari, anak saudara saya (Kristian) mengalami sakit misteri. Saudara saya telah menjemput saya ke rumah. Ketika saya sampai, anak kecil itu sedang terlantar dan ada seorang yang saya tidak kenal sedang sembahyang dan merenjis-renjis Holy Water ke badan anak itu. Saya hanya memerhatikan dan selepas itu beredar. Keesokan hari saya datang lagi, ternyata anak itu masih tidak sembuh. Kerana kasihan, lalu saya minta
kebenaran saudara saya untuk bersendirian bersama anak kecil itu buat seketika. Lalu saya baca ayat-ayat Al-Quran dan saya sentuh kaki anak itu sambil berdoa dalam hati semoga Allah mengasihani dan menyembuhkan anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Saya bukan bomoh tapi anak kecil itu sembuh pada sebelah petangnya.

3) Tempat saya tinggal merupakan sebaris rumah yang terdiri dari 5 buah bilik. Bilik saya di hujung dan bilik sepupu saya di hujung yang lagi satu. Rumah ini agak 'panas' kerana ada 'pengganggu' nya. Kalau saudara perhatikan setiap pintu bilik itu ada tergantung benda-benda sama ada kertas atau tangkal penghalau hantu. Sepupu saya seorang Kristian, udah kahwin, punya anak umurnya kurang dari setahun. Di biliknya itu selalu didatangi pengganggu dan anaknya itu kalau menangis, nangisnya sampai ke subuh.
Sepupu saya menggunakan Holy Water setiap kali dikunjungi pengganggu. Kerana hantunya tidak pandai lari,lalu dia meminta pertolongan saya. Lalu saya berikan segelas air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan saya tambah dengan satu doa yang diajarkan oleh seorang Syed kepada saya. Ternyata biliknya itu aman dan anaknya tidak lagi diganggu. Kalau nangis, ya..... mahu susu.

Makanya saya berharap saudara-saudara tidak keliru dengan Holy Water. Sesunggunya ia hanya air biasa yang tidak pernah terbukti kehebatannya. Kita harus ingat bahawa umat Kristian itu sangat cemburu dengan kelebihan dan kemampuan luarbiasa ayat-ayat Al- Quran. Pernah seorang Kristian mengatakan kepada saya bahawa ilmu kebatinan orang Kristian juga menggunakan doa-doa 'Our Father', 'Hail Mary' dan sebagainya. Lalu saya cabar dan kami ketemu seorang Kristian yang berkebolehan dalam ilmu batin. Beliau mengakui banyak amalan-amalannya menggunakan kalimah 'Bismillah.. .' dan 'Kun Faya Kun' dan menafikan penggunaan doa-doa agama Kristian.

Kerana akidah umat Islam terlalu mantap, maka umat Kristian tidak ada cara lain untuk mengugat akidah orang Islam melainkan dengan taktik kotor seperti yang diutarakan oleh Saudara Rozi. Satu cara ialah dengan menggunakan air jampi dukun-dukun keparat, lantas mereka mengatakan air itu Holy Water. Ya.. barangkali sekadar mahu memperbesar- besarkan kemampuan Holy Water kerana segala amalan mereka itu tidak ada hebatnya. Biasa dong pak. Kalau memperbesar- besarkan satu usul, umat itu terlalu arif.

Jadi, tidak perlu takut pada air, takutlah pada yang menciptakan air untuk manusia. Sekian. Mohon permisi.

Wassalam.

Pengirim: Charles Rundi CRUNDI01@sgeckk.umw.com.my



Niezam Phg says...

Bermacam versi yang kita dengar pasal air holy water nie.tak tahu yag mana satu yang betul. ada yang kata air tu ada campuran dadah,ada yang kata air tu di buat dari al-quran yang di pijak oleh org kristian sebab itu membuatkan siapa yg terminumnya tidak dapat mengucap.mungkin anda juga pernah mendengar versi yang lain..wallahualam..

1 Comments:

  • At October 30, 2006, Anonymous Anonymous said…

    saya penah bersembang dengan rakan beragama kristian. katanya holy water tu ibarat air yasin @ air jampi la juga. air kosong yg dibacakan doa2... begitulah arakian cerita. dia bohong saya, saya bohong awak... :)

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...