Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Wednesday, October 18, 2006

RIBENA mengandungi ARAK???????

Ribena ada arak - important for muslim!!

LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam
undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas Pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.

Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu,Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana Kandungan arak itu pada kadar yang rendah.Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit.

Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan,menukar Label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.

"Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool,Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua
komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan.

"Sesetengah bahan perasa Mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan
keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena. - Agensi


Niezam Phg says...

saya tidak meminum rebina.jadi tak tak tahu nak komen macam mana tapi kalau berita di atas tu betul elok lah kita sama sama berhenti meminumnya. Orang islam memang di haramkan meminum arak...di dunia..kalau nak minum jugak buat amal bebanyak nanti di syurga minumlah puas puas kerana arak itu minuman ahli syurga.

Cuma setahu saya arak dan rebina di buat dari bahan yang sama iaitu anggur, jadi mungkin ada persamaaan sedikit cuma cara proses membuatnya yang berbeza kerana untuk arak, anggur itu di peram dulu hingga masam. untuk rebina mungkin proses untuk, mendapatkan perisa sahaja.jadi kalau rebina tu dah expired [ terlalu lama disimpan.- mungkin statusnya jadi masam dan bertukar menjadi arak.] agaknyalah. mungkin pengunjung yang lain memounyai panadangan yan bernas...pendapat anda amat dialu alukan.

1 Comments:

  • At October 19, 2006, Anonymous Anonymous said…

    Ada baiknya kita selidik dulu sebarang email pun... sy pun byk terima email ni, tp bila check kat JAKIM...OK jer, confirm halal...
    So, sy harap Abg Niezam tlg investigate dulu b4 posting any article yg boleh mengelirukan public / menjatuhkan business org... x baik abang!!!
    Fitnah tu kan lebih dasyat dari membunuh...

     

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...