Blog Niezam Phg

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita bukan untuk menyenangkan kita, tetapi supaya kita dapat menjadi orang yang menyenangkan orang lain....semoga saya mampu menyenangkan anda ketika di teratak ini...

Tuesday, October 31, 2006

SEJADAH YANG MENCURIGAKAN



Di sini saya ingin mengutarakan satu masalah yang mana seperti perkara diatas. Hal ini terjadi di surau di kediaman saya tinggal iaitu SURAU ADDINIAH, Flat Setapak Jaya 1A, 53300 Kuala Lumpur . Setelah diteliti secara mendalam tentang kolaj – kolaj dan corak yang tertera di sejadah yang baru dibeli dengan derma orang ramai ini, kami kariah surau ingin menyuarakan kepada pihak tuan supaya meneliti dan mengkaji agar dapat memberikan rumusan yang terbaik bagi menyelesai masalah ini.

Menurut pengerusi surau, sejadah – sejadah ini dibeli di sebuah kedai di sekitar Masjis India , Kuala Lumpur . Sejadah yang berjenama “GOLDEN ROOSTER” ini berukuran lebih kurang 12 - 15 kaki lebar, dimana surau kami telah membelinya dalam 2 warna, biru dan hijau. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang sejadah – sejadah ini, pihak tuan bolehlah terus menghubungi pengurusi surau iaitu En. Ismail bin Silah yang tinggal di 07 – 01 – 02, Flat Setapak Jaya 1A, 53300 Kuala Lumpur .


Setelah di amati tentang corak/kolaj yang tertera, saya mendapati terdapat corak – corak yang menunjukkan gambar LEMBU/KAMBING GURUN secara nyata dan terdapat satu bentuk yang menyerupai burung yang sedang menjunjung antara satu sama lain sehinggalah naik ke kepada lembu/kambing gurun seperti diatas. Di mana saya menguatiri sekiranya corak yang tertera kepala kambing gurun dan burung adalah memberi maksud kepada “Tuhan Kekuasaan/God of Power”(kepala kambing gurun) dan “Tuhan Kata – Kata Hikmat/ God of Wishdom”(burung phoenix).

Di mana ianya digunakan pada zaman Ramses/mesir purba dan logo/corak – corak ini juga ada digunakan dalam filem atau game – game seperti Doom, Evil Dead dimana logo tersebut melambangkan “syaitan” dimana didalam permainan video atau wayang yang heronya akan menentang kejahatan yang diketuai oleh “syaitan”.



Di sini saya akan menunjukkan apa yang telah diilhamkan kepada saya dan jawapan yang sama setelah bertanyakan kepada beberapa rakan dan penduduk – penduduk disini. Oleh itu, kami berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan atau apa sahaja langkah – langkah yang sewajarnya sekiranya pihak tuan merasakan apa yang diusul adalah benar dan sahih. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan terlebih dahulu dan memohon maaf sekiranya ada tersilap dan salah kata. Di sini saya kepilkan ‘Contact Number” saya yang melaporkan tentang hal diatas sebagai rujukan pihak tuan dan saya sedia memberikan kerjasama sekiranya diperlukan.



Niezam Phg says...

Berhati hati selalu....terima kasih kepada arename143@yahoo.com atas hebahan ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.AL-FATIHAH...