Terkini dari Catriona Bahrin Ross
AN EXCLUSIVE STORY dari CATRIONA ROSS setelah melalui satu pengalaman yang amat mengerikan. Ikutilah kisahnya?Ikutilah kisahnya?
14 April 2007 telah mencatat sejarah penting dalam hidup saya? Setelah berkemas dan berpuas hati dengan susunan perabot serta bersih setiap penjuru di rumah, saya telah menerima pelawaan seorang rakan untuk menemaninya pulang ke Johor Baharu. Pada pagi itu jugalah buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya telah tersadai di atas jalanraya setelah tercampak keluar dari kereta.
Lama juga saya merenung kedua-dua kaki saya yang telah patah. Fikir saya, entah bilalah pula tulang-tulang kaki saya ini remuk?? Mungkin sewaktu di dalam kereta atau mungkin juga setelah terpelanting keluar. Yang nyata, seluruh tubuh saya kebas pagi itu. Saya meraung-raung di jalanan, di subuh hari meminta tolong namun tiada siapa yang datang.
Jalan itu terlalu sunyi mungkin kerana masih pagi. Saya terdiam kemudiannya tetapi tidak lama. Saya mula mengucapkan kalimah ALLAH seterusnya membaca segala ayat-ayat suci Al-quran di dalam saat yang begitu getir itu. Saya berdoa agar seluruh anggota tubuh badan saya selamat lebih-lebih lagi kaki saya itu. Pagi itu, saya rasakan waktu yang paling lama saya merenung seluruh anggota badan saya.
Bukanlah mendamaikan merenung kaki yang patah TETAPI saya seperti telah redha dengan khudrat dari Tuhan, redha dengan apa yang telah berlaku. Ada sedikit ketenangan di hati kecil saya di kala itu?Tiba-tiba, bila wajah ibu hadir di fikiran saya, hancur luluh dan remuk hati ini?Sekali lagi saya meraung-raung di jalanan, kali ini memanggil?"Ibu!Ibu!" Saya mulai memikirkan bagaimana cara untuk memberitahu berita perit pada ibu tersayang. Air mata saya berlinangan jatuh meluncur laju pagi itu sehingga saya pengsan akibat terlalu banyak darah yang keluar dari segenap penjuru.
Apabila saya membuka mata saya kembali, saya sudah berada di hospital. Bersyukur saya pada Ilahi?"ALHAMDULILLAH!" umur saya masih panjang. Sempatlah lagi saya melihat wajah ibu dan ayah. Di ketika itu juga, saya dapat melihat kedua-dua adik saya, semua bapa saudara, mak saudara dan sepupu-sepupu saya ada bersama. Syukur?Pada hari-hari berikutnya, saya telah dikunjungi oleh teman-teman sekolah, rakan-rakan dari kolej dan teman-teman artis yang cukup akrab. Rita Rudani tidak lupa untuk melawat saya. Nasha Aziz turut datang memberi semangat. Sharifah Shahira dan suaminya Ijoy, Esma Daniel, Vanida Imran dan Rashidi Ishak serta Pekin dan beberapa kawan producer. Misha Omar turut hadir bersama ibunya yang rapat dengan keluarga kami. Terimakasih semua!
Namun, saat paling bahagia buat saya ialah sewaktu saya sedar dari bilik ICU dan saya terpandang wajah ibu saya yang cukup tenang tapi tak keruan?Betul kata orang, kasih ibu membawa ke syurga. Siang malam ibu dan adik-adik menemani saya, dan sepanjang masa itulah juga sentuhan ibu menjadi penggerak semangat saya untuk kembali pulih! Semangat dan harapan saya juga datang dari doa-doa kalian yang tidak putus-putus mengingati saya. Segala keikhlasan kamu semua, hanya Tuhan sajalah yang dapat membalasnya. Jutaan terimaksih saya ucapkan khas untuk semua?
By Cat, terus dari katil hospital
Niezam Phg says.....
Semoga cat segera sembuh.......dan juga...bilakah kali terakhir anda menatap wajah ibu anda kerana itu mungkin kali terakhir anda sempat melakukannya.....
credit to adira09@yahoo.com
0 Comments:
Post a Comment
<< Home